Tuesday, August 28, 2012

Kemusykilan

Bila dah 35w ni macam2 mula muncul dalam fikiran. Debaran makin terasa. Tapi tak boleh la terlalu fikir yang negatif, kena psiko diri sendiri, fikirkan yang positif semoga semuanya berjalan lancar, selamat.

Haziq

Haziq sekarang makin manja dengan ibu. Apa2 nak ibu. Rasa susah hati la jugak nanti macamana, apa yang Haziq akan fikir, apa yang Haziq akan rasa. Adakah Haziq akan rasa ibu kurang bagi perhatian kat Haziq nanti. Lepastu kalau ibu kena warded banyak hari, macaman pula keadaan Haziq. Bangun pagi Haziq nangis ke tak kalau panggil ibu, lepastu ibu tak ada. Haish...Mintak2 la ibu masuk wad kejap, bersalin, baby ok, esoknya boleh balik rumah dah

Encik asben

InsyaAllah dalam minggu pertama bulan depan encik asben akan start kerja baru. Alhamdulillah, rezeki sekeluarga. Dulu masa tengah pregnantkan Haziq pun encik asben dapat kerja sekarang ni. Masa tu due bulan 12 doctor cakap, tapi bersalin bulan 11. Encik asben start kerja masa tu bulan 9. Lebih kurang dengan keadaan sekarang la. Tapi kali ni agak jauh la dari rumah. Tapi takpe la, yang penting cuba dulu tengok macamana

Bersalin

Encik asben akan srat kerja baru. Saya tak tau nak plan bersalin kat mana. Memang seboleh2nya saya nak bersalin di sini sebab ada encik asben tapi saya tak nak la kerja dia terganggu, saya tak nak la dia ambik cuti kerap2 sebab baru join tempat baru. Hmm... Perlu ke saya balik kampung awal, bersalin di sana? Confius la, tak tau nak buat keputusan yang mana 1.

Berpantang

Kalau boleh kali ni saya pun nak berpantang kat rumah sendiri jugak sebab saya dapat rasakan mesti encik asben akan rasa sunyi sorang2 kat rumah lebih2 lagi tanpa Haziq. Lepastu kalau encik asben rasa stress kat tempat kerja, balik boleh main2 dengan Haziq, dengan baby. Tapi kalau kitorang tak ada, encik asben balik tu boleh rehat. Hmm...

Tapi kalau pantang kat rumah sini macam terkurung lak rasanya. Kesian lak mak nak kena datang jaga kat sini lama2, lepastu ayah kat kampung. Huaaa... Dilemanya

Cukup la kot list setakat ni apa yg saya masih fikir tapi tak dapat jawapan lagi....Apa2 pun harap semuanya berjalan lancar dan selamat

2 comments:

  1. cpt je masa..dh 35 weeks kan...hrp segala nya di pemudah kan...

    kfieza lg suka berpantang umah mak..baru dpt berpantang secara betul..kalu sendiri2 alamat ke laut lah...hehee

    ReplyDelete
  2. @Fieza79 tu l kak, rasa sat saja. mmg pantang kat rumah mak best.apa2 pun kat kampung mmg best la.huhu...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.