Friday, January 11, 2013

Baby Kiko Warehouse Clearance: II

Semalam saya ada buat entry pasal iklan warehouse baby kiko kan. Hari ni saya dah terjah. Kejap je saya pegi tadi. Tak sampai 1 jam pun. Hehe... Tak pe lah kejap pun, asalkan dapat pegi jugak kan. Harini encik asben off, so boleh la ajak dia pegi sekali tapi kena cepat la sebabnya nak balik pegi masjid pulak. Nasib baik la dari rumah nak ke ofis tak jauh sangat, lepastu warehouse ni pun dekat saja dengan kawasan office. Kalau jauh memang tak dapat la nak buat lawatan. Sebenarnya nak pegi semalam tapi disebabkan warehouse ni pun ikut office hour, sampai pukul 5pm saja, so tak dapat lah pergi. Bukan excited nak pegi sangat tapi kalau boleh tak nak pergi hari cuti sebab kena bawa anak2. Tak sesuai tempat macam ni nak bawa anak2.

Hari ni tak ramai orang sangat pun. Masa sampai tadi nama saya tu dalam ranking 104. Kat gate tu kena tulis nama dalam buku log. Nak snap gambar jugak tadi tapi macam segan la sebab ada orang lain. Nanti orang tu ingat saya tak pernah isi nama dalam buku log tu pulak kan. Ini lah namanya panahan blog, segalanya nak bergambar kan. ;)

Nampak ni super clearance. Nak tau betapa supernya kena lah masuk ke dalam.

Apa yang ada kat dalam ni? Taraaa...

Banyak baju girl la kat sini. Baju boy sangat limited. Baju baby pun ok la jugak. Kebanyakan baju kena mix and match sendirilah. Kalau yang baju asing, seluar asing ni harga nya dalam RM 8 macamtu. Kalau yang sepasang tu ada yang RM 12. Macam seluar kat atas ni harga RM 16. Haaa...dah macam promoter baby kiko dah saya ni

Toys pun ada tapi tak banyak sangat. Teether banyak la Harga RM 5. Saya ambik toys yang lembut tu 1 tadi

Toiletries pun ada. Shower gel ni top to toe dalam rate harga RM 8, RM 9 macamtu lah

Gift set pun ado. Tapi tak banyak mana pun. Kalau tak salah harga RM 22 kot

Ada diskaun lak tu. Depends pada berapa jumlah pembelian kita lah. Kalau beli banyak RM , maka banyaklah diskaunnya. Diskaun ni untuk baju2 je, tak include barang2 lain ye. Harap maklum

Saya beli la jugak sikit untuk anak2. Nama pun baby kiko, memang haruslah untuk anak2 kan.




OK. Sekian laporan dari bilik berita warehouse baby kiko. Sape2 rasa nak buat lawatan sambil bekerja ke, nak terjah ke, sila lah. Tapi kalau nak pergi hari cuti dinasihatkan tak payah la bawa anak2 ye. Kesian kat diorang nanti dengan panas, tak selesa. Lepastu nanti ibu pun susah jugak nak memilih baju kalau anak meragam kan


6 comments:

  1. seronok nye ..best betul beli bile ada warehouse clearance ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dapat murah dari harga biasa.tu yang bestnya ;)

      Delete
  2. hehe..terima kasih wartawan baby kiko..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. maaaf ye, tak perasan lak tadi.tp klu xslh sy rs mcm xde la

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.