Friday, January 20, 2012

Homemade Coklat

Semalam siapkan coklat yang ditempah oleh kawan tempat kerja lama dulu. Kalau ada sape2 nak order, contact2 la nanti ye.


Coklat compund - tiada inti

~ 1 - 50 biji : RM0.70/ setiap biji
~ 51 - 200 biji : RM0.60/ setiap biji 
~ 201 - 500 biji : RM0.50/setiap biji

Kalau nak letak dalam box pun boleh jugak

Wednesday, January 18, 2012

Bekalan : Bihun goreng

Hari ni tiga beranak bawa bihun goreng. Tapi untuk Haziq kena masak asing sebab Haziq tak makan pedas
Untuk encik asben
Untuk Haziq

I'll be there for you ;)

Awal pagi tadi hujan. Dalam pukul 2.30 tu ada petir, memang kuat la. Memang ibu dah terjaga sebab nak tengok Haziq. Bila dengar petir tu Haziq pun bangun, bu, ujan. Bila ada lagi bunyi petir terus Haziq tarik selimut baring atas perut ibu, elok je kepala tu parking kat atas perut ibu. Ibu peluk Haziq kuat2. Kedua2 belah tangan Haziq tutup mata. Mungkin takut sangat sebab 4 kali petir. Kalau ibu sorang2 pun ibu takut.

Ibu sentiasa ada untuk anak ibu k, ibu akan sentiasa melindungi anak ibu. Tapi ibu rasa macam abah tak sedar pun kejadian tu. Lupa lak nak siasat pagi tadi. Balik ni kita siasat ye Haziq sama ada abah sedar ke tak

Tuesday, January 17, 2012

Sesi berdialog

Hairan la kenapa kalau panggil Haziq abang mesti Haziq akan senyum2 semacam. Tersenyum2 simpul gitu.


Ibu : sayang, ibu panggil abang ye
Haziq : tak nak. sambil senyum2, geleng kepala
Ibu : kenapa tak nak? panggil adik nak?
Haziq : nak

Kenapakah Haziq tak nak terima gelaran abang itu? Adakah sebab Haziq belum ada adik yang boleh memanggilnya abang?

Selingan untuk hilangkan mengantok

Time2 macamni mesti la mengantok. Tadi diorang semua keluar. Bila sorang2 kat office kena la tolong terima courier, jawab call semua tu. Ada sorang mamat courier datang tadi

Courier : cik, tlg chop,nama,ic 
Saya : ic kena ltk skali ke
Courier : klu ltk nmbr phone lg bgs
Saya : xpe,guna nmbr phone office je.ke nak saya bg nmbr phone suami sy?
Courier : hehe…trm ksh la

Tu je la ceritanya. Tak menarik pun. Hehe

Monday, January 16, 2012

Perasaan sekarang

- mengantok
- bosan
- sakit belakang
- rasa nak makan sesuatu tapi tak tau makan apa
- rasa nak balik sekarang
- rasa nak baring2
- rasa nak peluk2 Haziq
- rasa nak makan laksa, bihun sup utara yang pak cik motor jual kat Vista Angkasa dulu tapi sekarang pak cik tu dah tak dapat dikesan
- rasa nak makan nasi kukus ayam berempah mak cik yang jual tepi gate Vista Angkasa dulu. tapi mak cik tu pun dah tak dapat dikesan
- rasa macam nak makan pulut kuning yang masak sendiri tapi tak yakin nak masak pulut sebab tak pernah masak
- rasa macam nak bangun dan menjerit sekuat hati
sekian

Rita dan Aidil

Entry ni bukan semata2 nak bergosip. Tadi buka FB, tengok ada kawan letak status pasal isu ni. Tengok komen2 para isteri dan ibu, rasa nak baca apa yang diorg bualkan. Saya minat jugak la tengok Rita berlakon. Walaupun diorang ni artis, tapi tetap manusia macam kita jugak kan, tetap ada perasaan isteri dan ibu. Tapi kita tak tau apa yang sebenarnya terjadi pada diorg, hanya Allah dan diorg saja yang tau kebenarannya. Saya baca kat sini, http://beautifulnara.com/rumah-tangga-rita-rudaini-goyah-lagi-aidil-kini-keluar-dari-rumah/

Kalau nak baca, baca lah tapi tak payah la nak membuat kesimpulan apa2 ye sebab kita tak tau apa2 pun kan. Tak tau sejauh mana kebenarannya. Doakan semoga mereka kembali bersatu, itu yang lebih baik daripada kita membuat berbagai2 kesimpulan

 

Weekend

Weekend ni tak ada aktiviti menarik sangat. Dua2 hari encik asben keje, balik pukul 3pm.
 Keboringan. Baring pun letak bicycle kat tepi

Sabtu

Pegi taman jap lepastu bawa Haziq tengok orang main go-kart. Ada sorang mamat tu, badan kurus keding tapi lajunya dia sampai berapa kali terpusing, tayar2 kat tepi pun dia langgar. Seram je rasa. Lepastu pergi survey2 tempat kolam renang yang untuk orang ramai tu. Tapi tak pasti la situ ke tempatnya sebab yang pool budak2 macam kecik je, lepastu orang ramai. Kena kaji lagi ni

Semangat lak encik asben memanjat sana sini. Kali ni tak ada snap pic Haziq pun

Ahad

Dalam pukul 10.30am tu Sya datang rumah dengan mama dia. Main2 dengan Haziq. Lepastu ibu umi pun datang. Ada jugak pelawat yang datang. Hehe...

Petang lak keluar cari susu Haziq, barang2 dapur. Itu saja la

Friday, January 13, 2012

Terbabas Tdo

Minggu ni 2 kali Haziq terbabas tdo. Hari Selasa tu pukul 7.30am ibu biarkan dulu sebab tak sampai hati la nak kejutkan. Bila dah 7.40am tak bangun jugak la terpaksa la ibu kejutkan walaupun rasa berat hati. Selalu dengar surau azan mesti Haziq dah bangun.

Sayang, bangun sayang. Kita dah lewat ni. Jom kita pegi rumah ibu umi, lepastu ibu work

Mengeliat2 sikit, buka mata, peluk2 selimut. Tapi alhamdulillah walaupun kena kejut dari tdo yang nyenyak, Haziq tak menangis pun. Good boy. Anak ibu ni memang baik

Kesian

Tadi ada orang press door bell. Nampak la kat cctv, tapi sukar untuk difahami

Saya : Hello
Dia : Saya nak buat pastport
Saya : You looking for which company?
Dia : Saya tada faham
Saya : Awak cari siapa?
Dia : Saya cari awak

Haa sudah la, bila lak buat appoinment dengan orang ni

Saya : Ni XXX Sdn Bhd. Awak nak buat apa (kena soal selidik dulu, tak boleh nak buka pintu sesuka hati, bahaya)
Dia : Saya nak buat pastport
Saya : Awak salah company. Sini tak buat pastport
Dia : Tolong la saya. Saya datang dari jauh, saya jalan kaki saja

Alahai, mintak tolong pulak dah. Tak tau nak buat macamana sebab tak nak beredar, minta bantuan officemate cakap pulak, pun sama jugak. Last2 kitorang turun jumpa dia kat bawah. Rupa2nya orang Bangladesh. Dia ada tunjuk surat pasal apa tah tapi berkaitan dengan PATI.

Macam nak nangis je tengok muka dia. Lepastu dia cerita2, dia suruh tolong call number phone dengan company yang tertulis kat atas kertas tu. My colluegue pun call, cakap Mandarin cari tempat tu kat mana. Lepastu bagitau mamat Bangladesh tu, dia macam dah sedih2 bagitau dah lama dia jalan dari pagi tadi tapi masih tak jumpa lagi. Kesian la pulak. Tapi tak pe la at least dah tolong dia carikan tempat yang betul walaupun tak hantar dia sampai ke depan company yang sepatutnya dia pergi tu.

I'm going to ... for .. months

Perasan tak hari ni kat FB ramai letak status macam title tu. Pagi tadi tiba2 tengok status kat FB kawan I'm going to LA for 27 months? Lepastu pk lamanya kawan ni nak ke LA, urusan keje ke apa. 
Lepastu tengok lagi sorang yang dalam friend list FB pun update macmtu jugak cuma lain tempat, dan lain tempoh masa.

Agak pelik kenapa hari ni ramai orang gomen post status macamtu. So, tanpa rasa segan silu tanya la kat kawan yang nak ke LA selama 27 bulan tu. Inilah jawapannya

Hii Girls...
Ok pretty ladies, it is that time of year again...support of breast cancer awareness!
 
So we all remember last year's game of writing your bra color as your status? Or the way we like to have our handbag handy? Last year, so many people took part that it made national news... and the constant updating of status reminded everyone why we're doing this and helped raise awareness!
 
Do NOT tell any males what the statuses mean...keep them guessing!! And please copy and paste (in a message) this to all your female friends.
 
The idea is to choose the month you were born and the day you were born. Pass this on to the GIRLS ONLY and let's see how far it reaches around. The last one about the bra went around all over the world. Your status should say "I am going to Mexico for 21 months."The day you were born should be how many months you are gone.
 
January - LA
February - London
March - Miami
April - Dominican Republic
May - France
June - St Petersburg
July - Austria
August - Germany
September - New York
October - Amsterdam
November - Las Vegas
December - Columbia

Have fun girls....!

Susah2 je nak bagitau bila birthday ye, siap ke LA, Miami lagi

Kisah Wardina

Sedihnya baca kisah Wardina dan keluarga yang dirompak. Apa2 pun syukur alhamdullillah sebab semuanya selamat. Kepada sape2 yang nak baca, boleh tengok kat blog Wardina

Normal risau ke over risau?

Malam minggu hari tu bawa jiran jumpa Ustaz Abdullah (ustaz dari darul Syifa) sebab dia ada masalah sikit. Saya sebelum ni memang biasa ke rumah ustaz. Kebetulan malam tu ramai pulak orang yang datang, so kena bersabarlah sikit nak tunggu kan.

Sementara tu saya borak2 la dengan Kak Ani (isteri ustaz). Borak pasal Haziq la. Haziq macam biasa la dia memang friendly, aktif, tangan pantas bertindak. Kalau pegi rumah orang pun Haziq buat macam kat rumah sendiri, pegi melawat sana sini. Lepastu tangan tu kalau lalu mesti nak jugak sentuh orang. Kalau pegi pasaraya tu memang ada la yang kena dengan Haziq.
Haziq kalau buat salah, suruh say sorry, dia akan buat, akan salam, kiss, hug. Tapi kalau ada masa yang Haziq tak nak buat macamtu, suruh la macamana pun, Haziq tetap akan berdiri terpacak akt situ la dengan muka masam. Of course la sebagai ibu saya sangat risau. Risau kalau perangai tu berterusan macamtu.

Saya tanya Kak Ani, umur macam Haziq ni boleh ke kalau nak minta ustaz buatkan bagi dia ok sikit ke, bagi lembut hati ke. Kak Ani cakap tak ada apa la sebab Haziq masih kecik lagi, budak2 memang macamtu. Jangan risau sangat. Tapi Kak Ani cakap tengok la kalau macam dah umur 6 tahun ke macamtu jugak (macam degil sikit) boleh la kalau nak baut masa tu. Kak Ani cakap biasala ibu ni memang risau kalau nampak anak tu macam degil sikit. Tapi insyaAllah nanti dah besar, Haziq akan ok.

Sebelum balik tu borak dengan ustaz, Kak Ani pun bagitau la ustaz apa yang kitorang borak tu. Ustaz cakap, tak perlu lagi. Doala untuk Haziq. Ustaz cakap budak2 umur macamni memang perangai macamtu kalau yang lasak, aktif. Nanti besar dia akan jadi budak bijak. Amin. Mudah2an kata2 ustaz tu menjadi kenyataan.

So, sekarang tak payah la risau sangat, normal la tu kalau macamtu ;)

Masak memasak

Dah agak berkurun tak bercerita pasal masak memasak ni kan. Kurang mood untuk bercerita ke arah tu. Hehe...Pagi ni sempat masak masak lemak kobis, ikan kembung sumbat (versi goreng) untuk bawa bekal dan tinggal kat encik asben sebab tengahari Jumaat sebelum ke masjid, dia akan balik. So tak payah la tapau, makan kat rumah je. Malam tadi dah siap2 tumbok sambal belacan. Timun pun ada kalau nak buat ulam.

Pagi ni untuk Haziq lak rebus maggi, lepastu buat maggi goreng tapi tak guna la perencah maggi, guna kicap dengan sos tomato saja. Lagipun ni sebenarnya bukan maggi goreng tapi maggi tomyam

Thursday, January 12, 2012

Rajin tak Haziq?

Tengokla anak teruna ibu ni, memang rajin la. Bagus2. Harap2 sampai besar nanti pun kerajinan macam ni tetap ada

video video


Wednesday, January 11, 2012

Update : Smart Soleh Integrated Islamic PreSchool

Ingat tak dulu saya pernah post pasal Smart Soleh Integrated Islamic PreSchool . Ni saya nak update info yang tak cukup haritu ye

Ni kalau untuk day care saja

- yuran daftar RM 635, tu dah termasuk la education, activities, apa lagi tah sebab semalam line tak berapa elok, tak berapa dengar.

- yuran bulanan lak RM 300 (full day, 7am - 7pm), RM 150 half day

Kalau untuk kindergarten
- registration RM1+++, termasuk buku skali (boleh bayar 2x)
- monthly RM 359

ok,cukup sampai di sini. Nanti saya update kindies yang lain lak. Over meroyan. Sekarang ni busy, nak buat kad raya ;)

Tuesday, January 10, 2012

Tak berapa sihat

Hari ni tahap kesihatan tak berapa baik. Sebenarnya daripada semalam lagi. Sebabnya urine infenction atau pun orang2 tua selalu cakap, panas dalam badan. Sakit la. Lepastu siap darah2 lagi. Huhu... Maafla ye kepada sesiapa yang baca dan rasa macam kotor tapi itu lah yang terjadi.

Petang semalam pegi klinik. Nak pegi klinik yang selalu pegi tu ramai sangat orang, tak larat la nak menunggu lama, so pergi klinik yang kurang orang

Doctor : Ye, kenapa? (soalan standard).
Saya : cerita la apa yang jadi
Doctor : ooo... itu urine infection ataupun badan terlalu panas. Ada demam tak sebelum ni
Saya : Ada, last 2 weeks
Doctor : Temp badan berapa masa demam tu
Saya : 42
Doctor : Boleh jadi ni effect demam haritu sebab awak terlalu panas. Ok, saya bagi ubat yang kuat sikit untuk awak
Saya : Doctor tak ada check apa2 ke?
Doctor : Saya rasa tak perlu, awak makan ubat dulu, tengok nanti macamana. Saya bagi awak mc untuk esok, so you can rest
Saya : Hmmm...
Doctor : Awak tak nak mc ke
Saya : Saya tak sure la doctor (boleh lak macamtu kan)
Doctor : Ok, awak ambik ubat dulu, kalau esok awak perlukan mc,datang sini

Dapat la 3 jenis ubat - tahan sakit, antibiotik, lawas *******. Ubat lawas tu sangat2 la pahit. Huhu... dah minum ubat tu term***** la pulak. Encik asben kalau m***** tu dia fikir Haziq akan dapat adik je. Haish, macam2

Lepas tu mak pulak call. Petang tu dah bagitau mak pasal ni.

Mak : check dak lagi, ka mengandung. Kak kata haritu demam, tah2 demam ada isi
Saya : Dak aih, tak mengandung pun
Mak : Mana la tau takut la jugak dah kata ada darah la, kot2 gugur ka

Macam2 persepsi. Hehe.. Sebenarnya ragu2 nak ambik mc sebabnya hari ni ada meeting, meeting department ni. So, rasa macam tak seronok/ serba salah kalau mc, x attend meeting.Huhu.... Tapi kalau mc pun bukannya tak bersebab, memang dah tak sihat. Hakikatnya sekarang ni kat kerusi office

Monday, January 9, 2012

Result Berpacking

Hari Jumaat tu buat post berpacking sebab encik asben last minit nak balik kampung, so packing la sorang2 sebab saya kat office. Dalam hati memang rasa nervous jugak sebenarnya, risau kalau2 ada barang2 penting tertinggal ke.

Sampai rumah mil dalam pukul 9pm macamtu la. Lepastu nak tukar baju tengok2 tak ada tshirt, yang dibawa baju long sleeve. Huhu.... tak nak la nak tido malam tu nak pakai baju lengan panjang, dah la panas. Tapi tak pe, pakai je la tshirt encik asben.

Lepastu nak tukar pampers Haziq lak. Cari pampers tak jumpa. Pergi check dalam kereta pun tak ada jugak. Lepastu tanya encik asben, alamak terlupa la. Haa....tengok tu. tshirt saya tu tak la penting sangat pun. Tapi kalau pampers pun boleh terlupa memang comfirm kena keluar pegi beli la jawabnya. Tapi tak pe la sebab dia yang salah, so tak ada la suara2 nak membebel. Cuba kalau saya yang terlupa lepastu dengan letih2 encik asben kena keluar pegi beli pampers lak.

Tu saya dah message bagi list apa yang nak kena bawa, apa yang nak kena masuk beg, apa yang nak kena masuk raga. Macam2 hal


Friday, January 6, 2012

Berpacking

Haa tu la malam tadi tanya jadi tak balik kampung, cakap tengok dulu. Kan langsung apa tak packing lagi. Ni dah msg panjang berjela list apa yang nak kena masuk beg,apa yang nak kena bawak. Lepas tu call lak tanya itu ini.

Ni kali pertama encik asben mengemas bersendirian untuk balik kampung. Diulang, KALI PERTAMA. Selalu mengemas bersama2 tapi kali ni bersendirian. Berdebar lak saya ni. Rasa macam ada je yang tak terbawa nanti.

Jangan tertinggal yang penting2 sudah la. Tadi encik asben call dia cakap kalau ada yang tertinggal tu terima saja lah ye. Hmm... Dia berkemas terus sebab nanti ambik Haziq, ambik saya, terus balik saja. Kalau nak balik rumah dulu, macam buang masa lak nak kena patah balik.

Tak pe, tengok saja la nanti apa yang di list kan tadi tu ada semua ke ada yang tercicir ke macamana. Nervous ni

Touching sorang2

Sorang2 kat ofis, apa lagi ambik kesempatan la. Hari ni baru tengok tentang dhia episod akhir. Sedihnya. Memang la itu hanya dalam drama tapi tetap menyentuh perasaan. Kalau la betul ada yang macamtu, kesian kan. Rasa hidup macam dipersia2kan. Sampai hilang kepercayaan suami. Tapi tu lah dalam dunia ni macam2 orang boleh buat, tak boleh buat cara kasar, guna cara halus. Mintak dijauhkan lah macam2 tu.

Macam2 cara Allah nak uji hambaNya. Macam Zikir, Dhia hidup mereka tak ada masalah kewangan ke apa tapi masalah macamtu lah pulak. Sebenarnya petang2 boleh saja kalau nak tengok cerita ni tapi setiap kali tengok rasa geram sebab yang baik tu terlalu baik, kena tindas pun diam lagi. Haish. Emo sebab drama. Ntah apa2 saja kan.


Thursday, January 5, 2012

Masih Lagi Dalam Dilema

Macamana ni, masih tak ada keputusan. Kena la buat keputusan cepat2, senang nak plan. Dari haritu tulis pasal ni tapi sampai hari ni belum ada keputusan. Tak tau la bila boleh dapat keputusan ni. Fenin2

Selamat Pengantin Baru

Jumaat lepas adik dah selamat akad nikah dengan pasangannya. Syukur alhamdulillah. Bertambah lagi sorang ahli keluarga. Balik last minute, dapat jugak join sekali dalam majlis akad nikah tu. Ramai yang pegi, 10 biji kereta. Sampaikan tok imam cakap dalam sejarah sepanjang nikahkan orang, ni la yang paling ramai.

Lafaz kali pertama sorang saksi cakap sah, sorang lagi cakap tak sah. lafaz kali ke dua ,semua cakap sah. 

Yang paling busy dalam masjid sah2 la Haziq. Dari mula masuk sampai balik tak duduk diam, meronda sana sini.

 Nampak handsome lak kan. Haip, ni saya punya ye ;)
Serabut betul pakai tudung. Almaklumla anak aktif, habis semua ditarik. Tapi nak la jugak bergaya walaupun tak berapa bergaya. ;)

Wednesday, January 4, 2012

Hambar, suram

Minggu ni adalah minggu yang hambar, suram dari hari2 sebelum ni.hmm...Kosong

Ada kena mengena x dggn pic ni?

Sekadar mengisi masa lapang

Kawan ...adalah kenalan yang kita kenal sebagai satu kebetulan, mencari identiti diri

dan bermesra berkenalan dan mencari keserasian untuk menjadi sahabat.
Teman hanyalah hadir seketika bila kita dipertemukan di satu satu majlis..
selepas itu dia berhenti disitu....jarang sekali rapat sebagai kawan atau sahabat..
Sahabat, tak siapa dapat menghuraikannya melainkan teman atau kawan yang rapat dengannya bagai isi dan kuku, mengharungi suka duka bersama, menyimpan rahsia bersama, susah senang bersama, menangis bersama..sahabat sanggup berkorban segalanya, jiwa dan raga....tanpa ada prasangka dan prejudis......

DIY - Signage @ penunjuk arah

Siap agenda untuk hari ni. Kepada sape2 yang pegi kenduri nanti jangan sesat sana sini ye. Nanti kenyang makan langsat, dah tak makan nasi dah ;)


Walimatul Urus

Di sini, saya selaku kakak kepada pengantin ingin menjemput kawan2 yang sudi bertandang ke rumah pada hari Ahad, 29 January 2012.

Nak balik bila, dengan apa

Dilema lagi. Tak habis2 dengan dilema. 

- kenduri adik 29.1 - Ahad
- saya start cuti 21.1 dan whole week CNY tu comp tutup office, memang kena force leave. diulang, FORCE LEAVE
- encik asben start cuti 28.1

waaa...macamana ni, bila saya nak balik kampung. Kalau saya balik dengan encik suami, maknanya seminggu tu tak buat apa2 la kat sini, kalau masa seminggu tu kat kampung boleh la jugak tolong itu ini kan. Haziq mesti la sangat sibuk menolong

Tapi nak balik naik apa? Bas? Flight ?

Bas - saya tak berapa yakin nak balik berdua dengan Haziq naik bas. Tak terbayang la macamana gaya. Lepastu kalau macam nak ke toilet ke nak tinggal Haziq kat sape lak? Hmm...

Flight - memang tak la sebab dah last minit ni harga dah mahal

Guano lah ni.

Tuesday, January 3, 2012

Pesanan untuk diri sendiri

Cuba jangan nak menyusahkan orang di saat kita susah. huhu... :(

Klinik gomen vs klinik swasta

Petang Rabu minggu lepas dah rasa sakit2 badan, lenguh2 sendi. Balik kerja tu memang dah comfirm la demam, kerja rumah 1 apa pun tak buat dh sebab memang dah tak larat sangat2. Malam tu tak berapa boleh tidur sebab lenguh2 badan. 

Khamis tu encik asben kerja, balik pukul 3pm. Lepastu terus pergi klinik. Tapi kali ni nak ke klinik kerajaan la konon2nya. Tunggu 1 jam lepastu baru turn jumpa doktor.

Doctor : kenapa?
Saya : cerita la panjang berjela sakit sana sini
Doctor : Sejak bila?
Saya : Semalam

Doctor pun check temp. Temp time tu 41.8

Doctor : Saya bagi awak ubat demam saja
Saya : Ubat migrain, antibiotik tak ada ke doctor? patient lak mintak ubat kat doctor
Doctor : Awak nak ubat migrain skali ke?

Geramnya rasa. Doctor ni betul2 ke main2 ni

Saya : Doctor, saya nak minta mc skali untuk hari ni
Doctor : Sorry I cant give
Saya : Why?
Doctor : Sebab you datang lepas pukul 1pm. Saya tak boleh bagi mc kepada yang datang lepas dari pukul 1pm
Saya : Saya tunggu suami saya balik kerja. Saya nak datang sendiri tak larat doctor
Doctor : That is your problem. I cant help you
Saya : Thank you doctor

Dengan rasa yang tak larat tu terus bangun, slip untuk ambik ubat pun saya tinggal saja atas meja doctor tu. Sebenarnya ni lah kali pertama saya ke klinik kerajaan untuk ambik ubat dan MC dan memang saya tak tau la  kena pergi sebelum pukul 1pm.

Balik tu terus pergi ke klinik dekat area rumah. Dapat berjenis2 ubat, siap dapat mc 2 hari sebab temp tinggi sangat