Wednesday, July 16, 2014

Pie Tee



Dah pernah cuba buat? Kalau belum boleh la cuba. Senang je. tapi dalam senang je tu, mula2 saya buat ada kot dalam 4 pcs yg tak jadi, terpeleot, melekat. Hehe... Tapi takpe belajar dari kesilapan, dari pengalaman ye.

Ni resepinya ye. Resepi ni saya ambik dr abg Mat Gebu tapi ada la tokok tambah sikit2


BAHAN-BAHAN KULIT PIE TEE
180 gram tepung beras 
50 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
350 ml air
1 biji telur, dipukul sedikit
Secubit garam

BAHAN-BAHAN INTI
sengkuang
lobak merah
tiimun
isi udang ( cincang )
isi ayam ( cincang )
1 biji bawang besar, didadu
1 ulas bawang putih, dicincang halus
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT

UNTUK KULIT PIE TEE
- Satukan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum, gaul dan ayak.
- Masukkan secubit garam dan telur, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga sebati.
- Tapis adunan tepung tu supaya tak ada anasir2 keras ke apa ke kan yang berketul2
- Panaskan minyak untuk meggoreng kulit pie tie. Bila minyak dah panas, celup acuan pie tee ke dalam minyak panas tadi. Angkat acuan tadi dan celop dalam bancuhan tepung
- Kemudian masukkan ke dalam minyak panas, dan biar hingga kulit pie tee mengeras. Benamkan acuan dalam minyak panas hingga sampai ke dasar kuali, tujuan untuk menjadikan bahagian bawah pie tee rata dan boleh berdiri tegah bila siap nanti.
- Tanggalkan kulit pie tee dari acuan. Saya gunakan garfu masa nak tanggalkan kulit dari acuan tu

UNTUK INTI
-  Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan isi udang dan ayam, kacau rata.
- Tambah sengkuang, timun dan lobak merah. Kacau hingga rata. - - Tambah garam secukup rasa.

Ambik 1 kulit pai tee tadi tu, letak la inti bagi penuh. Kalau nak sedap lagi tabur kacang tanah sikit pastu tuang sos sikit ye

Tips
- Pastikan minyak betul2 panas
- Jangan celup acuan dalam tepung melebihi parasa acuan
- Masa nak tanggalkan kulit dari acuan tu pastikan kulit dah agak keperangan, klu tanggalkan awal2 nanti kulit pie tee tak akan jadi bentuk

Thursday, July 10, 2014

INFLATABLE CARSEAT

Inflatable carseat ni lebih kurang child car mat jugak tapi jenis lain sikit la. Sape2 berminat boleh contact saya ye. Yang ada cuma grey, blue, green saja. RM 185 include postage. Ready stock insyaAllah 21 Julai. Pada yang duduk area2 utara klu nak skip postage pun boleh sebab raya ni saya nak balik Kedah, so boleh bawa sekali.
Kalau berminat boleh pm kat fb, Rizqi Shop 

Senang jugak kalau nak balik kampung long distance tu kan. Kadang2 anak2 ni tak nak berpegang, nak bebas, so kalau ada benda ni diorg boleh main2 kat atas ni. 











Monday, July 7, 2014

Permintaan Anak 11

Haritu saya ada menulis mengenai Permintaan Anak. Ingatkan dah habis di situ, rupa2nya ada sambungan lagi. Saya selalu berwasap dengan cikgu abang. Pastu cikgu ada cakap kalau free pagi esok cikgu akan call saya. So pagi tu cikgu tanya free tak, dan kebetulan memang saya agak free. So cikgu pun call

Cikgu : ida, saya ada sesuatu nak bgtau ida ni tapi saya pun tak pasti saya perlu bgtau ida ke tak, serba salah la jugak saya
Saya : ada apa cikgu, cakap la
Cikgu : ida jangan kecik hari pulak ye dengan apa yang saya nak ceritakan ni
Saya : xpe cikgu, cakap je. ida ok
Cikgu : Semalam balik sekolah Zafran ( anak cikgu ) datang sini ( tadika ), pastu Haziq suka borak2 dengan Zafran. 

Haziq : abang balik school sape ambik abang
Zafran : ibu la yang ambik. 
Haziq : bestkan ada ibu macam cikgu.lepas balik sekolah abang pergi mana
Zafran : balik rumah
Haziq : bestnya abang balik rumah, semua ada kat rumah kan.

Tu perbualan Haziq dan Zafran. Pastu Zafran bagitau kat cikgu, kesian kat Haziq kan ibu. Cikgu pun cakap nada abang cakap tu sayu2 saja dengan muka sedih.

Masa cikgu cerita tu memang menitik la air mata ibu, sedih tak tau nak cakap. Tak tau apa yang bermain di fikiran abang. Tapi memang perasan ada perubahan, dulu bangun tidur abang mandi sendiri ( ibu pantau saja ), pastu siap sendiri tapi sekarang semua nak ibu yang buatkan dairpada mandi, pakai underware, pakai baju, segala la.

Ibu minta maaf ye abang. Mesti abang terasa apa2 kan. Memang ibu rasa bersalah sangat2, ibu tak tau nak buat macamana, tapi sekarang ni memang ibu tak mampu nak penuhi permintaan abang ni. Allah saja yang tau macamana yang ibu rasa. Walau apa pun ibu tetap sayang abang, abang pengalaman pertama ibu menjadi seorang ibu, abang tetap di hati ibu


Wednesday, July 2, 2014

Permintaan Anak

Abang sekarang ni macam lain sikit. Sebelum ni boleh siap sendiri nak ke tadika tapi lately ni semua nak ibu yang buat. Semalam agak terkilan jugak la dengan permintaan abang yang ibu rasa ibu tak mampu nak tunaikan dalam masa terdekat ni, ibu pun tak tau bila ibu mampu tunaikan

Abang : ibu hantar la Haziq pegi ngaji sekolah agama setiap hari
Ibu : tak boleh la, ibu kan kena work
Abang : ala, ibu cakap la kat bos ibu nak kena balik hantar anak pegi ngaji kejap
Ibu : tak boleh la nanti bos ibu marah. nanti bos ibu tak bagi ibu work dah
Abang : ok la tu bu. ibu tak payah work dah boleh jaga haziq dengan adik. kan seronok

Huhu...sedihnya. Kalau ikutkan hati ibu memang ibu nak pilih jalan tu tapi ibu tak mampu lagi. Memang ibu nak jaga anak2 ibu sendiri, nak tengok anak2 membesar depan mata ibu, nak hantar,ambik anak2 ke sekolah.

InsyaAllah satu hari nanti, semoga ibu mampu tunaikan permintaan abang