Friday, November 13, 2009

masak2

nasi goreng
teh ais 3 layer

satay hj samuri

sambal udang (suami yg masak)

sambal ayam ke msk merah ayam ntah

sayur cmpur

kari ikan tongkol

tempe + tauge

sambal ayam lg

daging goreng

sup sayur + telur

sotong + sayur campur

22 days to go...

Last Monday g check-up.doctor check jln tp blm buka,sakitnya saya rs waktu tu.dctr check kepala babya dh di bwh tp blm masuk pintu rahim lg. klu minggu dpn still sama,kena refer hospital as suspected tulang pelvik sempit,kena operate.risaunya bila dgr doctor ckp mcmtu. asyik pk mcm2 je. tp ape2 pun operate ke normal ke harap semua nya akn selamat dan berjln lancar. pejam celik lg 22 hr je, xlama dh. excited, neves, takut,gembira smua dah bercampur skali...

Friday, October 23, 2009

dah baik dah

alhamdulillah, akhirnya segala kemusykilan terjwb. dh baik blk dh with my besfren + my sis.so xde pe utk disedihkn lg dh...amin...syukur sgt2

Friday, October 16, 2009

makanan...


dah brp hari xmasak sbb asben masak.sedap lak tu dia msk. ni salah satu dari yg asben masak.kangkung goreng belacan, ikan masak lemak dgn bendi, sup ayam,tak sempat nk amek gmbr
ni lak lunch td, tp xtau la apa nama dia tp yg pastinya,sedap

Monday, October 12, 2009

ibu tak berseorangan

hr ni rasa mcm bosan je.tba2 sakit kat rusuk,pastu baby gerak2, maknanya ibu xla sorg2,baby sentiasa dgn ibu wpun disekeliling ibu xde sape2.

2,3 hr ni selalu sakit bawah tulang rusuk, abah kata tu siku baby tu. ape la baby buat kat dalam tu. ibu tak kisah la ibu sakit kena tendang ke kena siku ke,yg penting ibu tau ank ibu sihat,aktif kt dalam. anak ibu ni baik kn,sentiasa teman ibu

hr tu g check-up ada org tanya dh brp bln,bgtau then org tu kata kecilnya perut (actually soalan dan ayat ni dh common sgt dh,huhu...).pastu nurse pun ckp perut awk ni kecil, baby semakin membesar sbb tu awak rasa sgt bila baby bergerak di dlm. aktif btl hero ibu dgn abah ni kan. skrg klu tak makan pun mmg rasa mcm kenyang je (sbb prt dh terisi dh).

sedar tak sedar dah 32 minggu dah ank ibu ni kat dlm.tak sabar sgt nak tgk ank ibu ni....

Thursday, October 8, 2009

best friend

kawan yang baik, rapat, blh kongsi suka duka, memahami, blh bg nasihat susah nk cari.bila kita dah ada kawan mcmtu,mest kita appreciate sgt2.tp tu la bila kita dah terlalu rapat,kita akn jd sgt sentitif,jd terlebih alert.nk minta maaf pd seorng kwn yg merangkap status kakak.xde maksud pun nk pk mcm ape yg dia rs.doakn yg terbaik utk dia.sedih sgt2, air mata kluar xterasa.baby jgn nangis,ibu je nangis.aunty ni baik sgt2.ibu syg aunty ni.nant ibu knlkn aunty dgn baby k.baby doakn ibu dgn aunty baik blk ye.ibu xnk sakitkan ht aunty

rsnya sepanjang baik dgn dia,xde rahsia ape pun (ni dr phk saya la).hmmm....miss all the happy moment together.klu hepy,sedih,dia la antara org terawal yg akn dpt tau. hrp hubungan kita akn kekal hingga akhir hayat walaupun masing2 mempunyai komitmen tersendiri...

we've been friend since few years ago.u r d only my really2 best fren,my best sister but with my mistake you seems far from me. I thought we'll be ok by few days but then I felt like you distance yourself.

I dont know what to do anymore, you didnt answer my call. please forgive for all my mistakes.maafkan semua slh,halalkan segalanya.

really hope everything will be ok before I give birth....

"Jika dah berabad-abad seseorang itu tidak mahu berhubung dengan kita, fahamilah situasi mungkin dia sudah penat dengan kita dan tidak mahu lagi bersama kita, tiba masanya kita perlu mencari kawan baru, mungkin telah tiba masanya untuk persahabatan lama itu berakhir"

tapi tak nak la jadi mcmtu sbb mmg xnk jd mcmtu la....really hope our relationship will be back like before....

mc lg

semalam saya mc lg sbb tak larat, loya2 tekak.risau takut jd mcm dulu tp harap2,xla.belakang sakit gile,klu baring mesti kena dapatkn bantuan untuk bangun-klu ada bantuan,kurang la sikit sakit tu. p klink,cite kat doktor,doktor cakap normally mmg loya2 tu akn dtg blk bila dh kandungan tu 7 bln ke atas.pastu tanya doktor biasanya dlm minggu ke brp akn start bersalin, doktor kata dlm 35 minggu ke ats. skrg dh 31 minggu dh.neves lak rasa.tp tak sabar nak jumpa ank ibu ni,pengikat kasih sayang ibu dan abah.

Saturday, October 3, 2009

barang2 baby dan ibu

senarai barang2 baby
Pakaian baju seluar lengan pendek/panjang - 6 psng
sarung tgn + kaki - 6 psng
kain lampin - 12 helai
baby diapers
barut - 6 helai
tuala mandi - baru 1
topi - 1
raga utk ltk baju baby di kampung - dh siap packing dh

Mandian
mandian from top to toe
losyen
bedak
1 set travel pack (utk ke hospital @ travel)
tisu lembap

Tidur
set tilam and bantal
kelambu -
kena bli yg lain sbb xtau kelambu baby ada size,bli yg size xl.besar gile
tikar getah (apa tah nama dia)
selimut

Penyusuan
botol susu
warmer - dh include skali dlm beg
berus cuci botol susu (asben kata blh guna utk garu blkg skali)

Lain-lain
minyak angin - dah bli minyak yuyi cap limau
pemotong kuku
cutton bud
air zam2

Ibu
breast pump
maternity pad
termos
stokin

Beg ke hospital

Baby (semua dh msk bag dh)
baju
kain lampin
baby diapers
selimut
tuala
set mandian
sarung tangan dan kaki

Ibu
kad pengenalan
buku merah
kain batik
baju (rsnya pakai bj hospital je kot)
tuala mandi
maternity pad
termos -
blm bli lg
stokin
berus gigi, ubat gigi
tuala mandi

Sunday, July 26, 2009

Amalan Untuk Memudahkan Proses Bersalin

Ramai ibu2 yang pregnant akan risau bila pk time nk deliver baby especially yg 1st time - mcm saya nnat mesti risau bila dah dekat2 nak sampai due date.Ni hasil dari googlean saya.Semoga dapat membantu yang lain ;)

Amalkan membaca Surah Al-Nahl (surah 16),ayat 78 maksudnya :
'Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.'

Selain itu digalakan juga amalkan makan buah kurma sbb ida juga akan memudahkan proses kita bersalin nanti

Yang bawah ni saya copy dr Permatahati

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.
Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

1. KURMA
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

3. MADU
Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.
*** segala yang tertulis di atas tu semuanya sebagai panduan kepada kita.tak salah klu kita mencuba.dan apa yang penting,jangan lupa sentiasa memohon maaf kepada suami,ibu bapa,kaum keluarga dan pada sesiapa yang kita rasa kita perlu minta maaf drnya

Saturday, July 25, 2009

Amalan Ketika Mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Surah Toha (ayat 1-5) baik untuk melembutkan hati anak.
Surah Insyirah untuk melembutkan hati anak dan menerangkan hati
Baca Al-fatihah dengan 1 nafas kemudian hembus pada anak - untuk melembutkan hati
amalkan surah2 ini dan tiup pada ubun2 anak.Pesanan ni saya dapat dari seorang Ustaz

Semua ayat2 Al-Quran mempunyai kelebihan,rajin2 lah kita mengamalkannya.Tapi kadang2 kita alfa dan hanya mencari pada masa yang kita perlu sahaja...

Wednesday, July 22, 2009

Tips dan doa untuk mendapatkan zuriat

Saya harap segala info ni berguna kepada pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Kita perlu berusaha selagi termampu dan sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T.

Doa untuk mendapat zuriat
Surah AI Imran 3:38

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan."
(Al Imran:38)

Tips atau Petua Untuk Mendapatkan Anak Atau Zuriat

Amalan

1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi - utk sisuami
2. Buat senaman batin tiap2 x bgn tido waktu pagi-utk lelaki
3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil.
4. Doa Nabi Zakaria
Surah Al-Anbiya:21:89



"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi."
(Al-Anbia’:89)

5. surah AlWaqiah selepas subuh
6. lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.

Diet Pemakanan
1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari
2. Buah Delima
3. Buah Zaitun
4. Buah Kurma
5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid la.. pastu amik seafood, amik supplements, salah satunya spirulina amik secara tetap about 30 tablets everyday, makan sayur & buahan. Hubby banyak makan berasid cam daging, ayam etc.
6. Jangan minum ais dan minum air kelapa


CARA SENAMAN BATIN
1. Duduk bersila badan tegak
2. Pas tu luruskan kaki kanan kedepan
3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam2(slow)
4. Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi kesebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
5. Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak
6. Buat 3x/7x setiap kali pas sbhyg subuh..jika betul caranya...peluh akan keluar walaupun baru buat 3x..(3x kiri..3x kanan)

Petua mendapatkan anak perempuan @ lelaki
# Simpan kat sini, nanti senang nak buat rujukan... hehe..


Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama
1. Madu lebah (utk energy dan kesihatan dalaman)
2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan
3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah
4. Minuman berhalia juga bagus (suami juga - utk kepekatan air mani)

Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:
Sebelum & Selepas:
1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormonsuami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapatbayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging
2. Banyakkan makan yg berasid
3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama“Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.


Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.

2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, sosperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)
5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):
1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :
1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.

*** maaf sebab saya terlupa source untuk post ni.saya campur2

Thursday, June 18, 2009

pengalaman

Ni dh minggu ke 3 saya kerja stelah 2 bln bercuti. Lama btl saya cuti.Dah mcm maternity leave dh. Tapi xpe,saya dh makin beransur pulih. Selama 2 bulan tu rasa diri tak terurus je.dok rumah pun semuany harapkn mak ayh je.trm ksh mak,ayh,kak,adik kat kg.

teruk rupa2nya klu dapat alahan time pregnant ni.skrg saya dpt rasakan mcmana org2 yg kena alahan tu hadapi.

ingat lg ms mula2 p check, terasa nk check sbb hubby dah wek2.01/04/09 p check dh 4 minggu 1 hari,alhamdulillah.wpun tu date april fool tp kami dpt berita gembira.2,3 hari lepas tu terus saya dah muntah2 teruk.nk masak pun xleh,bau makanan kuat pun xleh,keje xdtg asyik mc je.nsb baik bos saya baik.syukur sgt.pastu hubby hantan balik kampung.Saya kat kampung,hubby blk Puchong.sedihnya nk kena berpisah. 1st time berjauhan dgn hubby lps kawen.2 minggu skali hubby blk kampung.Lepas tu saya pun ikut la hubby blk cni,konon2 mcm dh ok.lepas tu terus muntah 1 hari 18x,dan pernah cecah 22x 1 hari sampai tahap keluar darah. Jumpa doktor then dpt surat kna p hospital.

Ke esokan harinya hubby bwk la saya p hospital serdang, sampai sana terus pergi emergency room.Doktor cucuk nk ambik darah tp urat saya lari.5x kena cucuk.huhu...walau pun hakikatnya saya ni takut jarum cucuk yg besar tu tp gagah kn jugak diri ni tgk doktor dok adjust2 jarum tu.sampai ptg dlm emergency room. Lepas tu saya kna transfer kat wad. selama di wad,hubby xpernah xdtg time waktu melawat.trm ksh yang.1st time kna admid wad.sdihnya.tp utk ur baby,xpe la,kna kuatkn semangat.3 hr di wad, tmbh air 8 botol.


Masa masuk wad tu saya pakai baju long sleeve, cucuk jarum tu ada kat lengan, so tak berani la nak buang jarum tu. Saya lagi rela suruh adik2 yang training tu gunting baju tu. Sayang baju tu sebenarnya, warna pink. Tapi tak pe lah. Masa tu adik2 tu tanya serious ke akak nak suruh kami gunting ni. Ye, akak serious, daripada akak menahan sakit yang tak tau rasa mamcamana nanti.

Lepas dischrge, hubby hntr blk kg sbb xleh duduk d rmh tu. Tak larat,asyik muntah je.Kesian hubby. Thanks a lot sbb byk bersabar, berkorban demi kita,demi baby.

bila kat kg,hubby blk 2 minggu skali.time dia blk,bila tdr sebelah pun rs mcm hubby berbau.tp tahan jugak sbb mengenangkn hubby datang dr jauh,letih2, tak leh ikut sgt perasaan tu.

mak kata skrg dh sampai turn saya rs pengalaman jd seorg ibu.huhu...sedih je dgr mak ckp mcmtu...

time kandungan blm lg 6 bln, saya dgn suami g scan perut sbb sakit tp alang2 dah scan mintak nak tgk jantina,then doctor said this is your baby penis, this is scortum.saya tak nmpk sgt tp hubby ckp dia nmpk.hanya Tuhan je yg tau perasaan kami masa tu.air mata saya menitis memikirkn betapa besarnya anugerah Allah S.W.T pada kita, gembira tgk muka suami yg excited tgh tgk baby. tak dapat nak diceritakan perasaan seorang ibu yang di dlm jasadnya ada lg 1 jasad yg sedang membesar.

Tak kisah baby boy or girl,the most important thing semuanya selamat.