Thursday, May 26, 2011

Racing Time


Nak Masuk TV

Tuesday, May 24, 2011

Bengang


Saya dalam mode bengang ni. Tadi ada sorang mamat ni dari courier service yang agak femes la jugak. Masa dia datang hantar barang tu person in charge keluar lunch, so saya tolong receive la. Masa terima document tu saya tengok la dulu betul ke address, sama ke AWB atas document dengan tempat yang saya kena chop sign tu. Lepas tu dengan nada semacam dan dengan muka yang marah

Mamat tu: Tak kan tengok saja kot, chop sign la cepat
Saya: Kena la tengok dulu comfirmkan betul ke tak
Mamat tu: Cepat lah sikit

Dah chop, sign, tulis nama saya bagila balik kertas tu dekat dia.

Mamat tu: Mana ic
Saya: Kenapa orang lain tak tulis ic pun. (ada la kot dalam 6 orang, semuanya tak ada ic number)
Dia: Tu takpe sebab saya dah hafal ic diorg (agak2 la sikit nak tipu pun. kuat betul memory dia nak menghafal ic orang yang tak kenal ye). Kalau tak nak tulis ic saya ambik balik document tu

Saya pun ambik la balik kertas tu bawa ke meja sebab nak tulis ic. Mamat tu pun ikut jugak

Mamat tu: Saya nak ambik balik ducument ni
Saya: Kenapa pulak, tak nampak ni saya tengah tulis ic number. Tak pernah ada orang datang hantar barang dengan perangai macamni

Monday, May 23, 2011

Bershopping Berdua

Cubaan pertama dan untuk kali terakhir sementara nak tunggu Haziq boleh tolak troli barang. Semalam gatal la ibu ni kan nak pergi cari barang tak sabar2 nak tunggu abah balik keje. 

Abah : boleh ke dengan barang lagi, dengan torli lagi.
Ibu : Boleh. Tak pernah cuba lagi. Kena la cuba tengok macamana
Abah : Kalau dah kata boleh, pegi lah tapi hati2
Ibu : OK

Tapi sebenarnya memang ibu neves2 jugak la sebab selalunya bertiga tapi ni berdua saja. Tak pe, bak ibu kata tadi kan kena cuba, kalau tak cuba tak tau. Ibu pun dah pesan kat Haziq sila beri kerjasama dengan ibu. Masa mula2 nak masuk tu Haziq dah beriya tengok mainan2 kat lar tu. Tapi ibu berjaya tenangkan Haziq. Lepastu fikir kalau nak bawa raga susah la nak handle Haziq, kalau troli ok la boleh letak Haziq sekali. So decide ambik troli. Awal2 tu Haziq memang bagi kerjasama yang baik. Tapi lepas tu, huhu.... Haziq bersungguh2 nak turun puas ibu pujuk tapi memang tak makan saman sampai ibu terpaksa turunkan Haziq. Lepas tu ibu pening nak kejar Haziq ke nak tolak troli.

Ibu letak jugak Haziq yang tengah ngamuk2 dalam troli tu. Terus pegi kat kaunter, bayar, lepas tu balik. Huhu... ni la cubaan kita keluar berdua2an ye sayang. Lepas ni kena tunggu Haziq betul2 besar baru boleh keluar berdua2an dengan ibu.

Nasi Ayam Madu





Rebus
-Ayam
-Sup bunjut
- halia dan bawang putih (tumbok @ blender)
- air

Perap
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap
- madu
- halia, bawang putih,bawang merah (tumbok @ blender)

Nasi
- beras
- minyak @ butter
- halia, bawang putih dan bawang merah (tumbok @ blender)
- air rebusan ayam
- daun pandan
- garam
- sedikit serbuk kunyit (untuk mewarnakan nasi) saya tak letak pun sebab asben nak nasi warna putih

Sos Cili
- 3 biji cili merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil cuka makan
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit air rebusan ayam

Sos Kicap
- 1 ulas bawang putih
- kicap
- air rebusan ayam

Sup
- air rebusan ayam
- garam
- daun sup
- bawang goreng

Hiasan
Tomato
Timun
Daun salad

Cara – cara
– Rebus ayam bersama halia,bawang,sp bunjut,liub ayam sehingga empuk
- Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 3 jam (lagi lama perap lagi sedap). Goreng hingga garing dalam minyak yang panas.
- Basuh beras dan toskan. Panaskan butter @ minyak, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya, daun pandan dan garam. Masak seperti biasa.
*** boleh tambah serbuk kunyit untuk tujuan mewarnakan nasi
- Untuk sos cili -blendkan semua bahan diatas. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
– Untuk sos kicap – tumis bawang putih, masukan kicap dan sedikit air rebusan ayam tadi
- Untuk sup- air rebusan ayam ditambah sedikit garam. Masukan hirisan daun sup dan bawang semasa menghidang
– Untuk hiasan – potong tomato dan timun. Letakan bersama daun salad

Thursday, May 19, 2011

Perkembangan 1 tahun 6 bulan @ 18 bulan

Lagi 6 bulan cukup lah 2 tahun anak teruna ibu ni. Rasa macam baru je sambut birthday 1 tahun. Makin besar ni makin macam2 la peel Haziq 


1. Kalau nak makan, angkat tangan baca doa. Mula2 faham la bunyi 'Allah' lepas tu mula la bahasa Haziq sendiri. Last skali 'amennnn'. Tu dah jadi kebiasaan dah. Kalau nak pakai sliper pun suruh bismillah, baca doa yang sama jugak

2. Kalau tanggal baju dah tau kata mana nak letak baju @ seluar tu. Kalau sebut nak mandi Haziq akan cari towel

3. Suka heret kasut besar abah tu. Dah macam McDonald dah abah kata. Ibu rasa budak2 memang suka pakai kasut orang besar kot kan

4. Dah boleh harap. Dah banyak boleh menolong dan kadangkala menolong tu boleh jadi disebaliknya - simpan baju dalam bakul, buang sampah dalam tong sampah, ambikan barang, 'menyimpan' kat rak pinggan.

5. Kalau minum air suka kumpul dalam mulut lepas tu sembur atas lantai. Lepas tu bising bu, pah, bu,pah (ibu,tumpah). Lepas tu kain apa yang ada memang jadi mangsa lap la. Cepat je cari kain untuk lap

6. Nak tidur, bangun tidur mesti kena ada ibu. Bangun je kalau tak ada ibu mesti jerit kuat2, bu. Kalau minum susu pun ibu kena baring atas bantal yang sama jugak, kalau x, xminum

7. Sebelum masuk tidur Haziq selalu akan simpan dulu mainan dalam bakul mainan

8. Excited bila dipuji. Kalau Haziq buat sesuatu yang positif ibu akan kata pandainya anak ibu. Kagumnya ibu. Lepas tu ibu tepuk tangan, ibu kata clever. Suka muka Haziq. Senyum meleret. Tu salah 1 cara nak bagi dorongan pada anak. Lepas tu Haziq lak kalau buat apa2 dia akan senyum2 seronok sambil tepuk tangan kata 'kever'

9. Haziq suka bercerita. Tak payah tunggu cerita pada masa tidur sebab setiap masa boleh dengar cerita Haziq. Siap dengan demo lagi. Tangan2 pun ambik part. Lepas tu gelak2. Walaupun ibu dan abah tak faham bahasa Haziq tapi ibu dan abah tetap layan siap tanya lagi lepas tu apa jadi, sape lagi, tadi buat apa, main apa kat rumah ibu umi...macam2 lah

10. Haziq sangat rajin mengemas. Dalam erti kata lain memunggah. Kalau hari cuti ibu hanya kemas rumah time Haziq tidur je dan rumah tu pun akan nampak kemas time Haziq tidur je. Kalau orang tiba2 datang rumah, tak tau la apa diorg akan fikir

11. Sangat suka berkawan. Haziq tak kira umur, semua nak berkawan.


12. Nampak bola je pegi ambik lepas tu, kick, jerit goal, tepuk tangan, kever

Monday, May 16, 2011

Assistant Ibu

Bila tengok gambaran bersepah macamni jangan la pulak fikir ibu yang malas ye. Tapi ni sebab anak yang terlebih rajin. 

Suprise For Him

Hari Sabtu, 14 May tu birthday asben. Dari minggu lepas dok fikir nak buat suprise macamana. Kebetulan hari tu asben keje so cari cupcake yang boleh delivery skali. Jumaat malam Sabtu tu mintak number phone kawan asben konon2 susah la klu ada emergency tiba2 nanti tak boleh nak contact asben. Asben pun bagi la number kawan dia 2 orang. Pagi Sabtu tu call kawan asben bgtau nak mintak tolong, dia cakap ok. ;)

Nak dijadikan cerita hari Sabtu tu jugak la hset tak ada bateri. Tapi nasib baik sempat message kepada Reflisia bgtau sape yang dia kena contact nanti. Dalam pukul 9 pagitu terus hset dah tak boleh on. Nak charge tak boleh sebab asben terbawak charger ke tempat keje dia. Huhu... Pukul 12pm tu gundah gulana sebab tak tau status dah hantar ke cupcake tu, tak jadi hantar ke cupcake tu. Siap buka bateri letak tengah panas konon2 boleh charge bateri la, tapi tak menjadi pun. So on FB, tengok insan yang boelh menolong. hehe... Ina lah jadi sasaran. Call Reflisia dan katanya on d way. Alhamdulillah. Dari Terengganu tu tanya update. TQ na.

Pukul 3 ptg asben balik senyum melebar. TQ pada semua yang membantu menjayakan misi ni. Walaupun tak sesuprise mana tapi yang penting misi berjaya





Picture ni ihsan dari http://cupiecupiecakes.blogspot.com/. Kalau nak tempah boleh la klik link tu ye

Thursday, May 12, 2011

Saya anak penoreh getah

Bila fikir semula kesusahan dan keadaan masa kecil dulu rasa sangat2 bersyukur dengan kehidupan sekarang. Walaupun tidak memiliki kemewahan yang melimpah ruah tetapi alhamdulillah, syukur dengan apa yang ada sekarang. Saya tak malu mengaku saya seorang anak penoreh getah, tetapi saya bangga dilahirkan sebagai anak penoreh getah kerana ia membuatkan saya lebih menghargai kedua ibu bapa saya.

Kehidupan mak dan ayah sebagai penoreh getah sangat2 memberi kesan kepada saya. Saya sangat2 menghargai segala apa yang dilakukan oleh mak ayah daripada dulu sampai sekarang. Dulu memang hidup dalam kekurangan wang ringgit tetapi alhamdulillah saya dan adik beradik tidak merasa kekurangan kasih sayang. Walaupun mak dan ayah tak mewahkan kami dengan wang ringgit, kami digantikan dengan kemewahan kasih sayang yang melimpah ruah. Sampai sekarang masih berkekalan.

Sesudah Subuh ayah dan mak akan bergerak ke kebun untuk mencari rezeki. Terpaksa meredah kesejukan pagi, gigitan nyamuk dan bahaya lain yang mungkin menanti di dalam kebun getah itu. Namun ayah dan mak mengenepikan semua itu demi mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan dan duit itu juga lah yang menampung perbelanjaan persekolahan saya, kakak dan adik. Masa kecik saya juga selalu ikut ayah dan mak ke kebun sebab tak ada orang nak jaga saya di rumah, kakak ke sekolah. Sampai saja di kebun mak akan bentangkan tikar, pasangkan ubat nyamuk. Duduklah saya kat situ.

Kehidupan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bila hari hujan atau musim daun getah meluruh, kehidupan kami memang susah sebab kalau hari hujan tak boleh menoreh, kalau musum daun getah meluruh pula getah akan jadi kurang. Pada masa tu pendapatan memang merosot. Pernah makan nasik hanya berkuahkan kicap. Kami adik beradik tau ni bukan pinta mak dengan ayah dan kami juga tau mak dan ayah akan melakukan yang terbaik untuk kami adik beradik. Walaupun tak dapat makan makanan sedap2 tapi syukur lah masih lagi ada sesuatu untuk mengisi perut.

Pernah juga getah (sekerap) yang ditoreh dicuri orang. Kesian tengok muka ayah dan mak pada waktu itu. Ye lah dah la kerja penat2, nak cari duit untuk keluarga, nak biaya persekolahan anak, semua mengharapkan duit daripada jualan getah tetapi bila sampai saja ke kebun, tengok2 semuanya lesap. Hancur luluh hati ayah dan mak. Walaupun tak keluar daripada mulut ayah dan mak yang mereka kecewa tapi kami adik beradik sangat2 memahaminya.

Pada waktu susah, susah juga lah saudara nak dekat sebab takut kita akan meminta2. Biasalah kan memang adat hidup macamtu. Masa kita senang, gembira memang ramai orang yang nak berkongsi kegembiraan kita tapi bila kita susah, hanya kita yang merasai dan menanggungnya. Sekarang alhamdulillah hidup ayah dan mak dah tak sesusah dulu. Walaupun susah tapi kami adik beradik masih tetap dapat menikmati kehidupan seperti orang lain cuma mungkin sedikit berbeza.

Ini merupakan salah satu sebab kenapa saya rasa kecewa sangat bila orang kata balik kampung habiskan duit. Memang saya akui duit akan habis sebab perjalanan jauh. Tapi bila difikirkan balik segala pengorbanan mak dan ayah, saya ketepikan semua itu. Alhamdulillah saya dapat suami yang sangat memahami. Saya juga bersyukur sebab ikatan kekeluarga kami sangat kuat antara satu sama lain. Semoga ianya berterusan sehingga ke akhir hayat.

Kuat Tak Haziq?

Wednesday, May 11, 2011

Over ke?

Ibu rasa macam ibu over lak hari ni. Ibu dah sevey2 pasal kindy untuk anak ibu ni. hmm... Tapi sebenarnya awal lagi untuk Haziq. Tu la ibu over lak kan. Dok sibuk2 sevey registration fee, monthly fee semua padahal nanti harga tu akan naik. Tapi tak pe at least dah ada sikit input dalam otak ibu ni kan.Yang ibu sempat servey tadi Genius Aulad, Smart Readers, CIC, Brainy Bunch Islamic Montessory. Ni kali ke dua la ibu servey. Kali pertama ibu buat servey ni masa sekolah baru buka. Time tu orang sibuk nak daftar anak kat sekolah, ibu lak dok bayangkan macamana la Haziq nanti.  Kejap je anak ibu dah besar, dah buat ibu fikir nanti nak sekolahkan Haziq kat sekolah biasa ke sekolah agama. Takpe tu Haziq boleh bagi jawapan untuk ibu nanti

Lepas tu ni ibu dok sibuk tengok kalender bulan 8 lak. Haa... mestilah sebab ada sesuatu yang istimewa bulan 8 tu. Yang pertama, bulan tu kita puasa. Macamana la agaknya keadaan sahur tahun ni. Besar kemungkinan ibu bangun masak untuk sahur tu tak tidur la sampai pergi kerja kan sebab ibu dapat rasakan assistant ibu akan bangun menolong ibu. Lepas tu raya. Jeng3. berapa hari ibu nak apply cuti ni. Tapi fakta sekarang ni annual leave ibu berbaki lagi 4 hari je. Takpe, bak kata bos ibu tadi we can arrange about that. We talk about it when the time comes. Ada bau2 good news je kan. Berdoalah ke arah tu. Tahun ni raya kita turn kampung abah dulu tau. Lepas tu baru kita teruskan journey ke Kedah. Tapi tak comfirm lagi raya ke berapa balik Kedah. Tu akan diputuskan oleh abah nanti. Ibu kena fikirkan ayat2 sedih ni.hehe...Tak la, mestilah kena adil kan. Dan fakta lagi ibu belum habis ganti puasa. Cepatnya masa berlalu. Ke ibu yang lambat bertindak?

Lepas tu ada satu lagi kemusykilan ni. 31 Ogos tu cuti hari raya + cuti merdeka. Macamana tu ye? Agak2 ada replacement tak? Nak tanya bos macam terlalu over awal lepas tu nanti bos kata asyik nak cuti je. hmm... Mintak2 la ada replacement kan. Selamat 1 hari daripada kena unpaid. Mesti ramai yang setuju ni

Masak Lemak Cili Api Ketam

Bahan-bahan

3 ekor ketam - di buang kulit keras, potong hujung sepit dan dibelah 2
santan
1 batang serai - diketuk
halia - diketuk
1 keping asam keping
3 ulas bawang merah *
4 biji cili padi *
1 ulas bawang putih *
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam sesedap rasa

Cara-cara

1. Tumbuk bahan bertanda *
2. Masukan bahan tumbuk, halia dan serai ke dalam periuk
3. Masukan ketam, tutup periuk dengan penutup periuk dan biarkan sekejap. Api perlahan je masa ni
4. Masukan santan, asam keping dan garam sesedap rasa
5. Masak sehingga masak

Tuesday, May 10, 2011

Paprik Ayam dan Sotong


Bahan-bahan

Ayam dipotong kecik2 (digoreng separuh masak)
Sotong dipotong dan digoreng tanpa minyak (untuk mengurangkan air dalam sotong)
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
halia di ketuk
serai diketuk
bunga kobis
jagung muda
carrot
2 sudu besar cili kisar
sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap
daun limau purut
garam secukup rasa

Cara-cara

1. Bahan bertanda * ditumbuk
2. Tumis bahan tumbuk, halia dan serai sehingga naik bau
3. Masukan cili kisar dan biarkan seketika
4. Masukan segala sos mengikut citarasa masing2
5. Masukan sedikit air dan daun limau purut
6. Masukan sayur2 yang telah dipotong
7. Masukan ayam dan sotong
8. Kalau kuah belum masin, masukan garam sesedap rasa

*** Saya masak ni bergantung kepada apa yang ada dalam peti ais tu. Kalau nak pedas boleh la letak cili padi sikit, lepas tu letak la tomato, udang

Kek Coklat Moist

Sumber : Puan Munira Baharum
Bahan-bahan


A:
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
*semua bhn d'atas gaul sebati n msk atas api perlahan.
*rehat kejap bila bhn dh sebati.

B:
tepung gandum 3/4 cwn ( saya letak 1 cwan)
soda bicarbonat 1 sudu kcil(sudu kfc)
baking powder 1 sudu kcil (sudu kfc)
*semua bhn diaayk bersama

C: 4 biji telur (blender)

Cara-cara

1.satu kan bhn B dan C kedlm Bhn A secara berselang seli dan gaul ngan senduk
2.bila dah sebati masukan ke dalam Loyang
3.kukus selama 40 minit (bergantung kepada size Loyang). Kalau cucuk dengan lidi tak melekat tu makananya dah masak la

*** Loyang disapu dengan minyak/marjerin dan tepung
*** Air mestilah dipanaskan dahulu sebelum mengukus kek

Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu


Saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu terutamanya kepada mak saya dan juga pada semua yang bergelar ibu. Kepada anak2 hargai lah ibu anda sebaik mungkin, jagalah hati ibu anda. Tak kira apa panggilan yang diberi - mak, ibu, umi, mama, mummy jasa mereka pada kita terlalu besar, teramat2 besar. Walau apa pun yang kita lakukan tak dapat membalas jasa ibu yang mengandungkan, melahirkan, membesarkan, mendidik dan melakukan segala2 yang terbaik untuk kita. 

Kepada yang masih tinggal bersama ibu atau tinggal berdekatan dengan ibu, hargailah saat2 indah itu. Macam saya ni tinggal agak jauh dengan mak. Bila mak kata mak teringat, rindu, saya akan cuba untuk balik. Kalau boleh saya tak nak biar mak sedih, rindu sebab mak dah lakukan yang terbaik untuk saya sehingga ke hari ini. Tak ada kata yang boleh menggambarkan betapa sayangnya saya pada mak. Selagi ada hayat saya, saya akan cuba yang terbaik untuk menjaga hati mak. Saya akui saya memang kerap balik kampung. Sampai ke hari ini setiap bulan saya pulang ke kampung. Memang menggunakan duit yang agak banyak. 

Jiran A (masih ada ibu bapa di kampung) : Rajinnya balik kampung. Dah la guna duit banyak. Habis duit je
Saya : Tak pe kak, duit boleh cari. Selagi mak ayah masih ada, masa ni saja saya boleh jumpa mereka

Jiran B (sudah tiada ibu bapa) : Balik lah jenguk diorang selagi diorang masih ada. Macam akak ni rasa rindu sangat tapi nak buat macamana diorang dah tak ada.

Hargailah kedua ibu bapa selagi mereka masih ada, selagi kita boleh memeluk, memegang, bercakap dengan mereka. Tiada galang ganti untuk seorang ibu. Kepada yang bersengketa atau kurang menghargai ibu, pulanglah kepangkuan mereka. Mohonlah maaf kepada ibu, peluk lah ibu. Bila anda dah menjadi seorang ibu barulah anda tau macamana sebenarnya perasaan seorang ibu


Selamat Hari Ibu - Hujan


Dengarkan lah lagu
Laguku ini
Ikhlas dari hati... Hanyalah untuk mu

Akulah anak mu
Anak mu yang selalu
Memelukmu...
Menciummu...

[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahgia
Ingin ku nyatakan engkau milik syurga

[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...


Thursday, May 5, 2011

FAMEkids

Saya baca mengenai FAMEKids ini dari blog Kak Jee. Saya copy paste dari blog Kak Jee jugak. InsyaAllah kalau ada peluang boleh pergi. Kawan2 yang available tu boleh la datang




Nama saya Lyna, saya merupakan pemilik Scriptory Box di Puchong. Kami akan mengadakan pelancaran FAMEkids, iaitu sebuah kumpulan sokongan anak-anak istimewa (OKU). FAMEkids diasaskan oleh saya sendiri bersama seorang teman, Puan Watie yang juga mempunyai anak istimewa. Untuk pengetahuan anak saya mengalami kecacatan di kaki (kudung) dan tangan (kudung jari dan bertaut) manakala anak Puan Watie mengalami keistimewaan pada bahagian tangan (tangan tiada tulang).

Oleh itu kami merasakan tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan OKU tidak sepatutnya dipandang sebelah mata, dan memberi sokongan kepada ibu-bapa kepada anak2 OKU. Ini memandangkan masyarakat kita masih dibelenggu mitos2 tentang kecacatan yang melanda terutama kepada bayi2 yang baru lahir. Apa yang ingin kami timbulkan ialah perasaan bahawa anak2 OKU sama saja seperti anak2 lain, mereka berhak untuk mendapat peluang yang sama seperti orang lain. 

Details:
tarikh : 8 Mei 2011
masa : 11am-4pm (pelancaran jam 12.30)
tempat : Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong

Majlis ini turut dihadiri oleh selebriti seperti Farah Deeba, Najlah Ishak, Nawar Anisah, kumpulan MIrwana, Jack Dzull dan ramai lagi. 
dapatlah letak sikit dalam blog supaya orang ramai tahu kewujudan FAMEkids ni. mana la tahu dalam ramai2 pembaca ada yang memiliki anak istimewa... jadi bolehlah dia turut serta.

Kalau ada yang berminat , bolehlah hubungi Puan Lyna di sauberlina@gmail.com atau boleh lawati mereka di http://www.scriptorybox.com/


FAMEkids fb boleh klik link ni https://www.facebook.com/famekids?sk=wall

Airmata Ibu

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu

Kenapa Kita Diuji ?

Semua manusia di muka bumi ini tak kan terlepas daripada ujian Allah SWT. Ujian datang dalm pelbagai bentuk - kemiskinan, kesakitan, fitnah, dengki, kejahatan manusia dan sebagainya. Bila kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih... dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita.......

KENAPA AKU DIUJI ?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
-Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu,
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... 

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy yang agung.
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
-Surah Yusof ayat 87

Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah.......... sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan..... kerana ialah penawar..... penawar untuk kita......... marilah kita kembali kepada Al-Quran..... kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya........ semoga Allah memberkati sahabat-sahabat di sana....
wassalam.....

Wednesday, May 4, 2011

Pengalaman yang adventurous

Mencabarnya balik kampung kali ni. Sangat2 mencabar. Balik kampung ni memang tak plan pun, last minut punya decision. Hari Jumaat tu mak call, mak demam lepas tu bengkak mulut. Mak kata rindu kat Haziq, lepastu mak tanya la balik ke tak, saya cakap la tak balik. Lepas tu dengar suara mak macam dah lain macam, macam nangis.

Dalam 10 minit lepas tu adik call pulak cakap suruh balik sebab mak rindu anak. Dah la demam. Lepas tu mak dok nangis la, rindu kat Haziq. Huhu... Ksian mak. Rasa bersalah lak sebagai anak biar mak menangis macam tu. Bagitau adik nanti inform balik macamana. Malam tu bincang2 dengan asben, packing la baju nak balik kampung. Pukul 4 pagi dah bangun termasuk la Haziq. Semangat Haziq kalau nak balik kampung, sama macam ibu. Bergerak pukul 4.30pg.

Sampai kat selekoh yang agak turun bukit sikit tiba2 kereta breakdown. huhu... Lepas tu asben try hidupkan enjin balik, semua lampu menyala. Memang dah tak boleh nak hidupkan enjin lagi dah. Lepas tu tak terfikir nak ambik number plusline kat kad Touch n Go, terus on notebook, masuk website plus. So, silalah simpan number penting ni ye, 1800-88-0000. Lepastu dia tanya kat mana? Serius la memang tak tau kat mana sebab gelap lagi masa tu. Tiba2 nampak ada signboard kilometer 401 kat depan tu arah ke Utara, bagitau tu je lah. Lepas tu dia kata ooo..kat Tanjung Malim tu. Kena tunggu dalam 20 minit Plus sampai. 

Masa tengah tunggu tu tiba2 ada 1 kepala datang jenguk kat tingkap, kereta rosak ke? Berdebar gila time tu, ingatkan hantu. Dahla tengok tak ada kereta apa2 pun,tiba2 ada orang jenguk.huhu...Tengok2 ooo..ni bukan hantu, lepastu berdebar lak takut orang jahat. Dah la gelap2 dengan tak ada orang lagi. Kalau orang jahat, macamana? Masa tu dah peluk Haziq kuat2. 

orang tu : Jangan takut (tau pun dia memang kami tengah takut dengan dia). Saya towing punya orang
Saya : apa bukti you ni towing punya orang. 
orang tu : You boleh ambik kad I. 

Tapi dalam hati ni tetap was2, kalau orang jahat pun boleh buat kad tipu jugak kan.Kalau ikutkan ahti tak nak suruh asben buka tingkap, nk kunci dok diam2 dalam kereta sampai Plus datang. Alhamdulillah tak lama Plus pun sampai. Lega sikit tengok pak cik tu datang. Dia check dia cakap timing belt putus. Memang dah tak boleh buat apa, kalau nak suruh Plus tunda kena call kereta tunda dulu, lepas tu just tunda ke tol terdekat je. Lepas tu saya tanya pak cik Plus tu betul ke diorang ni, boleh percaya ke, pak cik Plus tu kata betul diorg ni. Dah alang2 ada towing kat situ, guna dia je lah. Nanti dah sampai tol nak kena cari towing lagi. hmm... Lepas nego2 harga dapat la RM 80 untuk towing saja.


Kali pertama kereta kena towing, kali pertama kitorang naik lori towing. Semuanya kali pertama. Workshop tu belum buka lagi, pukul 8 lebih baru buka. Orang tu tanya nak dia hantar ke mana, masjid ke hotel. Kalau duduk masjid memang la free tapinya sian la kat Haziq. Lagipun kalau nak duduk masjid tak tau berapa lama kereta boleh siap. So decide duduk hotel. Dalam pukul 10.30pg mechanic call bagitau diorang dah check, kalau nak tengok apa yang rosak, diorang nak datang ambik. Asben pegi tengok sorang la, saya dengan Haziq mengurungkan diri di dalam bilik.huhu...


Mechanic cakap kereta boleh siap tengahari hari Ahad. huhu... Hari ni baru Sabtu. Ayah, adik, abang ipar dah tanya orang sana sini untuk datang ambik kami kat Tanjung Malim. Tapi tak ada siapa yang boleh datang.Kebetulan kereta abang ipar pun rosak jugak haritu.  Memang la saya pun tak sebab jauh lagi nak sampai ke Kedah, kalau dah dekat tak pe lah jugak. Tapi dah mak asyik nangis je, semua risau la. lagi satu diorang fikirkan macamana keadaan Haziq. Nak ke Jitra 425.6 km tapi kami baru sampai di 83.6 km. jauh lagi nak sampai ke Jitra nun.huhu...lgi 346 km lg.


Asben dapat 1 kereta sewa dari workshop tu. Dah rasa happy la jugak sikit. Siap2 check out (sebenarnya boleh check out 12pm, Ahad). Naik je kereta tu kejap dah rasa menyesal check out sebab kesian sangat kat Haziq, merah padam muka. Saya dengan suami pun berpeluh gile. Aircond panas, tingkap tak boleh buka. Macamana nak balik sampai ke Kedah dengan keadaan macamtu. So just guna kereta tu untuk pusing 2 cari kereta sewa je. Tapi dah tak ada kereta sewa yang available lagi dah. Lepas tu terus ke workhsop tu, hantar balik kereta dengan minta balik deposit sewa kereta tu. Nasib baik dapat balik duit tu

Angkat balik beg2 masuk kereta mechanic tu siap dia nak hantar ke hotel. Tapi uncle tu baik la jugak. Kebetulan dia pun orang dari Jitra, minta tolong dia adjust bagi siapkan kereta tu dulu, cakap nak balik kampung tengok mak ayah. Dia kata dia akan tolong. Lepas tu terpaksa la check in hotel lain pulak. Haziq pun 1 hari tak tidur, bangun dari pukul 4pagi, mesti Haziq pun susah hati. Asben cakap kalau kereta siap Ahad pagi boleh la balik kejap sebab kalau tak balik kesian la kat mak, adik, kak sebab diorang semua rasa bersalah sebab beria2 suruh kami balik walaupun mereka bukan penyebab tapi tetap rasa bersalah. Benda dah nak jadi kan

Fikir positip. Kalau kereta tak breakdown kat Tanjung Malim mesti tak jejak kaki lagi ke Tanjung Malim. Ni 1 hari check in sampai 2 hotel lagi. Siap boleh jalan2 ke pasar malam yang panjang tu lagi. Awal lak tu buka. Pukul 2petang dah buka dah. Memang panjang la. Malam sempat pegi melawat kedai Syimah (housemate masa bujang dulu). Kebetulan hotel tu dekat dengan kedai Syimah je. Lepas tu pegi minum. Masa tengah minum tu, dalam pukul 9.30 malam uncle tu call cakap kereta dah siap, dia on d way nak ambik kitorang kat hotel. Alhamdulillah. Pukul 10 malam sampai hotel, bagi Haziq tidur dulu. Pukul 12.30 malam bertolak balik Kedah. Tapi lambat la nak sampai sebab bawa slow, paling laju boleh bawak pun 100 km/j. Sebab baru tukar benda2 baru kan, kena bagi diorg familiar dulu sebelum bekerja keras

Balik kampung kali ni memang adventurous la. Ada jugak terfikir tak nak balik, kalau kereta dah siap repair nak balik Puchong je. Tapi kalau tak balik, kesian la dengan keluarga kat sana, masing2 diselubungi rasa bersalah, mak pulak demam. Alhamdulillah asben pun memahami. Asben yang decide untuk balik. Apa2 pun syukur alhamdulillah kami semua selamat dan selamat jugak balik ke kampung. Family pun tak la susah hati sangat fikir macam2