Bila tengok 2 pic kat atas ni macam, leganya, baiknya anak ibu, khusyuk tengok tv kan. Tapi sebenarnya time ni Haziq baru ambik mood ni, tengah panaskan enjin. Ibu rasa anak ibu ni memang minat program ni sebab bila ibu buka je macam2 Aznil ni mesti Haziq khusyuk tengok, lepastu part orang tepuk, Haziq pun tepuk tangan sekali. Jom tengok aksi2 di bawah pulak
Inilah namanya anak lelaki, gaya seorang hero. Ibu tak tau nak melarang dalam gaya macamana dah. Cakap slow2 xdengar, cakap kuat2 jap lg jiran2 ingat ada tarzan lak dalam rumah kita. hmmm... Haziq, anak ibu sayang, tak boleh panjat, nanti jatuh. Kalau Haziq sakit nanti mcmana. Cuba fikir apa yangi bu cakapkan tu. Ibu larang tu bersebab, untuk kebaikan, bukan ibu larang sebab suka2 nak menghalang aktiviti adventurous Haziq tu. Naik sikit temperature ibu
Ni lak ngamuk nak pakai stokin. Walaupun tak pakai baju tapi tak pe lah. Lepas tu jalan ke sana sini dengan stokin, pandai gak anak ibu jaga kebersihan kaki ye. Lepas tu Haziq pegi cari stokin abah, bawak bagi abah pakai. Abah tak pakai Haziq nangis2. Abah pun pakai la stokin. So ada la 2 orang dalam rumah tu yang pakai stokin tapi tak berbaju. hehe...
Ni gambar apa lak ni? Haa, ni kat Karnival Wow Putrajaya. Saja2 je bawak Haziq pergi. Setiap kali kita ke Putrajaya mesti hujan. Hari tu nak ke Putrajaya hujan jugak masa on the way, tak jadi pergi. Hari Sabtu lepas agak bernasib baik jugak lah sebab dah ronda2 tengok Harley Davidson, lamborgihini, burung kakak tua segala bagai tu baru lah hujan turun. Sempat jugak anak ibu tengok layang2 kan.
Ni tengah tengok apa ntah dua2 orang, khusyuk semcm je
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.