Friday, July 29, 2011

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak kepada semua umat Islam. Semoga ramadhan kali ini memberi lebiih banyak manfaat kepada kita semua




Kelebihan Ramadhan:


  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
      • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
      • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
      • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
      • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
      • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
    • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
    •  Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
    •    Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

    Sumber dari http://members.tripod.com/siti_2/01/12.html. Untuk maklumat lanjut boleh klik kat link di atas ye

    Anak yang baik

    Sekarang kalau ibu @ abah nak sembahyang, Haziq cepat2 pegi bentang sejadah lepas tu Haziq yang sembahyang dulu. Mudah2an anak ibu akan jadi seorang anak yang soleh


    1. Allah hu akbar
    2. mulut kumat kamit sambil jeling kiri kanan
    3. amennn

    Tuesday, July 26, 2011

    Pertama Kalinya

    Malam tadi tengah tengok tv Haziq angkat kaki nak tendang abah. Ibu marah la. Ibu cuma tinggikan volume sikit je la. Lepas tu ibu suruh Haziq amin abah minta maaf, Haziq tak nak, dok berdiri diam je kat situ sambil mencebik. Kalau masa kecik2 dulu, suruh minta maaf, cepat je. 

    Lepas tu ibu biar je, ibu tak pujuk. Dalam hati memang la kesian, tak sampai hati, macam nak peluk time tu jugak, peluk Haziq la bukan peluk abah Haziq. Lepas tu Haziq baring kat toto sambil mengiring, tangan tutup muka. Abah pujuk tapi Haziq macamtu jugak. Haziq kalau ibu marah, ibu yang kena pujuk, kalau abah marah, abah la kena pujuk, kalau orang lain pujuk memang Haziq macamtu la jugak.

    Lepas tu kesian lak ibu rasa sebab Haziq dok diam je macamtu. Ibu intai2 tengok air mata Haziq bergenang je. huhu...Ibu rasa time tu jugak nak nangis. Mesti Haziq nangis dalam hati. Lepas tu ibu bgtau la kenapa ibu marah, kaki tu Allah kurniakan untuk kita berjalan, kick ball tapi tak boleh tendang orang. Tapi sekarang Haziq tak tau lagi baik buruk apa yg dia buat. Tapi apa yang tak boleh tu tetap kena larang, tak boleh biarkan.

    Lepas tu ibu peluk Haziq, lap air mata, Haziq dah senyum2 dah. huhu... Ibu minta maafye sayang. Ibu marah sebab ibu sayang. Ibu kena banyakan berdoa untuk Haziq daripada marah Haziq kan


    Monday, July 25, 2011

    MC - medical leave

    Minggu lepas saya mc sebab rasa tak larat sangat2. Demam, selsema, batuk, sakit kepala, sakit badan, package la tu kan. Tak pe, tu ujian Allah pada saya kan. Lepas tu pukul 9pg pegi klinik, cerita la kat doktor, sekarang saya selalu tak larat, senang sangat letih. Memang ketara la keadaan sekarang dengan masa single dulu. 


    Hari tu saya puasa ganti sampai muntah2, nak masak pun tak boleh. Lepas tu kalau tengahari tak makan nasi mesti rasa menggeletar, dah tak larat nak buat apa2 dah. Dulu tak macam tu pun. Malahan makan nasi 2,3 hari sekali je. Ni baru ada anak seorang dah jadi macam ni dah. 


    Lepastu saya ni memang la ada low blood pressure sejak dari dulu lagi. Kadang2 kat ofis pun selalu nak pitam, rasa macam nak jatuh kerusi. Lepas tu doktor check tangan, mata memang pucat la. Doktor advise suruh buat blood test. Ni doktor kedua suruh buat blood test.Nak check content darah merah, darah putih, platlet. So haritu dah alang2 mc,buat terus la. Dah lama tak kena cucuk ni. Cuak la jugak sikit. Tanya doktor, doktor nak cucuk kat hujung jari je ke, doktor cakap eh, xlah, mana cukup kalau cucuk kat hujung jari je.huhu...

    Ni pulak ubat-ubatan yang dibekalkan. Tengok yang hitam tu besar gile, rasa macam nak cincang2 je bagi hancur. hehe..

    Friday, July 22, 2011

    Order Kuih Raya dan Kerepek

    Kawan-kawan kat bawah ni ada list kerepek dan kuih raya. Order mestilah dicomfirmkan sebelum 29 Julai. 50% deposit perlu dibayar semasa comfirm order. Saya harap kawan2 faham sebab melalui pengalaman lepas ada orang yang cancel order last minit. Penghantaran percuma pada kawasan PJ, Kelana Jaya, Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan yang berdekatan. Bagi kawasan Kedah, saya akan hantar insyaAllah pada 6 Ogos sebab InsyaAllah saya akan balik kampung pada masa tu. 


    Harga ada lah RM 20 sebekas kecuali yang shortbread ori oren sampai gajud ori harga adalah RM22 sebekas. Pembelian 10 bekas ke atas akan diberi potongan sebannyak RM2 sebekas, kiranya yang RM 20 tu tinggal RM 18 saja lah

    Wednesday, July 20, 2011

    Perkembangan 1 tahun 8 bulan @ 20 bulan

    Lagi 4 bulan anak ibu dah genap 2 tahun. Syukur alhamdulillah sebab sekarang ni Haziq dah tak kerap demam, selsema, batuk macam dulu. Anak ibu dah membesar dengan sihatnya. Bertambah usia, bertambahlah peelnya. Ni ibu nak list apa yang terlintas pada fikiran ibu sekarang




    1. Kawan baik ibu
    Haziq dah jadi kawan baik ibu. Hari Sabtu dan Ahad abah keje. Kalau dulu memang ibu bosan la sorang2 kat rumah tapi sekarang tak ada masa la ibu nak rasa bosan. Tipu la kan kalau tak bosan langsung. Bosan jugak kalau time Haziq tido lama sikit tu. Haziq la peneman ibu berpotpet, buat ibu gelak, tersenyum, marah. 

    2. Haziq suka mendandan ibu. Bukanlah mendandan macamanapun. Haziq suka sikat a.k.a serabutkan rambut ibu. Dapat je sikat mesti sibuk kat,kat,kat. Kalau tak jumpa sikat, Haziq guna je penyodok lori dia tu

    3. Pandai menjeling
    Haziq dah pandai menjeling kalau kena marah larang dari buat apa2. Ibu nak tergelak je tengok muka Haziq time buat macamtu. Mana Haziq belajar buat macamtu tah. Lepas tu siap buat macam mata putih naik ke atas tu. Ya Allah anak ibu, macam2 la

    4. Kalau naik tangga dah tak nak berpegang. Haziq pegang sendiri kat tepi dinding atau besi tangga tu. Tapi ibu tak biar la, sangat2 membahayakan

    5. Sangat teruja bila nampak aeroplane. Setiap pagi mesti nampak kapal terbang lalu. Haziq akan tengok sampai la dah tak nampak. Ibu umi bgtau ibu kat rumah ibu umi kalau Haziq dengar bunyi kapal terbang mesti Haziq bising2 plane,plane lepas tu nak memanjat tepi tingkat sebab nak tengok

    6. Kalau sebut je mandi Haziq akan berusaha buka seluar sendiri tapi selalu tak berjaya la menanggalkan seluar tu sendiri, sorg2. Dah lepas tanggal seluar tu cari wel pulak

    7. Sangat susah nak gosok gigi. tapi kalau dengan ibu, ibu paksa jugak, Dapat gosok sikit pun jadi la lepas tu nanti gosok pulak dengan kain yang lembap. Tapi lately ni agak senang sikit dah nak gosok gigi

    8. Kalau dapat call dari kampung mesti ambik phone lepas tu p cari port duduk sorg2

    9. Gigi geraham dah tumbuh, 1 kanan, 1 kiri

    10. Pandai mencairkan ibu. Ibu tak tau la mana Haziq belajar ni. Haziq akan letak tangan kat pipi ibu lepas tu belai pipi ibu 9bukan la belai sangat tapi tangan tu Haziq turunkan ke bawah, macam urut la) sambil sebut hai dan tersenyum. Senyum tu pulak macam gaya senyuman orang macho gitu. Haziq2

    11. Sangat teruja bila nampak baby. Tak kira la nampak baby betul depan mata ke, dalam tv ke, dalam paper ke, kat plastik pampers ke. Bising je mulut baby,baby. Kalau baby tu depan mata mula2 Haziq akan kiss, pegang2 bila dah lama mula la naik geram. Bahaya, mula la nak buat macam anak patung

    Tuesday, July 19, 2011

    19 Julai

    19 Julai ni hari yang bermakna. Hari ni merupakan hari ulang tahun kelahiran mak yang ke 57. Semoga mak sentiasa berada dalam rahmatNya, sihat, bahagia, gembira di samping ayah, anak-anak da cucu-cucu mak. Mak idola cik. Cik nak jadi ibu yang baik kepada anak-anak cik macam mak jadi ibu yang terbaik pada anak-anak mak. Cik akan kenang jasa mak sampai akhir hayat ni dan akan sentiasa menggembirakn mak dan ayah.

    Hari ni jugak Muhammad Edhan Haziq dah 1 tahun 8 bulan, 20 bulan. Time filies so fast. Kejap je kan. lagi 4 bulan dah genap 2 tahun. 


    Thursday, July 14, 2011

    Bekal Haziq

    Operation

    Saya sangat takut kalau dengar word tu. Macam nak pengsan semua ada. Dulu masa nak bersalinkan Haziq hampir2 kena operate tapi alhamdulillah, terselamat dari operation. Semalam saya terpaksa menempuh sesuatu yang saya rasa sangat susah untuk membuat keputusan tapi saya terpaksa lakukannya demi orang2 tersayang. Saya terpaksa berkorban. Kalau saya biarkan ia akan busuk dan rosak, jadi nak x nak saya terpaksa operate. Dalam post ni saya akan letak gambar keadaan sebelum dan selepas operation dilakukan. Sedihnya nak teruskan cerita ni. Kejap ye nak ambik mood dulu


    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    Taraaa...
     Ni keadaan sebelum. Tak yah la fokus kat Bunga tertekan Ashraf tenang tu ye. Saya nak tunjuk gambar cempedak ni haa
     Ni la sebabnya saya kata saya terpaksa berkorban, getahnya


     Manis ni
    Selepas....

    Wednesday, July 13, 2011

    Setia menunggu

    Lupa lak nak update. Semalam ibu kena balik lambat sebab ada keje sikit. Dalam pukul 6.45pm baru ibu jumpa anak ibu. Selalu time tu dah berpelukan, bergolekan dah. Tapi ibu ada la message bgtau ibu umi yang ibu lewat sikit. Sampai je ibu kat rumah ibu umi tu cepat Haziq lari peluk ibu. Alo2, comeynya. Ibu umi cakap dah berapa kali dah Haziq dok keluar masuk sambil bawa beg. Mesti dah tertanya2 mana ibu ni. Kalau ada phone mesti Haziq dan call ibu kan, bu, kt mn ni, kenapa tak sampai lagi. Ibu memang suka berangan, memandang jauh ke depan. hehe..

    Tuesday, July 12, 2011

    Bekalan

    Hari ni ibu bekalkan burger untuk Haziq. Burger simple je. Ibu letak daging ayam cincang dgn cheese je. Daging ayam cincang tu campurkan dengan telur lepas tu goreng. Letak mayonis sikit, sos tomato sikit. Cheese tu ibu potong 2. Sayur2an tak ada lak dalam peti ais tu



    Monday, July 11, 2011

    Buy 1, Get 1 FREE

    Haa....tengok title tu menarik kan. tu promo McD Double Cheeseburger.




    Coupon boelh print kat sini ye kawan2

    http://www.mymcd.com.my/coupon/July/doublecheeseburger.pdf. Print la banyak2 tapi 1 resit 1 kupon je. Kalau guna drive through tu kena pusing banyak kali la kalau nak guna banyak kupon ;). Valid sampai 13 July ni je tau. Cepat2

    Jerebu

    Baru perasan keadaan ni. Tadi ingatkan ada pembakaran terbuka ke, nak pk kabus memang bukan kabus la dah tenghari ni. Jerebu rupanya. Patut la rasa tak sihat je, sakit kepala, nak demam semua ada ni. Cewah, tiba2 je kan nak kaitkan dengan jerebu.


    Tapi jerebu memang bahaya, lebih2 lagi kepada yang kurang ketahanan antibodi dan alergik. Memang kena jaga kesihatan, tak boleh merayau sana sini. Kesihatan anak tu kena beri perhatian lebih

    Nasi Minyak Hujan Panas

    Nasi

    Bahan-bahan

    Beras (basuh dan toskan)
    Air
    Daun pandan
    Minyak untuk menumis
    Garam
    Kismis

    Bahan Tumis

    3 ulas bawang merah *
    2 ulas bawang putih *
    Halia *
    Kulit kayu manis
    3 ulas bunga cengkih
    3 ulas bunga lawang
    5 biji buah pelaga


    Cara-cara

    1. Bahan bertanda * ditumbuk atau blender
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis
    3. Bila dah ada bau, masukan beras dan daun pandan, kacau sebati
    4. Masukan air secukupnya
    5. Masukan garam sesedap rasa
    6. Bila nasi dan kering, boleh la masukan kismis
    7. Letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau di tempat berasingan dan gembur nasi

    Acar : http://mypage-ieda.blogspot.com/search/label/resepi?updated-max=2011-03-30T11%3A05%3A00%2B08%3A00&max-results=20

    Iron man

    Macam2 la Haziq ni. Semalam time ibu kat dapur, tengah masak, Haziq pun datang ambik periuk bawa ke ruang tamu. Lepas tu abah panggil ibu tengok, macam ni la gayanya. Tapi gambar tak clear


    Mimpi

    Mimpi ni mainan tidur. Kadang2 menggembirakan, kdg2 menakutkan, kdg2 menggelikan hati. Mimpi kali ni memang menggelikan hati. Saya ada pergi interview kat 1 syarikat penerbangan ni, lepas tu pernah jugak apply kerja goverment. Dalam mimpi tu saya dapat kedua2 kerja. Tapi yang tak tahannya cara saya diterima kerja dengan syarikat penerbangan tu memang lawak gilos. Company tu hantar nasi ke rumah saya di kampung. Lepas tu interviewer datang ofis sebab nak tengok attitude saya + officemate  macamana. Saya pelik kenapa dia hantar nasi ke kampung. Lepas tu ada la tanya pada sorang kawan, dia cakap ooo...memang la company tu macamtu, kalau dia hantar nasi tu maknanya dia dah terima kita kerja dengan dia. haha... sengal kan. 


    Yang goverment tu pulak tak de mimpi la cara macamana dapat tau2 cuam dapat je. Tapi kawan saya yang pergi ambik exam kat situ, saya yang dapat kerja. haha... Memang lawak habis la. tapi orang kata kalau sebelum tidur tu kita ada fikirkan perkara tu mungkin boleh sampai masuk dalam mimpi, tapi saya tak ada pun fikir pasal kerja malam tu. Macam2 la

    Friday, July 8, 2011

    Pajeri Rebung

    Kali pertama dalam hidup masak pajeri. Dulu tak suka makan pajeri tapi sekarang ni dah tersuka. Nak masak call mak la, tunjuk ajarku sifu ;)



    Bahan-bahan


    rebung
    santan (saya guna 1/2 biji kelapa je)
    3 sudu besar rempah (dibancuh dengan air suam untuk dijadikan pes) rempah daging ye
    2 sudu besar kerisik
    gula dan garam sesedap rasa


    Bahan untuk tumis


    Bawang merah (dimayang)
    Bawang putih (dimayang)
    Halia (diketuk)
    Kulit kayu manis
    2 kuntum bunga lawang
    2 kuntum bunga cengkis
    3 biji buah pelaga
    daun kari


    Cara-cara


    1. Panaskan minyak dan tumis bahan untuk menumis sepaerti di atas
    2. Masukan pes serbuk kari dan biarkan  sehingga pecah minyak
    3. Masukan kerisik
    4. Masukan santan cair dan rebung
    5. Bila dan mendidih, masukan pula santan pekat, gula dan garam
    6. Masak sehingga kuah agak pekat

    Inilah hasilnya

    Setiap kali balik kampung mesti ambik macam2. Tapi kali ni bertambah la sebab musim buah. Saja2 snap pic ni. Tapi ni selepas distributed kat mak mertua, jiran2, pengasuh Haziq ;)


    Manggis dan kedondong a.k.a buah mera
     Cempedak ni dah tua tapi belum masak, kena peram dulu
    Serai pun saya ambik jugak. hehe... free..angkut je la kan


    Tapi ni baru sebahagian. hehe...

    Berdikari

    Tengok la anak bujang ibu ni dah makan sendiri. Sekarang masa makan kena sediakan 3 pinggan, dulu 2 saja. Sekarang kan dah besar, nak suap sendiri dah. Tengok pinggan Haziq ada bunga2 kat tepi, nanti ibu belikan pinggan baru ye. Hari tu dah beli, ada kartun2 kat tengah tapi lagi cepat Haziq sepahkan makanan sebab nak tengok kartun2 tu. Ada2 saja la kerenahnya. Haziq dah pandai suap sendiri. Bagus. Yang tak bagusnya ibu la kena buat kerja lebih masa sebab kena kutip segala hasil sepahan, kena lap sana sini. Tapi tak pe lah, memang tugas ibu


    Wednesday, July 6, 2011

    Aktiviti Di Kampung

    Sampai rumah lebih kurang pukul 11 malam. Lepas tu Haziq tak nak tidur sebab sibuk nak main. So ibu, ayah, mak, pak cik pun kena tidur ikut time Haziq la, 2.30pagi. Bangun lak pukul 6.30pagi lepas tu dah nangis2 nak keluar. Rutin pagi Haziq ikut Pak Long hantar kakak pegi sekolah. Seronok la pagi2 lagi dah keluar. 


    Kat pondok ni la port favourite. Kadang2 sarapan, lunch pun kat sini. Best tau, rasa macam ala2 berkelah
     Ni port Haziq dok intai ikan2, burung. 
    Haziq tumpang bergaya atas motor Pak Cik. Motor tak bergerak pun tak pe, janji boleh duduk atas motor

    Akhirnya

    Hari Sabtu tu macam biasa la tinggal ibu saja dengan Haziq kat rumah. Tapi dalam kepala ni tengah pk nak balik kampung ke tak ni. Abah pun kat tempat keje asyik msg je tanya. Tapi tak ada keputusan jugak. Pk lama2 bukan sebab apa sebab kurang modal, kalau memang ada modal tak ada nya nak pk banyak2 kali, terus packing balik je. Lepas tu ayah call, mula2 turn Haziq la cakap dengan ayah lepas tu baru ibu boleh cakap dengan mak. Ayah baru baik dari demam

    Mak : kalau tak balik ayah nak p ni, nak hantaq buah
    Ibu : Tak payah la mai hantaq, sapa yang ada tu makanlah
    Mak : Nak makan pun tak boleh, dok teringat. Ayah kata kalau ayah p hantaq hari keja, p ambik buah la kat stesen bas, lepas tu ayah balik la sebab nanti Da dengan Mie nak kena ambik cuti pulak. Mak suruh ayah p hari ni, senang sebab Da cuti. Boleh rehat sat
    Bergenang air mata bila mak cakap macamtu
    Ibu : Iskh, tak payah, tak payah hantaq. Buat penat saja. Tak pa, cik balik. (terus ada keputusan). Sat ni cik telepon balik

    Lepas tu bgtau la scenario tu kat abah, abah kata kita balik la. Memang tak tergamak bayangkan ayah datang hantar buah2 tu. Dah la kena naik bas. Memang tak sanggup nak biar ayah macamtu. Memang la buah tu di sini pun ada tapi memang tau la hati mak dengan ayah, apa saja yang anak2 suka, kalau anak2 tak ada mesti mak dengan ayah pun tak sampai hati nak makan.

    Ibu terbayang macam cerita dalam tv, anak dok kat kl, mak ayah dari kampung datang bawak macam2 tapi yang banyak cerita macamtu yang anak tak terima, anak tak mengaku mak ayah sebab malu. Tapi ibu cuma terbayang betapa tak sampainya hati ibu nak biar ayah datang untuk hantar buah tu.

    Lepas tu Haziq lak masa ibu tengah lipat2 kain yang baru lepas basuh, Haziq ambik beg lepas tu letak baju Haziq dalam beg sambil dok sebut ayah, ayah. lagi la kukuh keputusan ibu nak balik kampung. Abah cakap kemas2 la nanti lepas balik keje ni terus balik.

    Gerak lepas Asar. Sampai lak kat Perak tu (tak pasti apa nama tempat tu) memang jammed teruk la.Dari sebelum naik bukit, selepas turun bukit, sebelum masuk terowong, selepas keluar terowong memang sangat2 jammed. Rasanya balik time nak raya pun tak ada jammed macam tu. Banyak kereta parking tepi sebab enjin panas, ada yang siap berkipas enjin dengan paper. Memang banyak la. Kenapa ntah. Time tu Haziq dah ambik Yasin dok baca dalam kereta sampai beberapa kali amin, jammed tak habis2 jugak.


    Haziq sekarang ni dalam kereta tak nak duduk dengan ibu sangat. Kalau ibu kat depan Haziq kat belakang. Kalau ibu kat belakang, Haziq kat depan. Tapi tak boleh biar la dia sorang2, kena pegang2 gak la

     Selepas kena marah sebab duduk tak diam. Tapi kejap je ni, berlakon sedih