Thursday, December 27, 2012

******

Rasa diri macam dah tak kuat, macam dah nak give up. Malas nak fikir macam2. Rasa tak berhubung dengan sape2, rasa nak menyendiri, bersendiri, menyepikan diri, spend masa dengan family saja. Susah senang biar sendiri tanggun, biar hanya bercerita, mengadu, memohon padaNya. Hanya Dia yang tau segalanya

Hitam Putih Masa Depan

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Wednesday, December 26, 2012

Kenapa Kita Diuji?




Ramai orang bertanya kenapakah mereka diuji sedangkan mereka tidak berbuat salah apa-apa ? Persoalan seperti itu tidak wajar keluar dari lisan seorang hamba yang menyerah diri dan mengerti tujuannya hidup di atas muka bumi ini.

Iaitu untuk diuji !

Firman Allah SWT : “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Al-Mulk : 2)

Hidup ini ialah untuk diuji lalu kenapakah kita mesti mempersoalkan mengapa Allah menguji kita dan mengaitkannya dengan kesalahan-kesalahan tertentu ? Apakah mesti ada kesalahan baru berhak diuji ? Adakah jika kita melakukan semua perintah Allah maka kita akan terselamat daripada diuji ?

Sedangkan baginda nabi Salallahualaihiwassalam menyebut bahawa yang paling teruk diuji ialah
الأنبياء ، ثم الأمثل فالأمثل ، يبتلى الرجل على حسب دينه
“Para nabi kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya, jika dia seorang yang kuat beragama maka kuatlah pula bala yang diterimanya, dan jika seseorang itu lemah agamanya maka diuji hanya pada kadar agamanya. (tambahan dalam riwayat yang lain menyebut) Tidaklah hilang bala itu pada seseorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dengan telah terhapus segala dosa-dosanya.” (hadith riwayat Ahmad, tirmidzi dan Ibn majah,).
Atau sebenarnya kita ingin memprotes dan mempertikaikan kenapa kita diuji kerana kita telah menunaikan solat, melaksanakan perintah Allah dan sebagainya lalu kita mengharapkan sepatutnya hidup kita tidak lagi diganggu oleh Tuhan dengan apa jua ujian agar kita boleh hidup dengan senang dan bahagia di atas muka bumi ini ?

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabut : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja hidup senang-lenang) mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka belum lagi diuji ?” (Al-Ankabut : 2)

Ujian yang datang daripada Allah membawa dua tujuan iaitu rahmat dan kebinasaan. 

Ianya memberikan rahmat apabila manusia berjaya mengharunginya dengan keimanan dan kesabaran serta lulus pada amal dan perbuatannya sesuai dengan apa yang Allah kehendaki. 

Ujian seperti ini meningkatkan/meninggikan kedudukan seseorang di sisi Allah SWT serta menghapuskan dosanya dan memberikan peluang kepadanya untuk mendapatkan syurga Allah SWT.

Sabda nabi Salallahualaihiwassalam,
إذا أحب الله قوما ابتلاهم
Maksudnya : “Apabila Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan menguji mereka.” (riwayat Tirmidzi)

Manakala ujian yang kedua pula memberikan musibah dan penyebab kepada kehancurannya di dunia dan di hari akhirat. Iaitu ujian yang berbentuk menjauhkan seseorang daripada agama dan mengeluarkannya daripada jalan Allah.

Firman Allah SWT : “Mereka berkata: "Kami mendapat nasib yang malang, disebabkan kamu dan orang-orang yang bersamu." (Nabi) Soleh berkata: "Nasibmu adalah dari sisi Allah, (bukan kami yang menjadi sebab), tetapi kamu adalah kaum yang diuji."(An-Naml : 47)

Kita semua akan diuji kerana itu merupakan tujuan dan sebab kita diturunkan ke atas muka bumi ini iaitu untuk diuji agar dapat dilihat siapakah yang beriman dan siapakah yang tidak. 

Ujian ialah peluang dan tanda kita dipandang oleh Allah 

Firman Allah SWT : “Dan sungguh akan Kami memberikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah : 155)

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah hanya menguji orang yang dikasihinya atau yang mahu diberikan peluang untuk mereka beramal manakala orang-orang yang kafir dibiarkan dan tidak dipeduli oleh Allah SWt sebaliknya ditangguhkan balasan ke atas kesalahan-kesalahan mereka agar dihukum di hari akhirat dengan hukuman yang berat. Sedangkan orang yang beriman akan diuji sehingga dosa dan kesalahan mereka terhapus lalu dibangkitkan pada hari akhirat dengan keadaan suci bersih dari dosa.

Ini berdasarkan hadith daripada Anas ra yang menyebut bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda yang bermaksud apabila Allah menginginkan kebaikan kepada seorang hamba maka akan disegerakan hukuman terhadapnya di dunia dan jika Allah mengkehendaki keburukan kepada hambaNya maka dia akan menangguhkan hukuman terhadap dosanya agar dibalas pada hari kiamat.”(riwayat Hakim)

Sabda nabi salallahualaihiwassalam lagi,
من يرد الله به خيرا يُصِبْ منه
Maksudnya : “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah dengan kebaikan maka dia akan ditimpakan dengan musibah.” (riwayat Al-Bukhari)

Manakala orang yang munafik dan tidak beriman, mereka diberikan kesenangan dan kelalaian sehingga menemui Allah SWT dalam keadaan sia-sia dan menderita akibat tidak beriman dan tidak beramal.  Bahkan Allah menyebut di dalam Al-Quran, yang bermaksud : “Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, dan mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?” (At-Taubah : 126) Kata Imam Ibn Katsir, yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah orang-orang munafik diuji dengan kelaparan dan penyakit setahun sekali atau dua kali. Menandakan sangat sedikit mereka diuji sehingga menimbulkan kelalaian dan keangkuhan dalam diri mereka. 

Apabila Allah menguji hamba-hambaNya itu bermaksud Dia masih memberikan peluang dan kesempatan untuk kita bertaubat dan kembali kepadaNya serta mengambil pelajaran. Oleh itu jangan dipandang bahawa orang yang hidupnya tiada masalah, sempurna dan selesa itu sebagai orang yang bertuah atau mendapat rahmat sebaliknya mereka itulah orang yang telah diabaikan dan terlepas peluang dari mendapat rahmat daripada Allah SWT. 

Sumber : http://ustaz.blogspot.com/2012/06/kenapa-allah-menguji-kita.html

Peace Yo



Monday, December 24, 2012

24x7 Lagi

Tadi ada lagi call interview. Tapi masih lagi on shift, 24x7. Huhu... Walaupun nak , walaupun berat terpaksa jugak melepaskan. Bukan tak nak mencuba tapi banyak faktor yang perlu fikir - rumahtangga, anak2. Encik asben pun on shift sekarang, lepastu anak2 lagi. Tak sanggup la saya nak berpisah dengan diorang walaupun sekejap. Haish...

Tak pe la mungkin bukan rezeki saya lagi. Tapi kerja macam sekarang ni banyak yang shift, susah nak cari yang normal working hours. Ke saya kena tukar bidang? Kalau tukar bidang memang kena mula dari awal, gaji rendah la kan. Pastu tinggal beberapa hari saja lagi nak masuk tahun 2013, dah tak lama dah umur nak masuk 3 series. Tak kan la nak kena tukar bidang.

Cuba lagi apply banyak2. InsyaAllah nanti ada yang melekat kan. Doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga

Lawatan ke rumah orang tua

Sape yang ada pengalaman pergi melawat ke rumah orang2 tua atau pun rumah kanak2? Saya tak pernah sampai lagi tapi insyaAllah memang berhajat untuk pergi melawat. Sebenarnya dekat dengan rumah saya tu ada 1 rumah dan pusat jagaan orang tua, namanya Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Iklas.

Saya sangat2 teringin ke sana walaupun saya tau kalau saya bersua muka, berborak dengan mereka mesti akan timbul rasa sayu. InsyaAllah saya harap sangat 1 hari nanti saya dapat melawat mereka

*******

Mencari sinar dalam kesamaran

Friday, December 21, 2012

Kelaparan

Pagi tadi tapau nasi lemak RM1 dengan bihun goreng RM1. Nasi lemak tu makan pagi tadi, simpan bihun goreng untuk lunch. Beli siap2 sebab hari ni tak bawa bekal, so tengahari tak payah la nak pening kepala nak tapau kat mana, nak makan apa. 

Ingatkan dah cukup la kan makan banyak tu. Tadi masa pam susu dah tak larat tahan dah sebab badan dah mengetaq dah. Teruknya la hai. Pagi tadi dah minum milo. Ni pun bancuh milo lagi cicah dengan biskut. Lapar tahap ada tah. Dulu pregnant ok la makan banyak pun. Ni sampai terbawa2 walaupun dah bersalin. Guano la ni. Huhu...

Dulu nak minum air manis punya lah susah. Seminggu sekali pun jarang nak minum air manis. Sekarang pun susah jugak, susah kalau tak minum. Huhu...Dulu lain sekarang lain

Pemburu Taska II

Ni sambungan dari entry Pemburu Taska yang lepas. Pemburuan dah berakhir. Saya dan suami dah decide untuk hantar anak2 ke Taska Kasih Iman. Semoga ini 1 keputusan yang betul. Sebenarnya kan nak sangat hantar abang masuk tadika. Tapi ada beberapa faktor yang kena ambil kira. Lagipun abang baru saja masuk 3 tahun bulan Nov lepas. Tak pe la, hold dulu.

1. Kos

Kami ni bukan la golongan orang2 yang berada, biasa2 saja. Kais bulan makan bulan. Hehe.. Bulan ni nak kena bayar 2 pengasuh sebab bulan ni anak2 duduk dengan 2 pengasuh atas sebab2 tertentu yang tak dapat nak dielakan dan tak boleh diceritakan. Lepastu nak bayar taska lagi. Lepastu kalau nak masukan abang kat tadika, nak kena bayar registration tadika lagi. Tak payah la nak pening2 kepala, nak serabut, nak tension nak fikir. Hantar saja kat taska dulu

2. Environment

Selama 3 tahun abang duduk kat rumah pengasuh. Sama macam duduk kat rumah la kan. Ni baru nak hantar ke taska. So, biar abang biasakan diri dengan environment taska dulu. Kalau tiba2 hantar tadika, taska takut nanti macam terlalu mendadak untuk abang. Lagipun kat taska ni pun ada ajar2 jugak, bukannya duduk main saja. Hari pertama hantar taska nanti rasa abang akan buat perangai jugak la sebelum ibu balik tu sebab abang dah besar, tak biasa lagi dengan environment taska. Adik mungkin ok sebab adik kecik lagi.

Semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak2. Tapi kena la fikir kemampuan, keadaan anak2, keadaan sekeliling, macam2 faktor la yang kena fikir ;)


Sebenarnya kena letak gambar ukuran pasport tapi tak pe la kan print terus macamni je ; ) Boleh tak owner taska? Kalau tak boleh nanti kena pergi berposing kat kedai gambar la pulak
Kalau bawa abang ambil gambar kat kedai mesti abang akan buat muka sengeh memanjang tu

Menonton

Adik memang suka tengok tv walaupun umur baru je 2 bulan lebih. Biasalah, budget besar kan. Ni sama2 menonton dengan abang. Masa mood masing2 tengah baik boleh la macam ni. Tapi ibu tetap kena ada sekali. Tak boleh tinggal berdua je, risau. Lebih baik beringat kan


Thursday, December 20, 2012

Kangen Bangat

Rindunya kat mereka berdua ni

Ni gambar abang pagi tadi. Susah la nak ambik gambar betul2. Mesti nak buat muka macam2. Berkali2 snap baru la ibu rasa macam ok sikit. Abang ni dari kecik memang suka buat memek muka macam2

Ni abang masa kecik. Memang suka la buat muka2 comel ni

Ni lak pi adik minggu lepas. Sekarang ni adik dah suka borak. Petang2 dua2 beradik sibuk nak bercerita. Adik pun macam2 dah bunyi. Cerita apa tak tau la. Lepastu sekarang ni suka sangat la mengiring. Letak kejap je mesti mengiring. Tidur lak bukan 1 tempat, berpusing sana sini, 90 drjh, 180 drjh, memang kena bagi space lebih la


Pemburu Taska

Ganasnya title tu kan. Semalam saya mc, demam berserta package yang lain. Dah alang2 kat  rumah tu saya teruskan la dengan aktiviti cari taska. Sebab memang nak kena settlekan bulan ni jugak. Kalau semalam tak cari betul2, nanti nak kena cuti lagi, tolak gaji lagi. Orang lain happy dapat bonus hujung2 tahun ni, saya dok kena tolak gaji je. Huhu...K, sudah2 bukan nak cerita pasal gaji ke ape tapi nak cerita pasal taska.

Saya banyak jugak la google pasal taska kat area rumah tu tapi tak banyak sangat info yang dapat. Mula2 saya call sana sini. Memang banyak tempat la saya call saya serba sedikit sebelum p tengok taska tu macamana. Bab2 ni memang kena cerewet sebab nak hantar anak2 1 hari kat sana kan, dah tu bukan sekejap, untuk jangka masa panjang. Lepastu ada la beberapa taska yang di shorlisted kan

Taska A

Taska ni ada banyak jugak la cerita saya dapat daripada google. Rasa macam ok. So nk p tengok situ lah. Buat appoinment. Borak2 dengan owner taska tu rasa macam dia tak berapa friendly sangat, macam serius, macam garang. Tapi tak pe lah yang tu. Hati dia belum tau lagi, mungkin luaran macamtu tapi hati baik kan. Sape tau

Lepas borak2 saya pun mintak la nak tengok tempat baby macamana. Dia pun panggil pengasuh kat situ bawak saya. Dalam bilik tu ada 3 orang baby yang masih belum boleh meniarap / merangkak. Masa saya naik tu sorang baby tu tengah menangis. Umur 4 bulan. Baby tu dibedung. Tapi saya tak tanya la sape yang bedung, kenapa bedung. Pengasuh tu yang bagitau mak baby tu yang bedung dia. Saya diamkan je lah bab bedung tu. Tapi saya tengok baby tu dah lama menangis sampai keluar air mata. Saya rasa kesian sangat, rasa macam nak angkat dukung je. Lepas tu saya cakap la kenapa baby ni nangis. Pengasuh tu cakap dia lapar susu la tu. Saya cakap tak pe la, saya boleh tunggu, akak bancuh la susu kat baby tu dulu. Menyibuk ke? Tak la tapi kesian la kat baby tu. Lepas tu pengasuh tu cakap tak pe la nanti orang lain bancuh. Kesian sangat baby tu menangis lama2. Huhu... Lepastu saya terus la tawar hati nak hantar anak2 ke taska tu.

Sini untuk adik dengan abang RM 500 sebulan, daftar RM 160 untuk 2 orang

Taska B

Taska ni macam ok jugak. Dah lama buka. Masa pergi tengok tu tak ada apa la yang buat saya rasa tak sedap hati.

Kat sini RM 550 untuk dua beradik tu. Asalnya RM 600 ( baby RM350, abang RM250) tapi akak tu bagi RM 550. Daftar RM 120 untuk 2 orang

Taska C

Saya tak tau pun kewujudan taska ni. Saja je pergi ronda2 kat kawasan perumahan tu kot2 ada taska. Tengok2 jumpa la taska ni. Masuk la borak2 dengan owner taska tu. Akak ke mak cik ntah ye, umur 44 tahun. Dia buka taska ni skali dengan anak dia. Tapi dia memang kat situ la. Dia cakap baby dia yang akan jaga sendiri, tak bagi pekerja jaga.

Sebelum ni pun akak tu memang mengasuh budak2, dah 7 tahun. Tapi jaga kat rumah je la. Sorang tu akak ni jaga dari baby sampai la sekarang dah 7 tahun dah. Lepastu bukan orang dekat area situ, jauh sikit la dari kawasan tu. Dalam hati saya fikir ok la kot akak ni jaga sebab sanggup mak budak tu datang hantar anak dia dari jauh, dah 7 tahun lak tu. Dari gaya percakapan akak tu pun saya rasa dia macam ok. Siap bagi petua macamana nak banyakan susu badan semua.

Taska ni baru je buka 2 minggu yang lepas. Sekarang tengah open for registration la. Kat sini RM 530, free registration.

Sekarang ni saya kena decide antara taska B dengan C tu mana yang ok. Kat mana yang saya nak hantar anak2. Owner taksa B dengan C ni peramah la. Rasa macam ok la. Pening kan nak buat keputusan. Takut tersalah pilih ke ape ke. Huhu...

Kesemua taska yang saya pergi tu memang handle EBM.

Tuesday, December 18, 2012

Package




Monday, December 17, 2012

Perubahan

Berat badan

Yang ni mesti ramai hadapi masalah yang sama kan. Berat saya naik la sikit daripada sebelum peregnant. Ye la tak ada istilah diet ke apa. Dulu masa pregnant, orang cakap tak pe makan untuk 2 orang, kesian baby kat dalam. Alasan tu kan.

Ni dah bersalin pun masih lagi dengan tabiat masa pregnant. Makan, makan, makan. Alasan kali ni takpe, makan la sebab baby menyusu, jangan diet2. Alasan yang ntah apa2. Padahal boleh je kan kalau nak diet pun, makan la yang berkhasiat. Masalah diri sendiri

Dulu boleh je dalam masa 2/3 hari baru makan nasi. Tapi sekarang dah terbalik, 2/3 kali makan nasi dalam 1 hari. Mana tak nya berlaku perubahan berat badan. tapi dulu single mingle, sekarang dah banyak nak kena buat, jaga anak2, so kena tenaga lebih, kena makan banyak....Tetap ada tapi

Size seluar dan baju

Seluar sekarang dah tak perlu pakai belt lagi dah. Lepastu ruang2 0 kat bahagian peha pun dah terisi. Tu bukanlah seluar yang mengecut, tapi tuan yang mengembang. Baju kebaya pun ada 2,3 pasang yang dah tak boleh pakai.

Emosi

Emosi pun turut berubah tau. Hehe... cepat nak jadi tarzan sekarang ni ; ). Perlu tingkatkan lagi tahap kesabaran.

Tu lah perubahan2 yang saya rasa. Tiba2 rasa macam bestnya kalau dapat memanjakan diri sendiri pergi facial ke urut ke. Best kan

Friday, December 14, 2012

Air Longan Kering

Sedap air ni rupanya. Jakun la sikit kan sebab baru kali pertama try. 100gm longan kering ni RM 6.60

Thursday, December 13, 2012

Permatahati

Orang2 : baby dah berapa bulan
Saya : 2 bulan
Orang2 : pandainya baru 2 bulan dah senyum2, nak main2

Saya jadi hairan lak. Tak normal ke keadaan baby macamtu. Masa abang dulu pun macamtu jugak. Haritu pagi pergi klinik desa, memang dapat respon macam kat atas tu, bukan sorang tapi banyak orang. Saya pun terfikir la pelik ke kalau baby 2 bulan macamni. Lepas tu petang pergi klinik kesihatan sebab nak jumpa doctor untuk review pun dapat reaksi yang sama. Hmm...

Ye la kan progress baby masing2 kan lain2, tak sama. Ada yang lambat buat sesuatu, ada yang cepat. Macam adik ni mungkin dia rasa dah macam orang besar kot. Kot je la kan. Semalam 1st day kat rumah pengasuh baru ( Siti ). Masa nak ambik petang tu Siti pun bagi respon yang sama jugak

Siti : anak ida dah macam orang besar la ida. 
Saya : kenapa
Siti : dia nak main2, tengok tv, lepastu nak borak2, suka senyum. Kalau kita borak dengan dia pun dia bagi respon macam nak bercerita. Mintak2 la anak siti nanti pun macamni. Seronok siti

Macam2 kan gelagat anak2 ni. Memang menghiburkan walaupun kadang2 abang buat ibu rasa geram, rasa nak marah. Tapi bila fikir balik mereka la yang menceriakan hari ibu

Ok, mood tak sabar nak balik


Engkau lah permata anak kesayangan
Kebanggaan ayah dan ibu
Engkau dibesarkan dengan kasih sayang
Hanya yang terbaik untukmu
Menjadi harapan di masa hadapan
Engkaulah anak yang cemerlang

Friday, December 7, 2012

Anak2

Rindu kat dua2 orang ni. Kalau la boleh jaga mereka sendiri, sentiasa ada depan mata kan best. Tapi tu KALAU. Haritu letak pic ni kat fb ada yang salah faham ingatkan dua2 pic ni merujuk kepada adik tapi ni gambar abang dan adik. Kedua2 pic ni masa diorang umur sebulan

Memang muka adik sekarang sebijik sama macam muka abang masa kecik dulu. Muka abang lak macam muka abah. Jadi diorang dua2 memang ikut muka abah la. Masa kat kampung bila orang tengok gambar2 abang yang ada kat bilik semua ingatkan tu gambar adik.


Thursday, December 6, 2012

Say NO to diapers and bottles .....

Seriousnya title tu kan. Itu lah yang saya tengah fikir sekarang ni. Abang dah 3 tahun tapi masih pakai pampers dan isap susu dalam botol lagi. Kalau boleh saya dah nak start bagi minum susu pakai cawan dah. Ke terlalu awal? Ke dah lewat?

Masa umur 2 tahun 5 bulan saya dah train Abang tak pakai pampers masa siang hari. Alhamdulillah berjaya la pada siang hari. Abang memang bagitau kalau ada masa yang dia perlu ke toilet. Tapi yang masalahnya time malam tu. Saya rasa tak mampu lagi la nak kejut abang malam2 ajak pergi toilet sebabnya
1 - kesian kat abang sebab macam ganggu tidur dia je kan. tengah nyenyak tidur, kena kejut lak
2 - saya takut abang tak tidur balik lepas ke toilet tu. buatnya dia nak main ke tengok tv ke. Haa... esok tu saya jadi zombi la kat office

Ni lagi 1 fikir nak bagi minum susu guna cawan. Abang memang lebih minum susu daripada makan. Itu pun masalah jugak. Sebab sepatutnya dengan umur yang macam sekarang ni abang dah banyak makan. Hmm..Kalau minum air masak guna botol yg straw tu memang tak ada masalah tapi kalau minum susu guna botol tu abang tak nak.

Hmmm...macamana kawan2 ?

Wednesday, December 5, 2012

Accident

Ni kejadian 1 hari sebelum abang masuk 3 tahun. Petang tu abang bawa basikal main kat baah dengan abah. Tengah2 naik basikal tu abang boleh pulak la angkat tayar depan. Lepastu jatuh kena atas batu. Lepastu dengar abang nangis sambil abah dukung. Buka pintu tengok masyaAllah rasa macam nak pengsan.

Nasib baik la jugak pakai baju warna merah. Kalau baju warna putih memang ibu dah pengsan dah kot. Huhu... Menggigil la tangan nak lap darah, cuci dengan air suam. Lepastu gunting sikit rambut kat bahagian tu. Abang ni macam2 la. Aiman yang nampak abang jatuh tu bagitau kat ibu dia, bu, abang nampak Haziq angkat basikal macamni bu (sambil buat demo). Haziq buat wili bu. Ye la korang. Budak2 dah pandai nak wili2 dah. Huhu...

Memang risau sangat la sebab kena kat kepala. Tapi alhamdulillah la tak de apa2. Abang pun ok je. Masa awal2 tu saja yang menangis teruk

Basikal ni dah masuk store dah lepas kejadian haritu

Seram kan. Huhu..


Berbaju Hujan

Sekarang ni musim hujan. Boleh dikatakan setiap petang hujan. Semalam baru belikan Abang baju hujan. Excited abang 1st time pakai baju hujan. Ye la nak berpayung bukan main susah lagi sebab nak lari. Lagipun susah jugak ibu nak payung kan abang sebab ibu kena dukung adik lagi. So ibu pilih option beli raincoat ni untuk abang.

Haa...comel tak abang pakai raincoat.

Tuesday, December 4, 2012

Seni Itu Indah

Seni itu indah. Memang indah la kalau betul2 berseni. Tapi ni tak tau la nak cakap apa dah, indah ke gundah gulana. Abang ni suka la conteng sana sini. Dulu kat dinding saja. Ni dah melarat sampai ke cadar tilam dia. Yang paling tak best skali kat baju abah. Time abah tengah sembahyang lak tu. Sempat lagi abang conteng. Susah hati abah, dah la baju ni abah suka pakai. Tapi nasib baik la boleh hilangkan. Ini lah yang terjadi kalau bakat terpendam tu dah tak dapat nak dipendam lagi. Abang2


Supermak

Masa Haziq baby dulu saya sorang2 yang hantar ke rumah k.umi. Time tu lagilah berdukung je walaupun agak jauh jugak berjalan (dari blok J ke blok B). Tapi tak pe la sebab sorang , takde masalah nak dukung. Lagi pun Haziq dulu dari kecik memang anti stroller. Saya kena hantar sorang2 sebab encik asben kerja masuk pukul 7am, 6.40 dah keluar dari rumah. 

Sekarang encik asben dah masuk kerja shift, 12 jam, 7am - 7pm, 7pm - 7am. Memang agak kucar kacir la kami ber3 di rumah ni. Huhu...Pagi ni hantar anak2 saya sorang kena handle. Baby tu ok la. Tapi abang tu dia ikut suka hati dia saja lah. Bukan nak ada rasa takut ke, bahaya ke. Pagi ni memang terjerit2 la saya. Laju je dia lari turun tangga. Kalau jiran yang kenal memang diorang tolong tengokan Haziq. Ye la pagi2 kan sibuk orang keluar pegi kerja, bahaya betul. Pagi ni akak depan rumah tolong pegang Haziq kat bawah. Saya nak lari berkejar2 macam dulu mana la boleh. Baby nak kena dukung, lain la kalau baby pun dah besar. Haziq2

Beg encik asben tolong letak siap2 dalam kereta - beg baju anak2, cooler bag, beg kerja. Haa..ambik sampai 3 bag. Petang pun encik asben cakap tinggal je beg2 dalam kereta, nanti dia balik kerja dia bawak naik rumah. Harap2 petang2 tak hujan dah. Kalau hujan memang susahhhhhhhh sangat2 bagi saya. Haziq bukan heran hujan ke panas ke kilat ke petir ke. Bahayaaaaaaaa... Semalam hujan lebat tapi alhamdulillah la encik asben ada. Hujan sekarang kat sini selalu ada guruh, kilat. Huhu...Tu yang takut tu. Risau anak demam 1 hal

Saya dah bagitau k.umi awal2 lagi kalau petang2 hujan memang saya akan ambik diorang lepas encik asben balik kerja. Lagipun saya sampai rumah pun dah lewat jugak. Habis kerja pukul 6pm, nak tunggu bas lagi. Kalau bas cepat, cepat la sampai. Nasib baik encik asben kerja dekat dengan rumah. 10 minit dah boleh sampai rumah dah.

Alah bisa tegal biasa kan. Nanti lama mesti ok kan. Bila Haziq dah dengar cakap, dah boleh fikir betul2 insyaAllah semuanya akan ok. Hmmm... 


Balik tu masak pun simple2 saja lah. Asalkan boleh di makan, kenyang. Nak sedap2 memang belum masanya lagi la kot. Cukup la sekadar ada nasi, lauk dan sayur. Tapi pagi ni siap sediakan bekal lagi ; )

Monday, December 3, 2012

Nak Pengsan

Tiba2 rasa nak pengsan. Geram pun ada. Eeee.... Comel sangat2 la hai...\


New Headband Baby Girls Ready for Order..Order Now and Hurry Up!! - Kuala Lumpur


Haaaaaaaaaaaaaaaa.........comel sgttttttttttttttt kan. Ok, pengsan

Risau

Ramai jugak rupanya mommies yang ada problem baby tak nak direct feeding (df) kan. Saya lah salah sorang tu. Mula2 lahir dulu ok. Lepas mula bagi guna botol dah tak nak df dah. Sedih je bila baca orang cakap itu ini, buat macamtu, macam ni. Saya pun dah cuba tapi baby tak nak jugak. Agaknya baby confius kot kan.

Kalau nak ikutkan letih, memang la letih. Saya mengaku letih. Tapi kena la berkorban lakukan yang terbaik untuk anak. Malam2 saya bagi susu yang baru pam sebab rasa bersalah nak bagi yang dalam peti ais tu. Ye la sepatutnya anak df dapat yang fresh tapi ini tak. So, saya kena bangun double daripada baby. Kalau baby bangun 5x, saya kena bangun 10x la. Sekarang dah boleh la budget masa berapa lama lepas baby tidur tu dia akan bangun menyusu.

Siang memang la baby minum ebm yang saya bekalkan kat rumah pengasuh. Malam pun saya masih lagi kena pam. Bukan tak cuba bagi baby df tapi memang baby tak nak, nangis2. Tak sampai hati la pulak nak biar baby nangis lama2. Nanti lain lak jadinya. Tak pe la selagi ibu boleh lakukan apa yang terdaya, ibu akan buat asalkan anak ibu masih lagi minum susu ibu. Huhu...

Sunday, December 2, 2012

Cara Cairkan EBM

'EBM = Expressed Breast Milk'
1. Pilih botol yang bertarikh paling lama dari bahagian beku.
2. Turunkan EBM beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cair… InsyaAllah ATAU....
3. ... lalukan EBM beku di bawah aliran air paip.
4. Bila sudah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air panas/suam ATAU gunakan pemanas susu khas.

AMARAN KERAS !!!
- JANGAN cairkan EBM beku dalam suhu bilik.
- JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan EBM beku kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
- JANGAN masak EBM beku di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
- Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
- Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula.

TIPS
- Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
- Pangku bayi anda ketika memberi EBM
- Rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman.
- Sesudah minum, BURP kan bayi anda.

Petikan dari : http://petuapakar.blogspot.com/2011/03/tip-penyediaan-ebm-cara-cairkan.html