Wednesday, September 29, 2010
Dah tak lama Haziq akan genap setahun
Berita Sedih
Tuesday, September 28, 2010
Apa yang saya rasa sekarang
- nak balik kampung
- nak tukar number phone
- nak tukar phone
- nak pegi 1 tempat yang segalanya baru, mulakan hidup baru
banyaknya angan2 saya. dah ala2 mat jenin dah tapi versi pompuan - minah jenin
Ukur baju di badan sendiri
Monday, September 27, 2010
Ibu dah ada pesaing....
Friday, September 24, 2010
m.a.a.f
Iphone 4
Semalam tengok Buletin Utama pelancaran iPhone 4 oleh Maxis di The Gardens, Mid Valley. Cantik...bestnya kalau mampu miliki walaupun 1. angan2 mat jenin la saya nak dapatkan iphone ni.huhu....
Display
|
Capacity
|
Cellular and wireless
Camera, photos, and video
Sumber dari Maxis. Click here for details |
Gara2 Lunch Roti Canai + Teh Tarik
Thursday, September 23, 2010
Open house @ rumah terbuka
Haziq beraya
rindu...
Monday, September 20, 2010
'Contest Memek Muka Si Manja'
Kejadian 07092010
Malang tak berbau. Tu la pepatah yang selalu kita dengar. It happen to me.huhu... Cuti raya saya apply rabu - jumaat tapi pagi selasa tu badan Hazia panas sangat, so saya EL la hari tu. Asben g keje pastu msg bgtau dia apply extra leave hari rabu,so decide nak blk kg selasa tu lgpun badan Haziq dah ok, dia pun dah ceria dah. So tugas saya la mengemas barang2, angkut masuk kete. Dalam pukul 5 ptg kami bertolak blk Kedah. Sepanjang perjlnan semua ok, Haziq pun ok.
Sampai kat hentian Gurun mak call pesan bgtau asben bawak kete hati2, jgn laju2. Lepas tu teruskn perjalan dan memang betul malang tak berbau. Tiba2 ada satu bunyi yang kuat, Haziq tengah tdo terjaga sambil muntah kuar ikut mulut, hidung. Lecun baju dan seluar saya dgn muntah Haziq. Rupa2nya terlanggar serpihan tayar lori yang tertanggal dan melintang kat highway tu. Dah ada 2,3 biji kereta lain dah berhenti untuk check kereta diorg sbb diorg pun melalui kes yg sama.
Asben saya bhenti turun tgk kereta, masuk blk dlm kereta sambil geleng2 kepala. Nampak muka kecewa.huhu...
Malam tu jugak ayah call kawan dia yang kebetulan ada workshop. Mak cakap time mak call tu mak dah rasa tak sedap hati. rupa2nya ada sesuatu akan terjadi. Wpun bumpuer kereta pecah depan, belakang tapi syukur alhamdulillah kami semua ok. Tapi kesian Haziq sebab terkejut sampai muntah2, cirit birit.
Keadaan Haziq tu berlarutan banyak hari. Dah ambil ubat di Kedah tapi xde perubahan. Atas nasihat org tua2 saya pun pegi minta air penawar untuk pulihkan semangat Haziq sbb diorg ckp Haziq terkejut. 14 Sept tu jadi balik cirit birit, sian sgt. Merengek je Haziq. Walaupun merengak, aktif tetap aktif.hehe...
16 Sept pegi klinik pakar kanak2 tapi tutup lepas tu pegi klnk suraya - mmg Haziq dah biasa dgn klnk ni. Dctr ckp Haziq ok sbb dia still aktif, byk minum susu dan air masak. Syukur alhamdulillah. tapi time Haziq kena cirit tu memang dia byk sgt minum susu dan air masak. Klu dapat minum air masak, dah habis memang comfirm dia akan menangis, nak minum lg. Sampai perut Haziq tu bergoncang bunyi air je. Makan xnak,nak minum je.
Dctr suruh tukar susu,so Haziq minum Mamex Gold Soya. Alhamdulillah dah ok perut Haziq
Monday, September 6, 2010
Haziq kena demam campak lagi
JUSCO time
Iklan raya TV3 ditarik balik
KUALA LUMPUR - Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Difahamkan iklan Sinari Lebaran itu mula disiarkan pada 2 September lalu.
Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal.
Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.
Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu turut menyelitkan unsur-unsur khayalan menunjukkan kanak-kanak dibawa terbang merentasi beberapa mercu tanda terkenal negara seperti Menara Berkembar Petronas, jambatan mirip Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan.
Penyiaran iklan TV3 tersebut didakwa menimbulkan impak di luar konteks sebenar sambutan hari lebaran yang bukan dikaitkan dengan hiburan semata-mata.
Sumber : Kosmo
Jom klik sini tengok iklan penaja
Datuk Sosilawati Lawiya Hilang
Semua paper bercerita pasal isu ni. Di mana agakanya Datuk Sosilawati Lawiya (bekas isteri Nash Lefthanded) sekarang. Semoga selamat semuany. Dugaan pada keluarga di saat lebaran menjelang
Anak syak ibu dikurung
KUALA LUMPUR: Hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 44, dilaporkan hilang secara misteri sejak seminggu lalu dan gagal dikesan hingga kini.
Difahamkan, kehilangan bekas isteri kepada vokalis kumpulan rock Lefthanded, Nash itu menyebabkan anak mangsa mengesyaki ibunya dilarikan dan dikurung sebelum membuat laporan polis.
Turut hilang bersama jutawan berkenaan ialah tiga individu lain mempunyai hubungan dengan urusan perniagaan dan syarikatnya.
Susulan itu, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kehilangan ahli perniagaan berkenaan bersama tiga individu lain.
Sumber polis berkata, kehilangan Sosilawati hanya dilaporkan anak perempuan mangsa berusia 21 tahun Khamis lalu selepas mendapati ibunya gagal dihubungi tanpa sebab sejak malam Isnin.
Difahamkan, anak mangsa yang juga pembantu perniagaan kepada ibunya mula berasa tidak sedap hati berikutan ibunya tidak pernah `hilang’ apatah lagi telefon bimbitnya gagal dihubungi.
Untuk lebih detail baca kat Metro
Friday, September 3, 2010
Lagu Raya
Kalau kat office dgr je lagu raya mesti xde mood nak buat keje dah (campur lak dgn mood malas).
lagu ni klu dgr automatik rasa sayu sgt,teringat kat mak ayah at kg.restu mak ayah adalah segalanya
Lagu Siti ni lak mesti teingat masa study kat Labuan dulu. Mak kalau dengar lagu ni memang comfirm mengalir laju air mata mak.saya pun sama la jugak.huhu...
lagu yang rasa excited dengar mesti la lagu balik kampung
pesanan saya pada semua kawan2 yang nak drive for long journey tu hati2 la ye. make sure tak ngantok sebab bahaya klu ngantok masa driving. Hati-hati di jalan raya, sentiasa ingat orang tersayang. Semoga kita semua selamata sampai ke destinasi ;)
Ayam Masak Kicap Bersama Kentang
- Bebrp ketul ayam (goreng dulu)
- Kentang (potong dan goreng)
- kicap
- cili kisar @ sos cili (saya lg suka guna cili kisar)
- halia
- serai
- bawang merah dan bawang putih
- bawang besar (potong bulat)
- sedikit air
- garam
Cara-cara
- tumis kan halia,serai,bawang merah dan bawang putih bila minyak dah panas
- bila dah ada bau masukan cili, kacau hingga pecah minyak
- masukan kicap
- klu xnak pekat2,masukan air sikit
- bila dah mendidih masukan kentang dan ayam yang telah digoreng
- dah masak masukan bawang besar yang dipotong bulat
* garam tu sblm masukan rasa la dulu takut dah masin kicap
Tol percuma, diskaun hingga 40% sempena Aidilfitri
Sep 2, 10 8:40pm
Kongsi 0Dua puluh empat syarikat konsesi lebuh raya memberikan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena Aidilfitri ini manakala syarikat konsesi Kumpulan MTD "menghadiahkan" laluan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata Kumpulan MTD memberikan laluan tol percuma pada 7, 8, 15 dan 16 Sept depan mulai pukul 9 malam hingga 6 pagi kepada semua jenis kenderaan.
Sejumlah 24 lagi syarikat konsesi lain, katanya memberikan diskaun tol pada 6 hingga 8 Sept serta 13 hingga 15 Sept mulai pukul 12 malam hingga tujuh pagi, umumnya bagi kenderaan ringan iaitu kereta dan beberapa kelas kenderaan lain.
"Selain menyemarakkan sambutan Hari Raya mereka memberi tol percuma dan diskaun untuk melakukan penyuraian trafik kerana mereka percaya bila beri diskaun atau tol percuma pada waktu itu, maka lebih ramai orang akan menggunakan lebuh raya.
"Nanti tidaklah berlaku kesesakan pada waktu puncak terutama siang. Sebab itu syarikat konsesi mempunyai strategi mereka sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya kementerian itu di Plaza Tol Gombak hari ini.
Shaziman berkata tahun ini merupakan tahun kedua syarikat-syarikat konsesi menyahut seruan kerajaan untuk memberi diskaun dan tol percuma kepada pengguna lebuh raya.
"Tahun lepas hanya dua syarikat konsesi memberi diskaun dan tol percuma berbanding 25 syarikat pada tahun ini. Insentif ini sebagai satu penghargaan daripada kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi kepada rakyat sempena Aidilfitri," kata beliau.
Dalam pada itu, Shaziman turut meminta syarikat-syarikat konsesi menyediakan perkhidmatan yang diperlukan pengguna lebuh raya termasuk perkhidmatan lori tunda untuk membantu kenderaan yang mengalami kerosakan atau kemalangan.
"Saya juga berharap pengguna lebuh raya yang menghadapi sebarang masalah supaya menghubungi syarikat konsesi ini atau Lembaga Lebuhraya Malaysia," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata kerja-kerja pembinaan di jalan raya dan lebuh raya dihentikan buat sementara mulai semalam bagi memastikan aliran trafik lancar dan untuk menjamin keselamatan pengguna.
Berikut adalah senarai lebuh raya yang memberikan diskaun tol:
* Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura: 20 peratus diskaun kepada pengguna kenderaan ringan serta rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 6,7 dan 8 Sept serta 13, 14 dan 15 Sept.
* Lebuhraya Kulim Butterworth: Rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 6,7 dan 8 Sept serta 13, 14 dan 15 Sept.
* Lebuhraya Metramac: diskaun tol RM 0.10 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.
* Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12:01 tengah malam 10 Sept hingga 11.59 malam 12 Sept.
* Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan bagi Plaza Tol di bawah sistem kutipan tol tertutup (Plaza Tol Kajang Selatan hingga Setul) mulai 12:01 tengah malam 10 Sept hingga 11.59 malam 12 Sept, manakala tol percuma di Plaza Tol Ampangan untuk semua kelas kenderaan pada 9 Ogos hingga 20 Sept.
* Lebuhraya Damansara Puchong (LDP): diskaun RM0.60 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.
* Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint): diskaun RM0.20 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam pagi hingga 12 tengah hari.
* Lebuhraya SMART: diskaun 15 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12 tengah malam 10 Sept hingga 12 tengah hari 11 Sept.
* Lebuhraya Shah Alam (Kesas): diskaun 10 peratus untuk kenderaan kelas satu mulai 6.01 pagi 10 Sept hingga 6 pagi 11 Sept.
* Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Shah Alam Kuang (Guthrie), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke) dan Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam 10 Sept.
* Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Silk): diskaun lima peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12 tengah malam hingga 11.59 malam 10 Sept.
* Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru: diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 11 malam 9 Sept hingga 8 pagi 10 Sept.
* Lebuhraya KL Putrajaya dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) : diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12 tengah malam hingga 11.59 malam.
* Lebuhraya Senai Desaru: diskaun 32 hingga 36 peratus bagi kenderaan kelas satu pada 12.01 tengah malam 10 Sept hingga 12 tengah malam 11 Sept.
pic dari PLUS
Sumber dari: http://www.malaysiakini.com/news/141798
Thursday, September 2, 2010
Puding Marble
Raya
- cuti - dah approved
- baju untuk mak - dah setel
- baju melayu untuk ayah - tak bli lg
- baju melayu untuk adik - dah bagi duit, xtau la duit tu dah setel lum ;)
- baju melayu asben - dah setel
- baju melayu dan kelengkapan Haziq - dah setel
- duit raya - dah tukar
- kuih raya untuk rumah sendiri, rumah mak, rumah mertua - dah setel
- baju raya sendiri - hampir setel (tudung belum ada lg)
- beg untuk Haziq letak duit raya belum beli lagi.hehe...xpe la masuk dalam handbag ibu je k
Plan Rabu, 08/09 nak bertolak balik kampung, Kedah. Mesti meriah sepanjang jalan dengan jammed.huhu..tapi walau jammed mcmana pun dalam hati tetap gembira sebab dapat beraya dengan family di kampung sendiri
Are You Moist Enough?
Petroleum Jelly ni saya gunakan setiap hari pada bibir, siku (memang port yang kering),tumit kaki dan baby pun boleh jugak gunakan Petroleum Jelly ni.
Vaseline telah mengeluarkan produk baru yang iaitu : Total Moisture dilengkapkan dengan vitamin E, kacang soya dan oat yang melembap setiap lapisan kulit dan menjadikan kulit halus, lembut dan sihat.
Intensive Rescue mengandungi glycerin yang serta-merta memberikan kelembapan pada sepanjang hari. Formula ini membantu memulihkan kulit kering.
Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan daun lidah buaya dan timun yang menjadikan kulit lembut dan bersinar sambil melembap.
Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan perlindungan cahaya matahari yang mengembalikan kecantikan kulit.
Size yang kecil dan comel tu senang nak bawa ke mana-mana pun ;)
Wednesday, September 1, 2010
Doa-doa untuk anak
Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak kerana semua kata-kata, impian,harapan ibu bapa adalah doa yang paling berkesan pada seorang anak
1.selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7x dan dihembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur...
2. bangun pagi peluk anak sebyk 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pd niat kita utk si anak)
3. baca al-fatihah,baca surah taha ayat 1-5kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x
"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU
LEMBUTKAN NABI DAUD BAGI BESI" dan hembuskan makanan/minuman/susu.
4. Ayat Qursi utk menghalau iblis & syaitan. Doa ini juga boleh dibaca utk menghindarkan anasir negatif yg masuk ke dlm badan anak yg menyebabkan mereka degil.
5. Surah Insyirah (Alam Nasyrah). Nabi juga menasihatkan Ali supaya membaca surah ini utk menerangkan hati & mudah ingat. Dan ia dibacakan kepada anak supaya mereka kurang degil dan lembut hati. 6. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
7.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
8. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan seeloknya ketika anak nak lelapkan mata
9. Selepas solat lima waktu, amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
10. Surah Al-Anbiyaa ayat 69. Utk anak2 yg susah hendak sembahyang & liat sangat, doa yg paling mustajab ialah surah Ibrahim ayat 40, bermaksud " Ya Allah jadikan aku & anak-anakku org yg mendirikan solat".
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.
Soalan dijawab oleh Rosnah Ahmad, Pengusaha Tadika dan Taska Islam dan Ahli Jawatankuasa Wanita JIM Pahang. Persoalan dan jawapan layari www.wanitajimceria.blogspot.com
Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan
anak2 bergaduh
- Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar
- Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran
- Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah
- Surah Toha ayat 1-5
Bg anak2 yg suka keluar malam
- Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Sedikit sumber dari http://azzahh.multiply.com/journal/item/15
Nasi Goreng Udang
Bahan2
- nasi sejuk (comfirm la kena ada klu x mcmana nk jd nasi goreng kn ;)
- sawi (sbb dlm peti ais ada sawi je)
- udang (goreng dulu)
- sambal belacan (balance yang tumbok semalam)
- 1 biji telur
- garam secukup rasa
- minyak secukupnya
Bahan untuk menumis
- bawang merah
- bawang putih
* dihiris - klu rajin tumbok lg best
Cara-cara memasak
- panaskan minyak, tumiskan bawang
- bila bawang dah kekuningan, masukan sambal belacan
- masukan batang sawi
- pecahkan telur,biarkan kejap lepas tu kacau sampai hancur
- masukan nasi,kacau sampai sebati
- masukan daun sawi
- masukan garam secukup rasa
- letak dalam pinggan bersama2 dgn udang yg telah digoreng