Friday, June 29, 2012

Emosi Ibu

Malam tadi betul2 listkan apa perlu dibeli untuk baby baru. Lepastu datang la rasa sayu, terus mengalir air  Hati mudah terusik lebih2 lagi kalau melibatkan orang2 tersayang ni.

Fikirkan Haziq. Nanti kalau Haziq tengok beli itu ini mesti Haziq fikir semua tu untuk Haziq, barang2 baru untuk Haziq. Lepastu fikir lagi nanti Haziq akan terasa kurang kasih sayang ke tak. Haziq akan rasa kelainan ke tak. Haziq akan rasa ibu pilih kasih ke tak?

Sememangnya sangat2 takut dan risau. Huhu... Akan cuba buat yang terbaik untuk pastikan anak2 mendapat kasih sayang yang sama. Mungkin masa ibu akan kurang tapi rasa kasih sayang ibu tak kan kurang walau sedikit pun. 

Memang nampak Haziq suka baby, suka berkawan. Tapi semua tu bukan di dalam rumah sendiri, di luar rumah. Dalam rumah cuma Haziq seorang saja. Macamana reaksi Haziq nanti. Ibu sayang Haziq ok

Ibu dah plan apa yang ibu boleh samakan untuk Haziq dengan adik, ibu akan samakan macam beli selimut yang sama, sarung bantal yang sama. Ibu tak nak Haziq rasa lain. Tapi ibu tau semua ni hanya sementara, bila Haziq dah betul2 besar nanti Haziq boleh faham semuanya.

Semua ibu fikir macamni ke? Ke sibu sorang saja yang terlebih feeling?

Wednesday, June 27, 2012

Semoga Berkekalan


Warehouse Mydear

Mari3. Hehe... Over excited lak. Dulu ada call mydear tanya pasal warehouse, tapi time tu dia cuma cakap end of June until early July. Lepas tu pagi ni call lagi sebab dah nak end of  June ( walaupun hakikatnya belum gaji.huhu...). Padahal kat internet pun dah advertised pasal warehouse ni.

Warehouse mydear start esok, 28 June - 8 July, 9am until 7pm. Info ni segar dari ladang ni sebab baru lepas call. Gigih kan saya. Saja tumpang excited untuk orang2 yang nak pergi bershopping


Mengandung Ke?

Pagi ni dapat soalan cepumas. Mengandung ke? Padahal boleh dikatakan setiap hari hantar Haziq mesti akan jumpa akak tu. Kenapa la dia tak perasan saya mengandung. Tak pun dia pun fikir macam orang lain jugak kan. Samada saya ni memang berperut buncit ataupun saya ni perempuan gemuk.Tak lama dah nak masuk 7 bulan. Sekarang dah 26w lebih. Tu pun orang masih confius lagi.  ; )

Mungkin blouse pagi ni nampak perut saya macam orang pregnant kot. Kalau pakai baju kurung, tshirt kan nampak straight saja lepastu mungkin la nampak buncit sikit kat perut tu tapi orang tak nampak perut tu macam perut orang pregnant. Takpe2, bak kata lagu Jamal Abdillah, aku...maafkan kamu. Hehe... over lak

Ayam Goreng Kunyit





Bahan-bahan

- ayam yang telah dilumur dengan garam dan kunyit
- bawang putih dan halia yang telah diketuk
- minyak untuk menggoreng
- bawang besar (dipotong bulat)
- carrot, bunga kobis

Cara-cara

1. Panaskan minyak kemudian goreng ayam sehingga garing. Masa menggoreng ayam ni masukan sekali bawang putih dan halia yang telah diketuk. Bila ayam dah garing, angkt dan ketepikan ayam
2. Dengan menggunakan minyak yang sama (kalau terlalu banyak minyak tu kurangkan la sikit ye) masukan carrot, kacang panjang dan bunga kobis dalam kuali. 
3. Bila dah agak layu, masukan bawang besar dan ayam yang telah digoreng tadi.
4. Kacau sebentar dan boleh la dimakan

Tuesday, June 26, 2012

Biodata

Ada tak yang tak pernah tulis dalam buku biodata masa belajar dulu? Hujung tahun saja mesti edar buku biodata untuk kawan2 tulis kan. Ada yang letak gambar. Saya pun ada buku biodata yang sekolah menengah, u. Elok lagi dalam simpanan. Semua tu jadi kenangan.

Masa buat biodata tu masing2 tunjuk la kreativiti tersendiri. Ada yang bakar keliling kertas guna ubat nyamuk la (saya la salah sorang yg guna kaedah tu), kolaj la. Sekarang ada lagi ke orang buat buku biodata ni ye. Maklum la zaman dah semakin canggih, semuanya hanya di hujung jari saja kan.


Isi2 penting yang selalu tak kan ditinggalkan dalam biodata ;)

Ok, tak nak melalut dah. Bukan nak cerita pasal saya tapi pasal Haziq. Haziq dah ada buku biodata ke? Tak de la. Cumanya kalau nak tulis tu dah boleh la sebab Haziq pun dah ada pelakon kegemaran. Hehe... 

Tengok tak dulu cerita Apa Celop kat TV3 yang Kamal Adli berlakon tu. Haziq minat cerita tu. Macam orang besar kan, kartun2 tak layan. Kalau tengok iklan atau drama lain yang Kamal Adli berlakon mesti Haziq bising2 apa lelop tot. Awal2 dulu tak faham apa yang Haziq maksudkan tapi lama ooo... Apa celop tot.

Pelakon kegemaran : Kamal Adli


Semalam ada cerita ulangan Kembar Siang, sanggup tak nak pergi rumah ibu umi pagi tu sebab nak tengok Kamal Adli. Haziq, ibu dulu umuur 2 tahun lebih ni tak kenal sape2 pun. Puas pujuk baru nak keluar rumah.

Motor Besyaq

Haziq sangat2 excited, sangat2 suka, sangat2 obses kalau nampak motor besar2 ni. Kalau selisih kat jalan pun mesti bising abah, tu moto besyaq abah. Tak pun kadang2 fuyoo, best2 moto besyaq. Selalu pesan kat Haziq belajar pandai2, nanti dapat kerja bagus boleh la beli motor besar. Haziq ok je dia, memanjang ok. Hehe...




Semalam sampai kat parking rumah tu ada sebiji motor parking kat situ. Tak sabar2 nak keluar dari kereta nak membelek motor tu. Last2 ibu naik rumah sorang, tinggal Haziq dengan abah membelek motor tu. Lama jugak la kat bawah. Akhirnya terpaksa dukong naik rumah sebab Haziq tak nak tinggalkan motor tu.

Ingat pesan ibu ye. Belajar rajin2, dapatkan kerja yang bagus, boleh beli motor besar.

Friday, June 22, 2012

Perempuan Gemuk

Sekarang dah 25 minggu dah. Time macamni saya pakai tshirt besar2, tshirt encik asben la selalu jadi mangsa, seluar besar2. Lepastu colleague cakap saya ni tak nampak macam orang pregnant tapi nampak macam gemuk. Huaaa... Tu maknanya saya memang gemuk la kan. Tapi mungkin baju dengan seluar tu kot nampak macam menggelebeh kan.

Tadi pegi giant, timbang kat mesin yang kena masuk 20 sen tu, berat 50.5kg. Sebelum ni pegi giant, masa tengah jalan tu ada pulak minah tu bagi pamplet produk untuk kuruskan perut yang buncit. Haish..




Makan Air Panash

Saya suka borak2 dengan Haziq. Malam2 selalu tanya aktiviti dia kat rumah ibu umi. Tanya Haziq makan apa, tadi buat apa, apa yang terjadi. Haziq pun cerita la itu ini. Tapi biasalah kan kena la tapis juga sebelum percaya 100%.

Ibu : hari ni makan apa kat rumah ibu umi
Haziq : Makan air panash
Ibu : makan apa?
Haziq : air panashhhhhh

Confius lak. Makan air panas? Petang semalam cerita kat ibu umi, ibu umi pun gelak. Lepastu pagi ni baru la ibu umi teringat yang air panash yang dimaksudkan Haziq tu adalah bubur. Macam2 la Haziq ni

Haziq di pagi Jumaat

Banyak dialog2 menghiburkan hati kalau selalu berborak dengan anak ni.

Ibu : syg, nanti kawan dengan adik ye.
Haziq : ok
Ibu : nanti jaga adik elok2 ye, jadi pelindung adik ye
Haziq : ok
Ibu : syg abg
Haziq : tanak la
Ibu : tak nak apa
Haziq : tanak kawan dengan die

Abah : abg sleep x td?
Haziq : sleep
Abah : lama ke kejap
Haziq : lama kot
Abah : pukul berapa sleep
Haziq : pukul jam
Abah : pukul brp bgn
Haziq : pukul 8

Thursday, June 21, 2012

EBM

Sekarang dah betul2 kena buat kajian pasal EBM. Seriously saya tak ada knowledge sangat pasal EBM ni. Sebelum ni saya cuma baca2 macamtu saja, tak ambik port sangat. Tapi start dari sekarang saya dah kena buat research sebab banyak benda yang saya tak tau. Jangan gelak ye

Dulu masa Haziq memang tak berpeluang ber EBM ni sebab Haziq dulu ada masalah sikit. Lepastu jiwa saya pun tak kuat sangat time tu. Tapi untuk yang kali ke dua ni sememangnya saya nak kumpulkan stock. Kalau tak dapat kumpul stock banyak2 pun tak pe, cukup la pump hari ni untuk hari esok. Sebabnya peti ais kat rumah cuma 1 pintu saja. Segala2nya dalam tu. Yang beli yang canggih manggih, deep freezer semua tu belum betul2 berkemampuan lagi.

So saya kena la sedar2kan diri. Jangan beriya aim macam orang ada segalanya. Biarlah bersederhana, ikut kemampuan diri sendiri dan apa yang ada. Saya tengok ada yang simpan EBM dalam bekas dadih, storage bag, botol susu. Nak kena banyak membaca lagi. Breast pump pun nak beli yang biasa2, yang murah2 saja. Pendek kata yang ikut kemampuan la. Kalau yang mahal2 tu memang tak dapek la. Huhu...

Macam2 dalam kepala saya ni
- nanti EBM tu nak bawa balik dari office ke rumah nak letak dalam apa, memang kena ada cooler bag ke,
- nak cairkan EBM tu kena beli alat khas ke. Rasanya boleh rendam dalam air saja kan.
- berapa suhu yang saya perlu set pada peti ais tu
- kalau peti ais 1 pintu tu susu boleh bertahan berapa hari

Ntahla, macam2 yang saya harus, perlu tau. Yang penting tak boleh ikut orang lain, kena ikut kemampuan diri sendiri.

Semoga Allah murahkan rezeki saya dan keluarga, murah kan rezeki susu untuk baby. Amin...

Wednesday, June 20, 2012

Flat untuk disewa

- Lokasi: Kelana Jaya, SS6
- Utilities dalam rumah: (Fully furnished) Mesin Basuh, Peti Ais, Dapur Masak + Tong Gas. Cabinets (bedroom n kitchen), Katil & Tilam, dan paling cool ada Unifi!!
- Tingkat 5
- 2 bilik, 1 toilet
- Rate : RM1000
- Deposit : 2+1
- Utility deposit : RM300

Kemudahan: 
- dekat dengan Masjid Tabung Haji, Banks (maybank, bank Islam, Public Bank, RHB, etc)
- dekat dengan stesen LRT Kelana Jaya & Taman Bahagia, Paradign Mall, Giant Mall

Kepada sape2 yang berminat boleh contact saya atau pun direct contact tuan rumah, Zulkifly Amirudin or call 0132691526

Tuesday, June 19, 2012

Al-Fatihah

Hari Jumaat lepas dalam pukul 11.30am macamtu encik asben call tanya kak ada message tak. Saya cakap la takde. Lepastu encik asben cakap ni kak message cakap tok dah meninggal. Terkejut la saya. Lepastu terus call kak, tanya kak tok mana meninggal. Tok memang dah tinggal sorang. Tapi tak sangka lak sebab tak ada dengar sakit apa pun. Sakit2 perut sikit2 tu biasa la. Memang terkejut la dengar berita tu

Lepastu terus bagitau admin nak balik kampung sebab tok meninggal. Settlekan kerja sikit2 sebelum balik tu. Kebetulan hari tu Jumaat, encik asben lunch awal, lama, 12.30pm - 2.30pm sebab masa untuk sembahyang Jumaat sekali. Encik asben kemas2 barang dulu. Saya sampai rumah dah pukul 1.30pm macamtu. Encik asben nak turun pergi sembahyang tu bawak turun barang siap2 letak dalam kereta. Lepastu dah dekat nak habis sembahyang saya turun pegi ambik Haziq, tunggu encik asben kat parking je sebab surau tepi rumah tu je. Lepastu terus gerak balik kampung.

Dekat 5.30pm tu sampai kat Ipoh mula harungi jammed. Huhu... Lagipun time tu time orang balik kerja. Abang ipar call cakap dah nak bawak turun jenazah tok ke kubur. Tak pe lah, nak buat macamana, tak ada rezeki nak jumpa. Semoga arwah tok selamat di sana. Sampai kat area Penang, jammed lagi. Magrib baru sampai kat rumah tok. Huhu... Sedih

Hari Khamis tu arwah kemas 2 biji beg letak baju2 baru dalam tu sebab nak ke rumah mak cik. Lepas tu mak ndak yang kat tepi rumah tok tanya la kenapa banyak sangat nak bawak, tok cakap sebab kali ni nak pergi lama. Hari Jumaat tu dalam pukul 11am lepas balik dari kebun, mak ndak panggil la arwah tapi tak ada bunyi apa pun. Masuk dalam rumah tengok arwah baring sambil meniarap atas bantal. Panggil lagi, tapi tak menyahut jugak. Lepastu mak ndak panggil pak ndak, angkat tok letak kat ruang tamu. Pegang nadi dah tak ada apa. Lepastu terus la call anak2 arwah. Lepastu tok imam datang cakap arwah dah meninggal.

Sebenarnya saya baru balik dari kampung 2 minggu yang lepas. Masa tu sempat la jumpa arwah. Huhu... Dah tak ada tok dan tok wan, empat2 orang dah kembali ke rahmatullah.

Sebelah ayah

Arwah tok wan meninggal masa saya tingkatan 1. Masa ni memang saya duduk dengan arwah tok dan tok wan. Memang sempat jumpa. Arwah sakit, masuk wad jugak. Lepas balik rumah sehari dua meninggal

Arwah tok meninggal raya puasa tahun lepas. Masa tu baru seminggu saya balik dari kampung. Tak sempat jumpa jugak sebelum arwah tok dikebumikan sebab memang tak boleh nak laju2 pun, bertolak balik time orang balik kerja

Sebelah mak

Arwah tok wan meninggal 2 tahun lepas. Arwah masuk wad sekejap, lepastu doktor cakap ok, dah boleh balik. Duduk kat rumah 1,2 hari meninggal. Sampai Puchong pukul 11pm daripada kampung, pukul 7am dapat call arwah tak meninggal. Balik lak. Masa ni sempat jumpa sebelum jenazah dibawa ke kubur sebab encik asben drive macam bawak kereta sport, 3 jam. Lagipun masa tu pagi, tak jamm pun jalan

Arwah tok hari Jumaat lepas meninggal

Bila dah banyak kali lalui pengalaman tak sempat jumpa buat kali terakhir, makin berkobar2 hati saya nak dapatkan kerja di kawasan sana. Walaupun mungkin bukan di negeri yang sama, tapi ok la kalau cuma ambik masa 2jam untuk balik kampung. Memang Allah dah tentukan kita akan sempat jumpa ke tak tapi kalau dekat sikit ni, lain sikit rasanya. Tak ada la ralat sangat. Kalau boleh saya nak jaga mak, ayah di saat2 mereka tidak berapa sihat. Huhu...

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah

*** tok tu panggilan orang utara untuk nenek, tok wan tu untuk datuk

Thursday, June 14, 2012

Dinner

Malam tadi tak masak nasi sebab tengahari tu makan nasi macam dah kenyang. Encik asben pun tak nak makan nasi jugak. So menu dinner semalam sebungkus maggi kari, 2 biji roti bom, bubur nasi.

Maggi tu encik asben nak makan. Kesian dia sebab dulu dia bukan makan maggi tapi saya yang ajar. Teruk kan saya ni. Masak maggi kari tumis letak sayur sawi sikit, ayam sikit, telur sebiji. Roti bom ni lak saya la teringin nak makan. Dan lama sebenarnya tapi baru malam tadi rasa macam betul2 beriya. Balik kerja encik asben singgah tapau jap kat pasar malam tu.


Sedap. Kuah dal dia pun sedap. Orang melayu yang jual ni. Yang kuah durian tu yang balance saya masak haritu, saja la letak sekali. Habis sebiji sentengah saya bedal, setengah lagi encik asben habiskan. Haziq rasa sikit lepastu tak nak. Dia dok kutip carrot dalam bubur nasi. Lepas ni nak beli yang frozen tu la sebab dia ada jual sekali.

2 Kuali Bihun Goreng

Pagi ni goreng 2 kuali bihun. Banyaknya la hai sampai 2 kuali kan. Dah tu masak seorang diri pulak tu. Ada kenduri ke pagi ni? Ke ada orang tempah bihun goreng? Rajin tak saya awal2 pagi bangun kelentang kelentung kat dapur. Hehe... Over la kan, orang lain bangun lagi awal takde bising2 pun.

Buat 2 kuali la sebab 2 versi bihun. 1 untuk saya dan encik suami, 1 lagi untuk Haziq. Untuk Haziq tak boleh letak warna2 sebab bila tengok je Haziq akan cakap pedasssnya walaupun hakikatnya bihun tu cumalah letak sedikit sos tomato dengan kicap. Alasan tak nak makan la tu kan. Tak pe ni buat bihun putih melepak pulak. Harap2 Haziq makan la dengan kawan2

 Ni bekal untuk abah
Ni untuk Haziq dan kawan2

Wednesday, June 13, 2012

10 tahun yang dulu

Tadi ada dengar kejap kt Hot FM pasal kisah 10 tahun yang dulu. Macam2 cerita yang orang kongsikan, ada yang daripada gembira menjadi sedih, ada yang daripada sedih menjadi gembira. Tak rasa nak tulis apa2 pun pasal ni sebenarnya tapi tiba2 dak jahat tanya lak pasal ni. Kalau saya tak 10 tahun yang dulu berumur 19 tahun la. Hmm... tahun depan dah masuk 3 series dah.

10 tahun dulu saya seorang student di UMS, Labuan. Kali pertama naik belon, kali pertama jejak kaki ke airport, kali pertama check in kat kaunter, kali menangis macam budak hilang akal di tengah2 orang ramai sebab seorang diri naik flight, tinggalkan family. Huaa...memang syahdu la time tu

Tiba2 rasa macam tak sangka lak saya yang family cakap lembik ni boleh seorang diri masa tu. Sape sangka kan. Kira cekal hati jugak la saya ni. Dengan tak tau macamana cara, selok beloknya. Di sanalah segala2nya bermula. K, cukup lah sampai di sini ; )

Serawa, bubur, kuah ?

Ada orang panggil serawa. Ada orang panggil bubur. Ada orang panggil kuah. Tapi sama saja la. Petang semalam tiba2 rasa macam nak makan durian. Tapi bukan durian kawen, nak durian kampung. Saya memang tak suka durian kawen yang isi warna kuning, ulas besar2 tu sebab cepat muak. Durian kampung sedap, isi nipis, lembut, makan banyak pun lambat muak, isi lak warna putih kekuningan. 

Kebetulan semalan encik asben datang ambik. Lepastu teringat 1 tempat tu ada letak banner durian kampung, so ajak balik ikut situ la. Beli durian. Sedapnya. Sebenarnya rasa nak makan durian dengan pulut ( makanan orang utara, Kelantan). Terbayang2 durian, pulut lepastu tuang santan. Sedapnya. Padahal dulu kalau tak pregnant tak makan sangat pun pulut. Pulun bedal buah saja.

Tapi saya memang la tak pernah masak pulut sekali pun sepanjang 29 tahun ni. Dah tanya mak banyak kali, mak dah bagitau tapi saya rasa tak yakin lak nak masak pulut, takut lembik, mentah. Semalam sambil2 masak nasi tu, buat la kuah durian. Tapi tak larat la nak menjala, so makan kuah saja. Bukan menjala ikan ye, tapi buat roti jala ;)

Ni lah rupa paras durian kampung. Yang bekas kena tekan tu sebab jari saya yang menekan nak rasa kelembutan durian tu. Sedap tau

Saya tak buat pekat2 sangat sebab suka macamni. Kalau pekat2 cicah roti jala sedap la

Kehilangan

Dah banyak kali kan saya buat post pasal teman tapi mesra Haziq. Hehe... kawan baik Haziq la tu, kawan bergaduh, kawan bergelak ketawa. Rumah kami sebelah menyebelah tapi berlainan tangga. Tau tak macamana tu? Kami berkongsi dinding yang sama. Kepada yang tak faham tu sila abaikan saja lah ye.

Semalam Era message tanya encik asben saya tau baiki lampu tak sebab diorang nak tukar lampu rosak lepastu tak tau nak pasang balik wayar tu macamana. Dalam pukul 9.30pm macamtu kitorang pegi la tengok kejap. Yang nak tengok tu encik asben je, saya dengan Haziq ni memeriahkan keadaan saja. Dah lepas encik asben dengan Syukri check sana sini, kami duduk borak2 la kejap sebelum balik. Tuan rumah hidangkan air dengan keropok ikan goreng.

Lepastu tengok Era berbisik kat Syukri tapi tahap boleh dengar la apa yang dia cakap tu. Era tanya Syukri nak bagitau sekarang ke? Tapi Syukri diam je. Lepastu Era tanya lagi. Cepat2 la saya mencelah nak bagitau apa, bagitau la cepat2, jangan nak buat suspen. Lepastu riak muka diorang berubah dari ceria ke suram. Saya rasa macam berdebar la jugak. Encik asben lak tak fokus sangat sebab dok tengok bola. Macam tu la dia, kalau dah dapat tengok bola.

Kami nak pindah balik kampung. Sebab tu dok baiki apa yang rosak. Sebelum tinggal nak baiki la mana2 yang tak ok.

Bila dengar ayat tu saya memang la rasa sedih tapi tak de la sampai tahap menangis berjurai air mata. Sepanjang 3 tahun lebih kat rumah tu, mereka la satu2 nya keluarga jiran yang baik, boleh dikatakan sangat2 baik la. Kami sentiasa menolong satu sama lain tak kira dari segi apa. Kalau kami susah, diorang akan tolong, macamtu la sebaliknya.

Syukri memang la nampak sedih masa tu. Syukri pesan dengan Era jangan bagitau kami awal2 sebab takut kami sedih sebab dia pun rasa sedih. Dia kata dia dah anggap kami sekeluarga lebih daripada saudara. Huhu... sedihnya...Ye la bila kita berjauhan daripada keluarga, kawan2 la tempat kita merujuk kalau ada apa2, lebih2 lagi kalau dapat yang kita rasa serasi.

Syukri lebih mudah touching berbanding Era. Macamana nak cakap ye. Lepastu dia lebih kelam kabut berbanding Era. Terbalik lak dengan keadaan saya dan encik asben. Saya kelam kabut, encik asben cool. Kami memang bertentangan.

Harap2 mereka tak jadi la pindah. Huhu...



Tuesday, June 12, 2012

Excited, Nervous

Malam tadi scan lagi sekali. Dan kali ni encik asben lagi bertambah gembira. Terserlah kegembiraan di wajahnya bila doctor bgtau. Doctor siap lukis lagi apa yang doctor nampak. Memang doctor ada tunjuk kat saya dengan encik asben tapi biasala tak nampak sangat pun ; )

Dh 24 minggu, bulan depan dah nk puasa. Dah boleh start buat preparation sikit2. Mana yang boleh guna yang lepastu, guna yang tu saja. Tak perlu membazir kan. Bukan tak excited, perasaan excited tu semestinya ada sebab nak sambut kedatangan ahli keluarga baru. Beli apa2 yang penting tu beli la jugak. Baju akan beli juga nanti.

Tak sabar juga nak tunggu lagi +- 3 bulan ni. Bertambah seorang lagi ahli keluarga. Macamana la agaknya nanti bila Haziq dah betul2 jadi abang. Sekarang Haziq selalu tengok perut ibu, ketuk2 sikit tapi kena control la jugak takut terkuat ketuknya nanti. Siap bagi salam. Assalamualaikum baby, baby sleep ke. Kiss sekali, lepastu dah la. Selalu bagitau nanti tak lama lagi abang ada adik, abang jaga adik elok2 ye. Haziq jawab OK. Macam faham je Haziq, confident je OK.

Tak sabar lak rasa ni. Nervous pun ada. Dulu masa kali pertama nak bersalin memang la takut tapi masa tu perasaan takut tu lain sebab tak pernah lalui, tak tau step-by-step sampai keluar baby. Tapi ni kali ke dua dah dok terbayang semua dah. Psiko betul la ibu sorang ni

Letih

Pagi ni kaki agak letih sebab dekat 45minit berdiri dalam bas. Adatla kan kalau pergi balik kerja naik public transport ni. Kalau nasib baik, ada la seat kosong, kalau tak, berdiri saja la. Kalau nasib baik lagi, ada la insan2 yang prihatin bagi tempat duduk. Itupun kalau ada yang prihatin. 

Saya tengok sekarang ni ramai yang macam kurang belas kasihan, kurang keprihatinan. Kenapa ye. Saya bukan cakap sebab kes saya kena beridiri. Walaupun perut dah besar tapi saya masih boleh bertahan. Yang peliknya dah disediakan seat untuk orang kurang upaya kat situ, siap ada tulis lagi. Macam pagi tadi ada 2 orang uncle dgn aunty tu berdiri depan diorang, boleh buat tak tau saja. Tak nampak langsung ada rasa bersalah sebab diorang duduk kat tempat yang tak sepatutnya dan tak nampak muka rasa kasihan diorang pada uncle dengan aunty tu. Kenapa ye boleh macamtu. Padahal yang berdiri kat depan diorang tu dah macam pangkat nenek dan atok dah.

Kadang2 sakit hati jugak tengok situasi macamtu. Rasa macam nak suruh diorang bangun, bagi orang yang sepatutnya duduk, tapi tak berapa berani la pulak. Huhu... Tapi serius kesian bila tengok orang2 tua berdiri dan tak diendah kan. Kenapa la begitu keras hati mereka. Lagi sakit hati kalau tengok yang duduk tu bukan orang Malaysia, yang ntah warganergara mana. Tapi buat macam kita lak menumpang kat tempat diorang. Haish...

Semalam balik kerja berdiri jugak la dalam bas. Memang tak suka naik bas M**** ni sebab pemandu dia memang tak berapa beretika, begitu jugak dengan konduktornya. Pendek kata memang selagi boleh elak, saya akan elak la. Semalam dah 45 minit berdiri tunggu bas, last skali bas tu yang muncul, terpaksa la naik jugak walaupun berat hati.

Kat flyover dah nampak terang2 lampu kuning tu bertukar merah, baru nak pecut laju2. Tiba2 kereta dari laluan yang sepatutnya jalan tu datang, sikit lagi nak berlanggar, time tu la break mengejut yang tak hengat. Yang berdiri tu sah2 la ada yang jatuh, nak jatuh, terpeleot, termasuk la saya. Tak tau la driver tu ada lesen ke tak. Tapi setahu saya driver bas M ni memang semuanya boleh dikatakan spesis yang sama. Nak berkejar2 kalau nampak bas lain, kalau tak ada bas lain, slow teramat. Macam2 hal kan

Monday, June 11, 2012

Pureen Warehouse

Baru lepas dapat email dari Pureen pasal diorg punya warehouse sebab last week saya ada email tanya bila coming warehouse. Bagi saya memang berbaloi pergi sini tapi kena tahan dengan kesesakan orang ramai la.

Warehouse Mydear lak kalau tak salah samaada hujung bulan 6 ataupun awal bulan 7. Info ni dapat dari staff Mydear tapi tak comfirm lagi la.

InsyaAllah akan pergi ke dua2 warehouse ni


Friday, June 8, 2012

Cekodok pisang

Ada yang panggil cekodok, ada yang panggil jemput-jemput. Tapi tetap merujuk kepada 1 makanan yang sama. Balik dari kampung hari tu mak bagi 3 sikat pisang. Namanya pisang padang. Balik tu saya dah bagi kat jiran2 sikit, tinggal sikit balance untuk kat rumah. 

Semalam encik asben cakap buat cekodok pisang la untuk makan malam ni. Tapi bukan tu saja, ayat belakang macamni, buat macam mak buat ye. Encik asben suka makan cekodok yang mak buat. Lepastu terus la call mak tanya mak buat macamana. Apa la nak jadi kan, nak buat cekodok pun call mak. Teruk kan





Bahan-bahan

4 biji pisang masak
Tepung gandum secukupnya
1 sudu besar susu pekat / gula (ATAU ye, bukan DAN sebab pisang pun dah manis)
secubit garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1- Lenyekan pisang
2- Campurkan tepung gandum secukupnya. Jangan terlalu banyak letak tepung, nanti keras lak
3- Masukan susu, soda, garam
4- Kacau sebati
5- Biarkan dalam 15 minit sebelum menggoreng (pesanan dari mak)

*** Mak pesan lagi jangan letak air sedikit pun

Rasanya menjadi sebab licin ;)

Wednesday, June 6, 2012

Tercapai

Masa odw balik kampung tu kak dah message ayah dah beli durian, dah cari rebung. Terharunya... Tu la kasih mak ayah terhadap anak. Semoga saya dapat menjaga mak ayah sebaik mungkin. Amin.

Jalan jammed jugak balik haritu. Sampai kat Penang tu beberapa tempat boleh bergerak 10km/j saja. Nasib baik la time tu Haziq tidur, kalau tak mesti asyik tekan hon saja sebab kereta depan slow sangat. Sampai rumah pukul 12.30am. Semua tengah tunggu. Anak-anak menakan yang tidur pun bangun. Haziq dah puas tidur, jangan mimpi la nak tidur lagi. Huhu... Last sekali tinggal mak, ibu dengan Haziq yang tak tidur. Tu pun sebab Haziq tak nak tidur la. Pukul 5.30am baru nak tidur.

Pagi tu bermula la episod buat nasik lemak. Nasi lemak ni kak buat. Saya tukang lap daun pisang, bungkus saja. Sambil bungkus tu teringat la dulu masa sekolah rendah tolong mak buat kerja2 tu sebab mak letak nasi lemak kat kedai. Saya pun time tu bawa jugak ke sekolah, jual. Kak pun sama. Tapi memang puas la akhirnya dapat gak makan nasi lemak yang di idamkan. Cuma tak sempat makan nasi lemak yang mak buat sebab mak tak berapa sihat.

Memang kenyang la makan nasi lemak ni. Setiap sorang dapat 1 bungkus. Haziq pun ada sebungkus. Tapi saya comfirm la makan lebih daripaa 1 bungkus ;)

Ingatkan tengahari tu tak nak makan dah. Lepastu masak jugak sayur rebung, ikan kembung bakar. Apa lagi tah. Sedapnya dapat makan masakan mak, makan kat kampung.


Friday, June 1, 2012

Kelam Kabut

Pagi-pagi kalau tak sempat buat bekal untuk Haziq mesti singgah beli kuih dulu. Sebenarnya Haziq tak la makan sangat. Tapi bagi saya tak apa lah kalau Haziq just makan sesuap dua pun, janji Haziq makan jugak daripada tak ada apa2.

Pagi2 sekarang ni tak la kelam kabut sangat. Encik asben pergi kerja pukul 6.45am sebab masuk pukul 7am dan kebetulan agak dekat dengan rumah. Lepastu tinggal lah saya berdua dengan Haziq. Dah siap2 semua, time nak keluar rumah tu agak dugaan jugak untuk saya sebab Haziq sangat laju. Sebelum keluar rumah saya dah bagitau abang tunggu ibu ye, jangan turun dulu. Kalau abang turun dulu, ibu masuk dalam rumah. Haziq kata ok.

Tapi hanya ok di mulut. Bila dah buka grill tu cepat2 Haziq lari turun tangga. Saya lak time tu terketar2 nak kunci girll. Huhu... Suara kadang2 memang jadi tarzan jugak la pagi2 sebab risau gak anak dah lari turun bawah kan, nanti ada motor ke kereta ke. Tapi tak setiap hari macamtu.

Bila dah dalam kereta 1 isu lak. Saya cuma boleh drive selaju 20 atau 30 saja sebab risau Haziq tiba2 buka pintu. Kat pintu belakang saya dah tekan child lock. Tapi pintu depan sebelah driver tu tak ada child lock. Kalau sampai sesuatu tempat yang baru baru slowkan kereta Haziq dah tarik lock, dah nak buka pintu. Ya Allah. Kadang2 berderau darah dengan kerenah Haziq.

Dah turun kat tempat beli kuih tu lak kena panggil Haziq banyak2 kali jugak sebab nanti Haziq akan lari2, dah la banyak kereta nak pergi kerja pagi2 tu. Tak pun Haziq pergi jenguk rumah2 orang. Haziq memang tak boleh duduk diam. Sebab tu lah saya selalu sediakan bekalan untuk Haziq, tak payah nak stop sana sini.

Bila tengok orang pimpin tangan anak kiri kanan, rasa macam bila la saya akan berkeadaan macamtu sebab Haziq tak kan biarkan tangan dia dipegang. Dia nak berjalan sendiri macam orang besar. Pasar malam pun dah lama saya tak pergi sebab Haziq tak nak berpegang, lepastu dah la orang ramai. Bahaya kan.

Sekarang saya terfikir macamana la keadaan saya bila adik Haziq lahir nanti. Mesti saya kena percepatkan lagi kuasa yang saya ada ni. Ye la sorang kena kendong, sorang lagi aktif ke sana sini. Mesti nanti saya jadi macam kartun. Hehe....

Haziq, Haziq...semoga Haziq dapat jadi abang yang baik yang boleh mendorong adik ke arah kebaikan ye sayang

Mee Kuah

Petang tu tanya encik asben nak makan nasi ke tak. Dia cakap macam kenyang. Lepastu saya ni masuk la dapur tengok apa yang ada. Dalam peti besi sejuk ada mee sebungkus, sawi, tomato sebiji, ayam sikit, telur. Cili yang dah blender pun ada. Terus rasa macam nak makan mee.

Saya tak tau la apa nama sebenar mee ni sebab saya main masak ikut suka hati saya saja. Tapi saya namakan dia mee kuah.

Bahan-bahan

- mee dicelur (saya buat tak sampai sebungkus pun)
- bawang merah dan bawang putih dihiris
- 3 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar sos cili
- kicap secukupnya
- ayam
- sawi
- tomato
- air
- garam sesedap rasa

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang
2. Masukan cili kisar dan biarkan pecah minyak sekejap
3. Masukan ayam dan air. Biarkan sekejap bagi ayam tu masak sikit
4. Masukan sos tomato, kicap, batang sawi
5. Bila dah mendidih, pecahkan telur, masukan sawi dan tomato
6. Letaklah garam sesedap rasa


*** Kalau lagi banyak sayur lagi sedap ni. Campur carrot, bunga kobis

Tanggang Moden

Sedih la baca paper hari ni. Seorang anak yang dah berjaya jadi jurutera tergamak hantar ayah kandung sendiri ke pusat jagaan, lepas tu tak ngaku ayah lak. Sebaliknya ngaku sebagai jiran saja. MasyaAllah. Kenapala sampai tahap macamtu ye. 

Jurutera mampu kot nak ambik orang jaga ayah. Kalau nak hantar kat pusat jagaan pun jangan la buat sampai macamtu. Tak kan tak ada perasaan sedih, kesian kat ayah kandung sendiri.

Kepada jurutera tersebut, berdoalah semoga bila dah tua nanti anak awak tak ngaku sebagai jiran awak dan hantar awak ke tempat yang sama macam awak hantar ayah awak.

 Pic daripada Harian Metro

Ni petikan daripada Metro

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 40-an tergamak menghantar bapa kandungnya berusia 70 tahun yang diserang angin ahmar ke Pusat Jagaan Nur Ehsan, Kempas, di sini, dan enggan mengaku dia anak warga emas itu, sebaliknya mendakwa dia hanya jiran yang prihatin terhadap nasib lelaki tua berkenaan.
Bagaimanapun, tembelang lelaki terbabit yang juga jurutera di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini terbongkar apabila pengurusan pusat jagaan berkenaan membuat semakan dengan beberapa pihak.
Ketika mendedahkan perkara itu, Pengurus Pusat Jagaan Nur Ehsan, Norijah Bidin berkata, jurutera terbabit yang juga anak tunggal warga emas berkenaan menghubungi pihaknya dan bertanya mengenai kemudahan di pusat itu bermula bulan lalu.

“Lelaki terbabit mengaku jiran warga emas berkenaan dan dalam perbualan telefon, dia menyatakan simpati terhadap nasib lelaki tua itu.

“Lelaki itu turut mendakwa warga emas berkenaan hidup sebatang kara, justeru, dia berhasrat menghantarnya ke pusat jagaan kami.

“Pada masa sama, warga emas itu juga mengalami kesulitan untuk berkomunikasi selain nyanyuk dan gagal memberikan maklumat berkaitan warisnya,” katanya di sini, semalam.

Doalah semoga kita dijauhkan daripada perkara2 sebegini. Walaupun kita tak tau apa punca sebenar tapi rasanya sebagai seorang anak tak patut kita buat macamtu kepada ke dua ibu bapa yang menjaga kita sejak lahir. Wallah hu alam


Tak Sabaq

Saya sangat tak sabaq hari ni. Awat? Sebab petang ni nak balik kampung. Haa....tengok, dah feel macam kat kampung. Hehe... Awatla lambat sangat nak habis keja ni, pukoi 6pm. Berjam2 lagi. Kan best kalau hari ni boleh balik awai, boleh la bertolak awai kan. Boleh sampai kampung awai. Dah la encik asben habih keja pukoi 3pm. Rugi dah tu masa2 yang berlalu

Petang ni nak menempuh jalan jamm lagi. Huhu... Adatla tu kan. Dulu time CNY balik kampung 12 jam baru sampai. Lagi haru.

Encik asben punya plan petang ni ambik Haziq, ambik saya, terus balik. Keluar kat tol USJ sebab tak mau sangkut dengan jamm sangat. Lepas tu masuk Guthrie pulak. Kalau tak memang tersangkut la. Harap2 perjalanan kami selamat. Doakan kami no.

Excited ni dah 3 bulan tak balik kampung. Dah rasa macam bertahun2 dah. Alahai anak omak