Friday, February 25, 2011

Sambal udang dan petai



Bahan-bahan


udang
petai
cili kisar (hari tu takde cili kering untuk kisar, guna cili kisar yang dalam paket je)
bawang merah *
bawang putih *
air
minyak untuk menumis
garam sesedap rasa
sedikit gula


Cara-cara


1. Petai tu mesti di kikis kulitnya lepastu potong dan rebus dulu (kalau tak nak rebus pun boleh tapi kena masak sambal tu lama sikit la sebab petai tu masih keras)
2. Bahan bertanda * ditumbuk
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi
4. Masukan cili dan biar sehingga pecah minyak
5. Masukan air
6. Masukan petai dan udang
7. tambah garam dan gula sesedap rasa


* cili paket yang saya beli tu dah masam jadi saya tak tambah air asam jawa, kalau guna cili kisar tu tambah la air asam jawa sikit ye dalam sambal tu nanti. bagi saya lagi best kalau guna cili yang diblend sendiri drpd guna cili kisar dalam paket


walaupun tak makan petai tapi selalu masak petai sebab asben memang suka petai ;)

Mimpi

Mimpi ni mainan tidur je. Tapi tu la kan kalau mimpi sedih yang melibatkan orang2 di sekeliling mesti bangun pagi tu akan rasa sedih lepas tu dok pk pasal mimpi tu, tapi kalau mimpi yang best, happy, bangun pagi tu mest rasa happy jugak.
Semalam ibu mimpi ibu nak kena ragut masa nak balik dari keje. Lepas tu ibu pun berlawan la dengan peragut tu. Tengah2 berlawan tu tiba2 ibu dengar 1 suara yang memang ibu kenal sangat2. Suara tu dekat sangat dengan ibu, dia menangis. huhu .... Ibu minta maaf ye ibu tak sengaja tumbok kaki anak ibu. Ibu kan tengah mimpi masa tu. Ibu ingatkan ibu tumbok kaki pencuri tu. Tapi ibu rasa anak ibu tak sakit kot, cuma terkejut je kan sebab Haziq menangis kejap je tu pun sambil pejam mata, tido lagi. Ke Haziq pun mimpi jugak? Tapi ibu rasa Haziq menangis sebab kena tumbok dengan ibu. Ibu check badan Haziq tak ada lebam pun. Syukur ;)Tak pe Haziq anggap je ibu gurau je, gurau ganas tapi manja

Thursday, February 24, 2011

cinta

 Ada seorang lelaki dan seorang perempuan yang kedua2nya masih single telah dikenen2kan oleh seorang kawan yang merupakan kawan kepada kedua2nya. Saya pun kenal jugak la mereka2 seperti yang disebutkan di atas tu. Mereka tak sangka hubungan melalui telefon yang diuruskan oleh kawan mereka itu berlarutan hingga sekarang. Itulah namanya jodoh kan. Semuanya sudah tertulis. Saya ceritakan serba ringkas ye mengenai mereka. Boleh cerita secara ringkas je tak boleh secara lebih lanjut ;)
Pertemuan pertama diatur di kedai makan yang berdekatan dengan rumah sewa si perempuan. Masa ni ada dah la perasaan kasih di antara mereka walaupun hanya berhubung melalui telefon. Ni kali pertama mereka bertentang mata..mata bertentang, hatiku mula bendatang, siang dan malam terbayang...termenyanyi la pulak. Tapi mereka bukan hanya jumpa berdua saja, ditemani oleh kawan si perempuan. Malu lah kan si perempuan tu nak jumpa berdua je. mesti neves gile dia nanti kan...Tapi kejap je diorang jumpa tu sebab si lelaki ada game bowling pagi tu... Kawan si perempuan tu memang bersungguh2 cakap pada si perempuan ni yang lelaki tu seorang lelaki yang baik. Si perempuan pun memikirkan hal yang sama tapi bila didorong lagi oleh kawannya bertambah la rasa yakin tu di dalam dirinya.
Lepas perjumpaan kali pertama tu mulalah disusuri dengan perjumpaan yang seterusnya. Tapi semestinya lah di usul oleh si lelaki kan. si perempuan mestilah mengekalkan sifat malu.
Kemudian rasa cinta, kasih, sayang tu mulalah berkembang dan tumbuh segar kerana masing-masing sentiasa membajai, menyiram agar hubungan itu tak suram, sentiasa mekar dan bertambah mekar
Setiap masa tak kira la kat mana pun, sentiasa ada i miss u, i love u. Kalau masa tak jumpa, msg la kan. Kalau time call tu bgtau la, i miss u, i love u...

Tapi tak la sampai minta capai bintang di langit sebab cinta mereka cinta realiti bukan cinta fantasi. ;)

Akhirnya termetrailah ikatan suci pernikahan yang menyatukan dua hati lelaki dan perempuan menjadi satu. Semoga mereka kekal bahagia hingga akhir nyawa...amin

Wednesday, February 23, 2011

Sambal Sotong Sumbat Telur



Bahan-Bahan

Inti Sumbat
2 biji telur ayam
carrot (dicincang)
sosej (dicincang)
secubit garam
minyak untuk menggoreng
Cara-cara

campurkan semua bahan dan goreng hancur. Tapi biarkan telur tu agak keras sikit baru hancurkan ye
Sambal Sotong
3 ekor sotong (sederhana)
1 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih (ditumbok / dihiris)
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang merah (dipotong bulat2)
2 sudu cili sos
minyak untuk menumis
3 batang pencongkel gigi/lidi
sedikit air asam jawa
garam & gula secukup rasa
Cara-cara
1. sotong tadi disumbat dengan telur yang telah dimasak dan ditutup semula dengan kepala sotong dan dicucuk dengan pencongkel gigi / lidi
2. kemudian tumiskan bawang yang telah ditumbok tadi sehingga naik bau
3. Masukan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukan cili sos
5. kemudian masukan sotong yang telah disumbat dengan telur dan biar sampai mendidih
6. masukan gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa
7. masukan bawang besar yang telah dipotong bulat2
8. bila dah masak boleh la hidangkan ;)

InsyaAllah




Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus

Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

Tuesday, February 22, 2011

Faceblog

Hari ni saya join Faceblog lak untuk meramaikan lagi kawan2. Jom la join ramai2. Nak join, klik kat logo bawah ni ye. Comel kan logo nya warna pink gitu

Not in a good mood



Monday, February 21, 2011

Wangsa Walk

Tak pernah lagi ke Wangsa Walk, ni lah 1st time. Nasib baik dapat asben yang sporting sgt2, boleh join keluar dgn membe2. Thanks a lot ;)
Plan ni dah ala2 tak jadi dah sebab mula2 memang plan nak jumpa lepas tu tiba2 asben cakap nak balik kampung. Saya pun dah siap kemas barang semua sebab budget nak balik kampung la. Lepastu asben cakap tak jadi balik sebab dia kena balik lambat, banyak keje. Haziq lak asyik merengek je dengan tak nak minum, tak  nak makan. Siasat punya siasat rupa2nya ada 1 gigi nak kluar. Nampak putih kat gusi atas. 
Lepas tu msg K.Ola cakap boleh la jumpa esok sebab tak jadi balik kampung. Tapi k.ola lak tak available, kena pegi ke Klang lak hari Ahad tu. Nampaknya memang pospont la. Tapi Dayah ok je, available je dia. Dah malam tu k.ola msg cakap ok, jadila esok sbb asben k.ola kena keje. Yea...boleh la jumpa kan. 
Ahad pagi tu pergi ambik Dayah dulu kat Taman Medan lepas tu terus ke Ampang. Lepak2 jap kat rumah k.ola lepas tu pergi Wangsa Walk. Awal2 tu excited la kan sebab tak pernah sampai lagi. Bila dah masuk dalam tu saya rasa tak nak pergi dah la lain kali. hehe..
 Nasib baik Adam pun bagi kerjasama yang baik. Tidur je. Ngamuk dalam kereta je kejap
Haziq lak macam biasa lah kan tak kira di mana berada, dengan siapa dia tetap sama. Letih main kejar2 dengan Haziq. Sian jugak kat asben. Lepas tu Haziq masuk kedai mainan, dia nampak ada bakul letak kereta, terus duduk main2 kereta2 dalam tu. Lepas tu datang la amoi tu bgtauh arga kereta tu. Faham2 sendiri lak kan, tu maknanya dia kata kalau nak bagi anak main, kena la beli. Ajak haziq bangun dia tak nak lak tu. Beli la jugak. Nasib baik la RM10 je. Buatnya RM ratus2, haa jenuh la. 

Cool Wif Sunglass


Hari ni nak join contest ni. Tapi bukan untuk diri sendiri, untuk hero kecik. Kalau nak join, klik kat pic atas tu ye. Tarikh tutup 19 mac 2011


Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi, 1 tahun 3 bulan

Saya nak tag:

Pasta a.k.a Fussili Goreng


Bahan-Bahan
- pasta (fussili)
- air untuk merebus
- bawang merah dan bawang putih (dicincang)
- carrot (potong dadu)
- bunga kobis (potong dadu)
- ayam (dicincang)
- sosej (dicincang)
- telur
- minyak untuk menumis
- kicap
- sos tomato
- sos tiram
- garam sesedap rasa


Cara-cara
- Panaskan air sampai mendidih kemudian masukan pasta dan biar sehingga lembut kemudian toskan airnya * ada orang campur sedikit minyak dan garam semasa merebus @ semasa dah tos pasta untuk elakan ia dari melekat antara 1 sama lain dan bg ada rasa sedikit masin
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang
- masukan ayam dan biarkan kejap sehingga agak2 masak kemudian masukan sosej
- masukan sos tomato, kicap, sos tiram,carrot,bunga kobis dan pasta
- buat lubang sikit kat tengah2 kuali, masukan telur dan biarkan sekejap agak2 telur tu keras sikit baru kacau untuk hancurkan * untuk elakan bau hanyir
- masukan garam sesedap rasa


Saya buat ni version tak pedas sebab untuk Hero kecik. Kalau nak buat untuk diri sendiri makan, letakla cili kisar

Friday, February 18, 2011

Nak Lunch Sama?

Tadi masa jalan nak pergi lunch tiba2 ada sorg kakak ni keluar dari ofis dia lepastu terus ke kereta. Sambil buka pintu kereta

kakak tu : nak pergi makan ke? sorang je?
saya : aah, nak pegi makan
kakak tu: jom la ikut akak, akak pun sorang, boleh la makan sama
saya ; takpe lah kak. ni dah sampai dah. lain kali la (sambil tersenyum simpul)

Takpe la kan saya tak ikut. Macam segan je, dah la tak kenal kan. Tapi kak tu nampak macam baik. Iskh, dont judge a book by its cover. Dont talk with stranger.hehe...

Saya bukannya nak sombong kak. Tapi saya segan la, malu. Lagipun saya takut saya kena kidnapp nanti.haa...Kesian orang2 tersayang saya. Terima kasih ye kak sebab pelawa saya ajak lunch sama

Progress

Esok Haziq dah cukup 15 bulan, 1 tahun 3 bulan.

1.Sekarang dah pandai tunjuk

- tangan (kalau tanya mn tangan, angkat la tangan dia)
- kaki (angkat kaki)
- telinga (pegang telinga)
- hidung (buat hidung berkerut)

2. Friendly. Pagi2 kalau nak ke rumah ibu umi memang kena turun awal la sebab Haziq suka tegur orang. Kalau nampak orang jalan2 tu, Haziq lambai2 dulu, sambil sengih2 lepas tu tegur lah dalam bahasa dia, ibu pun tak faham sangat. Lepas tu kalau tempat yang Haziq suka tu, lama sikit Haziq berhenti kat situ. Kadang2 dah jalan menuju ke depan, lepas tu pusing balik ke belakang. Memang lambat sampai lah. Lepastu kalau ke pasaraya ke mana2 je lah tak kira sape semua Haziq akan tegur. Lepas tu kalau orang nak dukung, Haziq ok je, takde memilih orang

3. Faham apa yang ibu dan abah cakap. Kalau nak minta tolong ambilkan sesuatu pun dah boleh dah

4. Dah kurang makan dan kurang tidur. Ibu tak tau kenapa lately ni Haziq kurang makan. Betul kot orang cakap kalau anak tengah aktif memang kurang makan dan kurang tidur. Susu ibu dak tukar pada Sustagen Junior yang ada pyramid makanan tu sebab ibu taknak berat badan anak ibu susut sangat. Nanti ibu susah hati. tapi ibu tetap teruskan aktiviti memasak sama macam time Haziq suka makan.Tidur lak kalau siang hari tu ada la dalam 2 jam. Malam lak pkl 10 @ 11 baru nak tidur.

5. Determination yang sangat tinggi. Kalau Haziq nak sesuatu memang Haziq akan usahakan jugak walaupun kena marah. Haziq tak peduli la orang marah ke jatuh ke asalkan dapat apa yang Haziq nak @ nak buat tu

6. Pandai berdikari. Kalau dah buka baju, seluar, tinggal pampers je mesti Haziq akan cari towel sebab nak mandi, kalau dapat towel Haziq akan menuju ke bilik air. (mesti pantau, tak boleh biar Haziq sorang2 sebab sangat2 bahaya). Kalau dah ngantok sangat , Haziq akan masuk baring dalam bilik. Lagi 1 yang best part susu. kalau Haziq nak minum tapi takde susu, Haziq akan ke dapur, ambik botol susu dan bawa ke bilik. Konon2 macam nak bancuh susu sendiri la

7. Suka mengaji dan membaca. Kalau time baca Yassin, memang akan dengar clear Haziq sebut Yassin. Lepastu mula la mulut dia mengomel (konon2 macam membaca). Lepastu buku yg cover keras tu pun dah lembik

8. Mulut tak reti diam. Potpet je memangjang. Tapi ibu dan abah tak faham pun, tapi layan je la. kalau time bawak pegi beli kuih ke, mulut mesti nak, nak, nak sambil tunjuk tangan kat kuih tu. Tak berhenti dengan perkataan nak

9. Perkembangan yang ibu tak berapa best pulak Haziq sangat aktif memanjat sana sini. Ibu tak suka bukan sebab apa, sebab membahayakan. Tapi sekarang ni Haziq tak tau lagi apa yang bahaya, apa yang selamat. Macam tu la progress anak nak membesar. Macam2 nak cuba

Kek Karamel



saiz loyang 7x7 (Resepi dari Kak Munira Baharum)


Bahan-bahan:

(A) - Gula Hangus

2 sudu besar gula 
* tabur gula dalam loyang dan masak dengan api yang slow motion ye..biar bagi gula tu hancur dan bertukar jadi warna perang tapi jangan sampai hangit ye, nanti pahit kek

(B) - Bhagian Atas

1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek

140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque

6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi (klu ada buih @ kuning telur yg xhancur tu blh tapis sblm tuang ke dalam loyang)
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap

* Saya masak menggunakan api bawah sahaja. Air untuk double boiling tu boleh panaskan dulu masa panaskan oven. Kiranya masukan air siap2 masa nak panaskan oven tu

* Kek ini akan menjadi sedikit mendap bila terkena udara luar, tapi jangan risau. Ia still menjadi. Untuk elakkan ia mendap secara tiba-tiba, jangan dikeluarkan dari oven serta-merta. Biarkan kek berada di dalam oven, sementara pintu oven dibuka sedikit, lepas tu baru keluarkan


* Biar dulu kek tu rest dalam 10 minit sblm terbalikan. Jangan terbalikan terus sebab nanti kek tu akan bercerai dr karamel

Merinque tu pulak masa nak buat tak boleh ada 1 titik air, 1 titik telur kuning pun. Pendek kata memang tak boleh ada bendasing langung la. Pukul meringue dengan kelajuan mixer yang maksimum dan jgn matikan mixer separuh jalan sehingga adunan menjd kental dan bersinar.Kalau nak tau meringue tu jd ke x,cuba terbalikan bekas adunan tu, klu meringue xjatuh, maknanya mmg jd lah tu

Kerja Gila

Ni bukan pasal lagu Amy Search tu tau tapi ni kisah benar. Hehe... Semalam balik dari KL tak tau jalan, main redah ikut signboard je. Lepas tu nampak la signboard ke Petaling Jaya, follow je la. Lepas tu terus masuk terowong SMART. Sepanjang jalan tu ada sebiji motor je, yang lain semua kereta. Time tu jalan jammed sgt2, ingatkan sebab orang balik kerja, rupa2nya ada accident. Rasa macam baru lagi sebab time tu ambulans pun baru sampai. 
Lepas tu ada sorg yang dok jaga kt tempat accident tu datang sebab time tu tengah berhenti, agaknya peronda la kot.

Peronda : Abang nak pergi mana?
Asben : Nak ke Petaling Jaya tapi salah masuk la (ngaku siap)
Peronda : Sini motor tak boleh masuk abang. Kalau nak ikutkan boleh kena saman ni. Tapi takpe, abang tunggu kejap, saya lepaskan ambulans ni dulu, nanti saya stopkan kereta, abang jalan ye (time tu kereta padat sgt, xblh nk menyelit pun)
Asben : Terima kasih ye

Haha... nak tergelak pun ada, bangga pun ada. Nak tergelak sebab motor kitorang yang satu2nya dalam tu lepas tu buat kerja yang tak boleh buat. Bangga sebab kereta2 lain kena berhenti utk bagi kitorang jalan. hehe...

Thursday, February 17, 2011

Puding Jagung


Bahan-bahan


1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung dalam tin
3 cawan air 
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara



1. Campurkan semua bahan
2. Masak sehingga pekat dan berkilat (guna api slow ye, nanti hangit lak)
3. Masukan dalam acuan dan sejukan

Wednesday, February 16, 2011

Nak masuk dalam tv

Tengokla gambar kat atas tu. Lagi Haziq bagi temperature ibu naik tau. Kenapa memanjat ni? Nak masuk dalam tv ke? Ke Haziq tergoda tengok orang dalam tv tu? No no no... Tak baik ye macamtu. Sekarang abah dan ibu fikir nak gantung tv tu kat dinding. Tapi tu la tak tau bila. Ibu tak larat dah, asyik naik je temperature ni. Jangan noty2. Tapi tu la kan, anak lelaki ni memang byk explore - merata tempat, ke sana sini, buat itu ini. Syukur alhamdulillah sampai sekarang takde lagi tanda teruk2 di badan Haziq. Memang ibu tak nak jadi macam tu sebab tu

Sotong masak pedas

Dah tak tau nak masak apa dengan sotong. Last2 jadila sotong masak pedas ni. Tak tau jugak nak letak nama apa, tapi rasanya nama sotong masak pedas ni sesuai kot.hehe..
.
Bahan-Bahan


Sotong
Bawang merah *
Bawang putih *
Halia *
Bawang besar (dimayang bulat2)
1 sudu besar sambal belacan
3 sudu besar sos tiram
2 helai daun limau purut
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam sesedap rasa
sedikit air
minyak untuk menumis


Cara-cara
1. Tumbuk bahan bertanda *
2. panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau
3. masukan sambal belacan dan sos tiram
4. masukan sotong
5. Masukan sedikit air (jgn terlalu byk sbb nanti air sotong keluar)dan kunyit
6. masukan daun limau purut
7. masukan bawang besar yang telah dimayang bulat2
8. masukan garam sesedap rasa

Singgang Sotong @ Sotong masak air

Bahan- Bahan


Sotong
Bawang merah (di mayang)
Bawang putih (di ketuk)
Halia (di ketuk)
Serai (di ketuk)
Asam keping (sikit je,byk nanti masam sgt lak)
sedikit kunyit
Air
Garam sesedap rasa


Cara-cara


Masukan semua bahan2 ke dalam periuk, masak sampai mendidih. 


Senang kan? Ni buat untuk Haziq sebab tu sotong 2 kerat je. Lagipun liat kan, gigi baru 4 batang je pun. Last2 Haziq makan kuah je, sotong tu ibu yang uruskan

Sambal Belacan


Bahan-bahan


3 biji cabai hidup (cili besar)
8 biji cili padi
belacan (saya mmg bakar siap2 belacan selepas beli)
garam
gula
air asam jawa @ perahan air limau nipis/kasturi


Cara-cara


1. Tumbuk cabai hidup dan cili padi sampai hampir lumat
2. Masukan belacan dan garam dan teruskan menumbuk
3. Masukan gula dan tumbuk lagi
4. Kemudian masukan air asam jawa @ perahan air limau nipis/kasturi


Saya selalu buat sambal belacan ni lepastu simpan dalam peti ais, boleh guna untuk cicah dengan ulam, kalau nak buat nasi goreng pun blh ltk sambal belacan ni

Monday, February 14, 2011

Wikend

Bila tengok 2 pic kat atas ni macam, leganya, baiknya anak ibu, khusyuk tengok tv kan. Tapi sebenarnya time ni Haziq baru ambik mood ni, tengah panaskan enjin. Ibu rasa anak ibu ni memang minat program ni sebab bila ibu buka je macam2 Aznil ni mesti Haziq khusyuk tengok, lepastu part orang tepuk, Haziq pun tepuk tangan sekali. Jom tengok aksi2 di bawah pulak


Inilah namanya anak lelaki, gaya seorang hero. Ibu tak tau nak melarang dalam gaya macamana dah. Cakap slow2 xdengar, cakap kuat2 jap lg jiran2 ingat ada tarzan lak dalam rumah kita. hmmm... Haziq, anak ibu sayang, tak boleh panjat, nanti jatuh. Kalau Haziq sakit nanti mcmana. Cuba fikir apa yangi bu cakapkan tu. Ibu larang tu bersebab, untuk kebaikan, bukan ibu larang sebab suka2 nak menghalang aktiviti adventurous Haziq tu. Naik sikit temperature ibu
Ni lak ngamuk nak pakai stokin. Walaupun tak pakai baju tapi tak pe lah. Lepas tu jalan ke sana sini dengan stokin, pandai gak anak ibu jaga kebersihan kaki ye. Lepas tu Haziq pegi cari stokin abah, bawak bagi abah pakai. Abah tak pakai Haziq nangis2. Abah pun pakai la stokin. So ada la 2 orang dalam rumah tu yang pakai stokin tapi tak berbaju. hehe...
Ni gambar apa lak ni? Haa, ni kat Karnival Wow Putrajaya. Saja2 je bawak Haziq pergi. Setiap kali kita ke Putrajaya mesti hujan. Hari tu nak ke Putrajaya hujan jugak masa on the way, tak jadi pergi. Hari Sabtu lepas agak bernasib baik jugak lah sebab dah ronda2 tengok Harley Davidson, lamborgihini, burung kakak tua segala bagai tu baru lah hujan turun. Sempat jugak anak ibu tengok layang2 kan.
Ni tengah tengok apa ntah dua2 orang, khusyuk semcm je

Rupa2nya jalan kat belakang rumah kita nak ke Putrajaya tu dekat sangat, tak sampai 10 minit pun dah sampai Putrajaya,. Walaupun baru buka sebelah jalan tapi orang ramai lalu macam jalan tu dah siap sepenuhnya je. Siap ada orang jual air kelapa lagi kat tepi jalan tu

WYSIWYG

Asam Pedas Ikan

Bahan-Bahan


- ikan (selalu buat ikan selar, ikan kembung)
- timun
- 1 keping asam keping (sbb asam keping tu dah besar, lgpun buat utk 2 org mkn je, klu buat byk lebihkan la asam keping tu)
- daun kesum (tak letak pun sbb xde)
- kunyit
- garam


Bahan Tumbok
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sedikit belacan
- 2 biji cabai kering
- 1 sudu kecil jintan manis


Cara-cara
- bersihkan ikan
- potong timun dan bersihkan
- masukan bahan2 tumbok dan timun ke dalam periuk dan masukan air
- masukan serbuk kunyit
- bila timun dah agak lembut baru masukan ikan
- masukan asam keping (ni agak2 la ye.klu masak sikit,jgn la letak asam keping byk sgt,nanti over masam pulak)
- lepas tu masukan garam sesedap rasa k


*** klu ada kunyit hidup,tumbok la sekali, xyah pakai kunyit serbuk

Friday, February 11, 2011

Bubur nasi

 
BAHAN 


beras  
air
ayam

carrot-didadu 
halia muda, dihiris @ diketuk 
bawang putih diketuk 
garam sesedap rasa 


BAHAN HIASAN


Bawang merah dihiris dan goreng 
Hirisan daun sup 
Kicap (tp hr ni kicap habis) 


CARA MEMBUATNYA


1. Basuh beras dan tanakkan atas api dengan air yg banyak 
2.Masukkan sekali ayam, halia, bawang putih dan carrot 
3.Kacau supaya air tak melimpah keluar 
4.Masukkan garam 
5. Bila dah mendidih, keluarkan ayam tu, ambik isinya untuk hiasan 
6.Setelah menepati citarasa, ceduk dan hiaskan dengan isi ayam,daun sup dan bawang goreng


Ni saya masak untuk Haziq pagi tadi. Tapi kalau kat rumah mesti saya makan skali la. Sedap ni kalau makan dengan sambal kicap, lepas tu ada ikan bilis goreng...nyum2

Makan Malam Dengan Fizz Fairuz

pic dr mr google

Sepatutnya entry ni yang semalam punya tapi tak terupdate. Update hari ni pun ok lagi la kan. Hehe...Terkejut tak dengan entry kat atas tu? Jangan la terkejut. Tiba2 Fizz Fairuz call ajak makan malam sama2. Saya memang la ok kan. Jumpa Fizz Fairuz lepas tu borak2 kejap lepas tu ada orang datang ambik order.Tapi tak sempat pun nak makan banyak2 dengan Fizz Fairuz sebab

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


alarm dah bunyi.Hmm... Tak pe la lain kali kalau masuk lagi dalam mimpi. Macamana la boleh mimpi macamtu sedangkn sebelum tdr tu tgk crita English. Mimpi kan mainan tido. ;)

Valentine Day a.ka. Hari Kekasih

Sambutan Valentine Day @ Hari Kekasih adalah diharamkan pada semua umat Islam. Tapi sekarang ni kalau kita perasan memang ramai umat Islam menunggu tarikh tersebut. Bagi saya tak perlu ada tarikh atau hari tertentu untuk menunjukan rasa kasih dan sayang kita pada insan yang kita sayang. Tadi saya terjumpa petikan Kenapa Hari Valentine Haram daripada http://wanwma.com/agama/kenapa-hari-valentine-haram/ jadi saya nak kongsi bersama. Jom kita baca



The Catholic Church no longer officially honors St. Valentine, but the holiday has both Roman and Catholic roots. (www.americancatholic.org/14hb Februari merupakan tarikh yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih.
Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Maka terjadilah perbuatan-perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.
Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. (http://www.history.com/content/valentine/history-of-valentine-s-day)
Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi Pertama
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. (http://jmm.aaa.net.au/articles/5460.htm)
Versi Kedua
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada ‘Valentine’mu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. (http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine’s_Day)
Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. (http://catholic-saints.suite101.com/article.cfm/the_origin_of_valentines_day)
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Hukum Menyambut Hari Valentine
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: “Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.” (al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959)
Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.
Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)
Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)
Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.” http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya: “Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” (al-Hijr : 39-40)
Bersandarkan kepada hujah-hujah yang jelasa para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.