Kat mana relevennnya kedua2 tu ye. Tak nampak pun perkaitannya kan. Tapi itu lah yang kita selalu fikir, bila baby dah pandai main2 bubble dengan air liurnya dan kebetulan pada masa yang sama jugaklah rambut ibu gugur, kita akan fikir betul lah ni orang tua cakap kalau baby dah mula main air liur, rambut ibu akan gugur. Hmm...Sebenarnya benda ni berlaku secara kebetulan saja. Bukannya air liur baby tu tarik rambut ibu sampai gugur ;)
Macam saya sekarang ni lah, rambut berguguran macam daun rambutan gugur di musim luruh. Lepastu adik sekarang memang suka la main air liur. Tak payah beli buih sabun yang jual kat pasar malam tu sebab adik boleh buat bubble sendiri, guna air liur je, tak keluarkan modal pun ;)
Sebenarnya kejadian rambut gugur selepas bersalin tu adalah normal. Cuma banyak atau sikit tu bergantung lah pada individu. Ni faktaknya ye
9 Perkara Perlu Mama Tahu :
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.
Apa mama perlu lakukan?
Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.
Makanan Mencegah Keguguran Rambut
Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.
Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.
Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.
Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.
Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.
Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.
Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.
Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.
Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

Sumber : http://pama.karangkraf.com/famili/rambut-saya-banyak-gugur-1.26749
Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam masa 3 atau 4 bulan selepas melahirkan, sama fasa dengan masa baby mula menyembur air liur. Jadi kalau kita sedang berada pasa situasi yang sama (rambut ibu gugur dan baby main air liur) boleh la lepasni tukar lak term ni, bila baby dah mula menyembur air liur, itulah masanya kebanyakan ibu akan mengalami masalah keguguran rambut. Bukannya rambut ibu gugur disebabkan oleh baby main air liur. Kesian kat baby kan. Hehe...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.