Monday, May 20, 2013

Hari Ibu dan Hari Guru

Hari ibu tahun ni seronok la,touching sikit. Sebabnya kali pertama dapat kad daripada anak. Walaupun kad ni bukanlah 100% handmade oleh Haziq tapi sangat2 terharu. Bila sampai rumah je, keluarkandari bag, ibu, ni ibu punya. Terima kasih kepada cikgu2 yang lebih banyak buat kad ni ;)


Untuk hari guru lak buat kek karamel je sebiji. Sebenarnya haritu on mc tapi kesian lak kat Haziq, gagahkan diri buatkan kek. Seronok Haziq dapat bawa kek ke sekolah. Tapi bila cikgu potong ajak kawan2 makan, Haziq merajuk la pulak. Duduk kat tepi dinding, menangis kat situ. Lepastu cikgu panggil suruh bagi kat kawan2, baru lah ok. Macam2


Masak Lemak Cili Api Daging Salai

Taraaaa.....sape cakap orang utara tak boleh buat masak lemak cili api daging salai? Ada ke orang cakap, tak de pun kan :)

Ni masak kat rumah mak mertua minggu lepas. Asalnya nak campur dengan rebung. Rebung special bawa dari Kedah masa balik mengundi haritu. Memang simpan untuk mak mertua rebung tu. Tapi mak tak boleh makan daging, so buat kari ayam campur rebung, masak lemak daging salai + kentang. Lepastu buat telur dadar, ulam pucuk ubi rebus dengan sambal belacan. Haip, la, baca cukup la, jangan sampai meleleh air liur. Tapi memang sedap pun. Tak dinafikan lah. Bangga rasanya bila cakap macamni, tak pe, mak duduk kat depan, biar ida masak. Haha...Mesti dalam hati mak cakap, rajin menantu mak ;)




Bahan-bahan

- daging salai
- cili api (ditumbuk)
- bawang merah (ditumbuk)
- kunyit hidup (ditumbuk)
- serai (diketuk)
- santan cair dan santan pekat
- kentang
- garam sesedap rasa

Cara-cara

1. Masukan semua bahan kecuali garam dan santan pekat ke dalam periuk bersama santan cair
2. Api slow saja ye, lepastu jangan lupa kacau. Kalau tak kacau nanti jadi pecah minyak ke apa tah orang panggil, yang santan berketul2 tu
3. Bila kentang dah agak lembut, masukan santan pekat dan garam sesedap rasa. Biarkan sehingga mendidih
4. Boleh dihidang dan makan ;)

Lupa lak nak hiris2 daun kunyit tabut kat atas tu

Sape2 yang nak order produk salai atau satay yang belum dicucuk lidi, dijual secara kilo, boleh contact Kak Mas ye,  FB, contact number, 012-9285161

Resepi menyusul kemudian ye. Orang key yel sebut kari tapi orang utara sebut gulai ;)

Tuesday, May 14, 2013

Doakan Yang Terbaik Untuk Mereka

Hari ni mengetahui secara details mengenai dua kekasih Allah yang sangat dikasihiNya.

1. Adik Adam Azfar

Adik Adam ni tinggal di Puchong, mengidap ketumbuhan pada otak sejak November 2012. Sekarang adik adam beumur 7 tahun. Berat ujian yang sedang dihadapi oleh adik Adam dan keluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Status terkini ibu Adam di fb:

Adam start muntah semula..kahak byk...muntah byk kali..susah hati mama...doktor bgtau mungkin tekanan pd otak adam da btambah..doktor juga ada tanya.."ibu da sedia ke?"...mama mmg da sedia..cuma mama tgk adam masih jugak kuat nak lawan..pcylah ckp mama syg...kat sana nanti adam akn bhg cuma xde mama jer...adam tggu mama yer...=_=

Takdapat nak bayangkan situasi ni. Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya. 

Gambar terkini Adam, Doktor kata mata adam kering sbb xle tutup..tutup mata utk elakkan tlalu kering n tiap jam titis "artifical tears"...

Kepada yang ingin mengetahui secara lebih lanjut mengenai adik Adam, boleh tengok kat page We Love Adam Azfar


2. Adik Danish 

Adik Danish tercucuk pensel warna semasa sedang bermain. Asalnya nampak macam tak ada apa2. Tapi kornea mata adik Danish dah terkoyak. Pembedahan pertama telah dilakukan pada 25 April, pembedahan ke dua akan dijalankan pada 16 May. Pembedahan ke2 adalah untuk membuang cataract pada mata Danish dan memasang kanta mata palsu.

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai adik Danish, boleh tengok pada blog ibu adik Danish

Marilah kita doakan yang terbaik pada mereka berdua. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka.

Menahan sebak saya menulis entry ini. Sebagai ibu, kita dapat rasa apa yang kedua2 ibu ini rasa tetapi macam yang saya cakap tadi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa yang kita rasa mungkin hanya 0.1% daripada apa yang mereka rasa sebab mereka yang melaluinya. Ya Allah, Kau lindungilah mereka.



Kawan atau lawan

Macam serius saja kan topik ni. Tak lah sangat. Saja je tiba2 rasa nak menulis pasal ni. Setiap dari kita mesti dan pasti ada kawan kan. Ada ke orang xde kawan? Tapi itulah tak semua daripada kawan tu seronok/gembira/senang hati bila tengok kawan dia berjaya. 

Saya rasa ada seorang kawan saya macamtu. Saya tak ada lah berjaya mana pun, cuma bezanya sekarang ni saya jual itu ini sikit2. Tapi saya rasa seronok sebab saya minat dan boleh la jugak nak tampung sikit2 perbelanjaan tu. Tapi itu lah, tiba2 saya perasan lah ada seorang kawan ni yang dulu selalu bercerita itu ini, tiba2 macam menjauhkan diri, mendiamkan diri. Dia pun ada buat jual2 jugak.

Tapi memang ada sesuatu yang saya sedar dan perasan. Tapi tak pe lah doa lah semoga kita semua berjaya dalam apa yang kita lakukan dan semoga 1 hari nanti hubungan yang jadi hambar tu akan pulih seperti sediakala. Buat apa nak bermasam muka kan, nanti cepat berkedut lak ;)