Thursday, June 27, 2013

Permata Hati

Di saat2 ada malasah, di saat2 dilanda kesedihan muka orang2 tersayang la pengubat segalanya. Antaranya muka orang2 tersayang la tu mestilah abang dan adik ni haa..

Adik sekarang ni memang tak layan dah segala mainan dia. Apa abang pegang, apa abang buat, tu lah yang dia pun berminat, nak jugak. Pengubat segala duka ;)


Monday, June 24, 2013

Al-Fatihah

Salam. Kawan2, marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah dan doa kepada arwah angah, Muhammad Amin Fahmi yang telah kembali mengadap penciptanya pada pukul 3.45ptg tadi. Saya rasa tak perlulah saya letakkan gambar2 angah di sini sebab arwah sudah tiada. Cukup sekadar saya ceritakan serba sedikit pada yamg tidak tahu, angah ialah seorang anak yang berusia 6 tahun yang mengalami sakit leukimia sejak beberapa tahun lepas. 

Sejak kebelakangan ini memang saya mengikuti setiap perkembangan arwah. Ayah arwah selalu update perkembangan arwah di fb, memang sedih dan perit bila baca setiap perkembangan tapi hati nak sangat tau macamana keadaan arwah. Insan kecil yang tiada dosa diuji dengan dugaan yang sangat kuat. Arwah memang seorang yang tabah dan kuat. Insan kecil ini juga mengajar saya erti sabar dengan kerenah anak. Saya agak terkilan sebab tak dapat berjumpa dengan arwah. Bercadang untuk melawat arwah dalam minggu ni, tapi Allah lebih mengetahui segalanya. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Semoga arwah ditempatkan di syurga.

Hari ni adalah hari ke 32 setelah doktor memberitahu tiada lagi rawatan untuk arwah. Kuatkan arwah bertarung. Arwah seorang anak yang baik.

Angah, walaupun kita tak pernah bersua muka, tak pernah kenal satu sama lain, tapi acik rasa sangat dekat dengan angah. Berita pemergiaan angah sangat membuatkan acik sedih. Semoga tenang d sana sayang.
Al- Fatihah

Friday, June 21, 2013

Abang Nak Buat Rumah

Berapa dah umur abang sekarang ni? Kalau ikut tahun tu 4 tahun la. Bulan 19.11 ni genap la abang 4 tahun. Tapi abang ni kecik comey je. Sebelum ni abang pernah kena food poisoning. Masa tengah baring keletihan tu tiba2 abang tanya, bu, sape buat rumah ni? Alahai soalan, kenapa pulak tiba2 tanya soalan macamtu pulak. Hmmm... Confius ibu. Bila tanya kenapa abang tanya macam tu abang jawab saja je.

Pastu malam tadi masa tengah baring2 tengok tv tiba2 abang cakap bu, haziq nak buat rumah baru la. Bagusnya cita2. Pastu ibu pun pesan la boleh kalau abang nak buat rumah baru tapi abang kena p school, belajar rajin2, nanti dah besar kerja yang bagus2, lepastu abang boleh la buat rumah baru ;)

Boleh lak terfikir sampai ke situ. Ibu sayang abang dengan adik sangatttttttttttttttt3333333. Terlalu sayang 




Ni gambar abang pagi tadi masa tengah transport nak pegi school. Tak nak ibu hantar, nak pergi dengan cikgu sebab ramai kawan2

Thursday, June 20, 2013

Online Shopping di Tesco

Tesco di Klang Valley dah boleh buat online shopping ye. Berita gembira la jugak kan? Mula2 kena register dulu, tengok kawasan rumah kita tu termasuk dalam coverage area ke tak. Rumah saya termasuk dalam list ;)


Pastu dah siap register boleh la mula shoppinh mopping kat sini. Saja la try2 tadi. Dah siap shopping tu boleh checkout. Pastu boleh pilih slot masa bila nak suruh dia hantar ke rumah kita, boleh pilih tarikh, masa yang ada kat situ.






Yang ni delivery caj dia RM10. Macam agak mahal. Tapi saya rasa ok je kot sebab kalau kita p sendiri pun kena pk transportation, lepastu masa, lepastu adegan kejar mengejar anak lagi, pastu nanti dalam list ada 10 barang tapi masa bayar tu mungkin akan jadi 15 barang ke atas. Hehe...


Tuesday, June 18, 2013

Dhia

Cik molek sorang ni sekarang ni dah nak memanjat. Baru 8 bulan, berdiri sendiri pun belum lepas lagi tapi dah ada hati nak memanjat. Hehe... Kelakar tengok adik angkat kaki nak panjat sofa, kaki tu bukannya di angkat ke arah sofa tapi ke belakang. Gigi belum ada lagi. Agaknya adik ni berjalan dulu kot baru ada gigi. Abang dulu tumbuh gigi dulu baru berjalan.


Monday, June 17, 2013

Mood Tak Berapa Nak Gembira

Saya ni bukanlah nak monday blues ke monday mood ke apa. Tapi tak gembira sebab rindu kat kampung. Selalu tiap2 bulan balik. Ni last balik masa election haritu, pastu plan nak balik pulak time puasa nanti. Sekarang ni musim durian dengan rambutan kat kampung. Saya memang la hantu durian, kalau durian kampung tu 1,2 biji tu sekali hadap je. Tapi alhamdulillah la tak pernah la pulak nak demam ke apa lepas makan durian byk2 tu. Kalau encik suami, makan 4,5 ulas terus panas badan. Rambutan pun dah masak jugak.

Semalam mak tanya memang tak balik ke. Bagitau mak nak balik puasa nanti. Terus nada mak berubah. Mak kata mak tak makan lagi durian, tak boleh nak masuk mulut, sebak teringat kat saya. Rambutan lak teringat kat encik asben sebabnya kalau musim rambutan, memang memanjat pokok la dia. Memang la buah tu kat sini pun ada, tapi tu lah ingatan mak ayah tu terlalu kuat. Lepastu mak dah tak boleh cakap dah, ayah pulak tanya tak balik ke.Huhu....

Ada jugak la yang tiba2 balik nanti ni. Pagi ni tiba2 pulak encik suami msg, rindu pulak kat Kedah. Hmm... Tapi kadang2 memang encik suami yang excited lebih kalau nak balik ke Kedah. Abang pun dah merungut jugak, dah lama kita tak balik Kedah kan bu, winu kat ayah. Ibu ni lagi2 la rindu...Huhu...

Tu baru sebulan lebih tak balik. Macamana la agaknya orang yang tak balik kampung 3,4 bulan tu ye.

Friday, June 14, 2013

Adik Demam

Abang baru baik demam, adik pulak sambung. Tapi harap2 hari ni ok la. Malam tadi kalau kumpul2kan masa tidur,tak sampai 3jam kot dapat tidur. Adik ni manja lain macam sikit kalau demam, kalau badan panas sikit pun mula lah. Biasalah kan nama pun baby girl, mestilah manja lebih.


Thursday, June 13, 2013

Back To School

Title macam baru buka sekolah je kan. Abang ni haa...Isnin hari tu pegi sekolah 1 hari lepas petang tu demam. Cuti la Selasa dengan Rabu. Hari ni baru start sekolah semula. Tu pun demam tak berapa ok lagi. Tak tau lah kenapa demam tak nak baik betul2. Kejap sejuk, kejap suam pastu panas mendadak. Huhu... Tapi abang tetap bersemangat nak pegi school. Sayang abang


Monday, June 10, 2013

Kangen Bangat

Bila hari Isnin, mind asyik fikir anak2 saja sebab 2 hari bersama. Memang kecoh la rumah. Bukan kecoh dengan suara anak2 saja, lebih hebat lagi suara ibu la. Hehe...

Adik sekarang ni mulut memang bising dok ta,ta,ta,ta,ta sampaikan abang pun marah apa la adik ni dok tatatata bicing je Haziq nak tengok tv


Gambar abang sikit je sekarang ni sebab dah susah nak snap. Hmm...Nampak tak benjolan kat dahi tu. Dah lama abang takde tanda2 macamtu

Tuesday, June 4, 2013

Murah2 Saja ;)

Mummies jom la beli item2 di bawah ni utk ank2 tercinta ;)

Lamaze worm - RM 20 exclude postage


Lamaze Gardenbug Foot Finder & Wrist Rattle Set - RM 25 exclude postage

Fisher Price Rocker - RM 170 exclude postage

Mothercare Pretty in Pink Playgym - RM 95 with free postage


Klu nak order boleh ke Rizqishop atau blh sms/call saya ye, 012-4819973 - ida



Monday, June 3, 2013

Kudis Buta ke Doktor Buta?

Adik demam pastu kat badan tu nampak macam ruam tapi kat betis tu tak nampak macam ruam. Risau takut chicken pox. Dari dok musykil tu decide p clinic la bagi doctor check, kan senang. Baru tau ruam ke apa.

Pastu pi lah klinik. Kali pertama jumpa doktor ni, nama dia Dr Ganesh. Dah duduk dia tanya kenapa. Bagitau la kat doctor, siap tunjuk2 lagi kat mana yang jadi tu. Lepastu doctor dengan slamber nya cakap ni kudis buta. What? Ada jugak doctor yang macamni, kesian kat patient kalau ramai doctor perangai macamni, Time tu adik tengah demam, badan memang panas. Lepas cakap kudis buta tu terus tulis2 atas kertas. Lepastu dia cakap, ok dah. Haaa? Dah? Langsung tak check. Macamtu je? Saya pun boleh duduk kat kerusi doktor tu. 

Dah keluar tu saya cakap kat kaunter saya tak nak ambil ubat, saya cuma nak bayar untuk consultation saja. Lepastu pembantu klinik tanya kenapa, saya cakap tak ada apa2 tapi sempat juga saya tanya doctor ni baru ke tak pernah nampak pun sebelum ni, Dia cakap doctor ni hari Ahad saja. Memang saya tak kannnnnnnnnnnn lagi lah lepasni nak jumpa dengan doctor. Bukan sebab doctor cakap anak saya ada kudis buta, then saya sakit hati tapi sebab cara doctor tu tak menunjukan yang doctor tu seorang doctor. Haish...