Wednesday, August 29, 2012

Asap

Malam tadi dalam pukul 10 tu ada bau2 hangit sikit. Tanya encik asben kot2 ada panaskan apa2 di dapur tapi dia cakap tak de. Saya pun pergi la dapur check balik, memang tak ada apa pun. Lepastu ada jugak bau macam kacang goreng yang hangit. Lepastu fikir mesti ada orang nak buat kuah kacang ni tapi goreng kacang terhangit. Maklumla mood raya lagi, so fikir ke arah tu la.

Lepastu dah nak tidur, tiba2 ada orang ketuk pintu macam nak roboh panggil nama saya. Sape la datang malam2 ni, dah 10.30 lebih dah. Tak kan datang nak beraya kot (fikir ke arah raya lagi). Mula2 macam malas nak bangun tengok tapi ketuk pintu makin kuat. Aik, mesti ada sesuatu ni. Tiba2 ada perasaan neves lak.

Bangun buka pintu tengok2 ada akak atas rumah dengan suami dan anak2 dia, lepastu ada jiran bawah rumah jugak. Dan yang paling terkejut tengok asap berkepol2 dari rumah jiran depan rumah saya. Huaa...apa yang jadi ni. Akak rumah atas tu baru balik ambik anak dar tuisyen, dari bawah dia nampak asap keluar ikut tingkat rumah depan tu. Nasib baik la akak tu perasan, kalau tak, tak tau la apa akan jadi. Huhu...

Akak tu tolak pintu kayu rumah tu, terbuka. Banyak la asap keluar. Memang banyak sangat la asap. Kebetulan pintu kayu rumah tu rosak, diorang kunci grill saja. Mula2 ingatkan masalah elektrik, dah cabut apa tah kat meter luar tu tapi asap, bau makin kuat sampai terbatuk2 kami. Banyak kali try call penyewa rumah tu tapi tak dapat. Last2 skali dapat jugak. Nasib baik dia keluar dekat2 situ saja. Terus lari balik. Rupa2nya kakak dia masak nasik, lepastu lupa nak tutup api, keluar pergi kerja. Huhu... Tapi nasib baik gak la api kecil saja masa tu, nasi dah kering la kot agaknya masa tu.

Encik asben cakap dah hitam legam nasi tu. Buka tingkap rumah diorang nak bagi asap keluar, lepastu merebak lak asap tu ke rumah saya. Nak bernafas pun susah. Lama gak la asap tu nak hilang. Syukur alhamdulillah tak ada apa2 yang berlaku. Buatnya tebakar ke apa lepastu tak boleh nak masuk dalam rumah tu mungkin ada merebak ke rumah saya jugak. Ngeri betul

Kebetulan lak semalam encik asben keluar kunci mangga grill tu awal. Selalunya dalam pukul 10.30 macamtu baru dia buka pintu kunci mangga tu. Tapi grill memang kunci awal2 la, cuma mangga je lewat sikit.
Masa dah nak jadi kan. Jadikan pengajaran kepada kita supaya lebih beringat dan berwaspada. Kadang2 saya pun was2 jugak kalau nak tinggalkan rumah, kena check berkali2.

Lepastu kena ambik tau jugak pasal jiran2 ni. Tak boleh pentingkan diri sendiri sebab apa2 jadi kita akan merujuk kat jiran terdekat jugak. Kalau boleh simpan la number phone ke apa ke yang kita boleh hubungi jiran tu kalau ada sesuatu yang berlaku.

Tuesday, August 28, 2012

Kemusykilan

Bila dah 35w ni macam2 mula muncul dalam fikiran. Debaran makin terasa. Tapi tak boleh la terlalu fikir yang negatif, kena psiko diri sendiri, fikirkan yang positif semoga semuanya berjalan lancar, selamat.

Haziq

Haziq sekarang makin manja dengan ibu. Apa2 nak ibu. Rasa susah hati la jugak nanti macamana, apa yang Haziq akan fikir, apa yang Haziq akan rasa. Adakah Haziq akan rasa ibu kurang bagi perhatian kat Haziq nanti. Lepastu kalau ibu kena warded banyak hari, macaman pula keadaan Haziq. Bangun pagi Haziq nangis ke tak kalau panggil ibu, lepastu ibu tak ada. Haish...Mintak2 la ibu masuk wad kejap, bersalin, baby ok, esoknya boleh balik rumah dah

Encik asben

InsyaAllah dalam minggu pertama bulan depan encik asben akan start kerja baru. Alhamdulillah, rezeki sekeluarga. Dulu masa tengah pregnantkan Haziq pun encik asben dapat kerja sekarang ni. Masa tu due bulan 12 doctor cakap, tapi bersalin bulan 11. Encik asben start kerja masa tu bulan 9. Lebih kurang dengan keadaan sekarang la. Tapi kali ni agak jauh la dari rumah. Tapi takpe la, yang penting cuba dulu tengok macamana

Bersalin

Encik asben akan srat kerja baru. Saya tak tau nak plan bersalin kat mana. Memang seboleh2nya saya nak bersalin di sini sebab ada encik asben tapi saya tak nak la kerja dia terganggu, saya tak nak la dia ambik cuti kerap2 sebab baru join tempat baru. Hmm... Perlu ke saya balik kampung awal, bersalin di sana? Confius la, tak tau nak buat keputusan yang mana 1.

Berpantang

Kalau boleh kali ni saya pun nak berpantang kat rumah sendiri jugak sebab saya dapat rasakan mesti encik asben akan rasa sunyi sorang2 kat rumah lebih2 lagi tanpa Haziq. Lepastu kalau encik asben rasa stress kat tempat kerja, balik boleh main2 dengan Haziq, dengan baby. Tapi kalau kitorang tak ada, encik asben balik tu boleh rehat. Hmm...

Tapi kalau pantang kat rumah sini macam terkurung lak rasanya. Kesian lak mak nak kena datang jaga kat sini lama2, lepastu ayah kat kampung. Huaaa... Dilemanya

Cukup la kot list setakat ni apa yg saya masih fikir tapi tak dapat jawapan lagi....Apa2 pun harap semuanya berjalan lancar dan selamat

Basyikal Olen

Haziq memang teruja kalau nampak basikal. Tak kira la size besar mana pun. Haziq siap bagitau ayah kat kampung nak beli basyikal. Bila tanya nak basikal warna apa, dia cakap nak basyikal olen.

Aset Haziq
Tengok la apa yang jadi. Suka langgar dinding. Raga pun dah senget. Haziq2

Monday, August 27, 2012

Perjalanan Balik Kampung

Raya kali ni agak suram sikit. Kenapa ntah. Tapi apa2 pun best sebab dapat spent masa kat kampung dengan family. Macam biasa la bila nak balik kampung susah nak ada plan yang betul2 dari encik asben. Macam kali ni plan nak balik hari Jumaat, lepas encik asben habis kerja, dalam pukul 3.30 pm macamtu la. Tapi encik asben memang tak sabar nak balik kampung sebenarnya. Malam Khamis tu dia dah ajak saya kemas2 macam nak balik hari Khamis tu je gayanya. Malam jumaat tu dia tengok parking pun dah banyak kosong, lepastu tengok orang isi beg dalam kereta, lagi la dia rasa tak sabar.

Tiba2 encik asben cakap kita balik selepas sahur la. Lepastu saya lak kata apa kata kita bertolak sebelum sahur saja. Lepas tu capai persetujuan, bertolak pukul 3am. Malam tu Haziq tolong abah angkut beg masuk kereta. Memang excited Haziq kalau cakap nak balik rumah ayah. Ibu lak lagi la excited. Langsung tak boleh tidur. Pukul 1am tengok kat tingkap ada family yang masukan barang dalam kereta, balik kampung. Lambat lak rasa nak tunggu pukul 3am nak kejut encik asben. Lepas dah siap2, nak angkat Haziq masuk kereta, terus dia pun jaga. Haziq tanya nak pegi mana ni. Cakap nak balik rumah ayah. Terus dia pun bangun.

Berhenti sahur kat hentian Rawang ke mana ntah. Time sahur pun dah jammed. Tempat parking langsung la tak ada. Tunggu kat tepi, sorang pegi tapau. Haziq tidur balik pukul 6am. Lepastu berhenti lagi sekali kat hentian mana ntah, mandikan Haziq.

Petang tu kak message tanya dan bukak posa kat rumah x esok. Saya pun jawab la xdan sebab pukul 3pm lbh baru nk bertolak. Tapi ni tengok2 pukul 3.30am dah bertolak. Kiranya balik ni buat suprise la. Pukul 11.30am sampai kampung. Lebih kurang 8 jam jugak la perjalanan. Ada jugak jammed sikit2 kat jalan tu. Tapi kalau bertolak petang comfirm la lagi teruk.

Dah sampai kat pekan Jitra tu ajak la encik asben p KFC sebab nak belikan makanan untuk Haziq. Skali dah sampai, turun tengok kat pintu tu tulis buka pukul 3pm. Baru tau kat Kedah amalkan sistem macamtu sempena bulan puasa

Thursday, August 16, 2012

Alhamdulillah.... Dah 4 Tahun

Alhamdulillah, hari ni 16 August, genap la 4 tahun usia perkahwinan saya dan encik asben. Syukur, segala cabaran dan dugaan dalam berumah tangga dapat diatasi bersama walaupun kadang2 ada berselisih pendapat. Biasalah kan, adat berumah tangga, sesekali mesti ada dugaan yang mendatang. Semua tu dijadikan pengalaman, pengajaran dalam kehidupan berumah tangga.

Semoga Allah sentiasa merahmati rumah tangga kami dan semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan selamanya... Amin


Wednesday, August 15, 2012

Checkup KK

Semalam tak plan nak ambik cuti untuk checkup, just nak guna time slip. Tapi masa last checkup, appoinment untuk pukul 8am (untuk semalam) dah full. So terpaksa la ambik yang pukul 9am punya. Awal la jugak saya sampai klinik even app pukul 9am. Dapat number 2003 ( 2 tu merujuk kepada pukul 9 la, kalau pukul 8am, 1001 mcmtu).

Tunggu punya tunggu sampai macam nak patah pinggang. Kalau budak2 tak tau la jadi macamana. Tengok yg pukul 8am punya app tu number sampai 103X mcmtu la. Dah tau klinik tu memang ramai orang kenapa la tak tambah lagi misi yang bertugas. Tak faham betul la. Selalu saya dapat appoinment pukul 8am, number memang bawah dari 1005 la sebab 7.30am dah terpacak kat klinik tu dah. 

Semalam dekat pukul 11.45am tu baru la mula yang number 2001 untuk yang app pukul 9am. Huhu... 3 jam lebih untuk habiskan yang app pukul 8am. Macamana tu? Last2 time slip saya pun dah tak boleh guna lagi dah sebab dah terlalu lama. Tension jugak rasanya. Lepastu bila kena turn saya misi cakap nanti kalau dah 9 bulan kena datang seminggu sekali ye. Terus fikir, haaa...seminggu sekali? Berapa banyak lagi cuti saya yang nak kena tolak gaji kalau dah serivce macam siput ni. Huhu... Dulu tak sempat merasa checkup seminggu sekali sebab Haziq lahir masa 37 minggu

Lepastu masa misi nak check jantung baby pun lama baru boleh dapat detect. Mesti baby pun dah bosan tunggu lama2. Huhu... Kena banyak bersabar

Pengsan, Terkejut

Ada 2 kejadian yang ibu dengan anak ni yang membuatkan jiran depan rumah hampir pengsan.

Anak

Ni berlaku dalam minggu ni jugak. Malam tu Syukri call encik asben cakap nak datang rumah. Lepastu buka la grill tu siap2, buka pintu. Tiba2 Haziq keluar rumah, terus masuk rumah depan sebab grill dengan pintu rumah depan pun terbuka masa tu. Tapi Haziq tak masuk sampai dalam, cuma berdiri kat kawasan grill tu saja. Masa nak panggil Haziq tu kelam kabut Haziq lari masuk rumah bagitau bu, kakak kejut bu (terkejut). Lepastu saya pergi la tanya kenapa. Dia bagitau dia datang nak kunci grill tiba2 tengok ada budak kecik dok berdiri kat situ. Haha... Haziq, Haziq. Dia cakap memang dia terkejut sangat. Kalau terlalu terkejut dia tak boleh nak menjerit ke ape dah. Nasib baik la tak ada sakit jantung ke apa. Dia kata macam nak pengsan saya masa tu akak. Lepastu Haziq terus lari masuk rumah akak

Ibu

Ni 2,3 hari yang lepas. Jiran depan rumah, diulang, jiran depan rumah baru tau yang saya ni mengandung. Sebelum ni jarang la borak sebab dia kerja shift tapi lately ni memang selalu la bertegur sapa. Setiap kali jumpa saya pakai tshirt atau baju kurung. Tapi masa jumpa baru2 ni pakai baju lain sikit. Terus dia tanya eh akak pregnant ke. Saya pun cakap la ye. Dah dekat nak bersalin dah. Terkejut dia. Haaa...biar betul kak. Dah berapa bulan, sebelum ni betul2 tak perasan

33w

Cornflakes Madu

Bahan-bahan

375 gm cornflakes
185 gm butter
3/4 cawan gula
7 sudu besar madu

Hiasan - ikut suka nak letak apa (kismis, badam, ceri, chocolate rice, manik warna warni)

Cara-cara

1. Campurkan butter dan gula dalam kuali. Masak atas api perlahan sehingga cair. Campurkan madu dan tutup api
2. Masukan cornflakes ke dalam adunan tadi dan kacau sebati
3. Masukan cornflakes ke dalam papercup dan tabur hiasan yang disukai
4. Bakar dalam masa 10 minit
5. Sejukan dan masukan ke dalam bekas

Selamat Hari Raya ;)


Monday, August 13, 2012

LETIH

Pagi2 dah keletihan. Dah lama tak berdiri dalam bas sejak perut besar ni. Tapi nasib pagi ni kurang baik. Ternaik bas dengan orang2 yang kurang keperihatinan. Huhu.... Menggigil gak kaki. Tapi nasib baik half way saja. Lepastu ada 2 orang turun, dapat la duduk dengan K.Nor.

K.Nor cakap geram saja K.Nor tengok diorang buat Ida macamtu tadi. Macam tak ada perasaan. Pelik la kan. Apa perasaan diorang masa tu ye. Tak rasa apa2 ke tengok orang pregnant berdiri kat sebelah diorang, sedangkan diorang buat derk saja. Hmm...Rasa macam nak cakap, dik, boleh bangun tak bagi akak duduk. Tapi tu cuma rasa, tak la realisasikan betul2 pun. Huhu... Takpe baby, kita exercise pagi ni ok ; )

Saturday, August 11, 2012

Rumahku Dilanggar Todak

Macamni la keadaannya di rumah kalau anak bujang ni tak tidur, kalau mood tak elok, kalau nak cari barang tak jumpa. Tahap kesabaran memang kena tinggi, tambah2 pulak kalau time tak larat. Huhu...

Haziq akan cepat kemas semuanya kalau bagi ayat ni, kalau nak pergi ronda2, cepat kemas mainan. Memang laju la mengemas. Tapi kalau betul2 nak pergi ok la cakap macamtu, kalau cakap cuma untuk bagi Haziq kemas mainan saja memang tak boleh la. Tak elok ye tipu anak2, walaupun mereka masih kecil ; )


Friday, August 10, 2012

Seni Itu Indah

Haziq : Bu, dah ciyap (sambil bawa buku bg ibu tengok)
Ibu : Clever. Abang lukis apa ni
Haziq : Booh ( lembu )

Walaupun memang out dari rupa lembu, tapi bila anak excited bagitau macamtu, ibu pun tunjuk la rasa excited jugak yang anak ibu pandai melukis

Anak2 sentiasa memerlukan sokongan dan perhatian ibu bapa dalam apa yang dilakukan. Jadi, kalau perkara tu bukan perkara yang tak elok, bagi je la sokongan dan galakan pada mereka ;)

Friendly

Haziq memang seorang yang sangat friendly. Tak kisah jumpa siapa, umur berapa, kecil ke, muda ke, tua ke semua Haziq boleh tegur kalau Haziq rasa nak beramah mesra.





Tengok pic pertama tu apa lah yang diorang borakan ye. Sesi berkenalan agaknya sebab baru berjumpa


Thursday, August 9, 2012

Mengimbas Kenangan

Masa orang sibuk2 cari baju raya, shopping baju raya sana sini, teringat pulak zaman2 saya berniaga baju raya dulu. Dulu start habis SPM saya dah tolong kak sepupu berniaga baju raya. Tapi dia cuma buat as part time sebab dia memang kerja. Masa tu saya berniaga dengan adik dia (sepupu saya la jugak). Ingat lagi time tu kat belakang PJ Plaza, Jitra. Sekarang ni dah tak wujud dah pasaraya tu, dah jadi pasaraya lain. Kat belakang pasaraya tu ada la expo pada bulan puasa, jual baju2 raya, segala persiapan untuk raya la. Masa tu bumbung tempat tu cuma guna plastik tebal tu. Warna terang2 lak tu. Memang masa berniaga tu rasa macam penyu je sebab air mata asyik mengalir sebab panas, dah la time puasa. Sabar saja la.

Masa mula2 berniaga tu berdua lagi tapi bila agak banyak hari sikit, saya dah biasa, tinggal la saya sorang2. Pagi2 pergi bukak kanvas yang tutup baju2 tu. Tapi selalu kak sepupu tolong la sebelum dia masuk kerja tu. Dia datang pagi kejap lepas tu petang lepas habis kerja sampai malam. Seronok berniaga ni, saya memang minat. Time tu orang sebelah tu jual kaset, buku2 agama. Sorang sebaya saya, sorang lagi dah pangkat abang la. Berkawan la dengan diorang. Kalau time sembahyang Jumaat tu saya tolong la tengokan gerai diorg skali. Macamtu la jugak klu time saya nk pegi tandas ke sembahyang ke. Kena saling tolong menolong, percaya dan iklas.

Maca2 kerenah orang boleh tengok. Tapi part yang susah sikit bila ada orang yang saya raya pak cik atau mak cik yang dah tua2 datang bawa anak nak beli baju raya lepastu sesi tawar menawar tu memang saya rasa lemah sangat sebab tengok muka diorang saya terbayang mak ayah. Jadi tak sampai hati. Huhu....Semua tu jadi pengalaman dan banyak yang boleh belajar dari situ.

Lepastu masa study kebetulan time bulan puasa saya cuti sem, boleh la kerja lagi. Tapi kali ni kat City Plaza, Alor Star. Sini ok sikit sebab dalam bangunan, ada air cond, kipas. Tak la rasa bahang2 panas sangat. Pagi2 pergi naik bas atau pun tumpang kak sepupu sebab dia kerja kat Alor Star. Kat sini kerap sikit kak sepupu datang sebab dekat dengan office, time lunch pun datang jenguk kejap. Kat sini kawan2 ramai adik2 la, perempuan. Kalau time cik P datang tu pegi la buat muka slamber beli kat kaunter yang jual wafer, corn, semua tu lepas tu makan nyorok2 celah2 baju. Kelakar. 

Yang last sekali saya berniaga dia Seberang .... Seberang Jaya ke Seberang Prai tah. Saya pun lupa. Tapi kalau setiap kali nak balik kampung memang akan lalu la tempat tu. Kat sini lagi la mencabar sebab saya memang sorang2 dan kak sepupu tak datang setiap hari. Huhu... Masa ni berjiran dengan orang jual kain pasang dari Tanjung Malim, ingat lagi nama dia Man. Baik jugak orang nya. Kalau time nk tinggal pergi beli makan, pergi surau gilir2 dengan dia la. Time saya pegi, saya dia tolong tengokan. Macamtu la sebaliknya.

Kat mana pun berniaga, malam raya tu mest akan tutup kedai dalam pukul 2am atau 3am sebab ramai orang datang lewat2 sebab nak tunggu yang murah2. Masa ni memang meriah. Tapi memang seronok. Yang lagi seronok sebab boleh belikan baju raya untuk mak, ayah, adik, buat persiapan raya dengan duit gaji sendiri. Terkenang la pulak

Friday, August 3, 2012

Warehouse John Master & Scwarzenbach

Habis keje semalam terus pergi sebab dekat saja dengan office. Ramai gak orang. Murah2 bajunya. Banyak yang belas2 ringgit la. Tshirt dalam RM 11, RM 13. Kemeja lengan panjang (casual wear) tu dalam RM 17. Tapi kat dalam 1 bilik tu ada la yang mahal2 sikit dalam RM 60 macamtu.

Ni baju melayu yang sepasang ( skali seluar)

Boleh la tengok pada sape2 yang ada kelapangan tu. Baju2 semua dah disusun ikut size, S,M,L,XL

Address:

No 1, Jalan PBP 13, Taman Industri Pusat Bandar Puchong ( tempat yang sama dengan warehouse Baby Kiko tu )

Cheezy Roti Haziq

Sesuka hati saja kan letak nama macamtu, cheezy roti haziq. Tapi tak pe lah sebab ibu Haziq yang buat, so tak salah lah. Bagi sape2 yang rasa pelik tu, ni merujuk kepada roti john la ye. Petang semalam bagitau encik asben nak buat roti john, boleh lak dia cakap jangan jadi roti canai sudah la. Ooo... takpe, belum cuba belum tau. Akan dibuktikan dan memang terbukti. Haziq makan separuh. Habis mintak lagi, hulur pinggan. Bu, abish bu, syedap bu, slurpp. Sampai jilat jari lak tu. Terima kasih sayang, tak sia2 ibu buat ; ) Terharu dengan reaksi tu. Hehe...


Bahan-bahan

3 keping roti frankfurter ( dipotong 2 tapi jangan sampai putus )
Sedikit minyak / mentega

Inti

2 keping daging burger ( saya guna burger ayam - rebus sampai lembut lepastu lenyek)
2 biji telur ( dipukul sedikit )
1 sudu kecil serbuk kari
1 biji bawang besar ( dihiris biasa atau di potong dadu. ikut la nak letak ke tak ye )
hirisan daun sup
1/2 sudu besar sos cili
1 keping cheese ( koyak nipis2 )

Cara - cara

1. Satukan kesemua inti ke dalam 1 bekas dan kacau sebati
2. Panaskan sedikit minyak / mentega di dalam kuali leper.
3. Tuangkan adunan inti tadi ke dalam kuali - jangan tuang semua, agak2 cukup untuk 1 roti tu. sentiasa gunakan api yang perlahan
4. Tekapkan roti tadi di atas telur sebaik saja telur hampir kering - tekan kan sedikit roti supaya telur melekat pada roti, tapi jangan sampai kemek dah la ye
5. Angkat dan terbalikan roti
6. Letakan sos kegemaran - sos cili, mayonis. Hias lah ikut citarasa masing2, nak letak salad ke, timun ke, tomato ke. Tak letak pun ok

Bila masa berbuka encik asben pun cuba la roti yang isteri dia buat ni. Respon pun lebih kurang Haziq jugak ;) Siap pesan esok buat lagi ye. Saya tanya buat roti ni ke, roti canai? Haa... See the hand la

Accident

Malang tak berbau, ia ada di mana2, boleh terjadi bila2 masa

Tak lama dah nak raya. Tak ada mood ...........................

Thursday, August 2, 2012

Potong Rambut

Hari tu bawa Haziq potong rambut. Ni kali ke 2 Haziq potong rambut sejak lahir. Kali pertama masa cukur rambut. Rambut Haziq nipis, lembut tapi dah panjang. Mula2 abah cakap nak bawa pergi kat mamak saja tapi saya fikir dah la Haziq tak pernah lagi, nanti Haziq takut lak. Walaupun tak pernah lagi Haziq tunjuk reaksi takut kat sape2. Hehe... Lepastu decide bawa ke kedai kat area office ni. Ok je Haziq tak de la nangis pun cuma tak reti dok diam saja. Mula2 tu ok, lepastu mula pusing sana sini


Wednesday, August 1, 2012

Kuih Basi

Baru berapa kali pegi bazar ramadhan tahun ni. Jarang pergi sebab 2 tahun lepas terkena kuih basi. Tahun ni pun kena lagi. Huhu... Semalam encik asben nak makan kuih keria, beli la kt 1 gerai ni. Tapi sangat2 mengecewakan. Masa berbuka tu saya yang rasa dulu kuih tu. Sekali masam, lepastu bila cium berbau. Mak cik, kenapa la berniaga kuih basi. Semua orang berniaga nak untung tapi jangan la sampai buat macamtu. Kalau buat macamtu nanti mak cik akan bertambah rugi, bukan makin untung sebab bila orang dah kena sekali, orang serik. Mak cik tau tak. Huhu...

Menulis dengan harapan mak cik yang jual kuih basi tu baca post ni. Huhu... Tak baik tau mak cik buat macamtu