Wednesday, November 24, 2010

Sup Pasta


Ni 1st time beli pasta semata2 untuk Haziq. Banyak gak Haziq makan pagi tadi.

Monday, November 22, 2010

Adiladha + Birthday Haziq

Aidiladha tahun ni tak berapa meriah. Kampung asben tak ada sambutan raya haji, just masak simple - nasik himpit,kuah kacang,rendang. Lepas tu makan la sape yang ada. Takde pakai baju raya, takde beraya ke rumah orang, orang takde datang beraya.huhu....Haziq pun tak sedar yang hari tu hari raya sebab saya pun rasa mcm cuti biasa je.huhu...xpe2...Tapi jeles la bila call kampung orang tu datang, orang ni datang beraya.haa...nak raya jugak...

Hari Jumaat, 19 November 2011 genap setahun umur hero kesayangan kami, Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi.



hepy 1st bday to our dearest son, Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi.ibu dan abah doakan supaya jd ank yg soleh,ikut segala peritah Allah,tinggalkan segala laranganNya,mdengar kata,mhormati org tua,

mjadi org yg bijak.doa ibu sentiasa mengiringi setiap hela nafas anak ibu...be a good son.ibu sentiasa berdoa agar ibu dpt mdidik anak ibu menjd seorg insan yg beriman,bguna




Jumaat tu pukul 6 pg lepas se
mbahyang Subuh bertolak balik ke Kedah. Singgah Jitra dulu
pegi bank. Saya dukung Haziq skali masuk dalam bank. Seperti biasa dia menjerit dengan tgn kaki xdok diam. Semua orang dia nak tegur. Ada 2 orang pakcik tu dukung Haziq, Haziq siap kiss pipi pakcik tu, dapat la duit raya...hehe...duit raya pertama untuk raya haji.
Pukul 11.30 pg selamat sampai rumah. As usual semua orang tengah tunggu kepulangan kami Haziq.



Sabtu saya p ambik kek yang saya dah tempah untuk Haziq, bli barang2 sikit. Just buat simple2 saja.
Menu: bihun sup, nugget, kentang goreng, wafer, sumi
Jemputan: saudara mara, budak2 kat kg dan mak2 budak.hehe...
Walaupun buat sikit2 tapi setengah hari jugak la. Letihnya malam tu rasa macam nak pengsan dah la esok paginya dah bak kena balik Puchong dah. kan best kalau boleh add on cuti lg 1 hari.hehe...
Aktiviti wajib Haziq kat kampung - melawat kandang lembu, reban ayam, reban itik, ronda2 naik motor. Pendek kata memang takde masa rehat la, schedule mesti penuh

Tuesday, November 16, 2010

Macam-macam Haziq

Hari Sabtu lepas tinggal saya berdua saja dengan Haziq. Saya ajar Haziq, sape nama Haziq angkat tangan, then saya angkat tangan Haziq. Dalam 2,3x lepas tu saya tanya lagi, Haziq angkat tangan tapi dia pegang tangan saya nak angkat skali sebab masa mula2 ajar tu saya pegang tangan Haziq. Lepas tu saya kata ibu bukan Haziq, syg sorg je Haziq, syg sorang la yang angkat tangan. Lepas tu dia pun cakap apa tak tau la dalam bahasa dia sambil angguk2 kepala. Agaknya dia ulas balik la kot apa yang saya cakap tadi tu. Tanya lagi...Haziq dah pandai angkat tangan dia sendiri tanpa tarik tangan saya...cumilnya...
Siang tu Haziq tak nak tdo, nak main je. Dekat nak malam tu nampak macam dah ngantok sangat2 dah. Masukan dalam buai. Haziq siap pacak kepala, lipat kaki, melengkungkan badan. Risaunya saya takut terseliuh ke patah ke. Macam2 pk. Dah cakap baik2, lembut2 tapi tak peduli pun. Lepas tu ternak sikit pitching suruh dia tido. Lama lepas tu baru Haziq tdo. Tengah lena Haziq ngigau nangis. Cepat2 saya pegi tepuk2 dia. Sian Haziq. Mesti sedih sebab kena marah. Huhu...Sedihnya saya. Suami cakap takpe la sebagai parents memang kita kena didik anak. Didik anak kena tegas tapi jangan la guna kekerasan. Selama ni saya cakap lembut2 tiba2 teringgi suara mesti Haziq pun sedih... Ibu buat mcmtu sebab ibu tak nak sayang terbawa2,terbiasa dengan perangai mcmtu...Ibu marah sebab ibu sayang.

Monday, November 15, 2010

Nasi Ayam Madu

Rebus

- Ayam

- Sup bunjut

- kiub ayam

- halia dan bawang putih (tumbok @ blender)

- air

Perap

- 2 sudu besar sos tiram

- 2 sudu besar kicap

- madu

- halia, bawang putih,bawang merah (tumbok @ blender)

Nasi

- beras

- minyak @ butter

- halia, bawang putih dan bawang merah (tumbok @ blender)

- air rebusan ayam

- daun pandan

- garam

- sedikit serbuk kunyit (untuk mewarnakan nasi)

Sos Cili

- 3 biji cili merah

- 1 ulas bawang putih

- 1 sudu kecil cuka makan

- garam dan gula secukup rasa

- air secukupnya

Sos Kicap

- 1 ulas bawang putih

- kicap

- air rebusan ayam

Sup

- air rebusan ayam

- garam

- daun sup

- bawang goreng

Hiasan

Tomato
Timun
Daun salad

Cara – cara

Rebus ayam bersama halia,bawang,sp bunjut,liub ayam sehingga empuk

- Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 20-30minit. Goreng hingga garing dalam minyak yang panas.

- Basuh beras dan toskan. Panaskan butter @ minyak, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya, daun pandan dan garam. Masak seperti biasa.

*** boleh tambah serbuk kunyit untuk tujuan mewarnakan nasi

- Untuk sos cili -blendkan semua bahan diatas. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

– Untuk sos kicap – tumis bawang putih, masukan kicap dan sedikit air rebusan ayam tadi

- Untuk sup- air rebusan ayam ditambah sedikit garam. Masukan hirisan daun sup dan bawang semasa menghidang

– Untuk hiasan – potong tomato dan timun. Letakan bersama daun salad