Saturday, September 22, 2012

Milo Ais Kaw Tabur




Terliur tak tengok gambar ni? Sedap ni. Dulu masa kecik2 suka la makan milo. 1 sudu masuk cawan, 1 sudu masuk mulut. Sebab tu sampai sekarang suka minum macam ni

Friday, September 21, 2012

Mengharapkan Pelangi Selepas Hujan

Satu persatu perkara yang perlu difikirkan. Banyak yang bermain di minda. Banyak yang memberatkan. 

Kadang2 rasa tak tertanggung. Namun inilah ujian yang diberikan, yang mesti dihadapi. 

Tanpa sedar mengalir mutiara jernih di pipi. 

Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan yang setimpal dengan dugaan yang Kau berikan kerana hanya Kau tahu aku mampu menghadapi ujianMu ini Ya Allah

InsyaAllah pasti ada jalannya

Thursday, September 20, 2012

Weekend yang panjang

Jumaat

Petang Jumaat lepas mak dengan ayah sampai dari kampung. Dalam pukul 7pm tu p ambik kat Putrajaya Sentral. Haziq yang paling excited bila nampak ayah dengan mak. Dah balik rumah memang tapau nasik saja la sebab dah tak larat nak masak dah. Mak siap bawak ketupat palas yg ada kacang kat dalam. Memang sedap la sebab mak buat sendiri. Terima kasih mak, terima kasih ayah.

Malam tu mak cakap ayah nak p Pahang sebab nak p rumah pak cik. Ayah nak naik bas saja ke sana. Sebagai anak memang sah2 la saya tak sampai hati nak biarkan ayah naik bas sorang2 ke sana. Lagipun ayah tak sihat sangat. Kebetulan encik asben pun cuti 3 hari jugak ( Sabtu - Isnin ). Malam tu bincang dengan encik asben dia cakap kita bawa la ayah kalau ayah nak ke sana. Mak pun boleh ikut sekali. Semua boleh pegi sana.

Tapi masa tu dah bincang la kalau pegi tidur rumah pak cik la sebab dulu (ntah beberapa tahun yang lepas) pegi tidur rumah pak teh (adik mak) lepastu pegi jalan ke rumah pak cik. So kali ni tidur rumah pak cik, lepastu pegi rumah pak teh. Petang Ahad kena gerak balik dah. Isnin tu boleh rehat2 sebab Selasa dah keje. Semua setuju buat macamtu

Sabtu

Pagi Sabtu tu bangun cuci baju2 kotor lepastu tanya jadi p ke tak, ayah kata tak tau, ikut la. Hmm... Lepastu cakap kalau ayah jadi p, semua p skali la, tak payah la ayah nak naik bas sorang2. Lepastu dalam pukul 8am lebih tu ayah tanya saya ok lagi ke kalau nak jalan ni, ada rasa sakit ke tak. Saya cakap la ok lagi. Ayah kata kalau ok, nak p semua, jom la tapi bawak semua la buku klinik, barang2 tu.

Haziq la orang pertama bersiap dan tunggu kat pintu. Seronok betul Haziq kalau bab jalan2 ni. Ayah tunjuk jalan ikut jalan dalam. Dari Puchong ke Rompin tu kena tol RM 4.60 je.Hehe... Ayah memang terror bab2 jalan ni. Ikut Bahau, Senawang, mana lagi ntah. Saya pun tak ingat dah. Sampai rumah pak cik dalam pukul 2.30pm macamtu la.

Dah lama ayah dengan mak tak ke sana. Dulu situ la kampung kami. Situ la jugak tempat tumpah darah saya. Hari tu mak tunjuk la bekas tapak rumah kami dulu. Ramai lagi kawan2 ayah dengan mak kat sana. Sempat la ayah jumpa kawan2. Malam tu pak cik call kawan2 dia sebab nak pesan ayam hutan, belibis, apa lagi ntah nak bagi kami makan. Siap makan durian dengan pulut lagi. Memang best la

Haziq lak masa mula2 sampai terus ke kandang kambing. Puas pujuk masuk rumah tapi tak nak. Pak cik cakap tak pe la biar saja dia kat situ. Petang tu siap ikut pak cik masuk dalam kebun sawit tepi rumah sebab nak halau kambing masuk kandang. Haziq memang suka aktiviti2 kampung ni.

Ahad

Nasib baik la bersempadan saja Endau, Rompin dengan Kluang tu. Adik ayah kat Pahang, adik mak kat Johor, dua2 boleh p. Dari rumah pak cik nak ke rumah pak teh ambik masa dalam 1jam 30 min la. Ok la tu, tak de la lama sangat pun kan. Pak cik dengan mak cik pun ikut sekali ke rumah pak teh. Masak2, makan kat rumah pak teh pulak. Lepas Zohor pak cik pun bertolak balik ke rumah dia. Kami lewat sikit la.

Best dapat bawak ayah, mak jalan2 rumah saudara ni kan. Sebenarnya saya risau jugak takut terbersalin di sana. Kalau bersalin masa kat Rompin tu ic baby sama la dengan ic saya, 06 ; ) 


Wednesday, September 19, 2012

Petanda

Malam tadi ada dengar bunyi ambulans. Kuat la jugak. Rasanya ambulans tu lalu kat jalan depan rumah tu. 

Kuat bunyi ne no ne no tu. Haziq dalam rumah naik basikal dok buat bunyi ne no ne no.

Ni kat fb, kawan cakap ambulans malam tadi tu datang ambil saya. Dia kata suami dia cakap mesti ambulans tu datang ambil bini mie, mesti bini mie dah nak bersalin. Hehe... Tidak2, buat masa ni belum lagi. Tapi malam tadi memang saya pun rasa cuak gak dengar bunyi ambulans tu sebab macam dekat sangat bunyinya.

Adakah itu satu petanda? Hehe...

Menghitung Hari

Hari ni dah 38weeks 2days. Cuak. Masa Haziq dulu time ni dah jalani proses berpantang dah. Menghitung hari pada kali pertama tak sama dengan menghitung hari kali berikutnya. Haritu tak rasa pengalaman sampai 38weeks ni, cuma sampai 37weeks lebih sikit saja. Sekarang ni macam2 perasaan ada. Lepastu sakti sana sini.

2 hari lepas pergi checkup doctor cakap kepala baby dah engaged sikit. Bersedia la, mungkin cepat mungkin lambat sebab doctor cakap kalau dah engaged tu kadang2 dia tak tunggu masa yang lama dah, cepat je turun. Masa Haziq dulu pulak hari checkup tu (37w + ) doctor cakap langsung tak engaged lagi. Doctor pun buat surat suruh refer pakar kat hospital untuk set date czer. Tapi masa sampai hospital tu doctor pakar dah tak de, so dapat appointment untuk next day. Tapi kuasa Allah SWT, 12am malam tu jugak pecah air ketuban, pegi hospital dah buka 2cm. So kali ni bila doctor cakap dah engaged, boleh bila2 masa memang saya tertunggu2 la. Setiap saat penuh dengan penantian.

Hari Jumaat lepas lak rasa geram, sedih semua ada la. 1 jam saya tunggu bas - beridiri. Ada 1 bas lalu, tahan tapi tak berhenti, laju gile budget macam dia bawa bas ekpress la. Tak sempat lak saya nak ambik number bas tu, kalau tak, memang saya dah buat report la. Huhu... Lepas 1 jam tu ada bas memang crowded la. Saya pun naik jugak sebab dah tak larat tunggu. Lepastu saya kena berdiri sebab dalam bas tu tak ada orang yang celik hati, cuma celik mata saja. Dekat 20min jugak la saya berdiri dalam bas. Lepastu ada pak cik yang check tiket tu datang, pak cik tu sound sorang budak lelaki, muda suruh bangun bla3... Saya pun dapat la duduk. Saya cuma ucap terima kasih dekat pak cik tu saja sebab dia yang tolong saya. Huhu....Tu lah risiko orang pregnant datang kerja, balik kerja naik bas ni atau pengangkutan awam ni. Tak semua orang yang ada hati perut tu berhati perut.

Saya ada tanya bos nak ambik maternity leave awal. Kiranya kalau awal seminggu dua, nanti saya masuk la awal seminggu, dua. Asalkan cukup 2 bulan. Sebab setau saya hal ni boleh dibawa berbincang dengan bos. Tapi mengecewakan sebab bos saya tak boleh dibawa berbincang. Dia cakap maternity leave start on the 1st day bersalin. Huhu... Kijam. Saya macam nak tanya kalau apa2 jadi bos nak ke bertanggung jawab? Seriously kali ni, masa sekarang ni memang saya tak larat. Datang kerja pun sebab terpaksa dan memaksa diri. Hanya boleh berdoa semoga Allah permudahkan segalanya. Kalau boleh biarlah masa saya nak bersalin, turun tanda ke, sakit ke masa saya di rumah, bukan di dalam bas atau di mana2. Saya sangat berterima kasih pada bos kalau dia boleh bagi saya ambil cuti bersalin awal sikit. Huhu...

Friday, September 14, 2012

TAWAS

TAWAS ? TAWAS ni Tabung Warisan Anak Selangor. Tak ingat dah bulan berapa apply untuk Haziq dulu. Tiba2 tengok kat peti surat dapat surat daripada YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor). Permohonan untuk Haziq berjaya. Alhamdulillah. 


Masa lepas bersalin dulu dah lewat tau pasal ni. Masa tu ura2 dengar boleh daftar kalau anak berumur setahun ke bawah saja. Tapi masa tu Haziq dah setahun lebih. Ingatkan bukan rezeki Haziq dah. Lepastu haritu ada karnival apa ntah dekat area rumah ni, diorang buka untuk permohonan ni. Masih boleh apply lagi untuk Haziq. 

Nanti YAWAS akan buka Akaun Sijil Simpanan Tetap TAWAS Ambank. Jumlah permulaan untuk pelaburan ni ialah RM 100.Semua diuruskan oleh YAWAS Bila Haziq dah berumuar 18 tahun nanti insyaAllah akan dapat la RM 1500. 

Ini lah kad Haziq





Kad ni akan digunakan untuk tujuan ambil sijil simpanan tetap nanti dan untuk sertai aktivit yang dianjurkan oleh YAWAS.

Alhamdulillah, rezeki untuk Haziq

Ni syarat2 kelayakan permohonan

Kening Jatuh ?

Haa... kening sape yang jatuh ni? Ada ke orang tercicir kening? Ngarut je kan. Tak de kening sape2 pun yang jatuh. Pagi tadi pegi kedai makan mak cik kat area office ni sebab nak beli karipap. Semalam dah try karipap kedai tu, inti dia sedap. Mak cik tu tanya dah berapa bulan, saya pun bagitau la. Macam biasa la respond, keciknya perut ;)

Lepastu mak cik tu pegang perut. Mak cik tu pun rasa gender macam doctor cakap jugak.

Mak cik : Lambat lagi nak bersalin ni
Saya : kenapa mak cik cakap macamtu
Mak cik : tu mak cik tengok kat kening
Saya :Kening ? Tak sempat nak tanya lagi, nanti lunch sambung ye mak cik

Lepastu lunch saya pegi kedai tu. Time nak bayar tengok mak cik tu free, tanya la pasal pagi tadi tu.

Saya : mak cik, sambung balik pasal pagi tadi. Kenapa dengan kening saya
Mak cik : tengok sebelah kening dah jatuh, sebelah lagi tak berapa nak jatuh
Saya : haa..kening jatuh ?
Mak cik : Aah. Tu salah 1 tanda bila kita dah dekat nak bersalin. Selain perut jatuh, hidung kembang
Saya : Hidung saya memang dah lama kembang mak cik ;)  Mak cik dulu bidan ke
Mak cik : Tak lah. tapi mak cik ada 6 orang anak, cucu pun dah 4 orang. Dari pengalaman mak cik
Saya : ooo...ingatkan mak cik bidan. baru dengar hari ni pasal kening jatuh
Mak cik : mak cik rasa lambat lagi la tapi tak tentu jugak. tapi tak la lambat sangat, mungkin bukan dalam masa 2,3 hari ni la. Ni ikut pengalaman mak cik saja. Semuanya atas ketentuan Allah

Lepas tu dah sampai office terus la mengadap cermin, tengok kat mana yang jatuh, mana yang belum jatuh tapi tak nampak beza pun. Hehe... Orang tua2 ni banyak pengalaman diorang kan

Ada beza ke? Tak nampak beza kat mana2 pun kan. Sedih pulak tengok mata yang redup sayu ni. Huhu...

37 weeks

Hari ni dah 37w 4d. Dup dap dup dap.Petang ni mak dengan ayah sampai dari kampung. Mak kata nak datang awal sebab masa bersalinkan Haziq dulu (37w) mak tak sempat. Dah masuk wad tengah malam, pagi tu baru call kampung bagitau dah masuk wad. Semoga kali ini lebih dipermudahkan. Amin


Thursday, September 13, 2012

Esok Ayah dengan Mak Mai

Sangat la seronok sebab esok ayah dengan mak nak mai rumah. Yeaa... nak buat lompat bintang tapi dah tak mampu. Semalam mak tanya nak pesan apa2 tak dari kampung, nak makan apa2 tak. Tak rasa nak pesan apa2 pun. Ayah sat saja kat sini. Lepas 1 atau 2 hari ayah balik la tapi mak tinggal sini sampai la saya bersalin, nak balik masa pantang nanti.

Yang pasti masa mak kat sini (sebelum bersalin) nak minta mak masak pulut kuning dengan gulai ayam. Sedapnya... Harap2 sempat la.



Nak makan apa lagi ? Fikir2 selagi sempat request

Kebas Tangan - Carpal Tunnel Syndrome II

Pagi ni nak buat roti telur untuk bawa bekal. Masa tu tangan ke dua2 belah memang tak boleh genggam rapat, boleh bengkok sikit2 tapi sakit. Tapi gigihkan diri jugak nak buat breakfast. Dah pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk, letak benda2 lain lepastu terlepas mangkuk tu, habis bersepah atas lantai. Huhu... Sedihnya rasa. Bukan setakat kebas tapi sakit.

Tapi nasib baik la yang teruknya masa pagi saja. Lepastu makin ok walaupun rasa kebas dan sakit tu tak hilang terus tapi ok la jika nak dibandingkan dengan waktu pagi. Tak sama apa yang kita alami setiap kali pregnant. Yang pertama dulu banyak yang tak rasa, yang kedua ni banyak yang merasa ;)

Dugaan. Bersabarlah (pesanan untuk diri sendiri). Dah tak lama lagi dah. InsyaAllah


Wednesday, September 12, 2012

Calon UPSR

Sekarang tengah exam UPSR kan. Kat rumah pun ada sorang calon UPSR yang bertungkus lumus study. Setiap malam akan ada 1 session tiba2 Haziq akan cakap nak tulish. Kalau dia dah cakap nak tulish tu memang time tu jugak la akan ambik buku2, terus meniarap. Lepastu buat la ikut suka. Kalau nak pegang pensil tu nak ajar tulis memang susah la. Last2 Haziq yang ajar ibu.


Dah lepas sesi tulish tu Haziq akan bagitau nak p school pulak. Macam ni la gaya nak p school

Naik basikal pusing2 kejap lepastu dah la

Haziq : dah balik dah
Ibu / Abah : kejap je. cikgu takde ke
Haziq : cikgu pegi kedai

Mesti ada la reasonnya nanti


Bekal

Lama tak buat post pasal bekal kan. Hari ni nak mula balik buat post pasal ni walaupun yang dimasak tu tak seberapa ; )

Ni saja bekal untuk hari ni. 1 bekas bihun tu untuk Haziq dan kawan2. Encik suami pun bawa bekal jugak tapi untuk breakfast lain sikit, bukan bihun tapi roti telur. Bawa bekal lagi ok rasanya daripada kena spend untuk lunch saja pun dah RM 8. Huhu... kopak la den. RM 8 tu tambah lagi sikit boleh dapat ayam 1 ekor, boleh masak untuk 1 minggu

Mula2 siapkan bekal untuk encik asben dulu. Bila encik asben dah pergi kerja baru siapkan untuk Haziq dan diri sendiri.

Tuesday, September 11, 2012

Kebas Tangan - Carpal Tunnel Syndrome

Dah banyak minggu tangan saya rasa kebas2. Lebih2 lagi masa bangun pagi. Nak genggam tangan rasa macam sakit. Minggu lepas masa checkup tanya la doctor pasal ni. Doctor cakap tu normal, memang sesetengah orang akan ada masalah ni. Selalunya akan hilang selepas bersalin atau selepas berhenti darah nifas. Tapi kalau still teruk sampai tak boleh nak pegang barang, tak ada rasa apa2 kena la buat fisioterapi. Kalau dah buat fisioterapi tapi still tak ok, kena buat minor operation kat pergelangan tangan. Ngeri la pulak dengar.

Dah 2 pagi dah saya bangun tidur dua2 belah tangan tak boleh nak genggam. Nak pegang botol susu Haziq pun tak boleh. Risau la jugak. Tapi fikir balik benda ni normal saja ni. Urut2 sikit tangan, setiap jari2 lepastu ok la sikit. Kaki pun sama. Awal2 pagi tu nak mula menapak tu memang ada rasa sakit la. tapi kena la kuatkan semangan jugak. Huhu... 

Pregnant kali ke dua ni macam2 dapat rasa. Masa pregnantkan Haziq dulu rilex la sikit. Tak la teruk macam kali ke dua ni. Pengalaman yang berbeza

Monday, September 10, 2012

Sebuah Perjalanan

Hari ni encik asben mula kerja kat tempat baru. Hari ni juga saya hantar Haziq ke rumah ibu umi jalan kaki. Encik asben bawa kereta pegi kerja sebab motor tak leh jalan jauh (uzur). Encik asben pun serba salah sebenarnya nak bawa kereta tapi memandangkan itu saja transport yang ada, saya pun buat2 la kuat semangat kat depan encik asben kononnya tak pe, dekat je, boleh je jalan, jalan slow2. Macam2 la ayat untuk meyakinkan encik asben yang saya mampu hantar Haziq berjalan walaupun saya sedang sarat.

Pagi tadi hujan lebat start 6.45am sampai la 8 lebih. Nasib baik office hour pukul 9, so pukul 8.30 tu sempat lagi la saya naik bas. Hujan dah berhenti saya pun memulakan la perjalanan dengan Haziq dengan galas beg Haziq, beg saya. Tapi tak ada apa pun dalam beg Haziq tu ada baju, losyen, minyak, lepastu bekal saya dan bekal Haziq. Masukan bekal saya dalam tu jugak sebab senang nak galas. 

Nasib baik Haziq pun jalan ok, tak lari sana sini, tak lepas tangan ibu. Sambil jalan, sambil borak. Lepastu kalau saya rasa macam sengal2 perut tu stop la kejap. Lepastu dah sampai blok ibu umi, naik la tingkat 2 pulak. Total keluar dari rumah sampai ke rumah ibu umi pagi ni ambik masa 13 minit. Saya ngaku saya sangat letih, tak larat. Kesian pulak kat Haziq. Tapi takpe, anak lelaki mesti kena kuat kan. Ibu umi cakap kenapa tak call kebetulan pagi tadi ada kereta, boleh pergi ambik. Segan la pulak nak susahkan orang ;)

Semoga encik suami ok berada di tempat baru. Amin

Meh la tengok2 dan order skali

Kalau ada sape2 nak order banner, bunting, flyers, name card atau apa2 berkaitan dengan design ni boleh contact kawan saya, Zulkifly. Mana la tau kan kalau nak buat majlis kenduri kahwin ke, akikah ke, birthday anak ke.

Ni ada beberapa sample: 





Kalau nak tengok sample lain lagi, add page ni ye https://www.facebook.com/KapMedia

37w

Hari ni genap 37w dah. Dup dap dup dap. Haziq dulu rasanya mcm 37w 3d dah selamat dilahirkan dah. Minta2 la kali ni dipermudahkan segalanya. Checkup minggu lepas doctor kata semuanya ok - uri, air ketuban, baby. Berat baby masa scan tu 2.8kg. Baby sangat aktif. Masa mula baring tu tak bergerak lagi, lepastu doctor tanya pergerakan baby ok tak. Terus perut menonjol kejap kiri kejap kanan sampai la doctor habis scan.

Minggu ni checkup hari Khamis ni pulak. Dah mula checkup seminggu sekali sampai la bersalin. Cepat betul masa berlalu. Awal2 dulu bulan main teruk lagi alahan. Bila ingat balik part alahan tu memang terasa kesengsaraannya. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin

'Rabbi yassir wala tuaasir, robbi tammin bil khoir' 
Ya Allah permudahkanlah segala urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan

Friday, September 7, 2012

Raya

Lebih kurang lagi seminggu Syawal nak meninggalkan kita tapi saya baru buat entry pasal raya. Memang terlambat la. Tahun ni kali pertama raya tak ada gambar berdua ke bertiga ke berempat ke sejak kahwin ni. Paling kejam gambar Haziq sorang pun tak ada jugak. Huaaa... Padahal pagi tu Haziq handsome segak bergaya pakai baju melayu siap bersongkok, sampin, stokin, kasut. Sorry syg. Rasa tak ada mood lak kali ni nak beriya bergambar. Tapi sekarang saya sangat MENYESAL. Takpe, nanti kalau rajin kita semua pakai baju raya, lepastu snap gambar ye, feeling raya balik. Hehe...

Tahun ni turn kat Kedah. Sebelum balik lagi saya memang dah tau memang dah ada bunga api yang siap sedia tunggu Haziq balik. Dari awal memang harap supaya Haziq tak suka sebab Haziq tak suka asap. Kalau lalu kat mana2 ada asap mesti awal2 lagi tutup hidung lepastu kibas2 dengan tangan sambil cakap busuk. Bukan setakat tu saja, sekarang kalau saya masak pun Haziq dah bising bu, ashap apa ni bu, bu, busyuknya asyap ni.

Tapi tu lah berlainan pulak dengan asap bunga api. Haziq tak buat pun tanda2 tak suka. Macam lupa pun ada yang dia tak suka asap. Agaknya Haziq fikir bukannya boleh main selalu pun. Dari awal saya harap Haziq tak suka sebab benda tu kan boleh membahayakan, takut kena api, lepastu asap tu pun tak elok untuk kesihatan. Tapi terpaksa la terima hakikat yang memang Haziq enjoy main bunga api. Saya dulu masa budak2 pun setiap kali raya mesti melompat gembira dapat main bunga api.


Kek Keramel

Kalau ada sape2 nak order, bagitau la ye. Sedia lagi menerima tempahan ;)

Boleh intai2 lagi kat sini ye, http://desserthouz.blogspot.com/

Barut

Dua hari lepas dah dapat barut comey ni. Memang teringin sangat2 bila tengok kecomelannya. Colorful gitu.

 Model barut

Haziq : Ibu, apa tu
Ibu : barut baby
Haziq : Haziq punya ade?
Ibu : Tak de la, abang kan dah besar. Baby je pakai barut ni. Abang dah pakai dulu masa kecik
Haziq : Nak pakai bu

Memang dah agak dah situasi ni akan berlaku

Barut2 nai saya order kat sini, https://www.facebook.com/ByBieha. Sape2 yang berkenan tu boleh la terjah kat page tu ye

Monday, September 3, 2012

Ketupat Palas

Minggu lepas teringin la sangat nak makan ketupat palas. Padahal masa ada depan mata bukan nak makan sangat pun, cukupla sesuap dua. Tapi masa tak ada ni terbayang2 la lepastu rasa macam nak makan masa tu jugak. Teruknya la hai. 

Masa ym dengan kawan dia cakap dia pernah try ketupat palas segera, brand nona. Saya tak pernah la pulak tengok sebelum ni. Lepas tu esoknya saya pergi giant - motif utama nak cari ketupat. Nak buat sendiri macam tak padan la pulak, bukannya nak banyak pun. Lagi satu masalah utamanya saya tak reti masak pulut, rasa was2. Bab nak balut tu insyaAllah la boleh. Tak pe, try dulu yang segera, balik rebus saja.

Jumpa jugak apa yang dicari. Saya yang tak pernah tengok sebelum ni. 

Ni lah rupa ketupat palas segera tu. Tapi bukannya bebalut dengan daun palas ye, balut dengan plastik. Dalam tu dah disediakan serbuk santan untuk digunakan masa merebus ketupat. Baunya wangi. Saya letak serbuk santan tu sikit, lepastu saya guna santan biasa. Kalau nak rasa masin sikit, masa merebus tu letak la garam sikit.

Ok la jugak rasanya. Ada rasa ketupat palas macam yang balut dengan daun palas tu. Tapi semestinya la yang ori lagi sedap. Pada sape2 yang teringin sangat2 nak makan tu, try la yang segera ni kalau susah nak cari yang ori, insyaAllah tak kan mengecewakan.


Saya buat rendang sikit. Cicah dengan susu pun sedap tau