Friday, November 30, 2012

Hargailah Mereka

1,2,3,4

SaTu
kasih nan abaDi
TiaDa TanDingi
Dia yang SaTu

Dua

sayang berpanJangan
membawa ke syurga
kasihnya ibu

Tiga

Lapar Dan Dahaga
reLa berpayahan
seTianya ayah

EmpaT

muLa kau ke Temu
perhaTi seLaLu
beza anTara kasih Dan kekasih

SaTu

kasih nan abaDi
TiaDa TanDingi
Dia yang SaTu

Dua

sayang berpanJangan
membawa ke syurga
kasihnya ibu

Tiga

Lapar Dan Dahaga
reLa berpayahan
seTianya ayah

EmpaT

muLa kau ke Temu
perhaTi seLaLu
beza anTara kasih Dan kekasih

Ibu ku ingaT DahuLu

menyisir rambuTku
kemas seLaLu

ayah menghanTar ke sekoLah

bergunaLah iLmu
biLa Dewasa

sayang Dengar Lagu ini

unTuk kau sanDarkan
buaT peDoman


Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda

Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti


Saya memang touching kalau dengar ke dua2 lagu di atas. Maksud yang mendalam. Huhu...

Ahad lepas hari yang sedih sebab mak dengan ayah dah balik kampung. Lebih kurang 3 bulan lebih mak ayah ada depan mata. Sebelum saya bersalin, mak dengan ayah dah datang rumah sebab saya tak berapa sihat. Lepastu berpantang kat kampung. balik sini sekali jugak. Bila dah sampai masa mak dengan ayah nak balik kampung tu rasa sedih tu tak dapat nak bendung dah.

Kat rumah rasa sunyi sangat. Memang la kalau masa diorang ada kat rumah pun bukan la diorang buat bising macam Haziq tu. Tapi keadaan jadi lain. Masa diorang ada rasa semangat tu lebih, rasa lebih yakin. Tapi bila diorang tak ada rasa macam 0.

Saya tetap bersyukur sebab masih lagi ada insan yang boleh dipanggil mak dan ayah walaupun mereka tiada bersama saya setiap hari. Hanya suara menjadi pengubat rindu. Dah jadi kebiasaan setiap hari mesti call mak dan ayah. Kalau saya tak call, mereka akan call. Dari dulu2 lagi dah macamtu. Dari saya masuk matrik, saya tak pernah miss dengar suara mak dan ayah walaupun tak dapat tengok muka. Syukur alhamdulillah.

Hargai lah ke dua ibu bapa kita sebab kita sebagai anak memang tak kan dapat membalas budi baik mereka pada kita. Berbakti la pada mereka selagi kita terdaya. Sebagai anak, janganlah sesekali kita lupa mendoakan mereka. Saya juga berdoa agar saya sentiasa ingat kepada mereka, tidak lupa diri

Rasulullah SAW pernah bersabda : 

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith: 

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya: 

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,

- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,

STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu) 


Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)


Untuk yang sudah meninggal :  "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.


Peringatan ni untuk saya dan juga kawan2 semua ;)

Tuesday, November 27, 2012

Warehouse

Kat depan office ada gantung bunting ni. Google tapi tak jumpa pun artikel pasal ni. Ada sape2 dah pergi ke?


Berpantang

Pantang maut sebelum ajal. Tak de la, bukan nak cerita pasal tu pun. Ni berpantang selepas bersalin. Dulu saya pernah post pasal kemusykilan nak berpantang di mana sebab masa tu ada jugak terfikir nak berpantang di rumah sendiri. Tapi lastly pantang kat kampung jugak.

Mak dengan ayah datang rumah saya awal lagi. Sebelum 37w sebab masa bersalinkan Haziq dulu masa 37w dan masa tu cuma ada encik suami saja sebab mak dengan ayah masih lagi di kampung. Kali ni rasa lebih yakin walaupun keadaan saya agak teruk - bengkak, kebas sana sini dan terpaksa cuti awal. Tapi takpe tu lah namanya ujian dan dugaan. Alhamdulillah dah selamat dah.

Saya bersalin pukul 11.49am, esoknya pukul 11am dah boleh balik. Hari ke 4 saya balik Kedah. Berpantang kat kampung memang ketat la penjagaannya. Mak jadi ketua misi. Hehe.. Sentiasa kena bertungku. Kalau ikutkan mak selain daripada masa menyusukan anak, mandi, makan tu saya kena baring untuk bertungku je. Memang sentiasa kena peluk tungku la.

Inilah rupa paras tungku ye ( pic from Google)

Tungku ni ikut berat. Yang saya guna 4kg. Sebelum guna kena panaskan dulu tungku ni lepastu balut la dengan kain. Kat kain tu lapik la dengan daun pandan ke daun mengkudu ke. Lepastu dekat2 nak lepas bersalin tu lapik dengan daun tutup bumi. Lepastu masa bertungku tu kena baring dengan kaki yang rapat dan mesti berstokin. Mak cakap masa mak dulu arwah nenek siap ikatkan kaki kat hujung tu sebab nak bagi rapat. Hehe...

Lepastu part yang paling saya suka mandi air daun. Orang lain mandi air daun ni 2,3 hari je tapi saya sampai sebulan. Macam2 daun yang mak guna. Yang saya tau daun inai, daun pisang kelat, daun pandan..lagi ntah daun apa tah. Rasa segar saja badan. Mandi air suma, bukan air sejuk. Mak panaskan air dalam periuk besar guna dapur kayu ; )

Stokin. Ni pun kena pakai 24x7 jugak kalau boleh. Tapi saya tak boleh la. Malam, lepas mandi, pagi2 memang saya pakai la.  Saya pakai sampai jadi gatal2 la kat atas buku lali tu.

Makan lak tak boleh makan ikut sedap hati. Saya makan ikan talang goreng dengan bawang, ikan kembung rebus, sup ayam, sup daging, sayur sawi, ulam cekur, ulam pegaga. Masa dekat2 nak habis berpantang tu makan akar tutup bumi - makan dengan sirih pinang, tak kunyah macam tu saja. Lepastu rebus pokok tutup bumi tu, minum airnya. Sangat la pahit. Huhu...

Pokok tutup bumi (pic from Google)


Kalau saya cakap ala mak, tak boleh ke kalau tak makan ni, tak buat tu mesti mak cakap ni untuk kebaikan masa akan datang, memang la tak rasa sekarang tapi nanti bila dah umur 40 tahun ke atas baru nak rasa sakit. Lepastu mak cakap perempuan kena la jaga betul2 apa yang sepatutnya kena jaga. Okay mak

Kalau nak ikutkan petua2 mak, nenek, macam2 tak boleh. Meh saya nak senaraikan apa yang saya tau ye. Tapi tak semua la kena ikut. Mak cakap biasa la orang dulu2 memang strict bab2 ni. Tapi nasib baik la mak saya tak se'strict' macam arwah nenek

- tak boleh bersila, tak boleh mencangkung. kalau masuk toilet jenis cangkung tu dengan duduk bersimpuh. Nasib baik la kat rumah toilet jenis duduk

- makan biskut tak boleh celup terus dalam air. kena makan asing2. kunyah2 biskut dulu baru minum air sebab orang tua2 dulu cakap takut nanti .....( tak yah tulis la ye tapi untuk perempuan la) 
Tapi mak saya tak kisah pun yang ni tapi saya kena tegur dengan mak saudara sebab saya suka cicah biskut dengan air ; )

- masa baru lepas bersalin tu tak boleh makan sup 2 sayur yang berair (sama kes dengan yang di atas)
Tapi saya tak ikut pun

- makan nasi tak boleh tambah
Memang saya makan nasi tak tambah

- tak boleh makan nasi yang sejuk ( memang mak akan masak nasi baru untuk saya )

Kali ni mak kena jaga 2 orang yang berpantang dan dua cucu sebab mak dengan ayah dapat package 2 cucu sebulan. Bukan kembar tapi macam kembar la jugak. Sepasang lak tu. Hehe... Adik ipar saya bersalin 2 minggu selepas saya bersalin. Dia pun berpantang kat rumah mak. So sama2 la kami berpantang.

Terima kasih mak dan ayah dan seluruh ahli keluarga sebab jaga saya dengan baik. Jutaan terima kasih pada mak la sebab antara semua mak la yang paling banyak menguruskan

Pengalaman Baru - Rengat

Mesti ada yang tau dan ada yang tak tau rengat tu apa kan. Rengat ni lebih kurang macam contraction masa nak bersalin tu. Orang cakap masa bersalin anak pertama memang jarang ada ibu yang kena rengat ni. Lepas tu kalau anak ke dua, ambik msa 2 hari untuk rengat tu hilang. Kalau anak ke 3, 3 hari la. Itu apa yang orang cakap la. Kebetulan saya pun ambik masa 2 hari untuk hilang sakit tu.

Masa tengah bf anak akan rasa sangat sakit tu, memulas2 semacam. Tak tau nak guna word apa nak cerita. Hehe..Tapi memang sakit la. Rengat ni macam contraction untuk kecutkan rahim la sebab kalau kita bf anak, rahim akan cepat kecut.. Masa bf anak tu tahan sakit sampai kancing gigi, menggigial la. Kalau masa biasa ( tak bf anak ) tak rasa sangat sakitnya. Kalau tak pegang anak betul2 masa bf tu mungkin anak boleh jatuh.

Saya mula rasa masa di hospital. Lepastu saya tanya akak yang kat sebelah katil tu memang akan rasa sakit macam ni ke kalau lepas bersalin. Dulu anak pertama tak de pun rasa macam ni. Kak tu dah bersalin 5 kali. Dia cakap dia kena masa lahirkan anak ke 2 dan ke 3. Dia la yang banyak bercerita kat saya. Anak akak tu 3.9kg, bersalin normal dan akak tu tak kena jahit pun (selingan)

Mak saya dengan bidan yang mengurut tu panggil bisa batu meroyan. Mungkin merujuk kepada kes yang sama cuma term yang digunakan saja berbeza.