Friday, November 18, 2016

Selamat Hari Lahir Abang

Esok 19 Nov 2016 masukla 7 tahun umur abang. Banyak pengalaman yang ibu dapat dengan kehadiran abang. Banyak juga khilaf ibu dalam membesarkan abang.

Semasa mengandungkan abang ibu dapat lalui benda2 baru. Kali pertama ibu masuk wad sebab keadaan alahan yang terlalu teruk. Ibu rasa macamana seksanya alahan tu. 1 hari lebih dari 20 kali ibu muntah, apa saja yang masuk dalam mulut pasti ibu akan muntah walaupun hanya seteguk air masak. Sampai ke tahap muntah keluar darah. Semua tu pengalaman dan ujian.

Bila abang dah mula makan ibu sediakan bekal untuk abang setiap hari. Macam2 resepi ibu cari. Ada masa ibu rasa penat tapi ibu happy sebab abang makan apa yang ibu masak.

Bila dah ada adik abang dah banyak berdikari, dimarahi. Di sini banyak khilaf ibu. Bila adik menangis ibu akan tanya abang kenapa adik menangis, bila adik dan abang bergaduh selalunya ibu salahkan abang, kenapa abang buat adik. Kadang2 bila abang minta sesuatu ibu cakap abang buat la sendiri kan abamg dah besar. Ibu tau abang sedih. Walaupun abang nampak ceria, happy go lucky tapi ada masanya hati abang cepat tersentuh. Ibu minta maaf. Ibu tau salah ibu. Ibu akan perbaiki untuk menjadi ibu yag lebih baik kepada anak2.

Ibu harap abang akan menjadi seorang insan soleh yang akan berjaya di dunia dan akhirat.






Wednesday, June 1, 2016

Lambaian Ramadhan

Cerita ni start malam tadi. Memang plan nak tengok sebab tengok iklan pelakon best2 lepastu cerita macam sedih, kisah kekeluagaan. Pelakon utama Adi Putra, Siti Elizad dan Puteri Balqis. Haa bestkan pelakon2 cerita ni.

Kisah pasal Adam dan Shila. Diorang ada 3 orang anak tapi kehidupan asyik bergolak, bergaduh sebab Adam menjalinkan hubungan dengan kekasih lama. Makin lama hubungan kekeluargaan jadi dingin. Rasanya nanti adik (puteri Balqis) ada penyakit serius.

Tapi memang sedihla layan cerita ni. Malam ni tengok pun berjurai air mata. Ye lah bab2 keluarga, anak2 ni memanf sensitif. Emosi cepat terusok. Lambat pulak nak habis, baru episod ke 2 dari 13 episod. Tak sabar nak tau ending..huhu..



Wednesday, February 3, 2016

Tomyam tanpa pes

Tadaaa...berjaya masak tomyam tak guna pes.selalu anak2 tak boleh makan kalau obi masak tomyam sebab pedas.tapi hari ni dua2 beradik berselera makan, siap bertambah2.



1. Blend tomato dan bawang besar bersama sedikit air (1 biji bawang besar + 1 biji tomato)
2. 3 batang serai dibelah
3. Panaskan 1 sudu besar minyak masak
4. Tumis bahan blend dan serai hingga naik minyak
5. Bahan blend garing, masuk ayam dan sayur keras macam carrot. Kalau nak masuk seafood, masuk lambat sikit takut liat
6.Masuk air ikut suka. Rebus semua bahan.
7. Setelah campuran mendidih, masukkan perahan limau nipis/kasturi, perasa dengan garam gula (petua orang patani untuk ganti aji)
8.Masuk bunga kobis
9. Agak2 empuk, masuk bawang besar dipotong empat/baji, cili padi, tomato dipotong empat, daun limau purut (bawang besar dalam 4 biji, tomato 4 biji)
10.Untuk dapat rasa tomyam sebenar kena seimbang rasa masam, manis, pedas dan sedikit manis bawang

Semua orang boleh try sebab senang sangat2

Wednesday, September 2, 2015

Jalan-jalan

Hari sabtu lepas bawa anak2 ke port dickson sebab abang dah lama dok nak mandi pantai.kesian la pulak.selalu pegi pun bagan lalang je tapi tak boleh mandi la main pasir je.

Haritu pukul 6.30pg lepas smyg subuj ti terus gerak.masak nasi dengan lauk simple2 saja, ayam goreng dengan sayur campur. Kitorang ikut jalan biasa yang nak ke bagan lalang tu.kalau ke mana2 pun memang suka ikut jalan biasa sebab lagi best rasanya daripada ikut highway, boleh tengok orang jual macam2 lepas tu rasa suasana kampung.

Sampai pd dalam pukul 7.45am. Mula cari tempat. On the way nak ke teluk kemang tu tengok kat kawasan pantai pokok2 ramai orang berkhemah. Kitorang terus ke teluk kemang. Dah sampai sana pegi tengok2 dulu. Kanopi 1 RM 50. Mahal bagi saya. Lagipun bukan nak duduk kat kanopi tu lama2. Orang tu cakap kalau ada tikar sendiri dia bagi RM 30. Takpelah. Tikar tu memang dah ada tapi rasa macam tak berbaloi je. Tapi kat situ kalau tak ambik kanopi tu memang panas sebab takde pokok2 dan memang penuh kanopi pasang situ, rapat2.

Lepastu kitorang pegi cari port lain. Patah balik p kat area bawah pokok. Situ memang takde 1 khemah/kanopi pun. Orang bentang tikar sendiri je. Ramai jugak yang bawak khemah. Nak kena neli jugak la 1 khemah, senang klu nak ke mana2.

Air tak pasang pun masa tu. Air surut. Awal2 tu boleh la main air kat depan2 tu lepas tu kena jalan ke tengah sikit sebab air surut. Abang memang seronok tak terkata la.

Minyak cuma RM 50 saja pegi balik. Ok la tak mahal sangat



Petang sikit tu p Oastrich Farm. Nanti buat enrty baru ye untuk tempat tu.