Tuesday, December 9, 2014

Taman Rekreasi Gunung Lang

Selalu kalau balik kampung mesti nak terus je, tak nak singgah2 mana2 sebab fokus kat kampung je. Berhenti cuma kalau nak sembahyang, toilet, RnR mcmtu je la takde nak singgah pegi jalan2 ke. Tapi balik kampug haritu singgah kejap kat Ipoh sebab dah alang2 lalu dah, so stop kejap kat situ. Lagipun ambik cuti lebih sikit, pagi Khamis dah gerak balik.

Bertolak dekat2 pukul 5pagi, abang senang je kejut bagitau nak balik rumah ayah terus bangun dengan senyuman, siap2. Adik memang tak kejut la, angkat terus masuk kereta je sebab kalau kejut nanti mengamuk. Sampai dekat gunung lang tu dalam pukul 8pagi. Pengunjung hanya kami sekeluarga, yang lain pekerja. Gigih. Hehe...

Mula2 abang tu cakap kalau nak naik bot kena tunggu ramai sikit, dalam pukul 10pagi macamtu baru ramai orang datang. Pujuk2 abang ajak balik. Dah naik kereta tiba2 abang buat muka kecewa pulak sebab tak boleh naik bot, kesian pulak. Pegi lagi sekali pastu abang tu cakap boleh la, beli tiket dulu. Alhamdulillah rezeki. Tiket harga RM 3 untuk orang dewasa, so total RM 6 la. Naik bot kami berempat. Dah gerak sikit tiba2 ada pak cik dengan mak cik ni datang nak naik skali, pegi ambik diorg pulak, jadi la ber 7 sekali dengan driver bot. Tapiiiii...bahaya la saya rasa sebab naik bot macamtu je safety jacket pun tak ada. Saya memang risau sangat la dengan abang. 








Kat seberang sana tu ada rumah perak, ada binatang2 tapi tak banyak la ada rusa, burung unta dengan ayam ke burung apa ntah lagi 1. Kat rumah perak tu boleh kalau nak makan2 ke apa ke tapi kena bentang tikar la sebab orang masuk dalam tu tak bukak kasut. Saya pun tak masuk dalam sebab macam gelap je, tak berani. Hehe...




Ni lah rumah perak tu. 








Binatang tak banyak pun, ada rusa, burung unta dengan lagi satu tu ayam ke burung apa ntah. Best jugak la kat sini, berangin seronok je. Lagi besti kalau tempat ni dijaga dengan lebih rapi lagi. Adik masa ni memang comot sebab pakai baju yang petang semalam, belum mandi. Hehe...

Bot hantar kita ke seberang lepastu nanti dia akan patah balik ke tempat asal tadi. Kalau nak duduk kat situ sampai petang pun boleh, tak ada masalah. Masa tu masih awal lagi, so belum ada orang untuk next trip, abang tu tanya la nak dia datang ambik dalam pukul berapa, 30 minit ke 1 jam ke. Bagus jugak la service kat situ

Toilet bagi saya memang ok, bersih. Bilik mandi pun bersih dan cantik. Abang dengan adik mandi kat situ je. Hehe..Lagi 1 pak cik dengan mak cik yang naik bot sekali tu memang sporting habis la, berjiwa muda. Asyik selfie je, memanajang selfie. Mak cik tu siap offer ambikan gambar kitorang 1 family lagi. Diorg selfie lepastu forward gambar kat anak2, mak cik tu cakap nanti cucu2 dia balik bercuti nak bawa ke sini. Diorg pun baru kali pertama datang walaupun tinggal di Ipoh. Baik pak cik mak cik tu.. Ok lah tu saja nak cerita...babai... :)

Wednesday, November 19, 2014

Happy Birthday Abang dan Adik

Hari ni genapla abang 5 tahun. As per plan nak buat suprise harini. So pagi ni memang xde nak wish apa2 pun, buat biasa2 saja. Pastu lak skali mak long call wish kat abang.

Abang : bu, hari ni birthday Haziq ke
Ibu : aah, kenapa
Abang : mana kek birthday Haziq bu. Haziq nak kek, Haziq nak bawa p school
Ibu : Ibu xde buat apa2 kek pun abang, lain kali la ye
Abang  : ala ibu ni selalu mcmtu ( masa ni mmg abang dah nangis. kesian sangat )

Sebenarnya hari ni jugak ada jamuan kat tadika. Semalam abang dah cakap ada jamuan kena bawa makanan

Abang : bu, esok ada jamuan kat school. cikgu kata boleh bawa makanan. haziq nak bawa apa bu
Ibu : xpe esok abang tak payah bawa apa2
Abang : ala ibu ni. semua kawan2 nak bawa makanan. tak kan Haziq tak bawa
Ibu : takpe tahun lepas kat dah bawa banyak ( alasan tah apa2 )
Abang : hmmm...ye lah ( muka sedih dan kecewa )

Pagi tadi cikgu bagitau sampai je tadika abang cakap, cikgu, Haziq tak de bawa makanan apa pun hari ni dengan muka sedih. Jamuan akhir tahun tu mula 9.30am so pukul 8.45am saya, encik asben dan adik pun pegi la tadika. Nasib baik la tempat makan tu memang tak nampak dari kelas. Angkut barang naik tadika pastu mula acara tiup belon, gantung belon.



Pastu masa nak mula tu cikgu suruh yang perempuan dulu berbaris keluar diikuti dengan pelajar lelaki tapi abang last sekali. Memang nampak muka dia sangat teruja. Alhamdulillah ibu berjaya gembirakan anak ibu. Rasa seronok sangat.











Sebenarnya combine skali dengan adik sebab gap sebulan je. Tapi bila dah ramai2 ni adik memang tak join la dia, dok diam tengok je :)

Happy birthday anak2 ibu dan abah. 

Preparation : Birthday Celebration Part 11

Sambungan bahagian ke 2 ye. Malam tadi kawan hantar kek dalam pukil 9.30am. Lega masa tu anak2 dah tidur, senang la nak uruskan. Nak tak nak terpaksa jugak letak dalam peti ais. Selalunya lah pagi2 abang memang akan buka jugak peti ais tu tanpa motif, saja buka2 tengok2 pastu tutup. Kek order 2 biji - 1 untuk anak2, lagi 1 untuk cikgu abang sebab birthday cikgu abang 20 November.


Pastu mula la buat goodies bag. Rasa macam ada kenduri kahwin. Bergotong royong la kami suami isteri, gigih demi anak2 tersayang. Dah siap buat semuanya simpan dalam store pastu terus kunci sebab pagi esok takut ada yang masuk melawat. :)






 Pastu selesai la preparation untuk suprise birthday party kecil-kecilan ni. Nanti sambung dengan cerita seterusnya ye.

Tuesday, November 18, 2014

Preparation : Birthday Celebration Part 1

Esok adalah ialah birthday anak teruna yang ke 5 tahun. Syukur alhamdulillah. Cepat masa berlalu. Tahun ni abang sangat excited nak celebrate birthday. 4 October hari tu birthday adik, so wish kat adik happy birthday adik, bla3....bulan depan birthday abang pulak. Abang dengar je macamtu dia dah teruja ye ke bu bulan depan birthday haziq.

Ada 1 pagi tu masa nak naik rumah pengasuh abang ada jumpa sorang yang memang selalu la jugak tegur abang, so abang pun cakap macamni nanti birthday Haziq, datang rumah Haziq tau. Pastu dah kat office cikgu wasap cakap abang dah jemput kawan2 datang rumah. Hmmm... ibu terkedu. Tahun ni berbeza sangat sebab abang sangat2 teruja nak sambut birtday.


Rasa kesian, rasa bersalah kalau tak dapat nak penuhi keinginan anak. Memang parents walau macamana keadaan sekali pun anak tetap diutamakan, apa yang anak nak tu akan diusahakan sampai dapat sebab tak nak anak rasa sedih, tak nak anak rasa kecewa. Macamni rupanya apa yang maka dan ayah rasa kalau tak boleh bagi apa yang kami adik beradik nak. So ibu pun memang akan cuba penuhi impian abang.

InsyaAllah esok ibu, abah, adik akan datang ke tadika masa rehat abang. Akan bawa kek birthday dan goodies bag. Abang mesti happy bila tengok kek tu pastu boleh bagi goodies bag kat kawan2. Tak sabar ibu nak tengok senyuman tu esok.

Petang semalam dah gi beli sikit makanan untuk letak dalm goodies bag tu. Tapi bagitau abang ni bos ibu kirim, bos ibu nak buat kenduri. Nasib baik ok. Sory abang, ibu menipu sikit. Gi beli kat kedai nama apa ntah kat belakang uptown Puchong. 




Friday, November 14, 2014

Pre Order Telekung

Kepada ibu2 yang mencari-cari telekung untuk princess masing2 boleh tengok2 kat sini ye atau pun boleh ke page FB : Rizqi shop.
Kalau nak order sedondon untuk ibu dan princess pun boleh jugak.

boleh tengok album untuk view semua gambar. penerangan ada pada setiap gambar

Telekung ni semua pre order ye
Last submit order dan payment pada 27 November
Estimate saya pos pada customer insyaAllah pada pertengahan December ( mungkin akan lebih awal, mungkin juga akan lewat sedikit )
Sebarang perubahan saya akan sentiasa update

Material : Kain jersey
Material kain jersey sesuai untuk si manja dan ibu. Insyaallah tidak panas.
Ada 3 saiz untuk si manja

SAIZ 1-3Y : RM49 ( LABUH TELEKUNG 30' LABUH KAIN 27' )
SAIZ 4-8Y : RM59 ( LABUH TELEKUNG 38' LABUH KAIN 35' )
SAIZ 9-12Y : RM69 ( LABUH TELEKUNG 41' LABUH KAIN 37' )
DEWASA: RM89 ( FREE SAIZ - bleh request ketinggian )