Thursday, February 10, 2011

Mahalnya

Pagi ni bawak bekal nasik lepastu rasa macam nak makan dengan ayam masak merah. Singgah la beli kat akak yang jual nasi lemak tu. Beli ayam je seketul, masa nak bayar tanya berapa kak? Jawabnya RM3. Mahalkan... Saya kata mahal tu sebab hari tu masa balik kampung pegi beli ayam masak merah jugak tapi seketul RM1.50 je. Tengok size sama je tapi beza 2x ganda. Iskh2..Tu lah salah 1 beza ketara duduk kat kampung dengan kat bandar ni.hmm....

Wednesday, February 9, 2011

Rendang Ayam

Bahan-Bahan
- Ayam
- halia *
- bawang merah *
- bawang putih *
- cili *
- kunyit hidup *
- lengkuas *
- serai *
- santan
- kerisik
- garam
- daun kunyit @ daun limau purut (saya letak daun kunyit)


Cara-cara
- Bahan bertanda * diblender bersama
- Masukan dalam kuali
- masukan ayam
- masukan santan
- kemudian masukan kerisik
- last sekali masukan garam sesedap rasa
- daun kunyit tu hiris nipis2 lepastu masukan dalam rendang.baunya nanti memang power la


*** ni cara sempoi saya buat .kuah tu tak kering sangat sebab haritu mak mertua cakap jangan kering sangat sebab dia nak makan kuah dengan nasi

Balik kampung: Part 3 - Taman Ular

Dah lama tak ke taman ular Perlis ni. 1st time pegi masa sekolah rendah dulu. Ni dah balik kebetulan anak2 menakan pun tak pernah p, so p skali la. Tiket masuk dewasa RM4 sorg, kanak-kanak atas berap tahun entah RM1 sorg. Lepas tu kamera kalau nak masuk skali pun kena bayar jugak RM1.Tapi bawak hanset even ada kamera, tapi takde dalam list yang kena bayar ;)
Ni lah di antara penghuni2 di dalam tu

Haziq tak excited sangat masuk dalam ni sebab binatang2 yang ada tak berapa nak bergerak. Kalau masuk zoo rasanya memang Haziq akan excited la. Yang dia excited time kat playgorund and as usual la kalau sampai kat playground atau supermarket memang Haziq akan meronta2 la bila kena dukung nak balik.hehe...

Balik Kampung: Part 2 - Anniversary Ayah&Mak + Birthday adik

Dah lama plan dengan kak nak buat makan2 untuk anniversary ayah&mak yang ke 36 dan birthday adik yang ke 20. Saya dah order kek sebelum balik bercuti. tapi mencabar jugak la nak order kek sebab ramai bakers yang dah tak ambik order, dah full. Nasib baik ada jugak yang saya boleh menyelit. Hari jumaat tu pukul 9pg saya ajak asben ke Alor Star sebab nak ambik kek. Haziq tinggal dengan mak. 

Mak: nak p mana
Saya: nak jumpa kawan
Mak: kawan mana, masa mengaji ka (sebab mak memang kenal kawan2 saya)
Saya: Dak, ni baru kenai. Nak p ambik barang sat

Saya tak la menipu kan. Apa yang saya cakap tu memang betul la kan. Tak baik menipu. Ambik kek tu kat Petronas dekat dengan Shahab Perdana, sebab situ je la yang saya tau. Kalau nak suruh ke tempat lain memang lambat la, nak kena explore dulu. Balik tu terus parking kereta kat depan rumah kak sebab tak nak bagi mak dengan adik nampak kek tu. Memang berjaya la misi tu. Dalam hati berdoa jangan la mak tanya mana barang yang p ambik tu sebab tak tau nak jawab apa. 

Nak dijadikan cerita haritu susah lak nak cari ayam. Sampai ke Kodiang pegi cari ayam tapi tak de orang jual. Nasib baik la 2,3 hari sebelum tu ada orang bagi ayam daging kat adik. So sembelih ayam tu la. Lepastu mula lah proses cabut bulu ayam, cuci2 ayam semua tu. Dah lama tak buat kerja2 macam tu. Slalunya beli yang dah siap ja sekarang ni. Tapi dulu selalu la melalui proses2 tu.

Tengah masak sup tu gas la pulak habis. Terbantut la kejap proses memasak.Lepas tu kedai pulak banyak tutup sebab cuti CNY. Merantau la pulak cari kedai nak tukar tong gas. Banyak tul onak dan duri yang kena lalui haritu. Tapi at last berjaya jugak. Petang lepas asar mula la proses memakan. hehe...