Petang Khamis lepas kat taska ada celebrate birthday kakak Aisyah yang ke 5 tahun. Happy birthday Aisyah. Ada potong kek, makan KFC. Macam biasa la walau di mana jua abang la yang paling kecoh, paling bising sekali. Sabar je lah
Tu lah birthday girlnya, yang pakai baju pink tu. Abang pun sibuk la jugak nak potong kek kakak Aisyah. Terpaksa la mama kakak Aisyah layankan jugak
Walaupun lambat lagi birthday abang dan adik tapi ibu dah berkobar2 dah google macam2. Hehe... gila over la kan. Padahal birthday anak2 tu bulan 10 dgn 11. Ni baru bulan 1. Sah2 la memang over melampau. InsyaAllah tahun ni nak combine sekali birthday abang dengan adik. Lagipun selang sebulan saja. Wah, dah siap plan untuk 10 bulan yang akan datang. Adik pun baru boleh meniarap, baru 3 bulan. Abang lak baru saja 3 tahun 1 bulan. Banyak bulan lagi kot ;)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.