Friday, April 29, 2011

Anniversary

1 May ni anniversary ibu umi (pengasuh Haziq). Ibu tengah fikir nak buat kek untuk ibu umi. Bahan2 buat kek semua dah ada kat rumah. lagipun ibu umi dan family baik sangat dengan Haziq. Haziq pun kalau jumpa diorang susah betul nak berpisah. Alhamdulilah la ibu dapat jugak jumpa pengasuh yang serasi dengan anak ibu. Lepas tu kalau hari hujan lebat, abah bawak kereta p kerja, ibu umi la ambik anak ibu ni. Baik kan? tengok la malam ni kalau ibu larat dan dapat kerjasama dari abah untuk jaga Haziq, boleh la ibu buatkan kek tapi kena buat 2 biji la.1 untuk ibu umi, lagi 1 untuk nenek kat kampung

AF 9

Ni salah sorang daripada peserta AF 9 yang tak terpilih sebab under age.

Jom Baca Paper

Morning semua. Dah baca paper belum pagi ni? Kalau belum lagi, jom baca paper dengan Haziq.

Haziq ni kalau nampak orang baca paper memang laju je dia datang duduk atas paper tu. Lepas tu paper tu milik Haziq la.hehe.. Rasanya memang budak2 suka macam ni kot kan

Thursday, April 28, 2011

Iron Man

Ksian anak ibu

Semalam hujan lebat sangat2. Ibu balik keje pun dah basah kuyup. So ibu terus balik rumah. Lagipun semalam abah bawak kereta p keje sebab pagi semalam pun hujan lebat jugak. Sekarang ni kan musim hujan kat sini. Kalau ada kereta pun ibu tak ambik Haziq lagi sebab ibu tak nak la anak ibu kena tempias hujan, nanti demam ke pulak, haa...lagi kesian kan.

Ibu balik rumah sempat la masak2 kejap sementara nak tunggu abah sampai rumah lepastu nak tunggu hujan reda sikit. Tapi dalam hati memang dok fikir anak ibu je. huhu.... Pukul 7.15 abah sampai terus ibu tunggu kat bawah sebab nak p ambik Haziq terus. Bila ibu sampai rumah ibu umi terus Haziq lari datang kat ibu, peluk ibu. Rindu ibu ye. Ibu minta maaf la bukan ibu sengaja nak ambik anak ibu lambat2 tapi hujan lebat sangat. Lagi baik Hazik dok kat rumah ibu umi dulu, tak kena hujan kan.

Ibu umi cakap start pukul 6 tu Haziq asyik buka pintu je lepas tu nangis. Mest dalam hati Haziq, mana ibu ni, ibu tak ambik Haziq ke. Bukan macam tu la sayang. Ibu cuma lambat sikit je. Sikit2 pun 1 jam gak la ibu lambat. Sian anak ibu. Ibu buat macamtu untuk kebaikan Haziq, ibu nak anak ibu sihat

Wednesday, April 27, 2011

Macam-macam Haziq

Masa ibu tengah masak semalam bising je kat ruang tamu dua beranak tu dok main football, Haziq sepak tak jauh mana pun bising goal saja lebih. Tapi ibu seronok tengok dua orang kesayangan ibu main sama2, gembira macam tu. Abah dah ada kawan dah sekarang ni, hero dah besar.

Masa makan nasi tiba2 Haziq kata sadap. Sekarang dah banyak word Haziq cakap tu dah boleh faham, orang kata berbutir. 2 malam lepas Haziq pakai kasut abah, lepas tu Haziq kata kai shot bah. Dah banyak berkata2 dah anak ibu ye. Bagus2, 1 perkembangan yang baik.

Masa tengah tengok tv (bola Kelantan vs Selangor) memang bising la Haziq. Kejap2 bangun pegi depan tv, kejap2 duduk ats riba abah, kejap dok atas kerusi sambil jerit goal. Masa Haziq dok atas riba abah tu abah makan asam, tapi abah sembunyi2 kunyah. Letak dalam mulut lepas tu kalau Haziq tak tengok abah baru kunyah. Tiba2 Haziq pusing kat abah, Haziq buat macam orang dok mengunyah tapi dengan versi laju. Kelakarnya. Ibu memang gelak kaw2 la. Abah kata ibu gelak sampai tak ingat dunia. Abah tak nampak apa Haziq buat kalau abah nampak mesti abah pun gelak. Lepas tu ibu suruh Haziq buat balik apa yang Haziq buat tadi nak demo kat abah, abah lak gelak tapi tak de la excited macam ibu. Tapi sayangnya tak sempat nak record.

Sebelum tido, lepas salam, kiss, babai ibu dengan abah on the way nak masuk bilik tu kat tepi tu ada bekas mainan Haziq yang bersepah2, sape lagi kalau bukan Haziq yang sepahkan. Tak kan ibu dengan abah yang nak sepahkan. Haziq kata pan, pan lepastu duduk kat situ simpan mainan2 dulu masuk dalam bekas tu. Lepas tu baru masuk bilik. Good boy

Kek Alunan Kasih


(Sumber : Pn. Mastura Yasak )

Bahan-bahan

 5 Biji Telur
  1 ½ cwn Planta atau
  2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
 2 cwn gula halus (sy guna 1 ½ cwn) 
  1 sudu kecil baking powder
  ½ cwn susu cair
 1 sudu kecil esen vanilla
  Sebuk koko (secukupnya untuk melapis)
 Pewarna ( saya guna oren-oren, merah-strawberry)

*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara-cara

1.  Pukul planta dan gula smpai kembang...
 2. Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
3.  Masukan esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
 4Bahagikan 3 bahagian… 1 warna asal, 1 – oren, 1 – merah (kacau bagi adunan sebati dengan warna)
 5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan asal..ratakan dlm loyang dan ayak  serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 sj
6masukan lapisan kedua, ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
7. Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
8.  Bakar lebih kurang 45min..160 degree (ikut oven masing) atau kukus (saya buat ni guna cara kukus)

Pengalaman sendiri :
Utk membuat lapisan warna2 tu biar tebal supaya senang untuk kita melapis
Kalau boleh jangan angkat spatula @ apa2 alat yang digunakan untuk meratakan adunan sebab ia akan menyebabkan serbuk koko tu terangkat sekali

Tuesday, April 26, 2011

Luahan Hati Seorang Ibu

Bila sorang2, tak ada Haziq dengan ibu, ibu rasa rindu sangat2, rasa nak peluk2, nak cium, nak gomol2, lepas tu dengar Haziq ketawa berdekah2 tu. Ibu rindu tau.Bila fikir saat2 ibu marah Haziq tu tak tau la nak cakap betapa sedihnya ibu. Tapi ibu nak Haziq faham ibu buat macamtu untuk kebaikan Haziq, for your future. Ibu tak nak biar Haziq buat apa yang tak sepatutnya Haziq buat sebab nanti Haziq akan terbiasa. Haziq akan fikir, boleh buat macamni, ibu, abah tak marah pun. Ibu tau Haziq sedih masa kena marah tu tapi Haziq tau tak yang ibu lagi sedih. Tapi ibu terpaksa

Sebenarnya tak ada la marah Haziq teruk2 pun tapi ibu yang emo lebih. Memang macamni la kot perasaan seorang ibu. Ibu tak sanggup tengok anak ibu sedih. Sebab ketawa, senyum, sengih anak ibu itu adalah penawar ibu. Kalau boleh sikit pun ibu tak nak marah Haziq, tak nak tengok Haziq buat muka sedih bila ibu marah, tapi tak boleh la sayang sebab ibu dengan abah kena bentuk Haziq dari sekarang. Ibu harap bila Haziq besar nanti Haziq akan faham semuanya k sayang


Anakku,

Apabila ibu memarahi kamu,
Janganlah merasakan ibu seorang yang jahat,
melainkan niat ku untuk membentuk mu,
menjadi seorang insan yang berguna,
didunia mahupun akhirat.

Anakku,
Apabila rotan singgah di tanganmu atau ditubuhmu,
Ketahuilah kamu bahawa luka di tangan dan tubuh kamu,
terlalu sedikit jika dibandingkan luka di hati ibu,
kerana terpaksa memukul anak nya,
untuk memberi kesedaran kepada anaknya.

Anakku,
Apabila ibu menghantar belajar di kejauhan,
Ketahuilah kamu bahawa ibu terpaksa merelakan,
uuntuk berpisah dengan jantung hati ibu,
semaata-mata untuk melihat anaknya berjaya.

Anakku,
Jika ada keinginan mu ditentang,
Janganla kamu membenci ibu mu ini,
kerana ketahuilah kamu bahawa ada sebab ibu menentang,
kerana akan membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Anakku,
hati seorang ibu lebih sanggup melihat anaknya menangis dihadapannya,
tetapi tidak akan sekali-kali membenarkan keinginan itu membunuh anaknya,
di masa hadapan.

Anakku,
Ibu ibarat seorang lilin yang membakar diri,
untuk menerangi anaknya,
dibiarkan dirinya bersusah, berlapar namun,
anaknya tidak sesekali dibiarkan susah dan lapar.

Anakku,
Jika kamu sakit,
Ibu rela menggantikan tempat itu dari melihat kamu menahan kesakitan,
Jika kamu menjadi buta,
Ibu sanggup memberi mata ibu,
Jika kamu memerlukan buah pinggang,
ambil lah buah pinggang ibu,
Jika kamu sedang nazak,
Ibu sanggup memberi nyawa ibu andai boleh dilakukan,
Namun ibu bukannya Tuhan,
Begitulah tingginya kasih sayang seorang ibu.

Anakku,
seandainya telah sampai waktu ibu pergi menghadap Ilahi,
jaga lah dirimu sebaik ibu mu ini menjaga dirimu,
jagalah maruah mu untuk kesenangan ibu dan ayah disana,
dan jangan sekali-kali dilupakan,
Ibu terlalu menyanyangimu,
melebihi nyawa ibu.

Anakku,
walaupun jasad dimamah bumi,
namun doa seorang ibu untuk anaknya tidak pernah hilang,
malah akan sentiasa dihati ibu,
walau dimana ibu berada.

Anakku,
bila ibu sudah tiada,
ingatlah ibu didalam doamu,
semoga kamu menjadi isteri dan ibu yang baik,
suatu hari nanti,

Anakku..
Kau lah permata hatiku.


Walaupun ayat2 oren di atas tu bukan daripada penulisan ibu tapi sebenarnya itulah yang ada di dalam hati ibu sayang

Apam Polkadot

Bahan-bahan


3 biji telur - dari peti sejuk

275 gm tepung gandum

220 gm gula halus

150gm susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling secukupnya (apa2 je blueberry, strwberry, coklat, kaya)
Pewarna ikut suka anda

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima sampai betul2 kembang dan sebati
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa anda.
3. Masukan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga hampir penuh cup.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar

Monday, April 25, 2011

PD

Jadi jugak plan nak ke PD. Malam tu ibu dah siap2 buat kek alunan kasih, puding karamel lapis coklat. Semangat kan ibu ni. Ye la mana kita pernah p piknik lagi kan. Pagi Ahad tu ibu bangun awal2 masak nasi goreng, telur dadar, goreng nugget. Pagi Ahad tu p jemput Aunty Rozie dengan Aunty Ekin kat Tesco sebab takut diorang sesat. Daripada kena g cari jauh2, baik suruh tunggu kat situ je kan. Lepas tu balik parking kereta diorang kat rumah sebab nak ikut jalan baru yang belum officially bukak lagi tu. Orang kata ikut jalan tu dekat.

Pukul 8 lebih kita gerak ke PD, pukul 9 lebih sikit sampai le ke Teluk Kemang. Orang tak ramai sangat semalam. Lepastu cari port yang best sikit. Kalau sewa payung RM25, kanopy RM40. Ibu tanya kat mak cik tu dia kata harga sama je walaupun sampai hujung sana. Sekali berjalan depan sikit tengok2 adayang lagi murah, payung RM15, kanopy RM25. Nasib baik tak ambik yang kat depan tadi tu.

Haziq mula2 takut sikit la sebab masa tu air pasang, so bunyi kuat, air laju je hempas badan. Biasala kan mula2. Pelampung itik pun Haziq tak nak naik sangat. Kejap je naik lepas tu dah tak nak. Abah, Aunty Ekin dengan Aunty Rozie je gilir2 naik. Comel. Ok la kan daripada bawak tapi tak ada guna. Hari ni ibu biar je Haziq main pasir, main air tapi under pengawasan la. Tak de la biar suka2 hati kan. Haziq suka usik2 orang. Ada la jugak dapat kawan, pak cik, mak cik baru. Tapi letih jugak la ibu nak teman Haziq jalan2 kat pantai tu.

Lepas tu ibu dapat kek yang cumil2 dari Aunty Rozie dan Aunty Ekin, thanx ye korang. Terima kasih sangat, not just for the cake but for everyhing ;)

Bertolak balik lepas Zohor. Haziq main2 dengan abah dalam kereta lepas tu terus tertdo, letih sangat la tu.
Ibu tengok semua orang enjoy semalam. Ibu pun dah lama tak jumpa Aunty Rozie dengan Aunty Ekin, so semalam dapat spend masa dengan anak ibu, abah dan diorang. Nanti ada rezeki, ada masa kita pegi lagi ye, tempat lain pulak.

Puding Karamel Lapis Coklat


Bahan-bahan


Puding


4 biji telur
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 sudu besar serbuk koko - campur dengan sedikit air panas
1 sudu kecil esen vanila


Karamel


5 sudu besar gula
4 sudu besar air panas


Cara-cara


Karamel
Hanguskan gula dalam periuk, sampai warna menjadi perang.
Masukan air panas dan kacau sampai gula cair
Masukan dalam bekas / loyang


Dalam mangkuk lain, satukan telur dan gula, kacau sampai larut tapi jangan sampai berbuih
Masukan susu cair dan esen vanila, kacau hingga sebati
Bahagikan kepada 2 adunan, 1 adunan warna original, 1 adunan dicampur dengan pes coklat. Tapis ke dua2 adunan untuk mengelakan ada ketul2 yang tak sebati
Panaskan periuk pengukus
Tuang adunan pertama dalam bekas karamel tadi kemudian kukus 6-8 minit sebelum masukan lapisan kedua, pastikan lapisan pertama dah keras sebelum tuang lapisan kedua sebab kalau lapisan pertama masih belum keras, lapisan kedua akan bercampur dengan lapisan pertama. So tak ada la lapis2 lg ;)
Ulang step di atas sampai habis adunan


Pastikan puding betul2 sejuk sebelum diterbalikan/dikeluarkan daripada bekas untuk mengelakan lapisan2 tu berpisah

Friday, April 22, 2011

Perkembangan 1 tahun 5 bulan


When a baby’s born

So helpless and weak
And your’re watching him growing
So, why deny?
What’s in front of your eyes?
The biggest miracle of life



Pagi ni ibu sangat gembira sebab anak ibu dan abah menceriakan hari ibu. Rasa macam baru je update perkembangan 1 tahun 4 bulan. Tu sebab ibu yang lambat update. Haritu pegang peha Haziq tiba2 terfikir, dulu kecik je peha ni,sekarang dah besar dah

1. Haziq dah boleh wish birthday untuk ibu. Tau tak yang ibu sangat2 teruja dan gembira walaupun hanya keluar 'day bu' dari mulut Haziq. Abah yang ajar Haziq. Lepas tu abah kata doa untuk ibu, Haziq angkat tangan, memang ibu tak faham,cuma ibu dengar mula2 tu 'Allah' lepas tu bla bla bla.... 'amen'. Terima kasih banyak2 sayang

2. Haziq dah dapat award. Keramahan Haziq memang tak dapat nak disangkal lagi. Memang terserlah la. Kalau yang selalu jumpa Haziq tu, tiba2 jumpa tengok Haziq macam tak senyum, takde mood mesti diorang tanya kenapa ni, tak senyum pun, tak ceria pun ni

3. Dah boleh harap la jugak. Kalau hphone bunyi tapi masa tu ibu atau abah tak ada kat tempat tu, tak dengar hphone bunyi, Haziq la yang akan kelam kabut. bu, bu, pon takpun abah, abah, pon sambil tunjuk kat hphone tu. Kalau makan apa yang dah habis tinggal bekas tu wang maknanya buang la, lepa tu pergi ke tong sampah. Kalau nak simpan apa2 bunyi pan. Kejap je kan. Anak ibu dah pandai berkata2

4. Suka buat pusingan 360 darjah. Susah sungguh kalau part nak pakaikan pampers. Baru letak je Haziq dah merata2 pusing. Kadang2 360 darjah, kadang2 720 darjah jadinya. Minum susu pun jadi macamtu jugak. Haziq, Haziq

5. Dah banyak menaikan temperature ibu. Biasala kan tengah membesar, bertambah aktif macam2 perangai baru yang dibuat. Tapi walaupun temperature ibu naik, ibu hpy sebab anak ibu menceriakan hidup ibu dan abah

6. Haziq dah kawan dengan guard. hehe... Jangan pelik lak, bukan kawan dok melepak2 tu. Dah terbiasa setiap kali keluar masuk kat pondok guard tu sibuk jerit2 babai sambil lambai2 tangan. Guard2 tu pun layan

7. Kalau update sebelum ni Haziq suka panggil baby, sekarang suka panggil kat budak2 yang lagi besar dari Haziq tu adik. Lepas tu semalam ibu umi bagitau Haziq tak bagi kakak Ariza (4 tahun) keluar rumah. Haziq macam marah2 tak bagi kakak Ariza keluar. Ibu umi cakap, Haziq buat gaya macam Haziq tu dah besar

8. Kalau buat salah Haziq akan minta maaf. Caranya datang salam.hehe...ni dah lama Haziq apply tapi ibu tak update. Ibu ni kadang2 pelupa jugak

9. Nak,nak,nak tu lagu tema Haziq. Kalau nak sesuatu tu terutamanya makanan mesti Haziq dok na,nak,nak dengan macam2 nada la. Selagi tak dapat, selagi tu la dok ulang perkataan tu. Ibu umi kata tu lagu tema Haziq


10. Kalau makan atau minum Haziq selalu kata dap , sedap la tu. Walaupun hanya minum air masak. Haziq sangat pandai ambik hati ibu kan

Haziq, ibu sayang Haziq sangat k

Thursday, April 21, 2011

Sotong Masak Pedas

Bahan-bahan

Sotong
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
halia *
2 biji cili merah (besar) a.k.a cabai hidup *
4 biji cili padi a.k.a cabai melaka *
1 ulas bawang beaar (dipotong bulat2)
2 keping asam keping
sedikit air
Garam dan gula sesedap rasa
Carrot
Bunga kobis
Serbuk kunyit
2 helai daun limau purut

Cara-cara

1. Sotong digoreng tanpa minyak dan ketepikan
2. Tumbuk bahan bertanda *
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan bertanda * yang telah ditumbuk dan biar sehingga berbau wangi
4. Masukan sedikit air, daun limau purut dan asam keping
5. Masukan carrot dan bunga kobis yang telah dipotong
6. Masukan sotong
7. Masukan bawang besar serta garam dan gula

Creamy Chicken Soup / Sup Ayam Berkrim




Bahan-bahan

50 gm butter
1 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 cawan tepung gandum
air stok ayam (secukupnya)
1 ketul daging ayam  (dicincang halus)
Carrot (dicincang halus)
1/4 cawan susu cair
Garam sesedap rasa
serbuk lada putih


CARA MEMASAK:
1. Panaskan dan masukkan butter.
2. Masukkan bawang putih dan biar hingga bau wangi. Masukkan tepung gandum dan kacau dengan api yang perlahan
3. Masukkan air rebusan ayam (stok ayam)
4. Masukan isi ayam dan carrot yang telah dicincang. Kacau sehingga sup menjadi pekat
5. Kecilkan api dan masukkan susu cair dan kacau lagi
6. Masukan garam sesedap rasa dan sedikit serbuk lada putih


*** kalau ada daun parsley blh la tabur atas sup masa nak hidang tu. Serius sedap


*** kalau tak nak tepung tu berketul better kacau guna whisker ye

Wednesday, April 20, 2011

Huhu...Ibu Marah

Malam tadi Haziq buat aksi marabahaya lagi tapi kali ni marabahaya kepada ibu. Angkat kereta Haziq atas lengan ibu masa ibu tengah baring sampai kuar kulit jugak la sikit. Ibu marah sikit je.Lepas tu terus Haziq nangis, datang peluk ibu. Masa tu ibu bagi ceramah la kat Haziq tapi takde la ceramah sangat. Ayat biasa la. 'Ibu marah bukan sebab ibu tak sayang tapi sebab ibu sayang sangat, ibu tak nak syg buat benda yang tak elok, ibu takut syg jatuh, nanti syg sakit, lain kali jangan buat macamni lagi ye'


Ni muka Haziq kalau tengok ibu @ abah buat muka serius a.k.a marah

1. Haziq tunduk buat muka sedih
2. Haziq dongak tengok muka ibu @ abah masih sama macam tadi ke dah senyum
3. Kalau dah senyum, Haziq akan turut senyum. Kalau sama jugak, Haziq akan cuba buat bagi gelak. Kalau still sama Haziq akan menangis lepas tu datang peluk

Dulu dah set tak nak marah tapi perlu marah anak tapi jangan over marah. Mesti marah dengan keadaan waras, jangan ikut hati. Marah guna bahasa sopan, jangan kasar2 kerana mereka perlukan perhatian, kasih sayang yang lebih. Untuk lebih lanjut boleh baca kat post sebelum ni, http://mypage-ieda.blogspot.com/2011/04/mengatasi-marah-pada-anak.html

Ibu sayang Haziq sangat2 tau. Terlalu sayang. Tak ada perkataan yang boleh tunjukan betapa sayangnya ibu pada Haziq

Mengatasi Marah Pada Anak

Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada  ibu  bapa yang ringan tangan 
dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak  dalam  lingkungan  umur  2-7  tahun  (preschool  memang sering dilabelkan  lasak  kerana  ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga  didapati  ‘tidak  dengar  kata’.  Apa  yang  berlaku  ialah ketiadaan komunikasi  dua  hala  di  antara  ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian  kepada  suara  ibu bapa.  Sebaliknya  perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka  tidak  mempunyai  pengetahuan  (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja  belajar  bercakap,  oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah  sebenarnya  yang  dimahukan  oleh  anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit,  membaling  barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration  (kekecewaan) kerana  hajatnya  tidak  difahami  dan  dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan.
Justeru  itu  siapakah  yang  bersalah?  Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak  berusaha  untuk  memahami  kehendak  si anak.  Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1.  Kanak-kanak  sangat  memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua  ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan  mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan  lakukan  dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya.  Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact  sangat  penting  di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2.  Sebaik  sahaja  tuan/puan  pulang  dari  bekerja  dan  mengambil  anak  dari nurseri,luangkan  masa  setengah  jam  terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus  ke  dapur  memasak,  angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada  anak.  Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di  rumah  bersama  bibik  atau  di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta  nyatakan  di  telinganya,  papa/mama  sangat  sayangkannya.  Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb.  Insya  Allah  anak  akan  lebih  mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3.  Ajarkan  anak  dengan  perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan  sesuatu  dan  tuan/puan  tidak  dapat  berikannya  kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu  sahaja  atau  bersikap  acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar  anak  agar  tidak  menghiraukan  tuan/puan  sekiranya  tuan/puan  pula yang memanggilnya.  The  right  way to make her listen to you is by listening to her  first.  Kita  tidak  boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah  tidak menjadikan  ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru  setiap  perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4.  Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya  yang  tersendiri.  Anak  yang  suka menjerit walaupun tidak mempunyai  apa-apa  sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak  ini  memang  sangat  sukakan  perhatian.  Oleh  itu  jika  anak  ini menjerit, berilah  perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan  sekiranya  dia  menyanyi  dengan  kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh  mengajarkan  kepadanya  bahawa  perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus  kerana  boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka  menjerit,  tuan/puan  boleh  suruh  dia  mengadap  dinding yang kosong dan menjerit  di  situ  berulangkali  sehingga  dia letih. Insya Allah dia akan

kurang  suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin  dia  akan  berhenti  menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya  dia  mengulanginya  semula,  puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah  (gula-gula  dsb)  jika  tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang  menjerit  dalam  satu  hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya,  papa/mama  beri  hadiah  coklat  kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.


5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah  anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut,  jangan  ingati  kekurangan  anak  dan doakan setiap kali selesai sembahyang  agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak  dengan  semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi  dengan  anak.  Boleh  juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah  anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di  ubun-ubun  kepalanya,  cium  dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan  perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama  harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak  suka  kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan  didapati  sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan  surah  AlFatihah,  Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Tuesday, April 19, 2011

BUtter Prawn


1st time buat tak bertali pun tapi jadi macam scramble egg pulak. hehe.. tapi tak pe yang penting asben cakap sedapla.

Bahan-bahan

udang
3 sudu besar butter (bergantung pada brp byk udang la ye)
daun kari
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar rempah kari
2 ulas bawang putih dicincang
3 biji kuning telur
garam
gula

Cara-cara

1. Panaskan butter dalam kuali kemudian goreng udang hingga separuh masak dan ketepikan
2. Dalam kuali yang sama tumiskan bawang putih
4. Masukan udang, daun kari, serbuk kari dan telur sambil mengacau tanpa henti.
5. Masukan garam dan gula sesedap rasa

Tips:
Ada terjumpa kat internet katanya kalau nak bagi telur tu bertali, buat guna garfu. Ada juga yang masukan telur tu dalam acuan roti jala. lagi 1 ada yang cakap telur tu tak boelh goreng dalam minyak yang sedikit. Ada yang goreng telur tu asing2 kemudian campur sekali dengan udang....

Monday, April 18, 2011

Bagan Lalang

1st time ke Bagan Lalang. Saja2 je ni nak jalan2 tengok. Pukul 5 ptg baru gerak bari rumah, Magrib dah sampai rumah. Ramai jugak orang kat Bagan Lalang ni. Ada yang makan2, ramai jugak yang mandi. Tapi saya rasa air tak elk sangat kot untuk mandi.

Kisah Kasih 2

Cerita ni lebih kurang je dengan cerita Kisah Kasih sebelum ni. Nak pegi hantar pampers dan susu kat rumah ibu umi

abah : jangan lama2 tau, lapar ni
ibu : ye (dalam hati, tak boleh janji)
abah : anak tinggal dalam kereta la

Masa kereta stop Haziq dah peluk ibu kuat2 ,tak nak pegi kat abah, nak ikut ibu. Ibu bawak la naik jugak. Masa tengah jalan tu ibu umi dengan kakak2 dah nampak terus jerit2, Haziq. Lepas tu tiga2 orang turun ambik Haziq. Ibu pun naik skali la nak hantar pampers.

Ibu umi : Tadi baru kakak ajak pegi rumah, rindu kat Haziq. Ni Haziq dah datang

Ibu umi bawa Haziq masuk dalam rumah

Ibu umi: abang (anak ibu umi), Haziq datang ni
Abang : Kejap bu, tunggu dulu. abang nak mandi dulu

Kat bawah abah dah bunyikan hon kereta sebab lapar. hehe... Nak buat macamana, tak kan ibu dah rampas Haziq kot. Tengok mesra je semuanya. Tak pe lah, tunggu la kejap

Dan senario biasa la Haziq tak nak balik. Ibu hulur tangan nak ambik je kuat2 Haziq peluk ibu umi. Tak nak ikut ibu. Oh, hancur luluh hati ibu masa tu melihat anak tersayang memeluk orang lain. hehe... poyo la ibu kan

Ibu umi pun pakai la tudung turun hantar Haziq sekali dengan ketiga2 orang anak., empat anak termasuk Haziq.hehe... Dah sampai kat kereta pun Haziq tak nak masuk dalam kereta, dengan abah tak nak, dengan ibu pun tak nak. Susahnya nak pisahkan mereka. Tapi terpaksa pisahkan jugak la sebab nak balik. Teruk Haziq nangis.huhu...

Diuji dan Teruji

Wikend ni ibu rasa mancabarnya dengan Haziq. Sabar je lah kan. Jumaat tu p pasar malam, ibu kalau nampak durian memang langkah tak lepas lah. Beli lah sikit. Balik malam tu Haziq pun pulun gak tapi tak boleh la ikut sangat, demam nanti susah lak ibu. Lepas tu bagi Haziq minum air masak dalam kulit duiran tu sebab orang tua2 kata kalau tak nak bagi panas badan lepas makan durian, letak la air dalam kulit durian tu lepas tu minum. Buat je la untuk Haziq

Lepas makan durian tu Haziq masuk dalam bilik. Buka alamari tempat ibu simpan buku2, jeng3. Tengokla buku apa yang Haziq baca ni.
Sabtu pagi tu ibu gagahkan diri buat kek walaupun tinggal ibu dengan Haziq je. Nasib baik la Haziq bagi kerjasama walaupun dia angkut periuk, tutup periuk, tupperware ke ruang tamu sampai ruang tamu pun dah jadi macam dapur dah


Dah setel buat kek ibu teruskan dengan lipat baju lak. Tiba2 Haziq macam diam je. Ibu masuk dalam bilik tengok2 masyaAllah, Haziq susun bantal atas katil sebab dia nak panjat tengok kat tingkap. Tapi tingkap dalam bilik tu memang sentiasa tutup la. Haziq selak langsir tengok kat luar. Lepas tu ibu simpan bantal2 dalam bililk tu. Ajak Haziq duduk kat ruang tamu. Kejap je Haziq main dekat dengan ibu lepas tu hilang lak. Ibu masuk cari dalam bilik tak nampak pun tiba2 tengok langsir bergoyang. Haziq duduk di sebalik langsir, kali ni panjat atas meja kecil tepi katil tu. Kaki sikit je melekat atas meja tu. Haziq, Haziq. Nasib baik la ibu cepat masuk, kalau tak entah2 jatuh

Lepas tu Haziq 'tolong' ibu lipat baju lak. Kemudian menghilang lagi. Ibu tengok2 kat dapur, terus rasa naik temperature walaupun badan tak panas, habis halba campur ibu Haziq tuang atas lantai. Haziq, Haziq, Haziq. Sabar je lah ibu. Lepas tu angkut lagi tutup periuk sampai ke dalam bilik. Ibu biarkan je lah ruang tamu yang dah tak macam ruang tamu tu sebab kalau ibu kemas pun memang akan jadi macam tu balik.

Kalau time nak pakai pampers, minum susu sekarang ni suka buat rotation 360 darjah.


Pukul 1 baru Haziq tidur tu pun sebab ibu paksa jugak tidur. Walaupun dah ngantok tapi tetap tak nak tidur jugak. Time Haziq tidur ni lah baru mula proses mengemas rumah ,masak. huhu... Banyak2 kan bersabar. Petang lepas sembahyang asar bawak Haziq turun jalan2. Memang lenguh nak kejar


Kadang2 tu rasa geram pun ada dengan kerenah yang macam2 tapi hakikatnya inilah penyeri hidup ibu dan abah. Time umur macamni, pelbagai aksi, gelagat yang Haziq buat. Memang la kadang2 tu naik temperature ibu dan ibu kena marahkan jugak Haziq walaupun sebenarnya ibu tak sampai hati nak marah sebab Haziq kalau ibu buat muka marah atau ibu tinggikan suara memang Haziq akan buat muka sedih. Tapi ibu kena ajar Haziq daripada sekarang. Kalau apa yang tak elok tu tak boleh la buat. Dan ibu pasitkan apa yang ibu larang tu mesti ibu bagitau kenapa tak boleh buat macamtu walaupun Haziq tak boleh faham semuanya at least Haziq daapt rasa ibu bukan suka2 nak marah Haziq. Ibu tak nak terlalu manjakan Haziq dengan ikut semua perangai sekarang ni. Ni semua untuk kebaikan dan masa depan Haziq. Ibu dan abah sayang sangat kat Haziq

Friday, April 15, 2011

Haziq dapat award

Semalam lepas masak2 tu dukung Haziq kat corridor, borak2 kejap dengan akak kat bawah tu. Lepas tu Haziq tak nak masuk rumah, ngamuk2 nak turun bawah. Sian la pulak, asyik terkurung je. Bawakla turun sat. Seronok dia main2, jerit2. Ada la 2 orang jiran tengah tengok anak diorg bermain. Masing2 ada 2 orang anak. Yang sorang tu ank sulong 5 tahun, anak ke dua 3 tahun.Yang lagi sorang tu ank sulong 4 tahun, anak ke dua 2 tahun. Ibu? Baru ada sorang. Tapi lately ni Haziq selalu panggil orang adik walaupun orang tu dah layak dipanggil mak cik. Lepas tu suka cium baby. Adahak itu tanda2?Jeng3

Haziq biasalah dia memang mesra alam. Jumpa orang selalu salam, tegur orang. Haziq memang suka join aktiviti yang ramai orang ni. Suka tak terkata lah. But macam dia tu dah besar je. Semalam dah dapat award la anak ibu ni. Kakak tu cakap kat block ni ada 3 orang peramah.Yang dua orang lagi tu dua2 anak sulong mereka, lagi sorang Haziq la. Tapi yang dua lagi tu memang peramah betul la. Macam2 dia cerita. Best betul jadi kanak2 ni

Thursday, April 14, 2011

Garam Belacan

Kalau area2 Kedah memang famous la dengan garam belacan. Nak buat pun senang

Bahan-bahan

- 4-5 biji cabai melaka (klu nak pedas tambah la lg)
- belacan
- garam
- gula
- kicap (toyu)
- lesung batu

Cara-cara

Masukan semua bahan2 (kecuali kicap) ke dalam lesugn batu
Tumbuk hingga lumat dan masukan kicap

*** klu xmau tumbuk guna lesung batu tu, boleh blender guna blender kering tu lepas tu gaul dengan kicap

How’s your child feeling today? Is he a Cutey Pie as always or a lil’ Grumpy? Learn how they feel today! #NestleChildsMood

How’s your child feeling today? Is he a Cutey Pie as always or a lil’ Grumpy? Learn how they feel today! #NestleChildsMood

Wednesday, April 13, 2011

Masak Lemak Cili Api Udang dengan Rebung

Rebung ni mak bagi masa balik kampung hari tu.Rebung ni mak cari sendiri kat pokok buluh dekat dengan rumah. Dah siap rebus dah ni. Kalau dah rebus boleh simpan lama dalam peti ais tapi kena pastikan terendam dalam air la. Rebung ni tak masam dan tak berbau macam sesetengah rebung yang jual kat kedai tu. Ni yang segar dari pokok buluh. Rebung yang dah rebus ni sedap masak lemak, kari atau sambal. Kalau yang bellum rebus lagitu sedap buat masak manis.Sedapnya



Bahan-bahan

udang
rebung
cili api *
bawang merah *
garam
kunyit
santan

Cara-cara

1. Rebung di potong2 @ hiris2 sikit macam ni ye
2. Udang tu bersihkan dulu la. Tapi asben saya ni dia suka kalau tak buang kepala, cuma potong kan sikit je janggut2 udang tu
3. Bahan bertanda * ditumbuk bersama
4. Masukan bahan tumbuk, kunyit,santan cair ke dalam periuk
5. Masukan rebung dan biarkan sehingga mendidih
6. Masukan udang dan santan pekat
7. Masukan garam sesedap rasa