Friday, September 30, 2011

Apo nak jadi

Tadi keluar lunch pukul 1pm - 2pm. Ada la 2 orang mamat ni makan jugak la tapi meja asing2 sebab tak kenal pun. Yang sorang tu pakai baju melayu siap bersampin. Masa awal2 tengok tu dalam hati saya fikir, bagusnya mamat ni siap pakai sampin lagi nak pegi sembahyang Jumaat. Masa tu saya assume lepas makan tu dia terus pegi masjid la.

Makan, borak, tengok jam dah 1.45pm tapi rileks je mamat tu dok berborak dengan member dia. Member dia pun melayu jugak cuma tak pakai sepasang baju melayu lengkap la. Agaknya dia terbabas kot kan, terlupa tengok jam sebab kusyuk berborak. Macam2 kan

Haziq dah sembuh

Alhamdulillah Haziq dah sembuh dari ulser. Dah 2 malam boleh tidur nyenyak. Jaga bila dengar azan je. Haziq pun dah mula makan macam biasa

Tapi susu lak Haziq dah kurang minum. Kenapa ye. Haziq dah tak berminat dengan susu ke? Ada lak hal baru yang ibu risau ni. Confius la. Tak kan dah nak stop susu kot. lagi 2 bulan baru nak masuk 2 tahun, bukan nak masuk 7 tahun. Susu tu kan penting. Tapi memang ketara la berlaku pengurangan ml Haziq minum. Huhu... kenapa, mengapakah?

Wednesday, September 28, 2011

Dah pandai request

Haziq : bu, atun bu
Ibu : Apa?
Haziq : bu, upin bu


Wah, dah pandai la kan sekarang ni merequest. Tapi bila buka kartun bukan tengok sangat pun, saja je. Haziq lebih berminat dengan cerita yang ada budak2 macam cerita Geng Mengaji, Moreh, Keluarga Adab, Macam2 Aznil. Geng Mengaji la yang Haziq paling suka skali. Terbaring saja depan tv tu. Tapi sekarang dah xde cerita tu, masa bulan puasa je

Monday, September 26, 2011

M.A.S.A.K

Dulu kalau sebut bab masak mesti rasa seram sejuk. Memang saya tak pandai masak, tapi sekarang ok la sikit2. Dari form 1-3 duduk hostel. Lepas form 5 masuk matrik, lepas matrik terbang ke Labuan. Masa tu memang saya tak tau la masak2 ni. Yang saya tau tolong kupas itu ini, kacau jangan bagi hangit. Tak ada apa pun yang saya boleh masak sendiri. Tapi semuanya berubah bila dah kahwin, duduk rumah sendiri. 

Kalau kita tak cuba kita tak tau. Macam tu jugak la dengan masak. Saya selalu kalau nak masak apa saya call mak atau kak, tanya sebijik2 bahan apa nak guna, macamana nak masak, sedetailnya la. Lepas tu selalu jugak cari resepi kat internet. Encik google kan tak kedekut.

Ingat lagi masa kali pertama raya rumah mak mertua. Mak request suruh masak rendang ayam. Ya Allah, masa tu memang dap dip dup la dalam dada. Terus call mak tanya mak macamana. Memang la pernah tengok mak buat, tolong mak potong itu ini, tolong kacau kat kuali tapi tak pernah buat sendiri semuanya. Tapi alhamdulillah menjadi la jugak rendang ayam raya tu. Syukur

Lepas tu sekarang ni saya memang suka explore tengok macam2 resepi. Sekarang kalau hari cuti ada saja la yang saya masak, cuba resepi baru la kadang2 tu. OK jugak la, ada la jugak perubahan pada saya, daripada tak tau apa2, dah boleh la masak bagi orang rasa sikit2.

Saya suka masak macam kek ke puding tu tapi tak suka makan sangat. Kalau masak, saya bagi la dekat jiran2, lepas tu nanti encik asben bawa bekal jugak. Tu dah buat saya suka. Masak ni pun salah satu bakat yang kita kena asah, macam pisau la makin kita asah, makin tajam la jadinya. Tapi apa yang pasti walau beribu resepi yang saya kumpul ianya tak kan sesekali dapat mengalahkn masakan mak ;) . Masakan mak yang terbaik

Ulser berjangkit ?

Jangan la terpedaya dengan title saya tu. Tu cuma hipotesis saya je. Saya baru nak baik dari ulser tapi Haziq lak kena ulser. Sebab tu la saya cakap ulser berjangkit. Tapi tu cuma saya ygn cakap, bukan doktor. So, tak boleh pakai la hipotesis tu. Tapi saya bercakap daripada pengalaman ;)

Malam tadi dengan jayanya tak dapat tidur sebab Haziq asyik menangis je. Lepastu nak minum susu pun tak boleh. Macam2 alternatif guna tapi tak boleh terima jugak. Huhu....Dah letak ubat banyak kali, harap2 kurang la. Pagi ni rasa macam zombie dah ni. Tak tahannya mengantuk. Macamana nak bertahan sampai 5.30pm ni?

Mintak2 la Haziq ok. Jangan la terlalu meragam di rumah ibu umi. Semalam baru perasan ada ulser 2,3 biji kat bibir bawah. Cepat2 sapu ubat walaupun masih kecil. Huhu....Be strong ye Haziq


Friday, September 23, 2011

Kenapakah?

Baru balik dari lunch. Makan nasi sikit saja pun, suku tapi tak sampai separuh dengan seketul ikan tongkol masak kicap. Pagi tadi dah makan bihun. Kuat jugak kan makan. On d way balik dari kedai tu terus rasa loya. Sampai office terus m*nt** dengan ceri beri. Kenapakah? Letih la

Risau, gundah gulana

Haziqqqqq..... risaunya ibu dengan Haziq ni. Risau...risau....risau. Kenapa tak nak makan sayang? Huhu.... Hari ni dah 3 orang tegur


Haziq, kenapa badan susut sangat ni. Dah kecik dah acik tengok

Oh no. Pilunya ibu dengar soalan tu. Hehe...over lak kan guna word pilu. Tapi memang la hakikatnya memang la ibu risau. Pakai pampers size L pun macam tak sesuai je dah dengan Haziq sebab macam besar lak pampers tu. Walhal memang selama ni pakai size L pun.

Petang ni kita jumpa doktor la ye. Hmm...Macam2 ibu masak untuk Haziq tapi at the end ibu yang kenyang. Daripada membazir, ibu yang habiskan. Macamana tu?

Thursday, September 22, 2011

Menyesal dan Bersalah

Semalam ibu marahkan Haziq. Ibu tampar tangan Haziq. Ibu tau Haziq mesti rasa sakit sebab tangan ibu rasa pedih. Masa tu memang ibu sangat2 sedih tapi ibu sembunyikan rasa sedih tu. Ibu pun rasa nak nangis sebab tampar tangan Haziq. Haziq main2 nasi dengan dua belah tangan lepastu Haziq tabur nasi atas lantai. Tak cukup dengan tu Haziq buang air dalam mulut kat meja lepastu Haziq tepuk2. Lepas ibu marah tu, ibu bagitau tak boleh buat macamtu, tak baik, nasi tu makanan kita. Lagipun apa yang Haziq buat tu memang tak elok, ibu tak nak Haziq ulangi lagi benda tu.

Ibu tau Haziq tak tau lagi benda tu elok ke tak untuk Haziq buat. Ibu tau ibu tak patut pukul Haziq. Mungkin ibu tak dapat kawal emosi. Tapi ibu tak nak Haziq ulangi perkara yang sama. Perbuatan ibu semalam tak berbekas secara fizikal tapi pada mentalnya ibu rasa ianya sangat berbekas pada hati Haziq kan. Mesti Haziq rasa ibu ni garang, lepastu terbayang2 muka ibu yang tak ada kelembutan langsung masa marahkan Haziq.

Ketika ibu menulis ni Allah saja yang tau perasaan ibu. Ibu sangat menyesal, bersalah, ibu rasa marah pada diri sendiri sebab ibu telah melukakan hati anak kecil ibu. Malam tadi masa Haziq nak tidur, ibu peluk Haziq, ibu minta maaf, ibu kiss Haziq, ibu bagitau balik kenapa ibu buat macam tu. Setiap kali ibu habis cakap, Haziq mesti kata ye. Maafkan ibu sayang, ibu harap Haziq faham. Ibu tak ada niat nak sakitkan Haziq, ibu cuma tak nak Haziq ulangi perkara yang tak sepatutnya Haziq buat.

Ibu patut bersyukur sebab Allah kurniakan ibu seorang anak yang riang, ceria, aktif yang sentiasa menghiburkan ibu dan orang2 sekeliling. Ramai orang lain yang inginkan anak tapi belum dikurniakan. Ibu sangat bersyukur. Ibu juga perlu ingat yang tapak tangan ibu adalah untuk membelai dan melindungi anak2 ibu, bukan untuk menyakiti.

Tapi ramai orang cakap sayangkan anak, tangan2kan. Kalau boleh ibu tak nak guna pendekatan tu.  Ibu selalu berpesan pada abah, kalau marahkan anak, buat muka serius (berlakon) saja jangan nak selang seli dengan ketawa sebab anak mungkin akan confius dan anggap perkara tu tak serius. Lepastu setiap kali lepas marah, pastikan ada sebab untuk diterangkan pada anak kenapa ibu dan abah marah, kenapa tak boleh buat macamtu.

Haziq, ibu sayang Haziq sangat2. Terlalu sayang. Ibu akan cuba perbaiki diri ibu. Walaupun ibu letih, penat, marah, ibu akan cuba kawal semua tu. Ibu perlu lebihkan sifat sabar dalam diri ibu

Mengantok

Mengatoknya awal2 pagi ni. Tadi pukul 2.30am Haziq dah bangun lepas tu nak keluar dari bilik, nak pegi kat ruang tamu. Huhu... Tapi ibu dan abah kuatkan semgangat tak bagi Haziq keluar sebab ibu dan abah sangat mengantok. Pukul 4am baru Haziq tidur semula. Tambah lak dengan hujan ni, sejuk je. Memang best la kalau dapat tidur ni.

Kenapa lately ni tidur Haziq macam tak menentu. Sebelum2 ni bangun pukul 5am. Dulu ok je bangun pukul 6am lebih. Hmm... kenapa, apakah yang menyebabkan kejadian ini berlaku? Confius la ibu

Wednesday, September 21, 2011

2nd birthday

Haa....ni la yang ada dalam kepala ibu sekarang ni. Biasa lah, ibu kan over fikir pasal ni. Hehe.. InsyaAllah ibu akan buat jugak untuk anak ibu. Tapi tak salah kan kalau kita merangcang. Tapi ibu rasa ibu memang agak over la bab2 ni, tapi xpe. Lagipun 19 November 2011 ni Haziq dah genap 2 tahun. Masa 1st birhtday dulu buat kat kampung. Sekarang ada beberapa option dalam kepala ibu ni

1. Kampung

Ibu rasa tahun ni pun macam nak buat makan2 kat kampung jugak masa raya haji. Tapi raya haji 6 November, awal berbelas2 hari2 lagi tu. Tapi kalau buat kat kampung, best, meriah, ramai orang tolong ibu. Tapi tu lah kan, awal sangat je ibu rasa. Tapi boleh je kan kalau nak buat jugak, beza tarikh tu apa la sgt

2. Puchong

Ibu rasa jugak macam nak buat kat rumah felet kita saja. Tapi meja makan pun tak ada. Ruang dah la comel saja, lepas tu kalau ada meja makan memang akan makin comel la space yang tinggal tu. Ibu ingat nak beli Japanese table tu. Tapi fikir2 nanti bila letak2 makanan mesti Haziq terjah awal kan. Hmm.... Lepas tu meja tu Haziq akan buat stage jugak, boleh la buat persemabahan apa2 kan. Tapi boleh je kan kalau nak buat. Lagipun bukannya nak jemput beratus2 orang pun kan. Orang lain buat ok je, ibu je yang over pk

3. Tasik Shah Alam

Ibu berangan la jugak nak buat birthday anak ibu ni kat tasik Shah Alam tu. Lagipun kan dulu masa ibu berchenta dengan abah, ibu pernah suprisekan birthday abah kat situ, abah pun pernah suprisekan birthday ibu kat situ jugak. Lepas tu kan ibu dok bayangkan macam bestnya kan kalau gantung belon kat ranting2 pokok. Haha.... over kan ibu. Memang sah la. Tapi ok pe kak, kek, masak sikit2, ajak la kawan2 3-4 orang kan. Outdoor gitu. Tapi 1 hal yang kena fikir jugak ialah macamana kalau tiba2 hujan. Jeng3

OK, cukup lah sampai sini angan2 ibu kan. Tengok lah nanti bila sampai masanya apa yang akan terjadi. Tapi insyaAllah ibu akan buat jugak walaupun kecil2an. Ibu memang teruja ni

Headache

Sakitnya kepala, macam pk. Lumrah la kan, selagi kita bernafas mana boleh berhenti berfikir kan. Boleh ke stop pk sekejap? hmmm...



Ibu pinjam pic Haziq ye ;)

Cayok2

Pagi ni 8 kali Haziq cuba nak pakai seluar sendiri dengan pelbagai gaya dan posisi. Teruskan berusaha ye, jangan cepat berputus asa

video

Tuesday, September 20, 2011

Adik untuk Haziq?

Hmm....lately ni ramai kawan2 update kt fb MY BABY PROGRESS : WEEK XX. Apa perasaan bila tengok post macamtu? Rasa macam seronok saja. Lepas tu nanti diorg boleh usap2 perut, boleh rasa baby kick dalam perut macam sedang main futsal. Lepas tu rasa geram tengok perut orang bulat2 mengandung tu. Iskh...

Tapi ada beberapa faktor yang saya fikir. Ni apa yang saya fikir saja. Orang lain, lain pulak pandangannya kan.

1. Faktor kewangan

Biasala kan kadang2 dapat gaji, agih sana sini lepas tu licin. Tu baru anak sorang, kalau ramai macamana. Tapi anak tu kan rezeki dari Allah S.W.T. So, bila dah ada anak mesti ada rezeki yang lain kan. Dan secara automatik bila bertambah ahli keluarga mesti kita akan berusaha lebih kuat kan. Yang penting kita kena yakin. Ye tak? Betul kan

2. Pengalaman lepas

Kebanyakan daripada ibu2 mesti ada pengalaman masing2 sepanjang proses mengandung, bersalin, membesarkan anak. Semua daripada kita melalui pengalaman yang berbeza2. Bila fikir pasal mengandung lagi, laju saja mind fikir pasal pengalaman lepas. Saya dapat alahan yang teruk. Baru start mengandung tapi dah 2 bulan mc + cuti, muntah 1 hari pernah cecah 22 kali sampai keluar darah, admit ward, macam2 la. Itu pengalaman saya la.

Tapi kuasa Allah mana tau kalau kali ke 2 dan berikutnya saya tak kan lalui pengalaman dulu kan. Mana tau kalau saya ok je, tak ada rasa apa2, enjoy saja sepanjang mengandung tu kan. Tapi tu la mesti teringat la kenangan lalu. hehe...

Lepas tu kalau saya pregnant lagi mesti bos pun risau kan. Ye la, awal2 dah cuti 2 bulan, lepas tu masa bersalin nanti cuti lagi 2 bulan. huhu... 

3. Bila umur yang sesuai untuk Haziq dapat adik?

Ni saya confius gak. Sekarang Haziq memang suka kalau jumpa baby. Dia mesti nak sayang, nak peluk baby tu. Sekarang Haziq baru nak masuk 2 tahun. Saya takut saya terkurang bagi perhatian pada Haziq bila Haziq dah dapat adik nanti. Iskh, tak mo la macam tu kan. Tak baik kan. Tak nak la Haziq kekurangan kasih sayang. Tapi memang saya takut jugak la. Takut terlebih bagi perhatian pada baby baru, kurang bagi perhatian pada Haziq. Cane?

Ada yang nak anak rapat2 supaya anak2 tu boleh membesar sama2, lepastu ada kawan bermain. Penat menjaga tu sekali harung saja. Bila anak dah besar ibu bapa boleh la rileks. 

Ada yang nak anak jarak2, dalam 2 tahun ke, 3 tahun ke sebabnya nak bagi perhatian sepenuhnya untuk anak sebelum tu dulu. Saya lak pilih yang mana? Hmm...

4. Sape nak jaga nanti

Sebelum pregnant kena tanya kak umi ok x kalau 11 bulan akan datang (9 bulan pregnant + 2 bulan pantang) kena jaga baby lagi. Hehe... Saya tak nak la pisah2 kan Haziq dengan adiknya. Lagipun saya dah serasi dengan family kak umi. So, biar kat situ je. Kalau macamtu ibu2 yang lain yang hantar anak dengan kak unipun kena tanya kak umi gak la kan, kena ikut turn.hehe...Kalau semua pregnant sekali nanti macaman kak umi nak jaga baby ramai2. Ye tak?

5. Keaktifan Haziq

Haziq sangat2 la aktif. Hari tu masa balik kampung ada sedara cakap, kalau macamni, tunggu Haziq 10 tahun dulu baru pregnant lagi. Haish, lama sangat tu. Nanti menopause la pulak. Hehe..
mak pun cakap tak payah lagi la, tunggu Haziq besar sikit dulu. Hmmm

6. Perasaan saya sekarang?

Memang la rasa membuak2 nak baby lagi. Tapi saya kena fikir kebarangkalian pengalaman lepas terjadi lagi. Kalau dulu encik asben saja terabai. Tapi andai kata kalau kali ni terjadi lagi, kesian la kat Haziq kan. Dia masih tak pandai urus diri. Bertambah lak yang terabai nanti. 

Saya rasa saya nak tunggu biar Haziq pandai uruskan diri sikit2. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Tapi saya berdoa agar Allah permudahkan segala proses untuk kali ke 2 dan yang berikutnya. Amin


Tapi kalau Allah kurniakan lagi baby, saya dan encik asben terima dengan hati terbuka dan mesti la sangat2 gembira

Hujan...bocor...basah

Duduk rumah yang kongsi bumbung dengan orang lain pun boleh bocor jugak masa hujan. Huhu...Pagi tadi hujan, lepas tu kesian Haziq basah lecun.


Tadi ibu tengah pakai tudung, lepastu bising saja, bu, tumpah, bu, basah. Skali toleh2 tengok...huhu... anak bujang ibu buat apa tu. Habis basah. Skali dengan toto pun basah. Rupa2nya Haziq tuang air masak dalam bekas air tu. Ibu tak perasan



Masa snap pic ni botol tu dah 0 la. Tak ada keje la klu botol ni masih ada air tapi ibu beriya dok snap pic, anak beriya tuang air. huhu..

Monday, September 19, 2011

Perkembangan 1 tahun 10 bulan a.k.a 22 bulan

Hari ni Haziq genap lah 22 bulan. Tak banyak sangat perbezaan dengan yang lepas. Keaktifan, kerajinan memang bertambah. Ibu kena pk lak nak buat sebeday Haziq kat mana tahun ni


Sangat2 rajin kan? Ada sape2 berminat nak jadikan menantu? hehe...

Saturday, September 17, 2011

Kek Marble Susu


Bahan-Bahan


250 g mentega
230 g gula halus (saya Cuma guna 200gm)
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung gandum *
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

Cara-cara


1.Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih.


2.Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.


3.Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.

4.Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.


5.Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak.

6.Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick / belakang sudu


7.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin.

Thursday, September 15, 2011

Myvi SE, Myvi Extreme


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini melancarkan dua model baru, Myvi SE dan Myvi Extreme yang menggabungkan gaya, keselesaan dan kuasa.
Dijual pada harga antara RM50,900 dan RM61,700 mengikut spesifikasi, kedua-dua varian itu didatangkan dengan pilihan transmisi manual atau automatik. 

Dikuasi enjin 1.5 liter DOHC, 16V DVVT, mampu memberikan kuasa sehingga 76kW pada 6,000rpm dan mengeluarkan kuasa torque maksimum 136Nm pada 4400rpm. 

Edisi khas model ini didatangkan dengan pilihan lima warna metalik iaitu kuning, putih, ungu, hitam dan perak berkilat. Manakala Myvi Extreme hanya didatangkan dengan empat warna metalik iaitu kuning, putih dan hitam.



Pic dari Perodua

Myvi Extreme 1.5 harga bermula dari RM58,200.00
MyvI SE 1.5 harga bermula dari RM50,900.00

Super Ring



Dah lama tak makan keropok ni. Dulu masa kecik2 memang suka la makan keropok ni. Sedap tau. Rasa lemak2 jugak. Hehe...

Ni tiba2 kat office ada lak stock keropok ni. Iskh,kenapa la beli stock yang tak berapa nak sihat. Tapi tak pe sihat ke tak sihat ke tetap akan licin. Stock sihat pun banyak, tapi diri sendiri yang pilih nak yang ni. Ada tak sape2 yang tak pernah makan Super Ring ni? Try la

Alhamdulillah masih lagi dapat mengawal Haziq dari makan keropok2 ni. Dalam pengawasan masih dapat kawal, harap2 Haziq tak berminat sangat la dengan makanan macam ni kan. Tapi tu la budak2 mesti nak punya lah. Tak pe, selagi terdaya, akan sentiasa mengawasi Haziq

Badan dan hati berasingan

Sekarang ni cuma jasad ada di sini tapi hati di kampung. Hari ni genapla seminggu arwah tok pergi. Mak lak asyik tak sihat. Ye la selama ni mak yang uruskan semua untuk tok mandi, makan, pakai, segala2nya. Ni bila arwah dah tak ada mesti mak rasa sesuatu yang boleh buat mak down.

Ayah lak ada sesuatu yang membuatkan ayah mudah mengalirkan air mata semenjak arwah tok pergi. Malam ni ada kenduri kat rumah. Ayah cakap minggu lepas buat kenduri ada pak cik (adik ayah), mie (encik asben) ramai la jugak. Ni cuma ada ayah, abg din (abang ipar), adik nak uruskan semua. Bukan itu yang membuatkan air mata ayah mengalir tapi ada sebab lain. Walaupun ayah mengalirkan air mata tapi tu tak bermakna ayah lemah. Tapi ayah sentiasa menjadi kebanggaan kami, anak-anak ayah. Semoga mak dan ayah sentiasa sabar dan tabah.

Esok cuti, so total cuti 3 hari. Kalau saya sorang2 mesti saya dah naik bas, balik kampung sebab encik asben kena kerja. Tapi dengan Haziq tak berani la saya nak ambil risiko naik bas tu.

Tuesday, September 13, 2011

Suka Duka Syawal 2

Hari Khamis lepas tok meninggal. Masa tu tengah msg dengan kak. Msg dari kak


Pak cik tepon suruh balik, tanya pasai apa, pcik kata balik la dulu. Mesti pasai tok

Saya pun rasa tak sedap hati. Terus call ayah. Memang tok dah meninggal. Innalillah hi wainnalillah hi rajiun. Masa saya call tu dalam pukul 4.15pm. Sepatutnya malam tu nak buat bacaan Yassin kat rumah, dah jemput orang, prepare untuk makan malam tu. Tapi bertukar menjadi majlis tahlil. Dah sampai masa untuk tok pergi setelah lebih setahun terlantar sakit.Itu yang terbaik untuk arwah tok.

Lepas tu saya bgtau bos, terus balik rumah. Berkali2 call encik asben tapi tak jawab, nasib baik ada number kawan dia. Lepas tu encik asben balik terus ambik Haziq. Balik rumah keluarkan beberapa baju yang tak perlu dari beg baju tu sebab belum kemas lagi baju2 yang balik dari kampung hari Ahad tu. 4 hari balik pulak.

Dah nak masuk highway encik asben tersedar dia terlupa ambil hphone. Terpaksa patah balik. Selalu tak ada pun kejadian macamni. Selalu masuk dalam kereta tu akan verify balik semua2 benda yang patut bawa. Tapi ni sebab nak cepat, macamni la jadinya. Dah buang masa. huhu..

Lepas tu jalan jammed pulak kat Subang dengan Sungai Buloh sebab time orang balik kerja. Ayah cakap nak kebumikan malam tu jugak. Bagus lah sebab arwah tok pun dah terlalu lama terlantar, lagi cepat kebumikan lagi bagus. on the way tu adik call bagitau ada lagi sorang pak cik kat sebelah kampung pun meninggal jugak. Innalillah hi wainnalillah hi rajiun.

Sampai kat Gurun dalam pukul 10.30pm, ayah bgtau dah nak bawa jenazah ke kubur. Awaltu ayah cakap nak tunggu saya tapi rasa macam lambat, saya suruh ayah teruskan. Tak nak la sebab nak tunggu saya nanti kena lambatkan yang tak sepatutnya. Semoga arwah tenang di sana dan Allah permudahkan perjalanan di sana serta tempatkan arwah di golongan insan2 yang terpilih.

Sepatutnya saya balik Puchong hari Ahad sebab Isnin dah nak kerja. Dah siap packing semua dah. Tapi tambah lagi 1 hari cuti sebab kesian lak nak tinggalkan ayah dan mak. Lagipun keluarga pak cik pun bertolak hari yang sama. Nanti mesti ayah dan mak rasa sunyi sangat kat rumah tu. Mesti terasa kehilangan walaupun yang pergi hanya seorang

Thursday, September 8, 2011

Macam-macam hal

Hari ni pakai baju kebaya datang office

Min : Ida, you ada open house ke today?
Saya : No. Y?
Min : Why you wear baju raya?
Saya : This is not baju raya. Baju ni dah banyak tahun I pakai la
Min : Yap always alert with your fashion. If you wear cantik2, Yap will say Ida must be going out for dinner today

Kelakar je. Ada jugak yang alert dengan saya rupanya

Min : Ida, I hate you so much
Saya : Haa... y?
Min : Bcoz you are so thin.

Macam2 hal kan. Nanti kalau nak resign boleh la letak reason tu. 

Even semua Chinese tapi best jugak. Macam2 hal boleh share. Sekarang ni selalu cerita pasal proses pregnant, bersalin, jaga anak, macam2 lah

Tak laratnya sayaaaaaaaaa....

Hari ni demam lak. Sebelum ni selsema dengan sakit kepala saja. Huhu... Ingatkan nak mc tapi ada sesuatu yang perlu diselesaikan. Kena la jugak datang ofis. Tapi asyik tunggu 5.30 saja ni. Tak larat sangat. Rasa macam nak baring2 saja. huhu... Cepatla 5.30

Rompakan Kedai Mamak, Shah Alam

Rompakan ni pada 28 August, kat Seksyen 15, Shah Alam. Sekarang ni bukan bank saja yang jadi sasaran perompak, kedai mamak pun dah kena rompak. Dah tak boleh nak melepak lewat2 surf internet lagi dah. Huhu... ke mana kita pergi pun kena lah berhati2

Wednesday, September 7, 2011

Ber3 lebih baik

Hari ni encik asben dah start cuti hari Rabu. Maknanya weekend ni tinggal saya dengan Haziq saja la. Huhu... Mesti boring. Selalunya Ahad tu bawa Haziq keluar main2, jalan2. Tapi kalau saya sorg memang tak mampu la rasanya. Kalau p beli barang2 pun dah tak boleh letak dalam troli dah sebab Haziq yang nak tolak troli, tapi tak lama pun. Lepas bosan, Haziq ke mana, troli ke mana. Selalu gak la Haziq ambil mana2 tin, barang2 letak dalam troli. Huhu... 

Lepas tu berjalan lak dah tak boleh berpegang, nak jalan sendiri, pergi ke mana ikut suka hati sendiri. Sebab tu la saya kata bertiga lebih baik. Bila masanya boleh keluar bersama2 ni. Tapi yang bestnya hari Rabu saya boleh makan yang encik asben masak, so Rabu adalah hari cuti masak untuk saya ;)

Tuesday, September 6, 2011

Aidilfitri 1432H

1 Syawal


Buat pertama kalinya Haziq ikut baraan (berkunjung beramai2 ke rumah jiran2, berselawat, marhaban sebelum makan juadah yang disediakan). Aktiviti baraan kat kampung abah ni kekal lagi sampai sekarang, memang jadi aktiviti wajib la. Bagus aktiviti ni sebab ramai2 berkumpul, dapat bermaaf2an. Selalunya kaum lelaki buat selepas sembahyang raya, hari2 berikutnya baru turn orang perempuan pulak. Tapi ibu tau part yang Haziq teruja sekali mestila masa naik motor. Tak bagitau pun tak pe sebab memang ibu dah tau



2 Syawal



On d way balik Kedah. Lambat lagi ke nak sampai ni. Dah macam2 style dah Haziq tidur, siap tertonggeng2 lagi. Tak ada lak gambar Haziq pergi beraya kat Kedah. Ibu sibuk la nak ambik gambar Haziq

6 Syawal



On d way balik dari Kedah

Suka Duka Syawal

Orang cakap kalau ada suka, mesti ada duka. Dalam seronok, gembira mesti akan terselit kesedihan kan. Hari raya pertama petang tu Haziq nangis2 nak naik motor, bawak la meronda kat tepi rumah tu kejap. Masa tu dalam pukul 7.10 petang. Malam tu Haziq nangis2 tak boleh tidur, ingatkan saja meragam. Puas buat macam2 sama jugak. Lepas tu mak mertua ajak bawa Haziq ke rumah jiran, dia tau la berubat sikit2. Katanya Haziq ada kena tegur masa petang tu. Kan orang2 tua selalu cakap jangan bawa anak keluar waktu2 maghrib tu tapi ingatkan Haziq dah besar, lagipun dah lama tak jadi macamtu. Dulu2 masa kecik memang la Haziq selalu kena gangguan tu. Huhu...

Hari raya ke 4 (Jumaat) dikejutkan dengan lagi 1 berita sedih. Dalam pukul 7.45pm, Haziq ambil hphone encik asben lepas tu baru sedar ada banyak miss call, message. Baca message tu tengok2 anak buah encik asben meninggal dunia. Message tu hantar pukul 3.45pm, masa kejadian tu pukul 1 lebih. Arwah (Azhar) dalam perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat. Arwah naik motor dengan sorang lagi kawan (Naim) tapi arwah yang bawa motor tu. Pagi tu arwah dengan kawan2 pergi baraan (aktivit kunjung mengunjung dari rumah ke rumah secara beramai2 sambil berselawat dan marhaban), turn rumah arwah lepas solat Jumaat. Masa kejadian tu arwah nak memotong 2 biji kereta, kereta yang paling depan tu dah bagi signal nak membelok tapi kereta belakang tu follow saja, tak bagi signal pun. Diorang tak nampak kereta depan dah bagi signal, memotong tapi tak lepas. Naim tercampak ke dalam parit, terseliuh di kaki, arwah tercampak atas jalan, cuma ada calar sikit saja di dahi.

Kereta yang melanggar tu terus pergi ke balai polis tanpa menghulurkan bantuan. Orang yang lalu kat situ yang bawa arwah dan kawan ke hospital. Tapi arwah meninggal dunia masa dalam perjalanan ke hospital. Hasil bedah siasat, tulang rusuk patah, hati dan paru2 arwah hancur. Motor tu baru saja beli tak sampai sebulan lagi. Arwah bercita2 nak bawa motor tu bila masuk U nanti. Tapi Allah lebih sayangkan arwah. Masa kejadian tu ayah arwah ada di masjid dan nampak arwah tungkat motor dan masuk ke dalam masjid. Tapi masa tu arwah mengalami kemalangan, cuma ayahnya yang belum tau.

Saya dan suami tak sempat nak balik melihat jenazah sebab jenazah dikebumikan selepas maghrib. Masa tau perkara ni pun dah dekat pukul 8pm. Masa pergi melawat keluarga arwah,ayah arwah (abang ipar saya) cakap arwah banyak bermain dengan Haziq masa pergi baraan hari raya pertama tu. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman. Amin...

Hari Ahad tu bertolak balik dari Kedah, singgah kampung suami dulu, petang bertolak ke Puchong. Malam tu Haziq jadi lagi sekali, tak dapat tidur, menangis2, meronta sambil tangan tutup2 muka cakap jangan, tak nak.  Saya dah panik. Sebab setiap kali Haziq menjerit saya mesti meremang bulu roma. Huhu... Baca apa pun Haziq tetap macamtu. Haziq cuma boleh tidur sekejap2 saja. Semalam dah bawa jumpa Ustaz, alhamdulillah malam tadi Haziq dah boleh tidur. Mudah2an Haziq dijauhkan dengan perkara2 yang tak elok. Amin