Wednesday, November 24, 2010

Sup Pasta


Ni 1st time beli pasta semata2 untuk Haziq. Banyak gak Haziq makan pagi tadi.

Monday, November 22, 2010

Adiladha + Birthday Haziq

Aidiladha tahun ni tak berapa meriah. Kampung asben tak ada sambutan raya haji, just masak simple - nasik himpit,kuah kacang,rendang. Lepas tu makan la sape yang ada. Takde pakai baju raya, takde beraya ke rumah orang, orang takde datang beraya.huhu....Haziq pun tak sedar yang hari tu hari raya sebab saya pun rasa mcm cuti biasa je.huhu...xpe2...Tapi jeles la bila call kampung orang tu datang, orang ni datang beraya.haa...nak raya jugak...

Hari Jumaat, 19 November 2011 genap setahun umur hero kesayangan kami, Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi.



hepy 1st bday to our dearest son, Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi.ibu dan abah doakan supaya jd ank yg soleh,ikut segala peritah Allah,tinggalkan segala laranganNya,mdengar kata,mhormati org tua,

mjadi org yg bijak.doa ibu sentiasa mengiringi setiap hela nafas anak ibu...be a good son.ibu sentiasa berdoa agar ibu dpt mdidik anak ibu menjd seorg insan yg beriman,bguna




Jumaat tu pukul 6 pg lepas se
mbahyang Subuh bertolak balik ke Kedah. Singgah Jitra dulu
pegi bank. Saya dukung Haziq skali masuk dalam bank. Seperti biasa dia menjerit dengan tgn kaki xdok diam. Semua orang dia nak tegur. Ada 2 orang pakcik tu dukung Haziq, Haziq siap kiss pipi pakcik tu, dapat la duit raya...hehe...duit raya pertama untuk raya haji.
Pukul 11.30 pg selamat sampai rumah. As usual semua orang tengah tunggu kepulangan kami Haziq.



Sabtu saya p ambik kek yang saya dah tempah untuk Haziq, bli barang2 sikit. Just buat simple2 saja.
Menu: bihun sup, nugget, kentang goreng, wafer, sumi
Jemputan: saudara mara, budak2 kat kg dan mak2 budak.hehe...
Walaupun buat sikit2 tapi setengah hari jugak la. Letihnya malam tu rasa macam nak pengsan dah la esok paginya dah bak kena balik Puchong dah. kan best kalau boleh add on cuti lg 1 hari.hehe...
Aktiviti wajib Haziq kat kampung - melawat kandang lembu, reban ayam, reban itik, ronda2 naik motor. Pendek kata memang takde masa rehat la, schedule mesti penuh

Tuesday, November 16, 2010

Macam-macam Haziq

Hari Sabtu lepas tinggal saya berdua saja dengan Haziq. Saya ajar Haziq, sape nama Haziq angkat tangan, then saya angkat tangan Haziq. Dalam 2,3x lepas tu saya tanya lagi, Haziq angkat tangan tapi dia pegang tangan saya nak angkat skali sebab masa mula2 ajar tu saya pegang tangan Haziq. Lepas tu saya kata ibu bukan Haziq, syg sorg je Haziq, syg sorang la yang angkat tangan. Lepas tu dia pun cakap apa tak tau la dalam bahasa dia sambil angguk2 kepala. Agaknya dia ulas balik la kot apa yang saya cakap tadi tu. Tanya lagi...Haziq dah pandai angkat tangan dia sendiri tanpa tarik tangan saya...cumilnya...
Siang tu Haziq tak nak tdo, nak main je. Dekat nak malam tu nampak macam dah ngantok sangat2 dah. Masukan dalam buai. Haziq siap pacak kepala, lipat kaki, melengkungkan badan. Risaunya saya takut terseliuh ke patah ke. Macam2 pk. Dah cakap baik2, lembut2 tapi tak peduli pun. Lepas tu ternak sikit pitching suruh dia tido. Lama lepas tu baru Haziq tdo. Tengah lena Haziq ngigau nangis. Cepat2 saya pegi tepuk2 dia. Sian Haziq. Mesti sedih sebab kena marah. Huhu...Sedihnya saya. Suami cakap takpe la sebagai parents memang kita kena didik anak. Didik anak kena tegas tapi jangan la guna kekerasan. Selama ni saya cakap lembut2 tiba2 teringgi suara mesti Haziq pun sedih... Ibu buat mcmtu sebab ibu tak nak sayang terbawa2,terbiasa dengan perangai mcmtu...Ibu marah sebab ibu sayang.

Monday, November 15, 2010

Nasi Ayam Madu

Rebus

- Ayam

- Sup bunjut

- kiub ayam

- halia dan bawang putih (tumbok @ blender)

- air

Perap

- 2 sudu besar sos tiram

- 2 sudu besar kicap

- madu

- halia, bawang putih,bawang merah (tumbok @ blender)

Nasi

- beras

- minyak @ butter

- halia, bawang putih dan bawang merah (tumbok @ blender)

- air rebusan ayam

- daun pandan

- garam

- sedikit serbuk kunyit (untuk mewarnakan nasi)

Sos Cili

- 3 biji cili merah

- 1 ulas bawang putih

- 1 sudu kecil cuka makan

- garam dan gula secukup rasa

- air secukupnya

Sos Kicap

- 1 ulas bawang putih

- kicap

- air rebusan ayam

Sup

- air rebusan ayam

- garam

- daun sup

- bawang goreng

Hiasan

Tomato
Timun
Daun salad

Cara – cara

Rebus ayam bersama halia,bawang,sp bunjut,liub ayam sehingga empuk

- Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 20-30minit. Goreng hingga garing dalam minyak yang panas.

- Basuh beras dan toskan. Panaskan butter @ minyak, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya, daun pandan dan garam. Masak seperti biasa.

*** boleh tambah serbuk kunyit untuk tujuan mewarnakan nasi

- Untuk sos cili -blendkan semua bahan diatas. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

– Untuk sos kicap – tumis bawang putih, masukan kicap dan sedikit air rebusan ayam tadi

- Untuk sup- air rebusan ayam ditambah sedikit garam. Masukan hirisan daun sup dan bawang semasa menghidang

– Untuk hiasan – potong tomato dan timun. Letakan bersama daun salad

Thursday, November 11, 2010

UPSR

Hari ni keputusan UPSR keluar. Rasa berdebar2 lak sebab ada sorang anak menakan ambik UPSR tahun ni. Tiba2 hari ni terkenang peristiwa tahun 1995. Hari result UPSR keluar tu sampai ja kat gate sekolah kerani (masa tu Abang Wahab) dia cakap ' hang tak payah p tengok la, dah dapat 4A'. Tapi saya buat derk saja sebab tak percaya pun. Naik pejabat ambik result, Alhamdulillah semuanya A. Seronok sangat la masa tu. Tahun 1995 tu ada 10 orang (semuanya dari kelas 6A) yang dapat 4A.

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


27. Senjata wanita adalah airmata!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)


Sumber: Facebook

Wednesday, November 10, 2010

Header

Hari ni saya mengheaderkan blog.hehe...tq pada Ada dan jugak ym.hehe..


Jangan Panjat

Lately ni Haziq suka sangat memanjat. Risau saya. Paling risau skali takut kepala terjunam jatuh. huhu... Tak tau nak guna ayat macamana dah nak larang Haziq
- jangan panjat sayang, nanti jatuh (versi lemah lembut)
- jangannnnnnnnnnnnnnnnnn (versi tarzan jadian)
- angkat tangan nak pukul, Haziq pun buat jugak macam apa yang saya buat
- pukul kaki, Haziq pun pukul jugak kaki dia
Betul la kot orang tua2 cakap budak2 ni bukan boleh larang, semakin kita larang semakin dia suka buat. Lepas ni rasa macam nak cakap
' panjat la, panjat sampai bumbung' tapi risau lak takut dia over excited memanjat lak.hehe..

Monday, November 8, 2010

Balik Kampung

Last week balik kampung, bukan Kedah tapi Sungai Besar. Petang sabtu baru balik sebab Jumaat dengan sabtu tu asben keje. Pukul 3.45ptg gerak sampai kampung dah dekat nak magrib dah. Haziq balik jumpa nenek, sian nenek tinggal sorang2 kat kampung. Kalau nak tidur kat kampung mesti la gantung kelambu sebab nyamuk banyak. Haziq memang suka dengan kelambu ni tapi berkesempatan tidur dalam kelambu time balik kampung je la. Gantung je kelambu memang dia masuk berguling kat dalam la. Kadang2 dengan badan dia pun dia bungkus dengan kelambu tu. Macam-macam kerenah Haziq ni

Skill


Haziq dah mula tunjuk skill yang merisaukan. mula2 panjat sofa, lepas tu panjat kat aquarium abah. Pagi ni dah mula naik turun katil. huhu...

saya: anak dah panjat sofa lepas tu dah panjat kat aquarium
asben: yeke ? (mcm xbrp percaya)

Asben balik keje saya pun cerita la kat asben, lepas tu Haziq pun sibuk nak cerita jugak siap tunjuk2 lagi gaya dia memanjat mcmana. baru abah percaya anak abah dah pandai memanjat. Dah, lepas ni jangan panjat sana sini dah . Ibu dan abah dah tau dh Haziq memang terror memanjat.

Triffle

Kepada sape2 yang berminat untuk order triffle as doorgift untuk kenduri kendara ke jamuan ke open house ke atau apa2 majlis, boleh la contact saya for the details ;)

resepi triffle

- kek gulung
- 1 tin susu cair
- 1 tin air (guna tin susu cair tu)
- 4 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
- 5 sudu besar gula
- 1 tin fruit coctail (asingkan air dan buah)
- 1 paket agar- agar (saya guna kristal jelly nona)

Lapisan pertama
- potong kek gulung dan susun dalam bekas (kal
au nak nampak cantik, guna bekas kaca @ plastik yang cerah)
- tuangkan sedikit air fruit coctail ke atas kek (utk melembabkan kek) tapi jangan terlalu banyak

Lapisan ke2
- Panaskan susu, air,kastad yang telah dibancuh dengan sedikit air dan gula
- Kacau sampai sos kastad jadi agak pekat
- tuangkan ke atas kek dalam lapisan pertama
lapisan ke3
- Masukan fruit coctail tadi ke atas lapisan ke 2
Lapisan ke4
- masak agar2 dengan mengikut arahan di belakang kotak tersebut
- tuangkan atas lapisan ke3
Sejukan dalam peti ais. Lagi best kalau makan dengan vanilla ice cream @ whipped cream.

Thursday, November 4, 2010

2nd day nebulizer

Semalam hari ke2 Haziq kena nebulizer. Saya minta kat bos nak balik awal sikit sebab klu lewat nanti orang ramai sangat, tunggu lama2 kang meragam lak hero malaya sorg ni. Asben dtg ambil kat ofis lepas tu balik ambil Haziq kat rumah pengasuh. Lepas tu pegi klinik. Dalam kereta sempat lak Haziq nak bergaya...jeng3

Hari ni last day Haziq kena buat treatement. Saya sangat risau. Hopefully everything is ok

Gelora Di Hati Sara


Semalam episod last Gelora Di Hati Sara. Nasib baik la semalam saya tak miss certia ni kalau tak mesti tak best sebb tak dapat tengok ending. Saya memang suka cerita ni. Lagipun saya memang minat Rosham Nor. Sara macam terlalu banyak mengalah, berkorban. Tengku Marina lak macam terlalu pentingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan di atas kebaikan Sara. Emo lak saya.hehe...Dalam drama ni ada isu kekeluargaan, percintaan, tanggungjawab. Tapi yang saya perasan setiap kali Asyraf muncul mesti dia akan pegang duit - mungkin tu salah satu cara untuk Asyraf berlakon.

Tuesday, November 2, 2010

Alkisahnya

Ni seluar kak chik bagi ni utk umur 4 thn. pakaikan untuk Haziq sebab kak chik kata adik popoy demam windu kak chik la tu (ala2 org bercinta lak)

Petang Khamis tu masa ambik Haziq dari rumah pengasuh tengok Haziq selsema + batuk. Lepas sembahyang maghrib terus bawa Haziq p klinik. Masa doktor check tu ada tanya doktor ada kahak x dalam paru2 Haziq,doktor kata ok, xserius. So doktor bg ubat selsema + batuk. Malam tu dalam pukul 11.45 mlm tba2 badan Haziq panasyang teramat panas.
Wajah2 kelesuan, keletihan

Check temperature tengok2 39.7.huhu...terus bg makan ubat demam yang mmg saya dah spare kat rumh. Lepas tu pegi dapur ambik asam jawa,campur dengan air - jelum kepala Haziq. Sepanjang malam tu mmg tak tidur,asyik pantau keadaan Haziq sebab badan panas sangat. Haziq pun tak boleh tidur, rimas dengan selsema,batuk,demam. Asben pun skali tak tidur.
Jumaat tu terus sms bos bgtau saya EL. Memangla ngantok tapi main
point EL tu sebab tak sampai hati nak tinggalkan Haziq dengan pengasuh. Siang tu badan Haziq ok,dah tak panas macam malam tadi. Tapi memang Haziq tak bermaya, letih ja lepas
tu dengan tak cukup tidur lagi. Betul la pengasuh cakap Haziq klu nangis mesti panggil 'bu'. Memang terjadi pun. Lepas tu tba2 saya dengar 'bu, tak qhat' (xlarat). Saya terpk sendiri betul ke keluar dari mulut Haziq ke cuma imaginasi saya je. Lepas tu lagi skali 'tak qhat'. Saya dah rasa gembira tapi buat2 biasa je sebab rasa mungkin imaginasi saya yang lebih. Dan yang kali ke 3 lagi sekali 'tak qhat' lepas tu ada sambungan 'adoidoidoi'. Saya terus peluk Haziq, anak ibu dah pandai cakap dah...hepynya...Asben balik keje tu saya cerita kat asben tapi asben mcm tak ber
apa percaya, xpe la,xkisah, yang penting mmg saya dah dengar sendiri.hehe... Dalam pukul 8 mlm tba2 badan Haziq jadi panas mendadak, terus bawa p klinik, doktor check temperature 39. Doktor pun check lagi dada Haziq dan saya still tanya soalan yang sama, dada Haziq ok ke doktor. Doktor kata ok, not bad. Dapatla ubat kahak, ubat demam, antibiotik.
Nak bagi Haziq macam ubat sama la macam nak ajak Haziq p berperang. Kena kepit kaki, tangan, sorang kena pegang kepala, buka mulut. Tu pun banyak dari yang keluar daripada yang masuk mulut.
Sabtu tu Haziq tak ada demam dah just selsema dan batuk. Lepas asben balik keje,bawak Haziq p warehouse mydear, belikan 1 tolocar untuk Haziq.hehe...

Ahad tu bawa Haziq turun ambik angin, ada 1 group kanak2 perempuan, Haziq angkat jari tunjuk ke arah tu dan 1 patah perkataan keluar dari mulut Haziq 'tatak'. Lepas tu saya tunjuk kat budak2 lelaki saya tanya Haziq tu sapa tu, lagi 1 patah perkataan keluar dari mulut pelat Haziq 'a..ang'. Wah, memang betul orang tua2 cakap ringan mulut Haziq ni.
Isnin saya dah kerja, tinggalkan Haziq dengan pengasuh, 2,3 kali saya call pengasuh tanya keadaan Haziq. Penagsuh pun cakap badan Haziq sejuk panas tak menentu. huhu..memang saya risau sebab demam jadi on off. Macam demam tak kebah.
Malam tadi pukul 1 pagi tiba2 badan Haziq jadi panas semacam lak. Saya rasa macam time tu jugak nak bawak ke klinik pakar tapi mana nak cari yang buka awal2 buta tu.huhu...dalam hati terpk jugak nak bawa Haziq ke hospital tapi saya rasa kalau Haziq ke hospital, nanti kena masuk wad, saya tak sanggup la nak tengok wayar sana sini.huhu...lepas tu asben cakap kita try g pakar dulu pagi nanti. Pukul 9 pagi sampai kat Klinik Pakar Kanak2 Dr Chan, dah kena turn no.11. Yang lain semua Chinese, kitorang sj Melayu kat situ. Ni kali ke 2 Haziq datang ke klinik ni. Doktor muda lg, chinese lelaki. Sampai turn Haziq saya tanya doktor kenapa demam Haziq on off. Lepas doktor check doktor kata sebab kahak dah block kat paru2 so mmg demam akan jadi macamtu, tak boleh nak sembuh sebetulnya. Lepas tu tadi Haziq kena buat nebulizer again, sakan la nangis. Still kena continue nebulizer - esok dan lusa. Dalam hati saya masih lagi berfikir sama ada nak bawa Haziq ke hospital ke x. Tapi saya rasa continue treatment kt cni dulu, kalau still sama baru pegi hospital lak.
Sebenarnya saya sedih sangat tengok keadaan Haziq macam sekarang ni. Tak macam sebelum ni dah, dah rasa tulang2 pada dada, perut dah kempis.huhu..