Monday, March 26, 2012

:(

Minggu lepas 2 hari lagi saya MC. Memang tak larat sangat-sangat dengan batuk yang semakin menjadi2. Ini kali pertama saya hadapi batuk serious sampai tahap macam ni. Setiap kali batuk sakit perut, tulang2 badan. Haritu pegi klinik, doktor pun cakap teruknya batuk awak ni. Dah dapat antibiotik. Hari ni last la ambik antibiotik tu. Tapi keadaan batuk tak reda jugak. Mungkin ni salah 1 pembawakan budak.

Hari ni datang kerja pakai cantik2 sikit dengan tujuan ceriakn diri sendiri dan nak bagi diri rasa kuat. Tapi hakikatnya sama jugak. Saya cuba mencari kekuatan dan sentiasa nak rasa kuat tapi mungkin belum masanya. Hanya mampu berdoa dan bersabar. Semoga si kecil di dalam sentiasa sihat.

Wednesday, March 21, 2012

Ceritera

Rasa macam banyak yang nak diceriterakan di sini, macam2. Tapi rasa tak larat lagi menguasai diri. Huhu....

Tuesday, March 20, 2012

Ingatkan dah habis

Haritu masa nak balik ke sini, ayah & mak tak bagi balik lagi sebab diorg tengok saya tak betul2 sihat. Tapi masa tu saya rasa macam ok la jugak, rasa macam dah boleh la pegi kerja. Saya rasa agak sihat la masa tu walaupun adik beradik yang lain cakap saya masih lemah, badan pun macam nak melayang. Saya nekad untuk balik. Motif utama nak balik tu bukan sebab tak nak lama2 kat kampung tapi nak kerja.

Semalam 1st day kerja setelah 1 bulan cuti. Memang tak larat, rasa sakit2 badan. Muntah sekali kat ofis. Tapi masa balik petang tu sampai ke malam sampai 9x. Saya memang rasa tak larat. Semalam pun berteka teki boleh ke saya kerja hari ni. Datang jugak ke ofis. Pagi ni kat ofis pun dah 2x. Huhu.... kenapa masih ada lagi. Ingatkan dah stop

Monday, March 19, 2012

Kembali

Dah lama meninggalkan blog ni. Sebulan tak bekerja. Sepanjang sebulan ni rasa terlalu banyak menyusahkan orang2 di sekeliling. Sebelum balik ke kampung, rasa badan ni teruk sangat, hanya mampu terbaring. Bergerak sikit saja muntah. Nak bercakap pun tak larat. Minum air pun muntah. Makan ubat, ubat tu akan keluar balik dalam rupa yang asal jugak. 

Dua kali mengalami keadaan yang sama. Tapi rasanya kali ni makin teruk. Dulu orang2 yang berpengalaman selalu cakap yang kalau alahan teruk masa pregnant anak pertama, anak ke dua akan ok. Tapi kes saya berlainan. Kali ni perasaan fobia dan takut tu makin kuat. Nak kuatkan semangat pun rasa tak mampu, tetap menangis. Dugaan dari Allah hanya kepada hambaNya yang mampu menghadapi.

Terima kasih tak terhingga kepada:
- encik suami kerana memahami keadaan isteri walaupun terpaksa berjauhan beratus2 kilometer.
- Haziq, ibu minta maaf. Ibu bukan nak abaikan Haziq. Ibu sayang sangat tapi ibu tak terdaya nak uruskan Haziq masa tu. Setiap kali ibu muntah Haziq akan buat muka simpati, urut2 belakang ibu
- ayah & mak kerana susah payah naik bas berulang alik dari Jitra-Puchong, cuci kain2 yang kotor setiap kali lepas muntah. Jasa mak & ayah tak kan dapat dibalas tapi insyaAllah cik akan jaga ayah & mak sebaik mungkin
- kak, bdin, adik, dini, along, kakak, baby sebab tolong macam2, lebih2 lagi tolong layan kerenah Haziq yang setiap masa nak berkawad di luar rumah

Terima kasih yang tak terhingga pada semua. Maaf kerana terpaksa menyusahkan