Thursday, April 25, 2013

Abang dan tadika

Haritu dah cerita pasal abang pegi tadika. Memang seronok nak p school. Malam2 pun mintak nak mandi, nak p school. Tapi tu lah setiap hari memang sentiasa tanya update dengan cikgu. Cikgu cakap Haziq ni ok, cuma susah nak tarik perhatian dia suruh duduk diam sebab dia suka ke sana sini.

Hari Selasa dan Khamis ada senaman.
Cikgu : Haziq datang sini main ball
Haziq : tak pe la, cikgu main la kat sana, Haziq main kat sini

Cara abang cakap tu bukan la dengan nada tak  suka tapinya dia nak buat hal dia, macamtu lah.

Cikgu kata yang penting sekarang ni kena buat bagi dia boleh duduk dalam kelas untuk belajar. Lepastu baru boleh fokus nak ajar. 

Cikgu : Haziq, cikgu ajar buat circle
Haziq : cikgu buat la kat sana, ni book Haziq

Semalam 1st time dapat homework. Puas la nak habiskan mewarna. Sampai dengan linangan air mata. Mula2 tu pujuk dengan macam2 lah, nak bawa pegi pantai, nak bawa pegi swimming. Macam2 alasan, nak buat petang nanti, padahal time tu dah malam. Ngantok la,nk tido lah, nak susu lah. Last skali buat jugak sebab cakap kalau abang tak nak buat homework ni ibu bagi baju school abang ni kat orang, abang tak payah pegi school. Memang menangis berjuraian air mata la.

Yang part purple tu sempat la abah pegang tangan abang, ajar mewarna. Yang lain2 tu semua conteng sendiri. Bila pegang tangan je mula lah buat lembik, lepastu cakap sakit lah. Ada je lah alasan

Harap abang dapat sesuaikan diri dengan environment dulu. Setiap hari memang dup dap je rasa fikirkan macamana lah abang kat sekolah sana tu


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.