Friday, January 4, 2013

Setia Hujung Nyawa

Semalam baru tengok betul2 cerita ni. Best jugak kan. Rasa macam sweet je couple laki bini tu kan. Macam comel2 je.

 

Rupa2nya cerita ni pun adaptasi dari novel jugak. Banyak kan sekarang ni drama dari cerita novel. Oleh kerana tahap ketidaksabaran itu tinggi, hari ni saya pun google la pasal cerita ni. Tak sabar nak tau ending macamana. Gelojoh ke? Tak de la, tak sabar je ;)

Sinopsis Setia Hujung Nyawa

Pengantin perempuan lari?

Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. 

Zain Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan diri ke luar Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. 

Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Bagai orang menggantuk yang disorongkan bantal, Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu.

Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang.

Demi menyelamatkan maruah keluarga, Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. 

Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan kedua-dua mereka saling berpandangan. Setelah sah bergelar suami isteri, Zain amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar ersalina disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya.

Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya mahu mengahwinkannya dengan zain. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni.  Hubungan zain dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut, Zain hanya berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dilayan seperti orang gaji. Semuanya dibuat atas rasa kecewa dengan penipuan yang dialami. Kerana baginya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas perbuatan ersalina. 

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Walau dicaci dan dihina ersalina tetap melayan zain dengan penuh kasih sayang kerana baginya disitulah syurganya. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. 

Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali, hubungan yang hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka.  Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya. 

Sekali lagi cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan disahkan koma. Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Berita kehamilannya mengembirakan semua ahli keluraga namun sahabat zain, hady mempunyai rasa kurang percaya kerana selama ini perhubungan mereka agak dingin. Hady merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh Datin adibah.

Tatkala rahsia hitam Ersalina terbongkar, Datin adibah bertindak menghalang ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila terpaksa berpisah dengan suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin adibah berkeras supaya mereka berpisah. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. 

Datin adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan Erniza anak rakannya tetapi zain tetap mencintai isterinya. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. 

“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini ada, lina hanya untuk abang” – ersalina

"Tapi abang memang dah tekad, biarpun tanpa cinta abang terima pilihan keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi lina tanpa sempadan, tanpa syarat” – zain hakimi

“perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya” rupanya zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dan ini diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan tersebut. Ini membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya. Cinta ersalina dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah keluarga. Happy ending!

Sumber : http://www.anamarzablog.com/2012/12/drama-setia-hujung-nyawa-adaptasi-novel.html

Thursday, January 3, 2013

Tahun Baru Kehidupan Baru II

Semalam risau pasal anak2 sebab semalam hari pertama kat taska. Huhu... Anak masuk taska pun nak risau kan. Orang lain sibuk dok risau pasal anak masuk sekolah. Hehe.. Berdebar2 jugak petang semalam masa nak ambik tu. Dok fikir macamana reaksi abang. Kalau semalam abang happy, so esoknya tak de masalah la abang nak ke taska tu lagi.

Masa sampai kat taska tu, mama (owner) cakap Haziq, tengok sape datang ni. Masa tu abang tengah main2. Lari2 datang ibu... abang main ni dengan kakak. Ok, lega, abang seronok kat situ. Tanya owner taska dia cakap Haziq ok, elok je main2 dengan kawan, makan nasi, banyak minum air masak. Adik pun ok. Lega hati ibu dengar macamtu

Kat rumah tanya abang best tak kat taska. Abang cakap besh. Lepastu tanya buat apa hari ni kat taska. Abang bangun berdiri kat dinding kira 1,2,3. 

Dah sampai rumah masing2 baring sambil tengok tv. Adik ni memang suka tengok tv. Nasib baik kecik lagi, tak pandai nak request nak tengok cerita apa. Tengok saja la apa yang abang nak tengok.

Wednesday, January 2, 2013

Tahun Baru, Kehidupan Baru

Hari ni bermula lah kehidupan baru untuk abang dengan adik, dua2nya mula kan life kat taska pula hari ni. Bagi adik mungkin tak banyak perubahan, tapi bagi abang mungkin banyak perubahan kot. Rumah baru, pengjaga baru, kawan2 baru, keadaan baru.

Risau sebenarnya tapi ini lah yang terbaik. Duduk taska ni ada jugak la boleh belajar basic2. Boleh biasakan diri dengan environment untuk ke tadika pulak.

Barang2 dah macam nak masuk hostel dah kan. Hehe... Kelam kabut jugak sorang diri nak uruskan.

Bekalan susu adik

Cerita pasal susu ni rasa sedih la pulak. Haritu tiba2 balik kampung. Lepastu stok susu kat bahagian sejuk tu naikan kat tempat beku tapi masa tu dalam hati memang fikir la beku ke tak susu ni sebab salji agak banyak. Huhu... semalam tengok2 memang tak beku la. Sayangnya. 10 bekas 3.5oz. Huaaa...




Kat celah2 gril tu boleh nampak Haziq kalau zoom berkali2. Huhu... Tadi abang tak nangis pun. Dah lepas salam, kiss sana sini abang main2 dengan kawan2. Tapi....walaupun abang tak nangis, ibu yang rasa nak nangis sebab abang buat muka sedih. Sayu je tengok muka abang tadi. Harap2 petang ni muka abang ceria lepastu balik cerita yang happy2, esok seronok nak pergi lagi.

Thursday, December 27, 2012

******

Rasa diri macam dah tak kuat, macam dah nak give up. Malas nak fikir macam2. Rasa tak berhubung dengan sape2, rasa nak menyendiri, bersendiri, menyepikan diri, spend masa dengan family saja. Susah senang biar sendiri tanggun, biar hanya bercerita, mengadu, memohon padaNya. Hanya Dia yang tau segalanya

Hitam Putih Masa Depan

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan