Tuesday, July 31, 2012

Risau..Risau..Risau

Baru balik dari klinik scan baby sebab rentetan daripada kes berat badan masa checkup semalam. Secara ringkasnya berat baby 1.4kg, dctr cakap sepatutnya dalam masa sekarang ni berat baby dalam lingkungan 1.9kg. So nasihat doktor tadi jangan puasa, makan lebih supaya berat baby boleh bertambah dan berat saya pun boleh naik. Dctr kata nanti klu berat baby tak cukup akan timbul masalah lain. Huhu..

Ya Allah, permudahkan lah segalanya.

Monday, July 30, 2012

MGTT (Meal Glucose Tolerance Test) 2

Hari ni dah dapat result MGTT 2 minggu lepas. Alhamdulillah ok, tak ada apa2 pun. Tapiiiiiiiiiiiiinya lagi 2 minggu kena minum lagi sekali. Masa misi bagitau tu terus rasa macam air gula tu dah melekat kat tekak. Kalau yang tak ada masalah kena minum 2x, kalau yang bermasalah 3x. Huhu... 

Haritu masa kena minum sekali saja memang rasa macam pelik sikit sebab 4 tahun lepas masa pregnant Haziq kena minum 2x pada hari yang sama. Tapi masa tu kat KK Dengkil, minum kali pertama (saringan) terus dapat result, lepas 2 jam minum lagi sekali (pengesahan). Tapi kali ni buat kat KD, so result tu akan dihantar ke KK dulu. Lepas dapat result tu baru kena minum lagi. Ambik masa la sikit. Jadi, lagi 2 minggu bersedialah ye wahai anak tekak.

Hari ni kena ceramah la sikit sebab berat turun. 2 minggu lepas 50.5kg, so hari ni sepatutnya 51.5kg tapi jadi 49.5kg. Kekurangan 2 kg. Huaa... Saya memang puasa sebab saya tak ada rasa letih sanga. Cuma petang tu ada la rasa letih. Saya tanya misi kalau berat saya kurang akan efek baby tak. Misi cakap mesti la efek sebab baby ambik nutrien dari ibu.

Misi kata kalau pergerakn baby tak aktif tu makannya baby mungkin lapar, lepastu ada la beberapa tanda2 lain yang misi cakap tu jadi pada saya. Risau nya. Nanti nak pergi scan la tengok berat baby, air ketuban, keadaan baby mcmana. Huhu...

Tetapi jika mereka berbuka puasa kerana takut akan kemudaratan kepada anak yang dalam kandungan atau anak yang disusukan itu sahaja, maka wajib ke atas mereka membayar fidyah dan juga qadha pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkannya itu. 

Jika mereka berbuka puasa kerana takut akan timbul kemudaratan atas diri mereka atau kedua-duanya iaitu takut ke atas diri mereka dan anak yang dalam kandungan atau anak yang disusukan, maka wajib ke atas mereka mengqadha puasa yang ditinggalkan itu tanpa wajib mengeluarkan fidyah. 

Jika perempuan yang hamil atau perempuan yang menyusukan anak (murdhi‘) itu sedang dalam musafir ataupun sakit, lalu mereka berbuka puasa dengan berniat rukhshah (kelonggaran) atas sebab musafir atau sakit, bukan kerana takut akan kemudaratan kepada anaknya, maka diwajibkan ke atas mereka mengqadha puasa itu tanpa membayar fidyah di hari-hari puasa yang ditinggalkan ketika musafir itu.

Lebih info lagi boleh baca kat sini, https://www.facebook.com/note.php?note_id=231163043573738

Apa2 pun merujuk kepada yang lebih arif adalah lebih baik kan. Harap2 baby saya ok

Thursday, July 26, 2012

Kek Pisang

Bahan-bahan

4 biji pisang emas (saya letak 6 biji)
1 cawan gula pasir (saya letak  xsampai 1/2 cwn gula + 1 sudu besar susu pekat)
1 cawan minyak masak
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar air limau nipis (saya guna air limau kasturi)
1 sudu teh esen pisang / esen vanilla

Cara-cara

1. Lenserkan loyang dengan minyak / marjerin
2. Ayak tepung bersama baking powder dan soda
3. Blender gula, telur, minyak samapi putih (lebih kurang 5 minit)
4. Tuang aduanan blender ke dalam bekas dan campurkan tepung yang di ayak tadi. Kacau dengan senduk sehingga sebati
5. Masukan pisang, esen, air limau. Kacau hingga sebati
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang
 7. Bakar dengan suhu yang sesuai mengikut oven masing2 dalam masa lebih kurang 45 minit / sehingga masak


* Oven mesti dipanaskan terlebih dahulu sebelum kek dibakar

Tuesday, July 24, 2012

Ikan Bakar bersama Air Asam

Ikan ni kecik saja sebab ni saja yang ada kat kedai tu. Huhu... Tak kisah la, boleh jugak nak bakar cuma size la kecik sikit

Ikan Bakar

Ikan kembung bakar 3 beranak. Hehe... Yang hujung skali tu spare untuk Haziq, so letak garam kunyit saja la

Bahan-bahan

3 ekor ikan kembung dibelah belakang dan dilumur garam kunyit
Daun kunyit utk balut ikan
Sedikit minyak

Inti

Serai, halia, bawang merah, bawang putih, cili kering ditumbuk

* kalau ada kelapa letak la sekali ye.

 Cara-cara

1. Masukan inti tadi ke belakang ikan dan lumur seluruh ikan dengan inti
2. Balut ikan dengan daun kunyit ( sblm balut, letakan sedikit minyak di atas daun kunyit untuk mengelakan daun kunyit melekat pada ikan)
3. Bakar atas kuali dengan api yang perlahan (letakan sedikit minyak di atas kuali bagi mengelakan ianya melekat)

Kalau bakar kat kampung senang la kan, tak payah guna kuali2 semua ni

Air Asam

Bahan-bahan

Asam jawa
Belacan
Garam
Gula
Tomato (didadu)
Bawang merah ( dipotong bulat)
Cili (dihiris)
Air

Cara-cara

1. Campurkan air, asam jawa, belacan, garam dan gula - ramas untuk mendapatkan jus air asam dan sebatikan bersama yang lain
2. Masukan cili, tomato serta bawang.

Air asam saya buat ni tak pekat pun sebab tak nak masam2 sangat

Kalau tak nak buat air asam, buat sambal kicap pun sedap. Potong cili, bawang dalam kicap.

Puding Roti Karamel





Bahan-bahan

3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus (saya guna 1.5 sb saja)
4 keping roti gardenia
3 biji telur - dipukul manja2 kemudian ditapis
2 cawan air suam
1 cawan susu pekat manis (saya guna 1/2 cawan saja)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

1. Sediakan gula hangus di dalam loyang
2. Panaskan periuk pengukus
3. Carikan roti dan blender bersama air, susu, telur dan esen vanilla
4. Masukan adunan yang diblender tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak (lebih kurang 40 minit)

*** kalau tak nak kukus boleh bakar guna kaedah water bath ye

Sedap dimakan time baru keluar dari peti sejuk ; )

Thursday, July 19, 2012

Sustagen 1.95kg

Baru dapat message dari Meadjohnson bgtau pasal promotion price untuk Sustagen Super Value Pack 1.95kg. Sebelum ni cuma single pack 650gm dengan double pack 1.3kg saja. Nak terjah la nanti berapa harga untuk promotion ni.

Sebelum ni price yang paling murah pernah dapat Rm 23.45 untuk single pack (Carrefour). Marilah sama2 kita usha harga promosi untuk 1.95kg ni pulak

Doakan baby Muhammad Taufik Daniall Amriizwan sembuh

Malam tadi tengok berita TV9. Kalau time berita memang lagi suka tengok TV9 daripada TV3 sebab berita2 yang disampaikan tu yang penting2, lepastu kurang la unsur2 politik ni. Ada kes baby koma tu kesian sangat.Baby Muhammad Taufik Daniall Amriizwan dah sebulan koma. Sama2 la kita doakan semoga baby Taufik sembuh seperti sediakala.

Baby Taufik diletakkan di bawah penjagaan pengasuh. Tak tau apa punca yang berlaku sebenarnya. Ada paper cakap didera, ada paper cakap tiada unsur dera. Wallah hu alam. Doakan yang terbaik untuk mereka.


Sejujurnya saya memang takut kes2 macamni. Tambahan pulak sekarang ni tengah preganant dan sedang mencari pengasuh untuk baby nanti. Memang kalau dah ditakdirkan sesuatu tu akan jadi, di mana2 pun akan terjadi. Tapi itu lah. Risau tetap risau. Di bawah penjagaan sendiri pun macam2 kejadian boleh berlaku. Huhu...

Haziq dulu mak saya yang jaga sebab ada sedikit masalah. Jadi jalan tebaik pada masa tu, bagi mak yang jaga. Memang la susah sebab bukannya jarak 50m tapi 500km. Tapi kalau dibawah penjagaan mak atau darah daging sendiri, tak la fikirkan sangat soal keselamatan semua tu. Cuma sedih la berjauhan dengan anak, kesian mak. Masa tu berulang alik macam dekat saja, 2 minggu sekali balik. Kadang2 mak datang jaga kat sini. Masing2 berkorban.

Semoga Allah berikan yang terbaik. Marilah kita sama2 doakan semoga baby Muhammad Taufik Daniall Amriizwan sembuh seperti sediakala.

Tuesday, July 17, 2012

Keywords

Kadang2 time tak ada kerja sangat tu saya check la jugak nuffnang even earning tak banyak mana kan. Tapi syukur la ada jugak rezeki dari situ. Tapi yang saya hairan sangat tu bila tengok keyword harini yang saya pun tak tau nak fikir macamana.

Yang amat memelikan saya ialah keyword baju resepi irma hasmi. Agaknya baju resepsi irma hasmi kot kan tapi typo kat situ

MGTT (Meal Glucose Tolerance Test)

Kalau sebut MGTT mesti ramai tak familiar kan apa tu. Kalau sebut minum air gula ramai la yang familiar, lebih2 lagi ibu2 yang pregnant. Alhamdulillah dah lepas dah sesi minum air gula. Huhu...Dulu MGTT ni untuk kumpulan yang berisiko tinggi, yang ada diabetis ke, familyl background ada diabetis ke, ada ahli keluarga yang bersalin awal ke, berat badan naik berlebihan dari yang ditetapkan ke. TAPI.... sekarang ni kepada ibu yang pregnant yang berumur 25 tahun ke atas memang WAJIB minum air gula. Tapi bergantung kepada kawasan masing2 la. Macam saya ni PKD Sepang memang wajib.

Saya orang pertama tadi minum air gula tu. Sedappppppp sangattttttttttttttt.

Prosedur:

1- kena berpuasa start pukul 10pm malam sebelum test tu.

Kalau appointment Selasa 8am, pukul 10 Isnin malam Selasa tu tak yah la makan apa2 dah ye. Tunggu sampai habis test esoknya tu

2- datang ke klinik, ambik darah ( 5 ml ), lepastu minum air glukosa yang memang pekat, melekat, melekit pada tekak ( mengandungi gula sebanyak 75gm ).

Macam ni la rupa gelas berisi air gula tadi. Tapi gelas saya tadi warna pink. Hehe... nak jugak bagitau. Tapi.... sukatan yang amat penuh ye, misi tak bagi diskaun pun. Huhu...

3- tunggu selama 2 jam selepas minum air gula untuk ambil darah buat kali ke 2

4- dah ambil darah, boleh la buka puasa : )

Lenguh jugak la tangan ni kena cucuk ambik darah. Tapi tak pe lah kalau dah prosedur macam tu kena la ikut kan. Risau jugak nak tunggu result ni. Memang la tak ada sejarah diabetis, family pun ok tapi kalau dah buat test, memang la risau nak tunggu result tu. Tambah pula kalau pregnant ni memang berisiko ada darah tinggi, kencing manis semua tu. Semoga result saya nanti ok, tak ada apa2 yang negatif

Saya pun kena control pemakanan jugak, tak boleh main bedal ikut nafsu je. Tadi naik atas penimbang, jarum tu terketar2 lak tak nak stop betul2, kejap 50kg, kejap 50.3 kg. Dok menari je. Misi kata kenapa jarum ni tak nak stop. Agaknya jarum tu nak jaga hati saya la kot. Hehe... So misi tulis 50.5kg. 2 minggu lepas berat 49kg. Haa... naik sampai 1.5 kg dalam masa 2 minggu? Overnya. Sepatutnya naik 0.5 kg saja, ni melebih2, melimpah ruah la pulak.

Kalau nak tau dengan lebih details lagi boleh la baca kat sini

Monday, July 16, 2012

Warehouse Purreen

Haritu saya update hasil rembatan kat warehouse mydear. Semalam terjah warehouse pureen lak. Kalau tak salah tulis kat web open at 10am tapi masa saya sampai tu dekat2 pukul 10am, dah ada yang nak balik dah pun, dak selesai memborong. Mesti diorang buka awal. Parking punya la susah nak dapat. Ada tapi jauh teramat la. Sampai 2 round pusing still tak ada kosong yang dekat2, last2 saya turun dulu, Haziq dengan abah terus cari parking lagi.

Orang memang ramai, sangat2 ramai. Sian tengok baby2 yang parents diorang bawak sekali tu. Dah macam kat taska pun ye jugak sebab baby nangis sana sini. Haziq dapat 1 port, main kat situ la sementara abah jadi pemerhati.

 Ni abang punya
Testing. Stokin cuma corak tu saja yang ada. Ok la daripada tak ada langsung. At least kena beli jugak walaupun 1 pasang untung abang sebab untuk adik ada
Ni baby punya. Baju2 memang banyak. Dah orang2 yang berkerumun kat baju2 tu triple banyak la. ; )  Ramai sangat orang kat tempat baju RM 3. Saya pun tak la memeriahkan lagi keadaan, saya pergi kat tempat yang kurang orang sikit. Tak larat nak bersesak2 sangat
Memang murah la saya rasa. Bedak tu cuma RM 9 saja. Semalam masa balik, singgah kat 1 pasaraya tengok packing yang sama tapi harga RM 14.90

Alhamdulillah barang2 baby banyak yang dah settle. Lepasni kena cuci, lepastu apa yang penting, pack masuk beg. Raya kali ni pun kena angkut beg baby jugak, sama macam pregnant Haziq dulu. Tak pe buat persediaan awal sebab kita tak tau apa akan jadi

Yang belum beli lagi untuk baby:
- towel
- botol susu
- minyak angin
- car seat

Yang belum beli lagi untuk abang:
- baju raya ; )

Friday, July 13, 2012

Warehouse Mydear

Haritu masa warehouse mydear dapat jugak beli sedikit barang untuk anak-anak.

Untuk abang
Mahal ye benda alah ni. Tapi ni ambik yang display unit punya. So murah la dari harga sale. Ni cuma RM 30 sebab sebelum ni diorg buat display je kat kilang tu. Tengok yang sale kat dalam, yang sebijik macam ni, harga asal RM93, lepas sale tinggal RM 53. Iskh2. Ambik yang display tu pun tak pe gak, condition ok, semua ok lagi cuma blur yang kat brand mydear tu. Tak pe la, yang tu tak pengting pun kan

Untuk baby
Tengok tu konon tak nak ambik yang ada warna pink tapi terlekat jugak. Baru beli 3 pasang baju, mitten + booties 4 pasang. Baju nanti tengok kat warehouse Pureen lak minggu ni. Tapi mitten & booties tu plain je, tak de corak2 pun, tak menarik lak. Nanti nak tengok yang ada corak2 1,2 pasang. 

Bantal peluk besar tu untuk abang. Bantal kecik tu untuk baby. Lepastu ambik beg satu. Harga tinggal RM32. Harga asal RM65 rasanya

Car seat ni memang dah minat sangat2 dah tapi tak sependapat dengan encik asben, so tak beli. 2,3 hari lepastu encik asben ajak pegi tengok balik, tengok2 dak tak ada ada, tinggal bekas saja. Huhu... Tak pe la, belum rezki lagi

*** kejap je, hari ni dah 28weeks 4 days. Nevessss

Kad Raya

Pergi Carrefour sebab nak beli susu Haziq. Masa tengah jalan tu tiba2 terpandang 1 sudut yang makin dilupakan - kad raya. Puasa belum lagi tapi kad raya dah jual dah. Kalau dulu2 memang kad raya selalu dicari oleh ramai orang tapi sekarang ni, bila orang kata zaman IT, dunia di hujung jari, ramai yang dah gunakan sistem online - termasuk la saya. Design / edit kad online lepas tu upload kat mana2, tag kawan2.

Kalau dulu nak raya saja mesti posmen sibuk nak hantar kad raya sana sini. Sekarang mesti dah berkurang dah kan. Tapi bila dapat kad raya rasa lagi touching kot kan. Macam feeling tu lebih la sikit. Kalau yang ada musik, lepastu kata2 ucapan yang shaydu, lagi la lebih feelingnya kan.


Tuesday, July 10, 2012

J.CO Donuts & Coffee

Tadi ada supplier datang office bawa donut. Bukan donut biasa yang beli pagi2 tu. Dia bawa J.CO Donut. Ni kali pertama saya makan. Jakun ke? Tapi saya tak berkenan sangat la sebab rasanya manis sangat kot. Lepastu tadi terambil yang ada cream kat tengah2 kat dalam tu, sah2 la tak habis. Saya rasa Dunkin Donut atau Big Apple lagi best kot. Apa2 pun terima kasih sebab datang bawakan rezeki di petang hari ni.


Lunch

Alhamdulillah, kenyang. Dah lunch dah. Hari ni tak ada bekal. Pagi tadi dah makan nasi lemak separuh. Untuk lunch rasa nak makan mee goreng atau bihun goreng. Tapi dok fikir nak tapau kat mana sebab kat bawah2 ni semuanya mahal ( bagi saya la mahal, bagi orang lain normal ). 

Tadi dah pukul 1.30pm turun la menapau. Fikir punya fikir order la mee goreng. Masa nak bayar tu tanya kat kaunter berapa ringgit. RM 6.50. Ok silalah bayar. Makanlah dengan penuh feeling, sefeeling harganya ; ) . Dalam mee goreng tu cuma ada ayam kecik2 dengan sayur kucai lepas tu 2,3 urat tauge. Itu sahaja. Kat atas tu ada la hiasan 1 hiris timun, 1 hiris tomato, tabur sikit daun


Dugaan : Part 2

Petang semalam Haziq datang ambik ibu. Nampak saja ibu terus Haziq senyum2, lambai2. Seronok ibu tengok anak ibu happy macamtu walaupun tengah tak sihat. Bila masuk saja dalam kereta, Ya Allah badan Haziq panas sangat. Sepanjang nak balik rumah tu memang Haziq peluk saja ibu. Huhu...

Balik tu terus singgah klinik sebab kena buat nebulizer lagi. Doktor check temp Haziq time tu 39.6. Haziq memang kalau demam dari dulu lagi ada masa tiba2 badan akan panas mendadak. Kalau kat rumah memang selalu jelum sampai panas turun.

Pagi ni dalam dilema lagi nak datang kerja ke tak sebab abah dah masuk kerja hari ni. Haziq lak pagi tadi badan suam2 lagi. Lepastu masih lagi nak guling2, tak nak bangun lagi. Ibu pun tak sampai hati nak ajak Haziq bangun sebab malam tadi tak boleh tido nyenyak pun. Ibu pun demam jugak ni. Huhu...

Tanya Haziq nak duduk rumah dengan ibu ke nak pergi rumah ibu umi. Haziq cakap nak ibu. Huhu... Masa tu rasa ok la, ibu cuti la hari ni. Tiba2 Haziq kata bu, jom kuar bu. Jom pegi umah ibu umi bu. Lepastu tanya Haziq betul ke ni. Haziq kata jom bu. Memang berat hati ibu sebenarnya nak tinggalkan anak dalam keadaan macamtu walaupun demam tak kuat pagi ni tapi hakikatnya anak ibu memang dalam keadaan tak sihat.

Batuk Haziq teruk la. Ibu dengar Haziq batuk, ibu pun rasa sakit. Huhu... Pagi tadi Haziq ok masa hantar kat rumah ibu umi. Tapi dah pesan la kalau apa2 terus call. Hati dan jasad ibu terpisah. Huhu... Walau apa pun yang ibu buat anak ibu tetap number 1. Tapi ibu dah tak boleh cuti atau MC dah. Huaaaa....

Rasa macam nak bagi Haziq makan madu sebab kat rumah memang ada madu. Tapi boleh ke sebab sekarang Haziq tengah makan ubat, lepastu demam skali. Takut lak nanti badan jadi makin panas.

Monday, July 9, 2012

Tempahan Kuih Raya


- tak ada sample -sbb dah lambat decide nak jual kuih raya
- sebekas RM18.50. kalau lebih daripada 10 bks rm18 - bagitau awal2 sebab ni perkara 1st orang akan bertanya
- kebanyakannya ada lebih daripada 50 pcs utk sebekas - info
- last date comfirm order 1 August 2012 - kalau lambat2 nanti banyak dah habis
- 50% deposit diperlukan pada masa comfirm order - sebab ada kes yang last minit cancel order
- kuih akn diedarkan pada minggu ke 3 puasa - senang la pembeli nak agih2kan kat mertua, orang kampung ;)
- penghantaran percuma di sekitar Puchong, Putrayaja, Cyberjaya, Kedah ( Sabtu - 18 August) - luar kaw ada sedikit caj (sikit sj) - special sampai ke Kedah free delivery





Dugaan

Hari Jumaat tu lepas lunch rasa badan macam tak sihat, rasa lenguh2 macam nak demam. Turun nak pegi klinik bawah office, tapi ramainya orang lepastu sejuk teramat sangat. Naik office balik la. Petang tu balik kerja terus singgah klinik, ambik ubat. Siap sakit tekak lagi. 

Lepast balik ambik Haziq. Ibu umi cakap mata Haziq sebelah kiri ni asyik bertaik saja 1 hari. Lepastu kat tepi ada la bengkak sikit. Tapi tak merah. Masa tu memang Haziq dah batuk dengan selsema. Lepastu ambik ubat Haziq pulak. Doctor bagi ubat mata macam gel tu, boleh letak masa Haziq tido. Tapi masa bangun tido tu memang kesian la tengok mata Haziq. Sabtu tu dah dua2 belah, kiri kanan kena. Ni kali pertama Haziq kena sakit mata sejak lahir. Kesian Haziq

Malam tu tiba2 badan Haziq panas. Ubat spare pun dah habis. Ibu pun on off demam. Huhu... Lepastu jelum kepala Haziq, turun balik panas. Ahad tu pegi klinik lagi ambik ubat demam Haziq. Malam tadi kemuncak la. Dengan demam, batuk, sakit mata, selsema. Setiap kali Haziq batuk tak tahan sangat dengar, rasa macam tekak sendiri yang pedih. Kebetulan ibu pun sakit tekak jugak. Sebab tu ibu rasa kepedihan tu skali kot.

Time tu dah ajak abah pegi hospital. Tapi abah cakap kita tunggu pagi la pergi klinik Suraya. Start 2am Haziq dah resah gelisah. Agaknya macam ibu lenguh sana sini la kot. Ibu jelum kepala Haziq, picit2 sikit. Haziq dok guling sana sini. Tapi Haziq suruh ibu sleep. Ibu sleep la. Selagi ibu dok tercongok, kepala tak letak atas bantal selagi tu la dok suruh ibu sleep. Agaknya Haziq pun kesian tengok ibu. Tapi memang asyik pesan la kat Haziq kalau apa2 panggil ibu, kalau nak air, panggil ibu. Kalau tak panggil ibu, panggil abah. Ye la kan, takut la jugak buatnya letak kepala kat bantal lepastu nyenyak lak tido nanti haa... Anak sorang2 tak tido

Petang semalam tengok Haziq macam nak muntah tapi dia tutup2 mulut. Macam tahan2. Tanya Haziq kenapa, nak muntah ke. Haziq cakap aah, nak muntah bu. Lepastu cakap kalau nak muntah, muntah la, jangan tahan2. Lepastu urut2 belakang Haziq memang banyak la yang keluarnya. Tapi cuma lencun dengan air la sebab tak ada 1 makanan pun yang masuk dalam perut. Memang susah Haziq nak muntah2 ni. Rasanya tak sampai 5x lagi Haziq muntah2 dari kecik. Kalau muak lepas minum susu masa baby tu tak kira la ye.

Sebelum tido tu memang dah bincang dengan abah kalau malam ni anak tak boleh tido, keadaan tak stabil lagi, abah jaga anak, ibu kena masuk office jugak sebab ibu dah kena warning dah. Huhu... Pagi tadi masak siap2 untuk Haziq dan abah - nasik air, nasik biasa, sup ayam campur kentang, ikan goreng. Hari Sabtu dengan Ahad tak ada apa pun masuk perut Haziq melainkan susu dengan air masak saja. Huhu... Harap2 hari ni Haziq makan.

Pagi tadi dah bagitau Haziq duduk dengan abah hari ni, ibu kena work. Haziq kata ok. Memang Haziq kata ok tapi dalam hati ibu tak berapa nak ok. Rasa kesian nak tinggal 1 hal, tapi tak pe la sebab bukan tinggalkan dengan orang luar, dengan abah sendiri. Tak payah nak risau sangat. Yang ke 2 nya sebab badan sendiri rasa tak sihat. Ye la dengan sakit tekak, demam on off, lepastu tak cukup tidur lagi. Tapi tak pe demi anak, ibu tak kisah.

Tadi bagitau office masuk lewat sikit hari ni. Pegi klinik, Haziq dengan suka relanya angkat baju bagi doctor check. Lepastu kena buat neb sebab kahak banyak sikit. Tadi dah buat sekali, nanti malam kena buat sekali lagi. Harap2 lepas ni Haziq ok. Sabar ye sayang. Semuanya dugaan untuk kita ok

Haziq dah besar. Masa buat neb pun Haziq dah tak meronta menangis2 macam dulu dah. Kiranya tahap boleh kawal la. Tapi tadi ada la jugak Haziq suruh ibu off mesin tu. Bijak ye

Friday, July 6, 2012

Lunch

Alhamdulillah, kenyang dah. Hari ni tak ada bekal, so makan kat kedai. 
Nasi + 1 ketul pajeri nenas + sayur bayam + sambal belacan + ulam raja + air suam = RM 4.30


Irma Hasmie Ibrahim & Redza Shah Azmeer Radzuan

Seronok sangat tengok couple ni. Sweet sangat kan. Berjumpa pun kat Tanah Suci Mekah. Semoga jodoh mereka berpanjangan






Ooo... Patut La


Ibu : abg,kejap lagi turun jgn lari sana sini ye.dangerous tau
Haziq : ye ke
Ibu : ye la.car, motor banyak
Haziq : ooo… patut la

Ibu : nanti dengar cakap ibu ye. Kalau tak dengar, ibu marah
Haziq : ibu jangan la malah
Ibu : abg buat salah ibu marah la
Haziq : ooo… patut la

Abah : promise dengan abah hari ni jangan buat perangai ye
Haziq  : ok, pomis
Abah : nanti petang abah bawa ronda2
Haziq : ooo… patut la
 
Cakap la apa pun, mesti ada respon ooo…patut la. Walaupun tak kena dengan topic perbualan

Call mak ayah kat kampung pun sama jugak

Haziq : ayah buat ape
Ayah : ayah tengok tv
Haziq : ooo... patut la

Haziq : mak dah makan ke
Mak : dah makan dah
Haziq : ooo... patut la

 Pembawa keceriaan ;)

Thursday, July 5, 2012

Macamana Agaknya Nanti

Awal2 dulu - Ketuk2 perut slow. Lepas tu assalamualaikum baby. baby sleep ke

Awal2 dulu bagitau Haziq jangan lompat2 kat perut ibu, kat dalam ni ada baby. Baby tengah sleep, nanti baby bangun boleh main dengan abang

Dah lama sikit - Ketuk2 perut slow2. Assalamualaikum. Baby sleep lagi ke? Angun la baby

Sekarang - Masih lagi ketuk2 perut sebelum bagi salam. Lepastu baby, jom main car jom

Selalu terfikir agaknya macamana la reaksi Haziq nanti bila dah betul2 ada baby kat depan mata. Agaknya Haziq boleh terima sebab kat rumah ibu umi ada 2 baby - Rayyan degan Ayra. Haziq suka. Kalau pagi2 Haziq tak ada mood nak ke rumah ibu umi, cakap jom kita jumpa Rayyan atau Ayra mesti Haziq senyum, excited nak pergi. Dah jumpa nanti dia peluk2, kiss. Tapi kena perhatikan la, tak boleh biar. Nanti lain jadinya

Tapi tak tau lah kan sebab tu bukan kat rumah sendiri. Bila sampai masanya nanti baru tau macamana. Doa semoga segalanya berjalan lancar

Sabar Itu Penting

Pagi ni betul2 rasa teruji. Pagi2 kan berdua saja dengan Haziq. Rasa nak marah diri sendiri, rasa sakit hati pada diri sendiri, rasa diri sendiri tak tau nak didik anak. Huhu...

1- ibu baru menggigil2 nak kunci pintu, grill. Haziq? Haziq dah lari turun tangga. Sebelum keluar rumah dah pesan baik2, abang tunggu ibu dulu ye. Ibu nak kunci pintu dulu. Abang tunggu ibu kat tepi ok, kita turun sama.

Tapi apa yang terjadi? Haziq terus lari turun tangga. Huhu... Nak tak nak terpaksa la kena kunci grill dulu sebelum lari turun kejar Haziq. Tapi mulut memang bising dah la terjerit2 memanggil. Haziq tak kisah pun. Dah la risau kereta, motor banyak keluar pergi kerja pagi2 ni

2 - Hari ni tak sediakan bekal untuk Haziq. Tak nak la Haziq pergi tangan kosong walaupun sekarang ni musim Haziq tak makan. Singgah la beli kuih kejap. Ibu baru slow kereta, Haziq dah sibuk buka lock pintu depan (kiri), tak sabar nak turung. Mulut ibu bising2 lagi, no Haziq, tunggu ibu stop dulu. Tapi Haziq dengar ke cakap ibu tu? Tak la kan. Bahaya la sayang. Huhu... Ibu tak tau nak buat macamana. Pintu belakang dah ok sebab dak tekan child lock tu, memang tak boleh buka dari dalam. Kenapa la pintu depan tu tak ada child lock jugak. Susah tau bagi parents yang ada anak2 yang aktif ni

Dah turun dari kereta Haziq mula la lari sana sini. Ibu nak pegang tangan, nak pimpin, jangan harap la boleh buat macamtu. Haziq nak bebas. Dah la tempat jual kuih tu main road kereta, motor keluar masuk kat gate. Huaa.... 

Sekarang memang jarang sangat2 la nak singgah beli2 kuih ke apa ke. Bahaya

3 - Ibu baru belok masuk kat parking rumah pengasuh, Haziq pun sibuk dah la nak buka lock, nak buka pintu. Sekali lagi mulut ibu pot pet tapi ibu pot pet, ibu saja la yang letih. Kereta stop, ibu baru naikan hand break, belum matikan enjin, Haziq dah ke mana-mana dah masa tu. Situ pun area kereta banyak lalu lalang jugak, dengan orang keluar pergi kerja, van ambik budak2 sekolah.

Kadang2 Haziq terus lari naik tangga rumah pengasuh. Kadang2 Haziq pergi panjat motor2 yang ada kat parking. Kadang2 Haziq lari ke jalan. Semua tu bahaya kan.

Sama la jugak aksinya kalau ibu ambik masa petang. Haritu Haziq suruh ibu dukung turun tangga, sebab Haziq kata tak ayat, ok ibu faham Haziq nak manja2. Ibu layankan saja la walaupun ibu pun tak larat. Turun tangga 2 tingkat dukung Haziq dengan perut boyot.  Sampai saja kat bawah Haziq cakap nak jalan, letak saja terus lari. Ibu pun terpaksa la lari jugak sebab nak kejar Haziq.

Kadang2 ibu rasa tahap kesabaran ibu kurang tapi ibu tak boleh la nak marah  Haziq sebab Haziq bukannya faham apa itu bahaya, apa itu dangerous. Ibu salahkan diri ibu la sebab ibu rasa macam tak boleh nak didik Haziq. Ibu perlu lebih banyak bersabar, sentiasa kena bersabar

Ibu fikir jugak sekarang ni macamana nanti kekecohan waktu pagi bila dah ada baby. Sekarang even ibu pregnant, ibu boleh lagi lari kejar Haziq walaupun ibu lari tu dalam keadaan risau - risaukan Haziq, risaukan baby kat dalam. Tapi nanti bila baby dah keluar, macamana ibu nak lari kejar Haziq? Ibu rasa macam nak hantar Haziq, baby kat rumah depan rumah kita saja. Senang, buka pintu rumah kita terus masuk rumah pengasuh. Tapi memang tu 1 perkara yang mustahil la sebab depan rumah tu orang2 bujang. Huhu...

Wednesday, July 4, 2012

Tak Tetap Pendirian

Tolonggggg.... sentiasa berdilema la. Sekarang kalau pegi mana2, nampak dress baby rasa macam langkah tak lepas je. Memang mulut cakap nak beli saja yang suitable for both baby girl or baby boy tapi hati tetap memandang ke arah warna yang soft2.

Semalam saja merayau kat Anakku, jejak saja kaki kat pintu tu nampak dress warna cream yang sangat comel. Cairnya hati ni. Dah beli baju baby, mitten and booties tapi tak ada satu pun yang saya ambik pink.

2 kali scan, dua kali doctor cakap girl. Kali pertama dctr cakap girl sebab dia tak nampak apa2, so dia cakap 90% girl. Kali ke dua kat klinik lain, doctor cakap dia memang nampak girl, dia siap lukiskan lagi kat atas kertas apa yang menyebabkan dia cakap girl.

Rasa macam nak scan lagi sekali je. 3kali scan 2d dah berapa ringgit dah. Nak buat scan 3D/4D (RM 100) rasa macam tak perlu lak. Tapi teringin. Huaaa.... Macam lah

Dah dengar banyak kes awal2 scan nampak girl tup2 keluar boy. Suprise betul la kan macamtu

Sandwich nugget




Bahan-bahan

- 2 keping roti gardenia
- 2 ketul nugget
- mayonis
- cheese ( blh letak 1 keping @ 2 keping)

Cara-cara

- goreng nugget, potong dan campurkan dengan mayonis
- lapiskan cheese pada roti, susun kan nugget tadi
- gunakan non stick pan utk gorengkan sekejap sandwich tu (utk cairkan cheese)
- boleh la makan

Kalau ada salad, timun, boleh la nak buat ala2 burger. Renung2kan dan selamat mencuba ;)

Tuesday, July 3, 2012

Frozen Buffalo / Cow

Sebelum ni selalu dengar karipap frozen, pau frozen kan. Hari ni jom tengok kerbau / lembu frozen pulak ye. Peti ais korang muat tak nak letak seekor lembu atau kerbau yang masih lagi cukup 4 kaki? Sah2 la tak muat kan. Tapi peti ais 1 pintu kat rumah saya muat.

Buka peti ais weekend hari tu terkejut ada, tergelak pun ada.

Ibu : Sayang, sape letak ni?
Haziq : Ajid la

Owh anak, anda sangat2 kreatif ye. Apa motif letak dia kat situ?

Ni la teman setia Haziq. Nak mandi pun mesti cari, bawa mandi sekali. Selagi tak jumpa, selagi tu la kena cari

Import khas dari kampung ni. Dah lama dah umur lembu / kerbau ni. Dari Along (anak kakak) kecik lagi. Sekarang Along pun dah nak masuk 15 tahun. Tak pasti la ni kerbau ke lembu, sekali tengok macam kerbau, dua kali tengok macam lembu.