Wednesday, September 29, 2010

Dah tak lama Haziq akan genap setahun


Dah tak sampai 2 bulan dah Haziq akan genap setahun. Kejap je masa berlalu. Rasa macam tak sabar nak buat makan2 untuk Haziq nanti. Sekarang ada masa free je memang keje menggoogle je la tgk kek, baca mcmana parents celebrate 1st birthday untuk baby, tengok menu. Kena beli hadiah jugak ke untuk Haziq nanti? hmm...

Berita Sedih

Pagi tadi membe bgtau berita sedih. meremang bulu roma dan menitik air mata. Semalam kawan (Maz dan Faizal) telah dikurniakan baby girl, Hannah Damia. Tiba2 pagi ni ada member bgtau baby Hannah dan kembali ke rahmatullah. Semlm chat dengan Faizal di facebook. Katanya Maz tiba2 kena operate tapi keadaan Maz dan baby ok. Takziah buat Maz dan Faizal serta keluarga. Baby Hannah akan tunggu mama dan papa nya di Syurga....

Tuesday, September 28, 2010

Apa yang saya rasa sekarang

- rindu Haziq, mcm nk gigit2 dia
- nak balik kampung
- nak tukar number phone
- nak tukar phone
- nak pegi 1 tempat yang segalanya baru, mulakan hidup baru
- nak buat facial
- nak massage
- nak balik rumah,xnak keje ;)

banyaknya angan2 saya. dah ala2 mat jenin dah tapi versi pompuan - minah jenin

Ukur baju di badan sendiri

haa...gambar ni sesuai dengna pepatah ukur baju di badan sendiri. macam Haziq pakai baju abahnya. Tapi Haziq tak bersalah pun ni, jadi mangsa keadaan sj. Macam2 la perangai dia

Monday, September 27, 2010

Ibu dah ada pesaing....

Semalam saya letak kepala bagi asben tengok ada kelemumur ke x kat kepala. Haziq yang tengah main2 merangkak datang tolak kepala saya, letak kepala dia atas riba abah dia sambil senyum2...hmm...sungguh noti la

Friday, September 24, 2010

m.a.a.f

Kalau kita buat salah memang kita wajar minta maaf tapi kadang2 hati orang yang terluka tu sukar nak menerima maaf yang diungkapkan. Saya rasa saya tak betul2 memaafkan seseorang. Walaupun mulut saya kata saya telah maafkan dia tapi dalam hati saya masih tak dapat lupakan segala apa yang terjadi dan kadang2 saya fikir biar apa yang jadi pada saya ni berulang pada adik dia pula. Saya tau memang tak baik fikir mcmtu. Saya cuba untuk memaafkan dia sebab kalau kita sentiasa maafkan orang hidup kita akan jadi lebih tenang. Ni dah termasuk dalam kategori dendam ke? Saya pun tak pasti. Dia orang pertama yang membuatkan saya ada perasaan buruk macam ni

Iphone 4


pic dari Maxis

Semalam tengok Buletin Utama pelancaran iPhone 4 oleh Maxis di The Gardens, Mid Valley. Cantik...bestnya kalau mampu miliki walaupun 1. angan2 mat jenin la saya nak dapatkan iphone ni.huhu....

iphone 4 spec
Display
  • Retina display
  • 3.5-inch (diagonal) widescreen
    Multi-Touch display
  • 960-by-640-pixel resolution at 326 ppi
  • 800:1 contrast ratio (typical)
  • Fingerprint-resistant oleophobic coating
    on front and back
  • Support for display of multiple languages
    and characters simultaneously
Capacity
  • 16GB or 32GB flash drive
Cellular and wireless
  • UMTS/HSDPA/HSUPA
  • (850, 900, 1900, 2100 MHz)
  • GSM/EDGE (850, 900, 1800, 1900 MHz)
  • 802.11b/g/n Wi-Fi (802.11n 2.4GHzonly)
  • Bluetooth 2.1 + EDR wireless technology
Camera, photos, and video
  • Video recording, HD (720p) up to
    30 frames per second with audio
  • 5-megapixel still camera
  • VGA-quality photos and video at up to
    30 frames per second with the front camera
  • Tap to focus video or still images
  • LED flash
  • Photo and video geotagging
Sumber dari Maxis. Click here for details

Gara2 Lunch Roti Canai + Teh Tarik

Lunch semalam makan roti canai dengan teh tarik sebab rasa dah lama sangat tak makan. Lepas tu dah dekat pukul 4 ptg tu perut dah rasa semacam, dah rasa loya2. Nasib baik semalam masa balik asben datang jemput. Masa nak lintas jalan nampak ada sebiji kereta bg lampu tinggi, ingatkan ada mamat mana nak ngorat. hehe...perasan
Cakap kat asben tak larat sgt hari ni, rasa mcm semacam ja. Lepas tu asben cakap xpe tak yah masak la hari ni, beli je. Lepas tu decide nak beli nasi kukus ayam berempah...Balik tu sampai je rumah saya terus makan, mandi belakang kira.huhu...mcm budak2. Tapi serius memang tak tahan sangat la lapar, menggigil badan
Mungkin perut saya dah masuk angin, lepas makan tu terus terkeluar balik. huhu... letihnya...asben picit2 badan asyik sendawa je. Badan kecik tapi penuh dengan angin

Thursday, September 23, 2010

Open house @ rumah terbuka

Sempena bulan Syawal ni ramai la yang buat open house a.k.a rumah terbuka. Jauh di dasar hati, (tak la jauh sangat) nak sgt buat open house jugak tapi....
1. rumah sempit
2. takde meja nak letak makanan (meja mkn pun tak beli)
3. nak siapkan masakan nanti Haziq pun sibuk skali

hmm...kesimpulannya saya akan open the door bila ada kawan2 nak datang rumah dan masak apa yang patut. tapi kan orang kata nak seribu daya,tak nak seribu dalih kan...saya nak tapi....hehe....tetap ada tapi jugak tu

Haziq beraya

Raya kali ni kali pertama Haziq beraya. tapi boleh consider kali ke dua sebenarnya sebab raya haji tahun lepas Haziq dah ada dah, tapi still dalam pantang la. Xpa la consider ni kali pertama la. Tapi agak mendukacitakan la jugak sebab Haziq tak sihat, kena cirit-birit dan muntah. Ibu dok pk ala, tak boleh la ibu nak melaram baju raya ibu yang abah belikan pakaikan Haziq baju melayu yang ibu dan abah dah belikan tu.
Petang hari raya pertama tu Haziq dah ok sikit. Bawa Haziq p rumah tok cik. 1st rumah yang Haziq p

rindu...

Saya rindu la dengan sorg kawan ni. dah lama sangat rasanya dah borak, msg, ym, jumpa lagi la susah. huhu...dulu sebelum dia kawen, saya rasa kitorang sgt2 rapat. sentiasa ym, msg. sampaikan rasa macam dah takde rahsia antara kami.
tapi lepas dia kawen ni semakin lama semakin besar jarak antara kami. kenapa jd mcmtu? hmm...tp memang rindu la nak borak2, gurau2 dengan dia sebab kami ni blh dikatakan 1 kepala la jugak.lepas tu suka wat lawak2 yang ntah apa2 je. think +ve, dia busy dan letih sebab skrg dia tengah sarat pregnant.... huhu...

raja norhafiza..saya kangen bangat sama kamu...huhu...

Monday, September 20, 2010

'Contest Memek Muka Si Manja'

Lagi berapa jari je nak tutup. Tak pe, saya try untuk Muhammad Edhan Haziq bin Mohd Azme. Contest ni anjuran oleh dianjurkan oleh ibuAQiL
Saya nak letak gambar Haziq yang ni sebab dia suka sangat buat muka macam ni
Nama : Muhammad Edhan Haziq bin Mohd Azme
Umur : 10 bulan
gambar ni masa kawan datang raya kat rumah pada 16 September 2010, Jumaat
Yang nak join sempat lagi ni, klik sini . Tarikh tutup 25 September 2010

Kejadian 07092010

transformer malaysia

Malang tak berbau. Tu la pepatah yang selalu kita dengar. It happen to me.huhu... Cuti raya saya apply rabu - jumaat tapi pagi selasa tu badan Hazia panas sangat, so saya EL la hari tu. Asben g keje pastu msg bgtau dia apply extra leave hari rabu,so decide nak blk kg selasa tu lgpun badan Haziq dah ok, dia pun dah ceria dah. So tugas saya la mengemas barang2, angkut masuk kete. Dalam pukul 5 ptg kami bertolak blk Kedah. Sepanjang perjlnan semua ok, Haziq pun ok.

Sampai kat hentian Gurun mak call pesan bgtau asben bawak kete hati2, jgn laju2. Lepas tu teruskn perjalan dan memang betul malang tak berbau. Tiba2 ada satu bunyi yang kuat, Haziq tengah tdo terjaga sambil muntah kuar ikut mulut, hidung. Lecun baju dan seluar saya dgn muntah Haziq. Rupa2nya terlanggar serpihan tayar lori yang tertanggal dan melintang kat highway tu. Dah ada 2,3 biji kereta lain dah berhenti untuk check kereta diorg sbb diorg pun melalui kes yg sama.

Asben saya bhenti turun tgk kereta, masuk blk dlm kereta sambil geleng2 kepala. Nampak muka kecewa.huhu...

Malam tu jugak ayah call kawan dia yang kebetulan ada workshop. Mak cakap time mak call tu mak dah rasa tak sedap hati. rupa2nya ada sesuatu akan terjadi. Wpun bumpuer kereta pecah depan, belakang tapi syukur alhamdulillah kami semua ok. Tapi kesian Haziq sebab terkejut sampai muntah2, cirit birit.

Keadaan Haziq tu berlarutan banyak hari. Dah ambil ubat di Kedah tapi xde perubahan. Atas nasihat org tua2 saya pun pegi minta air penawar untuk pulihkan semangat Haziq sbb diorg ckp Haziq terkejut. 14 Sept tu jadi balik cirit birit, sian sgt. Merengek je Haziq. Walaupun merengak, aktif tetap aktif.hehe...

16 Sept pegi klinik pakar kanak2 tapi tutup lepas tu pegi klnk suraya - mmg Haziq dah biasa dgn klnk ni. Dctr ckp Haziq ok sbb dia still aktif, byk minum susu dan air masak. Syukur alhamdulillah. tapi time Haziq kena cirit tu memang dia byk sgt minum susu dan air masak. Klu dapat minum air masak, dah habis memang comfirm dia akan menangis, nak minum lg. Sampai perut Haziq tu bergoncang bunyi air je. Makan xnak,nak minum je.

Dctr suruh tukar susu,so Haziq minum Mamex Gold Soya. Alhamdulillah dah ok perut Haziq

Monday, September 6, 2010

Haziq kena demam campak lagi

Since last week kepala, dahi Haziq ada biji2, saya dgn asben assume tu sebab kena gigit nyamuk. So saya letak la cream untuk yang kena gigit nyamuk tu. Tapi semlm nampak macam makin bertambah sampai ke tempat yang tertutup pun ada biji2 tu, ada lak yang ada air. Rasa macam tak sedap hati je. Terus pegi klinik. Doctor check tgk2 kena demam campak. Siannya anak ibu. Semoga cepat sembuh ye nanti blh pakai baju melayu yang kita beli kat SACC mall tu. Saya call akak yang mengasuh Haziq,akak tu cakap xpe dia blh jaga Haziq walaupun dalam hati saya sebenarnya nak ambil cuti nak jaga Haziq sendiri. Tapi susah gak nak cuti sebab dah nak cuti raya. huhu...saya dah pesan kat pengasuh anything yang tak ok terus inform saya..harap2 Haziq ok hari ni
Ni pic masa kat klinik
Ada 1 kejadian yang membuatkan saya rasa cukup bangga. apa tu?hehe..time doctor tengah check Haziq sempat lg Haziq berpusing utk kiss pipi saya. then doctor cakap ala2 sayang sgt la kat ibu dia...

JUSCO time

Semalam pukul 10 dah sampai dah kat parking IOI sebab nak pegi JUSCO. Serang awal2 sebab kalau lewat2 nanti dengan nak cari parking lagi, orang ramai lagi.huhu...so better pegi awal sikit orang tak ramai sangat, nak cari barang pun senang. Weekend last nak buat preparation raya so mmg comfirm la orang ramai. Ni antara aksi2 bosan Haziq kena duduk dalam stroller. Sian anak ibu

Iklan raya TV3 ditarik balik


KUALA LUMPUR - Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Difahamkan iklan Sinari Lebaran itu mula disiarkan pada 2 September lalu.

Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal.

Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.

Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu turut menyelitkan unsur-unsur khayalan menunjukkan kanak-kanak dibawa terbang merentasi beberapa mercu tanda terkenal negara seperti Menara Berkembar Petronas, jambatan mirip Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan.

Penyiaran iklan TV3 tersebut didakwa menimbulkan impak di luar konteks sebenar sambutan hari lebaran yang bukan dikaitkan dengan hiburan semata-mata.

Sumber : Kosmo

Jom klik sini tengok iklan penaja

Datuk Sosilawati Lawiya Hilang


Semua paper bercerita pasal isu ni. Di mana agakanya Datuk Sosilawati Lawiya (bekas isteri Nash Lefthanded) sekarang. Semoga selamat semuany. Dugaan pada keluarga di saat lebaran menjelang

Anak syak ibu dikurung

KUALA LUMPUR: Hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 44, dilaporkan hilang secara misteri sejak seminggu lalu dan gagal dikesan hingga kini.

Difahamkan, kehilangan bekas isteri kepada vokalis kumpulan rock Lefthanded, Nash itu menyebabkan anak mangsa mengesyaki ibunya dilarikan dan dikurung sebelum membuat laporan polis.

Turut hilang bersama jutawan berkenaan ialah tiga individu lain mempunyai hubungan dengan urusan perniagaan dan syarikatnya.

Susulan itu, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kehilangan ahli perniagaan berkenaan bersama tiga individu lain.

Sumber polis berkata, kehilangan Sosilawati hanya dilaporkan anak perempuan mangsa berusia 21 tahun Khamis lalu selepas mendapati ibunya gagal dihubungi tanpa sebab sejak malam Isnin.

Difahamkan, anak mangsa yang juga pembantu perniagaan kepada ibunya mula berasa tidak sedap hati berikutan ibunya tidak pernah `hilang’ apatah lagi telefon bimbitnya gagal dihubungi.

Untuk lebih detail baca kat Metro

Friday, September 3, 2010

Lagu Raya

Apa lagu raya pilihan korang? Saya lebih suka lagu dulu2. Kalau dengar lagu dulu2 rasa macam lebih bersemangat sj nak raya, perasaan tak sabar nak raya tu makin memuncak.hehe...Lagu raya yang sekarang ni dah style rock pun ada jugak. Tapi tu pilihan masing2 la kan.Ada yang lebih suka dengar lagu raya terkini, lagu baru dari artis baru.
Kalau kat office dgr je lagu raya mesti xde mood nak buat keje dah (campur lak dgn mood malas).

lagu ni klu dgr automatik rasa sayu sgt,teringat kat mak ayah at kg.restu mak ayah adalah segalanya







Lagu Siti ni lak mesti teingat masa study kat Labuan dulu. Mak kalau dengar lagu ni memang comfirm mengalir laju air mata mak.saya pun sama la jugak.huhu...



lagu yang rasa excited dengar mesti la lagu balik kampung



pesanan saya pada semua kawan2 yang nak drive for long journey tu hati2 la ye. make sure tak ngantok sebab bahaya klu ngantok masa driving. Hati-hati di jalan raya, sentiasa ingat orang tersayang. Semoga kita semua selamata sampai ke destinasi ;)

Ayam Masak Kicap Bersama Kentang

Bahan-Bahan
- Bebrp ketul ayam (goreng dulu)
- Kentang (potong dan goreng)
- kicap
- cili kisar @ sos cili (saya lg suka guna cili kisar)
- halia
- serai
- bawang merah dan bawang putih
- bawang besar (potong bulat)
- sedikit air
- garam

Cara-cara
- tumis kan halia,serai,bawang merah dan bawang putih bila minyak dah panas
- bila dah ada bau masukan cili, kacau hingga pecah minyak
- masukan kicap
- klu xnak pekat2,masukan air sikit
- bila dah mendidih masukan kentang dan ayam yang telah digoreng
- dah masak masukan bawang besar yang dipotong bulat

* garam tu sblm masukan rasa la dulu takut dah masin kicap

Tol percuma, diskaun hingga 40% sempena Aidilfitri

Tol percuma, diskaun hingga 40% sempena Aidilfitri
Sep 2, 10 8:40pm

Kongsi 0Dua puluh empat syarikat konsesi lebuh raya memberikan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena Aidilfitri ini manakala syarikat konsesi Kumpulan MTD "menghadiahkan" laluan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata Kumpulan MTD memberikan laluan tol percuma pada 7, 8, 15 dan 16 Sept depan mulai pukul 9 malam hingga 6 pagi kepada semua jenis kenderaan.

Sejumlah 24 lagi syarikat konsesi lain, katanya memberikan diskaun tol pada 6 hingga 8 Sept serta 13 hingga 15 Sept mulai pukul 12 malam hingga tujuh pagi, umumnya bagi kenderaan ringan iaitu kereta dan beberapa kelas kenderaan lain.

"Selain menyemarakkan sambutan Hari Raya mereka memberi tol percuma dan diskaun untuk melakukan penyuraian trafik kerana mereka percaya bila beri diskaun atau tol percuma pada waktu itu, maka lebih ramai orang akan menggunakan lebuh raya.

"Nanti tidaklah berlaku kesesakan pada waktu puncak terutama siang. Sebab itu syarikat konsesi mempunyai strategi mereka sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya kementerian itu di Plaza Tol Gombak hari ini.

Shaziman berkata tahun ini merupakan tahun kedua syarikat-syarikat konsesi menyahut seruan kerajaan untuk memberi diskaun dan tol percuma kepada pengguna lebuh raya.

"Tahun lepas hanya dua syarikat konsesi memberi diskaun dan tol percuma berbanding 25 syarikat pada tahun ini. Insentif ini sebagai satu penghargaan daripada kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi kepada rakyat sempena Aidilfitri," kata beliau.

Dalam pada itu, Shaziman turut meminta syarikat-syarikat konsesi menyediakan perkhidmatan yang diperlukan pengguna lebuh raya termasuk perkhidmatan lori tunda untuk membantu kenderaan yang mengalami kerosakan atau kemalangan.

"Saya juga berharap pengguna lebuh raya yang menghadapi sebarang masalah supaya menghubungi syarikat konsesi ini atau Lembaga Lebuhraya Malaysia," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata kerja-kerja pembinaan di jalan raya dan lebuh raya dihentikan buat sementara mulai semalam bagi memastikan aliran trafik lancar dan untuk menjamin keselamatan pengguna.

Berikut adalah senarai lebuh raya yang memberikan diskaun tol:

* Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura: 20 peratus diskaun kepada pengguna kenderaan ringan serta rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 6,7 dan 8 Sept serta 13, 14 dan 15 Sept.

* Lebuhraya Kulim Butterworth: Rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 6,7 dan 8 Sept serta 13, 14 dan 15 Sept.

* Lebuhraya Metramac: diskaun tol RM 0.10 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12:01 tengah malam 10 Sept hingga 11.59 malam 12 Sept.

* Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan bagi Plaza Tol di bawah sistem kutipan tol tertutup (Plaza Tol Kajang Selatan hingga Setul) mulai 12:01 tengah malam 10 Sept hingga 11.59 malam 12 Sept, manakala tol percuma di Plaza Tol Ampangan untuk semua kelas kenderaan pada 9 Ogos hingga 20 Sept.

* Lebuhraya Damansara Puchong (LDP): diskaun RM0.60 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

* Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint): diskaun RM0.20 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam pagi hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya SMART: diskaun 15 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12 tengah malam 10 Sept hingga 12 tengah hari 11 Sept.

* Lebuhraya Shah Alam (Kesas): diskaun 10 peratus untuk kenderaan kelas satu mulai 6.01 pagi 10 Sept hingga 6 pagi 11 Sept.

* Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Shah Alam Kuang (Guthrie), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke) dan Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam 10 Sept.

* Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Silk): diskaun lima peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12 tengah malam hingga 11.59 malam 10 Sept.

* Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru: diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 11 malam 9 Sept hingga 8 pagi 10 Sept.

* Lebuhraya KL Putrajaya dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) : diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12 tengah malam hingga 11.59 malam.

* Lebuhraya Senai Desaru: diskaun 32 hingga 36 peratus bagi kenderaan kelas satu pada 12.01 tengah malam 10 Sept hingga 12 tengah malam 11 Sept.

pic dari PLUS

Sumber dari: http://www.malaysiakini.com/news/141798

Thursday, September 2, 2010

Puding Marble

Bahan-Bahan

- 1 paket agar-agar (10g) ambik yang xde warna apa2,natural je k
- 2 gelas air
- 2 gelas susu cair
- 1/2 gelas gula (klu suka manis2,tambah la lg)
- 2 sudu besar milo - dibancuh dengan air suam supaya sebati
- 2 sudu besar tepung kastard

Cara

1. Masakan air hingga mendidih kemudian masukan gula dan agar2
2.Dalam bekas lain kacau tepung kastard dengan susu cair
3.Dalam bekas lain lagi bancuh milo dengan air suam
4. Bila gula,agar2 dah sebati,masukan tepung kastad yg telah dikacau dgn susu cair kemudian tapis (masukan langkah 2 dlm langkah 1)
5. kacau sehingga sebati
6.bahagikan kepada 2 bahagian - natural dan milo
7. 1 bahagian dicampur dengan milo yang telah dibancuh dgn air suam (pastikan bancuhan milo juga ditapis utk mengelakan puding dari berketul) - selepas itu boleh la buat layernya selang seli natural dan milo selapis2
8. sejukan dalam peti ais masing2.jgn letak kat rumah jiran nanti habis lak ;)
* milo tu boleh juga guna koko, susu cair tu ada yang guna susu segar.bergantung pada citarasa masing2

Raya

Semua orang mesti sibuk buat persiapan raya kan. Lagi berapa hari je ni nak raya. Mesti ada yang 100% dah setel, 50% setel. Bagi saya pulak tahun ni first time raya dengan anak. tak sabar rasanya nak raya.tahun lepas time raya haji still dalam pantang.excited ni.sibuk la dengan persiapan untuk raya
- cuti - dah approved
- baju untuk mak - dah setel
- baju melayu untuk ayah - tak bli lg
- baju melayu untuk adik - dah bagi duit, xtau la duit tu dah setel lum ;)
- baju melayu asben - dah setel
- baju melayu dan kelengkapan Haziq - dah setel
- duit raya - dah tukar
- kuih raya untuk rumah sendiri, rumah mak, rumah mertua - dah setel
- baju raya sendiri - hampir setel (tudung belum ada lg)
- beg untuk Haziq letak duit raya belum beli lagi.hehe...xpe la masuk dalam handbag ibu je k
Plan Rabu, 08/09 nak bertolak balik kampung, Kedah. Mesti meriah sepanjang jalan dengan jammed.huhu..tapi walau jammed mcmana pun dalam hati tetap gembira sebab dapat beraya dengan family di kampung sendiri

Are You Moist Enough?

Tengok word moist tu teringat je kat moist chocolate cake kan. Ni macam picture kat bawah ni...
Tapi hari ni saya bukan nak cerita pasal moist chocolate cake tu ye. Nak cite pasal kulit bersama Vaseline k.Are you moist enough? Adakah kulit anda cukup lembap? Bercerita pasal kelembapan kulit ni saya memang akui Vaseline memang elok untuk mengekalkan kelembapan kulit. Saya memang gunakan losyen Vaseline dan Vaseline Intensive Care 100% Pure Petroleum Jelly.

Petroleum Jelly ni saya gunakan setiap hari pada bibir, siku (memang port yang kering),tumit kaki dan baby pun boleh jugak gunakan Petroleum Jelly ni.

Vaseline telah mengeluarkan produk baru yang iaitu : Total Moisture dilengkapkan dengan vitamin E, kacang soya dan oat yang melembap setiap lapisan kulit dan menjadikan kulit halus, lembut dan sihat.

Intensive Rescue mengandungi glycerin yang serta-merta memberikan kelembapan pada sepanjang hari. Formula ini membantu memulihkan kulit kering.

Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan daun lidah buaya dan timun yang menjadikan kulit lembut dan bersinar sambil melembap.

Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan perlindungan cahaya matahari yang mengembalikan kecantikan kulit.

Size yang kecil dan comel tu senang nak bawa ke mana-mana pun ;)

Wednesday, September 1, 2010

Doa-doa untuk anak

Ini adalah antara tips yang saya pernah baca di internet dan yang saya amalkan

Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak kerana semua kata-kata, impian,harapan ibu bapa adalah doa yang paling berkesan pada seorang anak

1.selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7x dan dihembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur...

2. bangun pagi peluk anak sebyk 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pd niat kita utk si anak)

3. baca al-fatihah,baca surah taha ayat 1-5kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x
"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU
LEMBUTKAN NABI DAUD BAGI BESI" dan hembuskan makanan/minuman/susu.

4. Ayat Qursi utk menghalau iblis & syaitan. Doa ini juga boleh dibaca utk menghindarkan anasir negatif yg masuk ke dlm badan anak yg menyebabkan mereka degil.

5. Surah Insyirah (Alam Nasyrah). Nabi juga menasihatkan Ali supaya membaca surah ini utk menerangkan hati & mudah ingat. Dan ia dibacakan kepada anak supaya mereka kurang degil dan lembut hati. 6. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

7.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

8. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan seeloknya ketika anak nak lelapkan mata

9. Selepas solat lima waktu, amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

10. Surah Al-Anbiyaa ayat 69. Utk anak2 yg susah hendak sembahyang & liat sangat, doa yg paling mustajab ialah surah Ibrahim ayat 40, bermaksud " Ya Allah jadikan aku & anak-anakku org yg mendirikan solat".
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.

Soalan dijawab oleh Rosnah Ahmad, Pengusaha Tadika dan Taska Islam dan Ahli Jawatankuasa Wanita JIM Pahang. Persoalan dan jawapan layari www.wanitajimceria.blogspot.com

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

anak2 bergaduh
- Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar
- Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran
- Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah
- Surah Toha ayat 1-5

Bg anak2 yg suka keluar malam
- Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Sedikit sumber dari http://azzahh.multiply.com/journal/item/15

Nasi Goreng Udang

Ni cara saya buat nasi goreng. Masing2 ada cara tersendiri kan. Ni menu masa sahur

Bahan2
- nasi sejuk (comfirm la kena ada klu x mcmana nk jd nasi goreng kn ;)
- sawi (sbb dlm peti ais ada sawi je)
- udang (goreng dulu)
- sambal belacan (balance yang tumbok semalam)
- 1 biji telur
- garam secukup rasa
- minyak secukupnya

Bahan untuk menumis
- bawang merah
- bawang putih

* dihiris - klu rajin tumbok lg best

Cara-cara memasak
- panaskan minyak, tumiskan bawang
- bila bawang dah kekuningan, masukan sambal belacan
- masukan batang sawi
- pecahkan telur,biarkan kejap lepas tu kacau sampai hancur
- masukan nasi,kacau sampai sebati
- masukan daun sawi
- masukan garam secukup rasa
- letak dalam pinggan bersama2 dgn udang yg telah digoreng

Bumper kena gesel

Semalam gi bazar kat Puchong Utama saja nak tgk2 apa yg menarik wpun tau kat bazar tu mmg xbyk pilihan pun. masa sampai tu ada sebuah unser kt tepi asben parking kereta ni. Pastu jalan tak sampai 10 minit pun. Skali tengok bumper kreta dah kena gesel. ksian tgk muka asben.dah la kena calar balar bumper tu siap masuk ke dalam lak tu.hmm..sungguh tak patut sape yang buat tu.tak bertimbang rasa betul, at least tunggu la kejap jumpa tuan kereta dulu ke.ntah2 dia pk xpe ni kereta murah je ni,biarlah.tak baik tau buat mcmtu kat org.ingatla what you give you get back...ni dah ala2 mcm kes langgar lari la ni tp ni kes gesel lari.nak kata kereta ni asbe nterlebih parking xla pulak sbb mmg elok je kat dalam kotak parking tu.