Wednesday, November 30, 2016

Mee goreng


Assalamualaikum kawan2 blogger.. dah sarapan ke? 

Ni mee goreng petang semalam. Masak mee goreng simple2. Sebenarnya terbayang2 mee goreng yang ada ayam sikit, daging sikit, sotong sikit, udang sikit, serba sikit la. Tapi tak boleh letak sotong dengan udang sebab abang ada nail biji2 gatal2 sekarang ni. Jadi simpan je la bayangan tu.

Mee goreng ni tersangat la simple. Tumis bawang merah dan bawang putih, masukan cili kisar sikit biar bagi pecah minyak lepastu masukan kicap. Lepastu boh la daging, biar lama sikit sebab nak bagi daging lembut lepastu boh ayam. Kacau2 lepastu masukan pulak batang sawi, mee dan last sekali sawi (daun).

Kalau masak mee saya mesti akan goreng bawang untuk tabur kat atas mee. Best tau rasa dia sedap, bau wangi ja.

Friday, November 25, 2016

Back to School

Cuti sekolah dah mula dah. Dah boleh la buat preparation untuk sesi persekolahan tahun depan. Tahun depan abang darjah 2, adik tadika. Ada beberapa kawan yang anak sulong nak masuk darjah 1 tahun depan tanya apa yang patut beli, apa yang tak patut. Ni nak share sikit la apa yang still ingat lagi.

1 : baju sekolah rendah. Baju dgn seluar jual asing2. Time mcmni ada certain tmpt akan buat sale sblm diorg kluarkn stok baru. Tak payah la beli sampai 5 pasang sebab akan ada hari pendidkan jasmani. Macam kat sekolah anak ada 2 hari pendidikan jasmani. Jadi haritu tak payah dah pakai baju sekolah. Seharian pakai baju sukan. Ni ikut kemampuan la.klu mampu boleh la beli yang brand canggih manggih tu.

2 : baju sekolah agama - sepasang baju putih, sampin dan songkok. Yang ni seminggu 5 hari memang kena pakai la sebab tak ada pendidikan jasmani. Terpulang la nak beli terus 5 pasang pun.

3 : kasut sekolah kalau boleh beli la lebih dari 1 pasang sebab memang akn confirm kotor. Kalau haziq hari isnin tu pun kasut memang nmpk putih sikit2 saja.

4 : beg sekolah kalau anak sekolah rendah dan sekolah agama dan anak transit di mana2 memang kena ada 2 beg. Kalau nak beli beg beroda kena tengok la anak dok kelas tingkat berapa. Kalau anak dok kelas bawah ok. Tapi kalau anak kena naik tangga susah sikit la sebab beg tu pun memang dah berat walaupun tak letak buku lagi.

5 : alat tulis... haa part ni menarik. Yang ni kena beli lebih. Feeling2 mcm nak berniaga kat rumah la. Pensil, pemadam, pembaris mmg akan sentiada hilang. Macam haziq ada yang bg kat kawan sebab kawan tak ada pensil, ada yang kawan pinjam tak bagi balik, ada jugak yang tak tau p mana. Pensel warna pun tak payah beli yg besaq2 yang 36 batang tu. Takut nanti bila bawak balik rumah mak jd trauma tgk warna tinggal 15. Beli yang biasa2 saja utk bawak ke sekolah.

6 : buku tulis boleh beli kat kedai buku kat sekolah. Cikgu akan bagi list la nanti buku2 yang nak kena beli.

7 : pembalut : pembalut plastik tu ada jual kat buku yang ikut size buku tulis. Jadi senang la sikit. Tak payah nak ukur size buku, potong plastik lpstu balut..


Sunday, November 20, 2016

Ikan talang kering


Ni haa sapa suka makan ni? Saya upload of course la saya suja. Sedap ni makan dengan nasik panas2. Lepastu tambah la sikit sambal belacan... cuba bayangkan. Ni namanya ikan talang kering. Sedap jugak kalau buat gulai atau masak lemak dengan nenas...

Pada yang tak pernah try lagi boleh la try sekali sekala. Jangan makan kerap2 nanti kena darah tinggi pulak 😀

Friday, November 18, 2016

Selamat Hari Lahir Abang

Esok 19 Nov 2016 masukla 7 tahun umur abang. Banyak pengalaman yang ibu dapat dengan kehadiran abang. Banyak juga khilaf ibu dalam membesarkan abang.

Semasa mengandungkan abang ibu dapat lalui benda2 baru. Kali pertama ibu masuk wad sebab keadaan alahan yang terlalu teruk. Ibu rasa macamana seksanya alahan tu. 1 hari lebih dari 20 kali ibu muntah, apa saja yang masuk dalam mulut pasti ibu akan muntah walaupun hanya seteguk air masak. Sampai ke tahap muntah keluar darah. Semua tu pengalaman dan ujian.

Bila abang dah mula makan ibu sediakan bekal untuk abang setiap hari. Macam2 resepi ibu cari. Ada masa ibu rasa penat tapi ibu happy sebab abang makan apa yang ibu masak.

Bila dah ada adik abang dah banyak berdikari, dimarahi. Di sini banyak khilaf ibu. Bila adik menangis ibu akan tanya abang kenapa adik menangis, bila adik dan abang bergaduh selalunya ibu salahkan abang, kenapa abang buat adik. Kadang2 bila abang minta sesuatu ibu cakap abang buat la sendiri kan abamg dah besar. Ibu tau abang sedih. Walaupun abang nampak ceria, happy go lucky tapi ada masanya hati abang cepat tersentuh. Ibu minta maaf. Ibu tau salah ibu. Ibu akan perbaiki untuk menjadi ibu yag lebih baik kepada anak2.

Ibu harap abang akan menjadi seorang insan soleh yang akan berjaya di dunia dan akhirat.