Tuesday, December 4, 2012

Supermak

Masa Haziq baby dulu saya sorang2 yang hantar ke rumah k.umi. Time tu lagilah berdukung je walaupun agak jauh jugak berjalan (dari blok J ke blok B). Tapi tak pe la sebab sorang , takde masalah nak dukung. Lagi pun Haziq dulu dari kecik memang anti stroller. Saya kena hantar sorang2 sebab encik asben kerja masuk pukul 7am, 6.40 dah keluar dari rumah. 

Sekarang encik asben dah masuk kerja shift, 12 jam, 7am - 7pm, 7pm - 7am. Memang agak kucar kacir la kami ber3 di rumah ni. Huhu...Pagi ni hantar anak2 saya sorang kena handle. Baby tu ok la. Tapi abang tu dia ikut suka hati dia saja lah. Bukan nak ada rasa takut ke, bahaya ke. Pagi ni memang terjerit2 la saya. Laju je dia lari turun tangga. Kalau jiran yang kenal memang diorang tolong tengokan Haziq. Ye la pagi2 kan sibuk orang keluar pegi kerja, bahaya betul. Pagi ni akak depan rumah tolong pegang Haziq kat bawah. Saya nak lari berkejar2 macam dulu mana la boleh. Baby nak kena dukung, lain la kalau baby pun dah besar. Haziq2

Beg encik asben tolong letak siap2 dalam kereta - beg baju anak2, cooler bag, beg kerja. Haa..ambik sampai 3 bag. Petang pun encik asben cakap tinggal je beg2 dalam kereta, nanti dia balik kerja dia bawak naik rumah. Harap2 petang2 tak hujan dah. Kalau hujan memang susahhhhhhhh sangat2 bagi saya. Haziq bukan heran hujan ke panas ke kilat ke petir ke. Bahayaaaaaaaa... Semalam hujan lebat tapi alhamdulillah la encik asben ada. Hujan sekarang kat sini selalu ada guruh, kilat. Huhu...Tu yang takut tu. Risau anak demam 1 hal

Saya dah bagitau k.umi awal2 lagi kalau petang2 hujan memang saya akan ambik diorang lepas encik asben balik kerja. Lagipun saya sampai rumah pun dah lewat jugak. Habis kerja pukul 6pm, nak tunggu bas lagi. Kalau bas cepat, cepat la sampai. Nasib baik encik asben kerja dekat dengan rumah. 10 minit dah boleh sampai rumah dah.

Alah bisa tegal biasa kan. Nanti lama mesti ok kan. Bila Haziq dah dengar cakap, dah boleh fikir betul2 insyaAllah semuanya akan ok. Hmmm... 


Balik tu masak pun simple2 saja lah. Asalkan boleh di makan, kenyang. Nak sedap2 memang belum masanya lagi la kot. Cukup la sekadar ada nasi, lauk dan sayur. Tapi pagi ni siap sediakan bekal lagi ; )

Monday, December 3, 2012

Nak Pengsan

Tiba2 rasa nak pengsan. Geram pun ada. Eeee.... Comel sangat2 la hai...\


New Headband Baby Girls Ready for Order..Order Now and Hurry Up!! - Kuala Lumpur


Haaaaaaaaaaaaaaaa.........comel sgttttttttttttttt kan. Ok, pengsan

Risau

Ramai jugak rupanya mommies yang ada problem baby tak nak direct feeding (df) kan. Saya lah salah sorang tu. Mula2 lahir dulu ok. Lepas mula bagi guna botol dah tak nak df dah. Sedih je bila baca orang cakap itu ini, buat macamtu, macam ni. Saya pun dah cuba tapi baby tak nak jugak. Agaknya baby confius kot kan.

Kalau nak ikutkan letih, memang la letih. Saya mengaku letih. Tapi kena la berkorban lakukan yang terbaik untuk anak. Malam2 saya bagi susu yang baru pam sebab rasa bersalah nak bagi yang dalam peti ais tu. Ye la sepatutnya anak df dapat yang fresh tapi ini tak. So, saya kena bangun double daripada baby. Kalau baby bangun 5x, saya kena bangun 10x la. Sekarang dah boleh la budget masa berapa lama lepas baby tidur tu dia akan bangun menyusu.

Siang memang la baby minum ebm yang saya bekalkan kat rumah pengasuh. Malam pun saya masih lagi kena pam. Bukan tak cuba bagi baby df tapi memang baby tak nak, nangis2. Tak sampai hati la pulak nak biar baby nangis lama2. Nanti lain lak jadinya. Tak pe la selagi ibu boleh lakukan apa yang terdaya, ibu akan buat asalkan anak ibu masih lagi minum susu ibu. Huhu...

Sunday, December 2, 2012

Cara Cairkan EBM

'EBM = Expressed Breast Milk'
1. Pilih botol yang bertarikh paling lama dari bahagian beku.
2. Turunkan EBM beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cair… InsyaAllah ATAU....
3. ... lalukan EBM beku di bawah aliran air paip.
4. Bila sudah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air panas/suam ATAU gunakan pemanas susu khas.

AMARAN KERAS !!!
- JANGAN cairkan EBM beku dalam suhu bilik.
- JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan EBM beku kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
- JANGAN masak EBM beku di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
- Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
- Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula.

TIPS
- Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
- Pangku bayi anda ketika memberi EBM
- Rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman.
- Sesudah minum, BURP kan bayi anda.

Petikan dari : http://petuapakar.blogspot.com/2011/03/tip-penyediaan-ebm-cara-cairkan.html