Orang cakap kalau ada suka, mesti ada duka. Dalam seronok, gembira mesti akan terselit kesedihan kan. Hari raya pertama petang tu Haziq nangis2 nak naik motor, bawak la meronda kat tepi rumah tu kejap. Masa tu dalam pukul 7.10 petang. Malam tu Haziq nangis2 tak boleh tidur, ingatkan saja meragam. Puas buat macam2 sama jugak. Lepas tu mak mertua ajak bawa Haziq ke rumah jiran, dia tau la berubat sikit2. Katanya Haziq ada kena tegur masa petang tu. Kan orang2 tua selalu cakap jangan bawa anak keluar waktu2 maghrib tu tapi ingatkan Haziq dah besar, lagipun dah lama tak jadi macamtu. Dulu2 masa kecik memang la Haziq selalu kena gangguan tu. Huhu...
Hari raya ke 4 (Jumaat) dikejutkan dengan lagi 1 berita sedih. Dalam pukul 7.45pm, Haziq ambil hphone encik asben lepas tu baru sedar ada banyak miss call, message. Baca message tu tengok2 anak buah encik asben meninggal dunia. Message tu hantar pukul 3.45pm, masa kejadian tu pukul 1 lebih. Arwah (Azhar) dalam perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat. Arwah naik motor dengan sorang lagi kawan (Naim) tapi arwah yang bawa motor tu. Pagi tu arwah dengan kawan2 pergi baraan (aktivit kunjung mengunjung dari rumah ke rumah secara beramai2 sambil berselawat dan marhaban), turn rumah arwah lepas solat Jumaat. Masa kejadian tu arwah nak memotong 2 biji kereta, kereta yang paling depan tu dah bagi signal nak membelok tapi kereta belakang tu follow saja, tak bagi signal pun. Diorang tak nampak kereta depan dah bagi signal, memotong tapi tak lepas. Naim tercampak ke dalam parit, terseliuh di kaki, arwah tercampak atas jalan, cuma ada calar sikit saja di dahi.
Kereta yang melanggar tu terus pergi ke balai polis tanpa menghulurkan bantuan. Orang yang lalu kat situ yang bawa arwah dan kawan ke hospital. Tapi arwah meninggal dunia masa dalam perjalanan ke hospital. Hasil bedah siasat, tulang rusuk patah, hati dan paru2 arwah hancur. Motor tu baru saja beli tak sampai sebulan lagi. Arwah bercita2 nak bawa motor tu bila masuk U nanti. Tapi Allah lebih sayangkan arwah. Masa kejadian tu ayah arwah ada di masjid dan nampak arwah tungkat motor dan masuk ke dalam masjid. Tapi masa tu arwah mengalami kemalangan, cuma ayahnya yang belum tau.
Saya dan suami tak sempat nak balik melihat jenazah sebab jenazah dikebumikan selepas maghrib. Masa tau perkara ni pun dah dekat pukul 8pm. Masa pergi melawat keluarga arwah,ayah arwah (abang ipar saya) cakap arwah banyak bermain dengan Haziq masa pergi baraan hari raya pertama tu. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman. Amin...
Hari Ahad tu bertolak balik dari Kedah, singgah kampung suami dulu, petang bertolak ke Puchong. Malam tu Haziq jadi lagi sekali, tak dapat tidur, menangis2, meronta sambil tangan tutup2 muka cakap jangan, tak nak. Saya dah panik. Sebab setiap kali Haziq menjerit saya mesti meremang bulu roma. Huhu... Baca apa pun Haziq tetap macamtu. Haziq cuma boleh tidur sekejap2 saja. Semalam dah bawa jumpa Ustaz, alhamdulillah malam tadi Haziq dah boleh tidur. Mudah2an Haziq dijauhkan dengan perkara2 yang tak elok. Amin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.