Malam bila ntah haritu tengok cerita anak kat astro, 104 ke 105 tah. Haish, keje lupa saja ni. Apa nak jadi. Sedih la cerita tu.
Ni sinopsis cerita tu
Cerita tentang kesusahan dan rintangan yang dilalui oleh Amir dan Intan dalam perkahwinan mereka. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan zuriat. Kehidupan mereka pada mulanya dilimpahi dengan kemewahan namun tanpa zuriat hidup mereka bagaikan tidak bermakna. Keluarga mereka yang lain juga turut mendesak agak berusaha dengan pelbagai cara untuk membolehkan pasangan ini mendapat anak. Apabila Intan mengandung, pelbagai masalah pula yang melanda dan mencabar kesabaran pasangan tersebut. Sama-sama saksikan telefilem lakonan Faizal Hussein, Dato Rahim Razali dan Lisdawati. - http://jiwang.net/2011/anak-2011-sdtv/
Diorg dah kahwin 10 tahun tapi belum lagi dikurniakan anak. Amir kerja sebagai salesman kereta, Intan kerja sebagai penjual kat butik. Awalnya hidup diorang tak ada masalah lain selain daripada buntu memikirkan masalah zuriat. Kemudian bertimpa2 masalah yang datang
- Amir, ibu dan kakaknya terlibat dalam kemalangan. Amir cedera di kaki manakala ibu dan kakaknya meninggal dunia
- Amir tak bekerja selama 2 bulan dan diberhentikan kerja
- Intan disahkan mengandung tetapi mempunyai masalah tekanan darah tinggi
- Amir terima surat daripada bank pasal loan kereta yang tak berbayar RM 80k kot, dapat ugutan daripada along supaya setelkan loan RM30k. Kedua2nya dibuat oleh kawan Amir yang menggunakan nama Amir. Amir terpaksa menyembunyikan perkara ini daripada isterinya kerana bimbangkan kesihatan dan kandungan terjejas
- Mula mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa menjual kereta, pindah daripada rumah teres 2 tingkat ke rumah flat, menjual peralatan rumah
- Awal checkup kandungan dibuat di hospital swasta tapi masa kandungan 7 bulan terpaksa pergi ke klinik kerajaan
- Intan terjatuh semasa kerja dan dipaksa berhenti kerja oleh Amir sebab risaukan keadaan isteri dan anak.
- Amir bekerja semula ditempat lama
- Kawan tempat kerja Intan memberi duit kepada Intan untuk kegunaan mereka membuat persiapan menyambut baby yang akan lahir
- Amir mendapat pinjaman duit RM 200 daripada bosnya
- Intan diragut dan jatuh
Akihrnya anak yang ditunggu selama 10 tahun itu selamat dilahirkan dan semuanya selamat. Amir telah dinaikan pangkat dan sales melebihi target. Mereka berpindah semula ke rumah teres 2 tingkat
Dalam kehidupan kita ni macam2 bentuk ujian yang Allah turunkan kepada kita. Masing2 dengan ujian tersendiri. Mungkin pada zahir kita nampak orang itu tersenyum, tapi kita tak tau apa yang tersimpan di dalam, apa yang sedang ditanggung. Setiap ujian Allah SWT adalah untuk menguji kesabaran hambaNya
betul..kite nampak org tue senyum jer ..tapi kite tak tau dia pun ada masalah.. selagi nama manusia ujian pasti kita akan terima..semoga kita semua kuat.. amin
ReplyDelete@adynatu la setiap kita manusia ni ada ujianNya
ReplyDelete