Thursday, May 31, 2012

Scan - gender

Minggu ni dah 22 minggu. Bertahan untuk tak scan lagi tengok gender. Masa Haziq dulu time 4 bulan dah sah2 nampak kekelakiannya. Tiba2 semalam perasaan tak sabar2 tu datang. Lepastu encik asben pulak cakap ikutla. Kalau tak sebelum ni dia cakap nanti la scan bila dah cukup 6 bulan.

Kebetulan semalam dctr yang selalu jumpa tu cuti, so dctr lain. Masa masuk bilik dctr tu dh highlight, bold, underline semua dah cakap nak tengok gender. Dctr pun scan la. Lepastu cakap ni head, jatung, ni tulang belakang, air ketuban ok, weight adn height baby ok, baby sihat. Tapi sekarang kedudukan baby songsang tapi takpe sebab awal lagi. Lepastu dctr diam sambil terus scan. Masa dctr cakap ni head baby tu rasa macam dia tekan kuat sangat benda alah scan tu sampai sakit. Beriya sangat dctr ni.

Lepas tu dctr terus scan tanpa bercakap. Last sekali dia off kan mesin scan. Terkejut la saya. Saya tanya dctr tak dapat detect gender ke? Lepastu dctr cakap girl. Masa tu encik asben yang tengah dukung abang Haziq dah angkat tangan sapu muka sambil tersenyum lebar. Tapi perasaan saya biasa saja. Bukan tak excited tapi sebab confident level doctor didnt meet my expectation. Haish... Cara dia macamana ntah. Memang la tak boleh percaya 100% tapi dari cara dctr tu yg buat saya rasa semacam.

Lepastu saya tanya memang comfirm dctr nmpk gender girl ke? Dctr cakap 90% girl sebab tak nampak tanda baby boy. Dctr kata tak nampak sarung telur, ataupun masih terlalu awal dan sarung telur tu belum turun sepenuhnya. Hmm....dctr ni. Masa Haziq dulu time 4 bulan dctr dah tunjuk ni bla3...

Takpe la dctr, terima kasih ye. Tapi kesian lak kat encik asben sebab memang nampak muka dia ceria sangat masa dctr bgtau girl tu. Takpe, nanti tunggu 6 bulan lebih kita pegi scan lagi ye.

Sebenarnya memang saya harapkan baby girl sebab dah ada boy. Tapi kalau Allah kurniakan boy pun saya bersyukur dan terima dengan hati yang terbuka. Girl ke boy ke tetap anugerah yang terindah. Yang penting baby sihat dan selamat

Wednesday, May 30, 2012

Ceritera balik kampung

- cuti dah approved untuk Isnin depan
- gaji bermasalah lak

Berjayakah saya sampai ke kampung halaman ni? InsyaAllah, saya mesti akan sampai jugak. Dah 3 bulan tak balik, rasa macam lama sangat2 dah. Tak pernah lagi selama ni tak balik kampung. Semalam kak msg mcmni

" Nak bertolak bila? Kami kat kampung ni tunggu hampa balik macam nak balik raya yang 5 tahun dah tak balik "

Hehe... punyalah lama penangan 3 bulan tu. Plan nak bertolak hari Jumaat ni, dalam pukul 3.30pm macamtu sebab encik asben habis kerja pukul 3pm tapi cuti saya lak tak approve. Ye la dah banyak sangat MC, EL segala bagai. Huhu....

Semalam bincang2 dengan encik asben dia cakap lepas ambik saya Jumaat pukul 6pm tu terus gerak balik la. Saya fikir baik malam sikit bertolak sebab tak la jamm sangat sebab tu time orang balik kerja. Hari Jumaat memang jamm berganda2. Lepastu encik asben cakap tak pe la kita masuk la Guthrie dulu, keluar kat Rawang, boleh la skip jamm kat Sungai Buloh tu. Saya ikut saja lah sebab bukan saya yang nak drive, ikut saja cakap driver.

Kalau bertolak malam pun bukannya sebelum tu encik asben nak rehat2 dulu pun. Mesti ada saja kerja yang dia nak buat. Kalau dapat bertolak pukul 3.30pm tu memang tak jamm la. Tapi tak pe la nak buat macamana. Yang penting perjalanan pergi balik tu selamat.

Kiranya malam ni kena basuh baju, packing baju sebab malam esok nak angkut masuk kereta dah. Lagipun Jumaat tu saya terus bertolak dari office, tak balik rumah dah. So kena la kemas betul2. Takut nanti ada yang tertinggal lak. Excited jugak nak balik walaupun keadaan gaji yang masih di awangan ni.

Pagi tadi Haziq bangun tidur, mata tak berapa nak celik lagi terus cakap ' nak balik kampung kan. pakcik, ayah,mak,paklong,mak long, along, kakak, kak cik, mak cik, boohhh...' semua Haziq sebut sampai ke lembu tak lupa

Port favorite kalau balik kampung. Breakfast kat sini, makan tengahari kat sini....

Semoga perjalanan pergi dan balik selamat dan dipermudahkan

Mahal ke, Mahal tak, Mahal kan

Haa....tajuk post ntah apa2. Hari ni mood tak larat nak jalan jauh2. Lepastu tak bawa bekal lak. Fikir nak tapau kat mana. Kedai Chinese muslim bawah ni nasi goreng kampung, bihun goreng standard RM 6.90. Lepastu rasa macam nak tapau kat kedai sebelah lagi tu lah.

Berjalan la mak buyong ni ke kedai tu. Dah sampai tengok nasi campur macam tak best. Lepastu mulut mengorder nasi putih + paprik ayam. Dah siap, nak bayar tanya berapa RM. Cashier sebut 8 ringgit. Wah, terkesima, tersentak, terkedu, ter apa lagi tah.

Nasi putih + paprik ayam = rm1.50 + rm 6.50 = rm8

Formula untuk hari ni

Ayam 1kg RM 6.30. Kalau beli ayam dah boleh masak berhari2 dah. Huhu.... Terima la hakikat. Makanlah sepuas2nya, nikmati lah makanan tersebut senikmat nikmatnya ye.

Sekian. Jom baca doa makan sama2

K, dah baca doa makan. Buka polistrin nak makan, tengok2 nasi sejemput saja. Tak sampai separuh pun. Ya Allah kenapa lah hari ni jadi macam ni. Huhu....

Pagi yang letih

Semalam dapat cheque gaji. Pagi ni dah bgtau bos, hr saya masuk lewat sebab nak pergi bank, nak masukan kat kaunter terus. Boleh dapat on the dot. Sebab plan nak balik kampung kan Jumaat ni. Tak nak la masukan kat tong tu sebab akan ambik masa 2 hari. Better p kautner terus.

Pagi ni lak on d way ke bank tu berarak mendung kelabu. Dalam hati berdoa biar la selamat sampai. Masa turun bas tu kena sikit2 rintik hujan. Naik saja jejantas terus hujan lebat. Nak sampai bank memang basah la jugak sikit2. Lepastu tunggu kat depan pintu bank tu sebab bank buka 9.15am, time tu baru 9.05am. Bila guard buka pintu, tak de la saya serbu masuk, kena la control jugak walaupun nak cepat. Tapi dapat gak jadi orang 1st, number 2001. Bangga x?

Tak yah nak bangga2 la sebab takde maknanya. Dah sampai kat kaunter tu bagi la cheque, buku bank, ic. Bila teller tu tengok cheque terus dia tanya siapa yang isi ni. Saya bagitau la orang kat office. Lepastu dia cakap ni macam tulisan daripada 2 orang (macam ada 2 jenis font) lepastu ada wording yang tak cukup. Saya suruh dia call verify dengan office dia cakap tak boleh. Huhu.... Takde maknanya dengan number 2001 tadi okay.

Saya call office lepastu account datang bank. Dia pun add on la word yang tak cukup tu, tapi dia salah tulis lak. Lepastu dia betul kan, jadila macam berdouble tulisan. Ambik number lagi sekali. Sampai kat kaunter lagi teruk cheque tu tak diterima. Teller cakap memang kena tukar cheque baru ni. Huhu... Kecewa. Susahnya nak dapat duit gaji sendiri. Kenapalah tak online transfer saja, kan senang

Lepastu account ni cakap nak suruh bos buat onlne transfer. Harap2 boleh la. Bis lak sekarang ni kat ober-c sinun. Huwaaa... Nak gaji, nak balik kampung