Wednesday, December 28, 2011

Anak

Malam bila ntah haritu tengok cerita anak kat astro, 104 ke 105 tah. Haish, keje lupa saja ni. Apa nak jadi. Sedih la cerita tu.

Ni sinopsis cerita tu

Cerita tentang kesusahan dan rintangan yang dilalui oleh Amir dan Intan dalam perkahwinan mereka. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan zuriat. Kehidupan mereka pada mulanya dilimpahi dengan kemewahan namun tanpa zuriat hidup mereka bagaikan tidak bermakna. Keluarga mereka yang lain juga turut mendesak agak berusaha dengan pelbagai cara untuk membolehkan pasangan ini mendapat anak. Apabila Intan mengandung, pelbagai masalah pula yang melanda dan mencabar kesabaran pasangan tersebut. Sama-sama saksikan telefilem lakonan Faizal Hussein, Dato Rahim Razali dan Lisdawati. - http://jiwang.net/2011/anak-2011-sdtv/

Diorg dah kahwin 10 tahun tapi belum lagi dikurniakan anak. Amir kerja sebagai salesman kereta, Intan kerja sebagai penjual kat butik. Awalnya hidup diorang tak ada masalah lain selain daripada buntu memikirkan masalah zuriat. Kemudian bertimpa2 masalah yang datang

- Amir, ibu dan kakaknya terlibat dalam kemalangan. Amir cedera di kaki manakala ibu dan kakaknya meninggal dunia
- Amir tak bekerja selama 2 bulan dan diberhentikan kerja
- Intan disahkan mengandung tetapi mempunyai masalah tekanan darah tinggi
- Amir terima surat daripada bank pasal loan kereta yang tak berbayar RM 80k kot, dapat ugutan daripada along supaya setelkan loan RM30k. Kedua2nya dibuat oleh kawan Amir yang menggunakan nama Amir. Amir terpaksa menyembunyikan perkara ini daripada isterinya kerana bimbangkan kesihatan dan kandungan terjejas
- Mula mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa menjual kereta, pindah daripada rumah teres 2 tingkat ke rumah flat, menjual peralatan rumah
- Awal checkup kandungan dibuat di hospital swasta tapi masa kandungan 7 bulan terpaksa pergi ke klinik kerajaan
- Intan terjatuh semasa kerja dan dipaksa berhenti kerja oleh Amir sebab risaukan keadaan isteri dan anak. 
- Amir bekerja semula ditempat lama
- Kawan tempat kerja Intan memberi duit kepada Intan untuk kegunaan mereka membuat persiapan menyambut baby yang akan lahir
- Amir mendapat pinjaman duit RM 200 daripada bosnya
- Intan diragut dan jatuh

Akihrnya anak yang ditunggu selama 10 tahun itu selamat dilahirkan dan semuanya selamat. Amir telah dinaikan pangkat dan sales melebihi target. Mereka berpindah semula ke rumah teres 2 tingkat

Dalam kehidupan kita ni macam2 bentuk ujian yang Allah turunkan kepada kita. Masing2 dengan ujian tersendiri. Mungkin pada zahir kita nampak orang itu tersenyum, tapi kita tak tau apa yang tersimpan di dalam, apa yang sedang ditanggung. Setiap ujian Allah SWT adalah untuk menguji kesabaran hambaNya

Bergaya tak?

Gaya sentiasa kena ada walau di mana jua anda berada.

Temp babysitt

3 Jan ni ibu umi nak cuti sebab nak hantar kakak anis ke hostel. Macamana ye. Ibu ke abah nak cuti ni. Ke Haziq jaga diri sendiri. Hehe... zalim la tu kan nak biar anak 2 tahun jaga diri sendiri. Dan sememangnya itu tak akan berlaku la. 

Abah - cuti kira dari Sept 2011 - Sept 2012, tak tau ada balance berapa hari
Ibu - CNY ni COMFIRM akan ada force leave sbb normally mmg mcmtu la. kalau force leave tu 3 hari, tinggal balance leave brp hr je lg
Abah + Ibu - 30 dan 31 Jan nak apply cuti sebab balik kampung, kenduri

Banyaknya cuti2. Baru plan tahun depan nak jimat leave, dah tak nak unpaid2 ni. Hmm...

Rasa macam nak tanya jiran la, nak tak jaga Haziq untuk 1 hari. Boleh kot kan. Nanti nak torai la. Kot2 la dia cakap boleh

Bekalan - Nasi Lemak

Jom sama2 wangikan badan

Tanpa sedikit pun rasa bersalah. Huhu... sabar lah banyak2 wahai ibu

Tuesday, December 27, 2011

Jalan-jalan Putrajaya Lagi

Hari Sabtu lepas mula2 nak bawa Haziq ke playgorund macam biasa, lepastu tiba2 saja abah cakap hari ni jalan2 kat Putrajaya la pulak. Dah berkurun duduk kat Puchong tapi ni baru kali pertama jejak kaki ke tempat ni. Sedangkan orang Jepun pun dah berzaman datang sini. Apo ni (bak kata Haziq)


Comot

Comotnya anak ibu makan ice cream. Betul2 menikmati ni, sampai ke hidung, pipi

Breakfast Haziq

Konon je lah untuk Haziq tapi ibu Haziq yang makan lebih ;)

Friday, December 23, 2011

Catatan

Penimbang di klinik semalam menunjukan:

Haziq : 11 kg
Ibu : 45 kg

Tapi rasa macam penimbang tu salah la. Rasa macam dah gemuk. Tak kan 45 kg saja. Impossible. Kan?

Jalan-jalan Putrajaya

Mencari Sinar

Jarang saya menulis pasal kerja kan. Lately ni bertambah2 tak ada mood nak keje. Macam2 hal yang membuatkan mood semakin berkurang. 

1 - skop kerja dah kurang. macam tak ada benda baru boleh belajar. dah tak banyak company yang kena support. 
2 - boss saya dah resign. comp ni ada 3 orang bos, so sekarang tinggal 2 org. Susah nak cari bos yang baik macam tu. Huhu...mesti ada conflict dalaman kan
3 - keadaan dalam office dah macam huru hara. masing2 ikut kepala sendiri. Datang, balik ikut suka hati. Rasa macam saya sorang ikut rules. Tapi bila kena turn saya balik awal 3 minit pun dah kena tegur.

Cukup2 lah tu kan, tak payah la nak tulis semuanya. Tapi itu lah, bila dah rasa tak seronok, nak datang keje pun rasa semacam, low motivation.

Di saat kawan2 dok berkira bonus, increment, buat list panang berjela, rasa seronoknya kalau saya pun boleh buat yang sama.

Nak bersungguh2 cari kerja lain. Semoga ada sinar untuk saya. Tapi lagi sau masalah saya ialah saya terikat dengan bond agreement sebab saya attend training under company. Lambat lagi, sampai June 2012. Kalau saya nak resign, saya kena bayar. Saya tak mampu nak bayar jumlah Rm 3800 itu.

Kalau lah saya tak ada masalah hutang sana sini, saya dah hantar resignation letter, duduk rumah sementara dapat keje baru. Tapi itu hanyalah KALAU, IF

Walaumacamana pun saya tetap bersyukur sebab masih lagi bergelak seorang pekerja dan masih lagi mempunya gaji

InsyaAllah semoga suatu hari nanti saya akan berjaya

Salam Pagi Jumaat ;)

Thursday, December 22, 2011

AWAS

Semalam ada jiran datang rumah hantar keropok lekor, sos pencicah dengan rempah kari. Diorang baru balik dari kampung ( Kelantan )

Dia : Ida, ni ada sikit dari kampung
Saya : La, susah2 je
Dia : Tak ada ape lah, sikit je ni. Ada keropok, sos dengan awas
Saya : Awas? Apa yang awas? (sambil membelek2 dalam plastik tu, nampak ada 3 benda saja - keropok, sos, rempah kari)
Dia : sambil senyum2, awas tu rempah kari. Kelantan panggil awas

Lawak je. Terpinga2 cari awas tu apa

Bekal Haziq

Hari ni Haziq bawa bekal mee goreng, kentang goreng, yakult. Mee dengan kentang tu untuk Haziq makan bersama kawan2


Wednesday, December 21, 2011

Smart Soleh Integrated Islamic PreSchool

Semalam meroyan pasal kindy untuk Haziq. Saja la seronok2. Lepastu message kat principal Smart Soleh. Petang sikit principal (Puan Farah) call. So tau la serba sedikit pasal Smart Soleh ni.Smart Soleh ni tadika islamic, medium english dan belajar guna multimedia.

- ambik kanak2 start umur 3 tahun. 3 tahun tu kira tahun ye, tak kira bulan. Macam sekarang ni Haziq 2 tahun 1 bulan, tapi kalau nak masuk, intake tahun depan dah boleh masuk la. macamtu la
- yuran daftar RM 635, tu dah termasuk la education, activities, apa lagi tah sebab semalam line tak berapa elok, tak berapa dengar.
- yuran bulanan lak RM 300 (full day, 7am - 7pm), RM 150 half day
- umur 3 tahun ni masuk untk palyschool la, bukan masuk kelas macam kanak-kanak 4 tahun ke atas. Ada masa untuk diorang main2 sambil belajar, sing ABC, 123 song, etc
- kalau hantar full day boleh la anak tengok abang2 dan kakak2 sembahyang, boleh belajar sekali.
- ada movie time untuk diorang
- sekarang Smart Soleh Puchong Utama ada 4 orang penjaga/pengajar. Setiap sorang akan jaga untuk 1 peringkat umur (3,4,5,6)

Sekarang ada 3 orang kanak-kanak yang berumur 3 tahun kat situ. Kalau nak try dulu pun boleh sebelum terus register. RM 5 per hour untuk trial

Hmm... tengah fikir2

DIY - Kad Kahwin

Ni project DIY kad kahwin yang dah siap dah dalam proses diedarkan. Settle


Kalau ada yang nak order boleh la roger2 ye ;).  Berperasaan terlebih pulak kan

Tuesday, December 20, 2011

Haziq dan kerenahnya

Risau jugak dengan peel Haziq ni. Dah pandai berlakon. Lepastu suka menyakat orang. Kalau yang alah dari Haziq, lagi la suka dikacaunya. Huhu... Kadang2 kalau pergi pasaraya sambil jalan tu tangan Haziq mesti nak sentuh orang sana sini. Tak sah la kalau tangan tu tak sentuh orang. Ada saja yang dia nak tampar.

Sebab apa saya kata Haziq pandai berlakon. Sebabnya dah banyak kali dah Haziq bagitau benda yang tak betul. Kadang2 abah elok saja tengok tv, nanti Haziq datang kat dapur, buat muka sedih bagitau abah buat sambil tunjuk la kat mana tempat yang konon2nya abah dia buat tu.

Dalam kereta Haziq pukul along lepas tu terus Haziq lentok sambil buat2 menangis kat bahu ibu bagitau along buat. Haish...macam2 la Haziq ni

Semalam balik dari rumah ibu umi, dalam kereta tanya la sedikit soalan kat Haziq. Lepas tu Haziq bagitau Ja buat. Sambil urut2 lengan dengan muka sedih. Konon2nya Ja buat kat lengan tu la. Tapi ibu tak mudah terpedaya.

Tapi kalau orang buat Haziq pandai lak angkat jari sambil sebut no no no

Selalu jugak terfikir macamana keadaan bila hantar Haziq ke sekolah nanti. Mudah2an perangai macamtu tak akan lama la. Kalau Haziq masih lagi suka menyakat orang, memang susah la. Kalau jumpa yang satu perangai memang kenala Haziq

Pertemuan, Perpisahan Part 2

Semalam cerita pasal kisah Haziq bila along balik kampung (pertemuan, perpisahan). Balik petang semalam, buka saja pintu rumah terus Haziq cari along. Tengok kat ruang tamua tak ada Haziq kata ayum yam biyik. Terus masuk cari dalam bilik. Tapi hampa, kecewa. Haziq keluar dengan muka sedih, bu, ayum adak. Kesian anak ibu

Lepas tu ibu bagitau la along dah balik kampung, semalam kan kita dah hantar along. Lepas tu Haziq baring, ambik selimut tutup muka sambil cakap tanak awan. Haziq tak nak kawan dengan ibu sebab hantar along balik kampung. Huhu... sabar ye sayang, nanti kita balik kampung pulak ye

Gerhana Bulan Penuh

Gerhana bulan penuh berlaku pada 10 Disember 2012. Time ni ada kat kampung. Tak baca paper pun yang akan ada kejaidan gerhana bulan penuh malam tu. Dalam pukul 10 pm lebih abang ipar jerit2 panggil tengok gerhana bulan. Subhanallah. Ni lah kali pertama saya tengok kejadian ni. Allah tu Maha Berkuasa. Alahmdulillah, dapat jugak melihat daripada awal sampai bulan terlindung.

Ni je la yang boleh snap pun.Guna camera cikai saja pun. Tapi yang penting, dapat tengok

Monday, December 19, 2011

Haziq dan baby

Haziq dah ada baby ke? Belum lagi la. Tapi ni baby garfield nya yang Haziq beri nama sebagai baby Rayyan. Hehe...sekarang semua baby / teddy bear jadi baby Rayyan sebab kat rumah ibu umi ada baby Rayyan. Dari gambar ni nampak kan Haziq dah boleh jadi abang. ;)


Riadah

Pagi Sabtu hari tu ke taman lagi. Tapi kali ni abah tak ikut sebab abah kerja, pergi bertiga sekali dengan along. Ni kali pertama pergi pagi. Pagi tak ramai orang sangat. Ada la orang tapi tak seramai macam waktu petang. 



Pertemuan, Perpisahan

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa...

Seperti yang dijangka terjadi. Hari ni penuh dengan lirik lagu kan. Tapi nak cerita peristiwa sedih ni. Isnin lepas Along ikut daripada kampung. Along ada kat sini la seminggu. Haziq la orang yang paling seronok sekali sebab ada kawan nak main2. Haziq memang rapat dengan along, dengan pak cik. 

Petang Sabtu ayah sampai dari kampung sebab nak ambik along balik. Malam tadi Along dah balik dengan ayah, naik bas kat Purajaya Sentral. Semalam 1 hari Haziq tak tidur langsung. Ibu pun biarlah bagi Haziq main puas2 dengan Along, Ayah sebab dah hari last.

Malam tu dah siap2, ayah, along kemas beg Haziq pun sibuk nak beg jugak.
Ayah dengan along pakai kasut, Haziq pun join skali, tak nak ketinggalan
Tak sampai 10 minit dalam kereta Haziq dah tertidur sebab mengantok sangat. Nak riba pun Haziq tak nak sebab nak duduk sebelah along. Lepas dah nyenyak baru boleh riba

Masa ayah dengan along nak naik bas pun Haziq tak bangun walaupun berkali2 kejut. Dua situasi yang ibu fikir
1 - Haziq tidur, tak nampak ayah dengan along naik bas. Esok bila Haziq tanya susah la sikit nak terangkan
2 - Kalau Haziq tengok ayah dengan along naik bas, comfirm la Haziq menangis meramu air mata sebab kalau kat rumah, kalau along usik2 cakap nak balik pun Haziq dah nangis bersungguh2. Tapi kalau Haziq tengok, esok kalau Haziq tanya senang la nak bagitau ayah dengan along kan dah balik kampung, naik bas malam tadi

Haziq tak tengok pun ayah dengan along naik bas sebab terlalu nyenyak tidur. 

Pagi tadi Haziq celik mta terus cari along dengan ayah. Sebelum ni bangun tidur, Haziq cari along lepastu bawak selimut ,susu datang tidur sebelah along. Tadi Haziq berdiri kat pintu bilik tengok tak nampak, Haziq naik atas katil pun tak ada jugak. Haziq panggil2. Lepas tu tengok lak kat bilik sebelah, pun tak ada. Haziq terus ke dapur, bilik air. Bila tak jumpa jugak Haziq tanya ibu mana along, ayah. Bila ibu cakap along dengan ayah dah balik kampung, Haziq nangis2. Huhu...

Sedihnya ibu tengok Haziq nangis2 macamtu. Tapi ibu faham mesti Haziq terasa kehilangan sebab ibu pun rasa rumah macam sunyi. Dalam kereta nak ke rumah ibu umi Haziq ajak ibu yik pong (balik kampung)

Friday, December 16, 2011

Haziq

Pesanan yang ringkas lagi bermakna

Pagi ni dapat 1 email. Copy paste kat blog untuk dikongsi bersama

                                
                                   - Dr. Fadhilah Kamsah

Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya
jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri
sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal Cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri Cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi
itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga bbelum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah berfirman
"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan" 

Thursday, December 15, 2011

DIY - Paper bag

Ni cubaan, tak finalize lagi. Yang tali panjang tu saja try,nanti ingat nak beli tali brown

DIY - sarung telur dan kotak

Dah lama tak nampak sarung letak telur yang macam ni kan, yang anyam2 ni. Kalau ada sape2 nak order boleh la roger2 saya ye.

Wednesday, December 14, 2011

Jitra - Puchong

Balik kali ni Haziq dah tak buat drama nangis2 suruh along naik kereta sekali sebab memang along ada dalam kereta tu. Haziq memang seronok la sebab along ikut balik. Tapi kesian la kat along sebab tak boleh nak lelap mata, bising saja Haziq kejut along, alum, angun, apai dah. Padahal jauh lagi pun


Puchong - Jitra

Jumaat lepas balik kampung. Memang seronok la. Dalam perjalanan tu Haziq berulang kali la sebut nama2 yang ada kat kampung, ayah,mak, alum (along),kakak,acik (pak cik), tacik (kak chik), booh (lembu). Pak long dengan mak long Haziq tak sebut sebab confius agaknya dengan along tu. Banyak sangat long

Dalam perjalanan tu ada 2,3 tempat hujan lebat selebat2nya, kat Ipoh, Juru, mana ntah lag 1 tempat, lupa dah. Kat Juru pun ada la 1 jam lebih jugak sebab jalan jammed teruk.

Bertolak petang, lepas sembahyang Jumaat, sampai malam. Dua kali Haziq tidur dalam kereta - petang dan malam

Tuesday, December 6, 2011

Riadah

Petang Ahad lepas pergi taman Cyberjaya jugak sebab nak bawak Haziq main2 kat situ. Secara tak langung abah dan ibu pun berpeluh jugak la sebab kejar Haziq sana sini


Sebelum balik, bawa Haziq tengok orang main go-kart kejap kat Cyberjaya Curcuit tepi. Seronok Haziq tengok sampai tak nak balik la. Tunggu Haziq besar sikit, boleh la main

FYI ;)
Go-kart : 10 minit, RM 30 (before 7pm), RM 35 (after 7pm)
Mini bike : 10 minit RM 20 (before 7pm), RM 25 (after 7pm)


Monday, December 5, 2011

Lempeng

Dah agak lama tak buat lempeng ni. Encik suami suka makan lempeng cicah dengan madu, saya suka makan lempeng cicah susu. Sodapppp... Kalau kat kampung (Kedah) panggil pek nga. Masa hujan mesti suruh mak buat lempeng. Kadang2 cicah dengan gula merah.

Petang semalam masa Haziq dengan encik asben tidur, ada la terfikir nak buat lempeng. Tengok2 tepung lak habis, so tak jadi la. Tapi bila encik asben bangun tidur terus tanya

Encik asben : buat lempeng ke
Saya : Memang plan nak buat tapi tepung dah habis
Encik asben : La, mimpi rupanya
Saya : mimpi apa
Encik asben : mimpi makan lempeng

Wah, sehati dan sejiwa kan kami ;)

Mengimbas Kenangan

Weekend haritu Haziq mengimbas kenangan silam. Lepas mandi, tengok abah dok kemas store room, ternampak la walker lama dulu, terus tak sabar2 nak naik. Seksi ni. Sempat pakai pampers saja sebab Haziq sangat teruja nak naik walker, nak rasa macam baby lagi


Roti jala kuah durian

Hari Sabtu lepas sibuk men'jala' untuk memenuhi permintaan encik asben.


Kuah Durian / Bubur Durian / Serawa Durian

Bahan-bahan

Durian
Sagu (direndam terlebih dahulu)
Santan
Gula dan garam sesedap rasa
Daun pandan

Cara-cara

Masukan semua bahan di atas ke dalam periuk kacau sekejap2 sehingga mendidih

Roti Jala

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
1 cawan air
Garam sesedap rasa
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning / kunyit

Cara - cara

Blender semua bahan di atas dan mulalah menjala sehingga habis ;)

Gigit Jari

Situasi anak masuk jari dalam mulut

Ibu : syg, kenapa gigit jari?
Anak : Sedap. Nak? Sambil hulur jari pada ibu

Ibu keluarkan jari anak dari dalam mulut

Situasi ketika ibu gigit jari ketika sedang menonton tv

Anak : bu, no no no. Terus bangun keluarkan jari ibu dari mulut

;)

Friday, December 2, 2011

Wedd Prep 2

Hari ni nak setelkan print kad. Malam ni proses melipat kad. Lepas tu setel bab kad

Esok nak p kedai 2 ply kat Klang sebab orang cakap kat situ ada doily paper yang berwarna. Minggu lepas dah pegi kedai 2 ply kat Sunga Besar tapi tak ada pun doily paper warna. Paper bag putih pun tak de. Esok kena teruskan pencarian. Kalau tetap tak ada jugak, nak buat brown paper bag + doily paper putih + reben biru. Tapi harap2 ada lah apa yang dicari esok tu.

Orang lain yang nak kawen, orang lain yang sibuk lebih ;)

Kalau nak tau saya nak buat apa,boleh jenguk kat sini ye http://mypage-ieda.blogspot.com/2011/11/busy.html

Haziq di pagi Jumaat

Sampai saja rumah ibu umi Haziq tanya encem tak? Nak handsome saja anak bujang ni

Thursday, December 1, 2011

Pemerhati yang baik

Kanak-kanak adalah seorang pemerhati yang baik. Apa saja yang dia nampak kita buat mesti nak ikut. Lebih2 lagi kalau benda tu kita slalu praktik kat depan dia. Macam Haziq la, sekarang kalau nak keluar mesti cari deodorant, perfume. Tak kira la abah punya ke ibu punya ke janji boleh buat gaya macam sedang pakai. Tak buka penutup pun ok.

Nak keluar mesti nak pakai belt jugak. Sebab selalu nampak abah pakai macamtu. Nak keluar jugak Haziq selalu off tv sebab selalu namapak abah dengan ibu buat macam tu. Lepas off tu, Haziq kata dah, jom. So, apa2 yang kita buat kenalah berwaspada ye sebab kita sedang diperhatikan ;)

Kecomotan


Penuh kecomotan Haziq makan. Tapi tak pe, yang penting, Haziq makan. Lepas tu ibu kena lap sana sini pun ibu terima walaupun ibu tak rajin sangat ;)

Bihun Goreng Puchong

Pernah dengar tak nama bihun goreng Puchong?Mesti la tak pernah kan. Nama asalnya bihun goreng Singapore tapi sebab masaknya di Puchong, so saja2 la nak tukar nama jadi bihun goreng Puchong. Suka2 hati saja kan. Simple saja bihun goreng ni, macam bihun darurat la ;). Main campak2 apa yang ada saja

Bahan-bahan

Bihun (di celur)
Carrot, kubis, kacang panajng (di cincang halus)
Bawang merah, bawang putih, lada hitam (di tumbuk)
Ayam (dipotong kecil2)
Telur
Minyak untuk menumis
Garam sesedap rasa

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan masuakan bawang dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi
2. Masukan ayam dan kacau sekejap
3. Masukan sayur2 dan pecahkan telur, kacau lagi
5. Masukan bihun, garam dan kacau sehingga sebati
6. Kalau bihun keras sikit, boleh la masukan air sikt