Sunday, January 26, 2014

Perkembangan adik

Haritu perkembangan abang, hari ni perkembangan adik pulak. Nanti ada perkembangan ibu yang makin mengembang ;)

Adik sekarang ni ada 4 batang gigi, dah bertahun2 dah masih lagi 2 atas , 2 bawah. Kenapa saya kata dah bertahun2, ye lah dari tahun 2013, skrg dah 2014. Hehe... Tapi memang tu je lah buat masa skrg ni. Yang atas tu memang besar lah. 


Haa.. tengok tu, bukan main besar gigi atas nya. Hehe... tapi tak pe, tetap comel

Dah laju berjalan sekarang ni. Memang susah nak duduk diam la. Ke sana sini je kerjanya. Dalam rumah kejap ke bilik, ke luar bilik. Bila masuk dalam bilik, 1 je kerja wajib adik buat - tarik baju2 abang yang berlipat, tersusun elok kat rak. Baju yang bersepah, belum lipat tu adik tak hirau sangat, tapi kalau baju yang dah tersusun elok memang akan berterabur ke lantai kalau biar adik masuk bilik lama2.



Tuesday, January 21, 2014

Cheese Cake Leleh

Melted cheese cake, cheese cake leleh, kek keju leleh fenomena sekarang, nama lain2 tapi merujuk kepada jenis makanan yang sama :)

Terdapat 9 jenis pilihan kek keju meleleh yang pasti membuatkan anda tidak sabar untuk mencubanya!

Inilah rangkaian Exlusive kek keju meleleh Melted Cake khas untuk anda semua.
Kek keju meleleh yang Super Terhangat dan Terlaress!

★ Kek keju meleleh Original Vanila
★ Kek keju meleleh Mocha
★ Kek keju meleleh Strawberry
★ Kek keju meleleh Orange
★ Kek keju meleleh Pandan
★ Kek keju meleleh Lemon
★ Kek keju meleleh Blueberry
★ Kek keju meleleh Durian
★ Kek keju meleleh Chocolate moist

Dijual pada harga yang sangat-sangat murah & berbaloi-baloi.
RM12 per pack
RM40 (4 pack)

Gabungan rasa kek pelbagai perisa yang lembut di lapisi dengan keju meleleh dan di tabur hirisan cheddar cheese yang mewah.
Rasanya yang sangat enak dan sedap pasti membangkitkan selera anda. 
Cuba lah hari ini..Memang tidak rugi.. Cair di mulut, cair di hati anda pasti jatuh cinta.
Ramai yang telah mencubanya! Fuuhhh memang melelehhhh!

Dapatkan segera!! 
Untuk setiap tempahan boleh hubungi : 012-4819973 (ida)
Atau PM (message) Rizqibites
Lokasi : Puchong, Cyberjaya dan kawasan sekitar


















Monday, January 20, 2014

Perkembangan Abang

Tahun ni abang dah masuk 5 tahun dah. Walaupun hakikat sebenarnya sekarang ni abang baru lah 4 tahun 2 bulan. Abang dah mula ke sekolah 2 sesi. Tak tau lah nak guna term apa, betul kot sekolah 2 sesi. Pagi abang masih lagi ke tadika yang sama macam tahun lepas, Tadika Permata Minda Ilmu. Pukul 8am - 12pm abang kat situ. Hari Jumaat balik awal sikit la, pukul 11.30am.

Hari pertama kat sekolah abang nangis. Bukan sebab tak nak pergi sekolah tapi sebab dah tak pandia tulis nama sendiri. So sedihla sebab abang kata dia dah tak pandai. So malam tu bagi la abang buat latihan sikit, bagi tambah keyakinan abang :) 


Petang lak abang ada kelas ngaji kat Az-Zuhdi, pukul 3pm - 5pm. Ada belajar macam2 la kat sini, bukan setakat baca Iqra je. Hari pertama abang kat tempat ngaji ni agak kesian jugak la. Abah hantar, pastu abang tka bagi abah balik, suruh tunggu kat luar. Abah kata muka abang masam je, dok kat sebalik tiang. Sebab kat situ abang la yang paling kecik. Yang lain2 ramai yang dah bersekolah. Bila dengar cerita macam tu hati ibu kat ofis ni memang la tak tenang, sedih je fikirkan abang. Macamana la abang bawa diri. Tapi ibu tau abang pandai berdikari dan senang bergaul dengan orang lain. Bila kelas dah mula, Ustaz tutup pintu, abah pun balik la. Tapi petang time ibu ambik tu abang ceria je pun. Alhamdulillah. Hari ke dua abah hantar abang siap suruh abah balik lagi. Maknanya abang dah ok la tu. Lega ibu. Ni ada sikit gambar abang. Nanti2 sambung cerita la gi ye :)

 Tengok ni muka happy je kan masa balik ngaji. Dah boleh sesuaikan diri la tu. Bagus abang

Sunday, January 19, 2014

2013 yang dah berlalu

Dah lama sangat tak peduli dengan blog ni. Bukan dah lupa tapi terlalu sibuk  dengan macam2. Penghujung 2013 yang lepas banyak ujian, perjalanan yang bengkang bengkok. Ujian Allah pada hambaNya. Nak tinggalkan saja kisah2 yang lepas. Terlalu banyak kalau nak imbas kembali. Jadi, teruskan melangkah ke depan bersama cerita2 baru pada tahun 2014 walaupun dah nak masuk 20 hari dalam tahun baru ni. Hehe...
 
Ni intro je. Banyak nak coretkan kat sini tapinya rasa macam nak teruskan dengan aktiviti tidur. Nanti nak kena bangun awal, main masak2 sorang2 untuk bekal abang ke tadika, bekal adik ke rumah ibu umi, bekal ibu dan abah pergi kerja.
 
Tata titi tutu... selamat malam semua (kalau ada yang membaca). Assalamualaikum