Friday, August 5, 2011

Puding roti marble


Bahan-bahan


4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gm serbuk agar2
1/2 cawan gula (saya kurangkan)
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan @ 230ml air
2 sudu besar serbuk koko (bancuh dengan sedikit air)
1 sudu kecil esen vanilla 


Cara-cara


1. Didihkan 3 cawan @ 200 ml air, serbuk agar2 dan gula
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair, esen vanilla dan balance air. Kemudian masukan ke dalam periuk agar2 yang telah mendidih tadi
3. Masukan butter yang telha dicairkan ke dalam periuk dan kacau sampai mendidih. Matikan api
4. Bahagikan kepada 2 bekas - asal dan campurkan dengan koko tadi
5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli (kena cepat2 sebab ia akan cepat membeku)
6. Boleh sejukan

ni of course la untuk Haziq ;)

Thursday, August 4, 2011

Hidup ibarat putaran roda

Hidup kita ni ibarat putaran roda. Kadangkala di atas, kadangkala di bawah dan mungkin akan terus berhenti. Semalam mungkin kita pada putaran di atas - gembira, bahagia, kaya, berjaya dan segala2 yang baik. Tapi hari ini, esok macamana? Adakah kita masih lagi seperti semalam? Kita tidak tahu apa yang akan terjadi.


Sama jugak macam naik eyes of malaysia ni, dia akan berputar - bawah, atas, bawah, atas dan berhenti. Begitulah putaran hidup kita.

Macam saya sekarang ni rasanya putaran roda tu hampir ke bawah tapi tak terlalu di bawah. Alhamdulillah Allah menguji saya dengan ujian yang masih boleh diterima. Saya patut bersyukur kerana ujian ini tidaklah terlalu berat jika nak dibandingkan dengan yang lain - anak sakit, masalah dengan suami, masalah tempat kerja dan sebagainya.

Jangan terlalu banyak mengeluh tapi banyakan berdoa dan mencari jalan penyelesaian. InsyaAllah ada jalannya. Setiap masalah pasti ada penyelesaian.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286
 
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139 

Tewas juga akhirnya

Aim tahun ni nak kurangkan aktiviti ke bazar ramadhan. Bukan apa, tahun ni alhamdulillah boleh balik awal, pukul 4pm, so sempat la masak2 walaupun yang simple2. Terima kasih bos. Lepas tu nak mengelakan pengaliran wang keluar dan nak mengelakan pembuangan makanan. Ye la, masa tengah lapar, tengok tu nak, tengok ni nak. Nafsu.


 Beraneka juadah (ihsan google)

Macam2 ada kt bazar tu, warna warni. Memang cantik menarik tertarik la. Tapi tu lah semalam, puasa ke 3 tewas jugak akihrnya saya. Tapi aim cuma nak kurangkan ke bazar bukan tak nak pergi terus. Tapi asben yang ajak, ronda2. Dengan Haziq yang dok nak keluar tu.

Tapi tak membeli belah sangat la, beli kuih saja RM2, 5 ketul. Dah tak ada dah sekarang ni RM1 3 ketul. Tapi tu la pembaziran jugak sebab makan cuma seketul saja. Tu pun kuih asben yang pilih. Saya tak makan sangat kuih2 ni, nasi dengan air pilihan pertama.

Ikan bilis goreng pedas

Dulu masa study kat Labuan, mak selalu buat ikan bilis goreng pedas ni lepas tu pos ke Labuan. Masa study kat Sepang pun sama jugak. Terkenang memori silam. Tak tau la nak namakan ikan bilis goreng pedas ke sambal kering ikan bilis ke. Confius

Bahan-bahan

Ikan bilis (digoreng)
Kentang (digoreng)
1 ulas bawang merah (ditumbok)
1 ulas bawang putih (ditumbok)
2 sudu besar cili kisar
sedikit air asam jawa / 1 keping asam keping
garam sesedap rasa

Cara-cara

1. Tumis bawang2 (jangan guna minyak terlalu banyak untuk menumis sebab nanti ikan bilis tu akan berenang dalam minyak kalau over letak minyak)
2. Masukan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak
3. Masukan sedikit air asam jawa ataupun asam keping
4. Masukan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi
5. Masukan sedikit garam