Wednesday, December 29, 2010

Force Leave?

huhu....baru berazam tahun depan nak kurangkan cuti, nak simpan cuti, nak guna untuk hal urgent sj. Tapi ni dah kena force leave sebab company trip. Tapi saya nak kerja bos, jangan la paksa saya. huhu... saya sayangkan cuti saya bos. huhu... tapi nasib baik la 1 hari je, 7 Jan 2011 tu force leave. 6 Jan tu replace yang cuti tahun baru ni. nak kerja, nak kerja, nak kerja... boleh la saya datang kerja bos.huhu...

Rezeki

Ni dialog antara saya dengan pengasuh Haziq (K.umi) semalam

saya : roti Haziq tu bagi je la Eriza dgn Imam makan kak
K.umi : ye lah. kek tu ida beli kat mana? Tadi Haziq makan sikit lepas tu akak dengan anak akak yang makan. sedapla, lembut je
saya : Ida tak beli kak, ida buat sendri. memang ingat nak bagi kat akak skali tap dah habis (ni saya tak tipu mmg dari awal dah set nak bg kat k.umi sama. tapi xberkesempatan). Nanti ida buat lagi ida bagi kat akak

Pagi tadi

k.umi : ida pandai buat kek, akak nak order kek coklat tu boleh tak sebab nak bawa balik kampung, anak buah bertunang.
saya : takde la pandai kak, setakat nak makan tu boleh la. Kalau akak nak tengok la nanti mcmana. Esok saya bgtau akak balik

Kan rezeki namanya tu. Janganla menolak rezeki. Awal2 pagi rezeki dah masuk. Saya akan cuba buat untuk k.umi. Tapi berdebar lak rasa. Hehe...maklumlah saya budak baru belajar kan. Tapi takpe, saya akan buat.

Balik Kampung

Balik kampung...hohoho...balik kampung...Hati berlagu riang nak balik kampung ni. Tak sabar nak tunggu hari jumaat. Dah sebulan lebih tak balik kampung. Rindunya...Iskh, mengalahkan budak2 lak rasanya. Leave form pun bos dah sign, TQ bos sebab approved. Tapi selama ni tak pernah pun bos reject kalau nak apply cuti. Mesti Haziq pun sama tak sabar nak balik tengok segala ternakan kat kampung. Balik ni lagi sibuk la Haziq melawat kawasan. Kalau dulu kena orang dukung nak ke sana sini tapi sekarang dah boleh berjalan, so tak de masalah lah bagi Haziq. Tapi takpe sebab kat kampung ramai orang nak pantau Haziq.

Haziq..Haziq...Haziq

Rindunya dengan hero ibu ni. Baru lepas baca beberapa blog ibu2 yang kehilangan anak. Sedihnya. Rasa bersyukur sebab ibu ada Haziq di sisi. Mesti sukar untuk diorang nak lalui semua tu. Tak dapat ibu nak bayangkan. Masa ibu terpaksa berjauhan dengan Haziq dulu pun rasa rindu sangat2. Tapi ibu masih boleh balik kampung melawat Haziq, peluk cium. Tapi diorg hanya boleh melawat pusara...

Tuesday, December 28, 2010

Kecacingan

Jangan rasa geli pulak ye dengan tajuk ni. Start dari las week Haziq tak nak makan, kak umi pun risau jugak. Ibu ni lagi la risau. Lepas tu rasanya Haziq ni macam ada simptom kena cacing la. Budak-budak kan selalu kena dengan benda ni kan. Dulu masa Haziq belum cukup setahun Dr S pesan nanti dah setahun bawa datang klinik nak bagi makan ubat cacing. So malam tadi saya bawa la Haziq pegi klinik (klinik yang selalu pegi), saya pun cerita la dekat doktor tu, Dr N sebab Dr S xde. Dr N tu cakap , ni bukan cacing ni, selera je takde. Hmm... Lepas tu Dr N kata nanti kalau dah ada cacing baru datang dan bagi makan ubat cacing. Rasanya Dr S nak mencegah sebelum benda tu terjadi tapi Dr N ni nak tunggu jadi dulu. Sebelum ni pun masa Haziq jadi ruam biasa , Dr N kata ooo... ni campak ni. Tapi faktanya bukan campak pun, ruam je. Lepas tu yang Haziq betul2 kena campak dan jiran2 pun cakap campak termasuk la naluri keibuan saya pun rasa campak, Dr N boleh kata ni cuma ruam biasa... Saya memang tak berapa berkenan la dengan cara Dr N ni sebab saya memang suka Dr S tp bila Dr S takde terpaksa la jugak jumpa Dr N. So saya decide petang ni balik kerja terus nak pergi farmasi beli ubat cacing untuk Haziq. Mencegah lebih baik dari merawat kan.

Ni ada sikit info pasal penyakit kecacingan:

Simptom2
1. sentiasa rasa lemah akibat kurang darah.
2. berat badan rendah sbb kekurangan gizi
3. perut buncit
4. sakit perut dan sakit di bahagian dubur
5, batuk yang tak sembuh2.( cacing yg hidup di paru2)
6. tiada selera makan
7. cirit birit

jenis cacing yang menggelikan ni:
cacing gelang (Ascaris Lumbricoides),
cacing tambang (Ankylostoma Duodenale dan Necator Americanus),
cacing cambuk (Trichuris Trichuria).

Ada 2 jenis ubat cacing
  1. Albendazole/mebendazole
    Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya

  2. Pirantel Pamoate
    Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

    Ni salah 1 daripada ubat cacing yang doktor selalu bagi. Ubat cacing just ambil setahun 2x je (setiap 6 bulan sekali)

Monday, December 27, 2010

Kawan

Hari ni teringat kat kawan2 masa dulu2. Orang selalu cakap kawan untuk ketawa ramai tapi kalau kawan untuk menangis susah nak cari. Setuju tak dengan pendapat ni? Maknanya masa kita dalam keadaan gembira, senang ramai kawan2 di sekeling kita tapi bila kitra ada masalah atau kesedihan, susah nak cari kawan yang akan berada disamping kita. Bagi saya pendapat ni boleh digunakan sebab ianya pernah terjadi kepada saya. Dulu masa study, ada ramai kawan-kawan untuk berbual, bercerita,bergembira,macam-macam lagi la. Tapi lumrah alam lah kita ni bila dah suka sesuatu, seseorang tu, semuanya akan nampak baik je. Kalau ada orang lain tegur bagitau apa yang tak baik pun susah kita nak terima kan. Ye x? Susah kita nak sedar selagi belum ada apa2 kejadian yang menunjukkan kita kebenarannya. Setiap apa yang jadi tu ada hikmahnya.

Sesuatu telah terjadi pada saya dan daripada peristiwa itulah saya dapat menilai mana kawan untuk bergembira, mana pula kawan untuk bersedih yang sentiasa ada bersama. Saya pernah kehilangan beg duit dan tak ada 1sen pun yang tinggal pada saya masa tu. Malam sebelum tu saya keluar dengan kawan-kawan sebab nak sambut birthday kawan, walaupun ada yang melarang tapi saya tetap join jugak. Degil kan. Tu lah padahnya. Keesokannya hilang wallet. Dah la lagi 3 hari nak balik kampung, dalam tu lak ada duit kawan minta tolng pos kan barang2 dia, ada duit yang baru dikeluarkna dari bank. Ada sorang kawan hantar saya ke balai polis. Perasaan masa tu hanya Allah S.W.T je yang tau, macam2 perkara bermain di kepala ni.

  • Kali pertama hilang wallet dan semua isi di dalamnya
  • Kali pertama ke balai polis
  • Kali pertama log report
  • Semuanya seorang diri , jauh dari family dan sambil menangis2 (malu lak rasa)

Kawan2 yang bergembira pada masa tu hanya buat tak tau je. Takpe la sekarang masa saya ditimpa kesusahan. Rupa2nya saya ada lagi kawan2 yang sentiasa ada di sisi mahupun ketika susah atau senang. Ada seorang hamba Allah S.W.Ta yang sampai sekarang saya masih belum lupakan apa yang dia telah buat untuk saya dan insyaAllah sampai bila2 pun saya tak kan melupakannya. Dan orang itu ialah budak jahat (nama je budak jahat tapi dia sangat baik) yang sanggup berjalan kaki yang agak jauh untuk ke balai polis. Saya sangat2 menghargainya. Saya tak tau nak bgtau dia macamana yang saya terlalu menghargai apa yang telah dilakukan. Hanya Allah yang dapat membalas budi baiknya. Bayangkan dalam keadaan kita berfikir kita seorang diri dan perlu melaluinya seorang diri tiba2 ada insane yang datang menunjukan kita tak berseorangan. Tentu rasa sangat2 bersyukur dan menghargaikan. Saya ceritakan pada keluarga, suami dan nanti saya akan ceritakan pada Haziq supaya Haziq pun tau yang uncle ni baik ;) Saya pun tak tau kenapa setiap kali teringat pasal kejadian ni mesti bergenang air mata. Mungkin saya masih lagi dapat rasa apa yang saya rasa pada masa tu.

Apa yang jadi tu ada hikmahnya. Dari kejadian ni saya dah dapat menilai mana 1 kawan saya yang sebenar.

Hari Minggu


Malam sabtu tu lepas Haziq tidur, pukul 10.30 saya memulakan proses kek chocolate moist. Memang kena tunggu Haziq tidur dulu baru boleh buat sebabnya kalau dia tak tidur, saya lak yang jadi assistant Haziq nanti.
Pagi Sabtu pukul 7.30 pagi dah turun berjalan kat bawah dengan Haziq. Orang baru dapat kaki, so memang berjalan je la kerjanya. Tapi mata memang kena memandang la sebab kalau dapat apa yang menarik minat je mesti nak kutip, macam plastik apa2 yang berwarna warni sikit tu...
Picture ni lak saya tak tau apa motif sebenar Haziq ni.hmm...
Lepas tu prepare untuk lunch pulak. Nak buat nasik minyak hujan panas and the geng tapi tak cukup geng la pulak. Ambik papadom nak goreng, tapi tengok2 dah expired. Tu la jadinya bila dah beli lepas tu guna setahun sekali je. So namanya nasik minyak hujan panas tak cukup geng.
Petang lepas Asar turun lagi bawak Haziq jalan2 lepas tu ramai budak2 main bola, naik basikal. Mesti dalam hati Haziq bila la nak sampai turn dia nak main2 macam tu. Sabar ye.
Hari Ahad tu saja bawa Haziq pegi Sunway Pyramid. Idea sape ntah ni. Rasa macam idea saya je ni. Ibu yang over lebih dari Haziq. Reason nak bawa Haziq jalan2, padahal saya yang nak jalan2 kot. Tapi memang Haziq gembira sangat2. Haziq memang suka dengan suasana orang ramai2 ni, happening

Lepas ni kita boleh gosok gigi sama2 ye. Tak yah la Haziq nak berebut berus gigi dengan ibu je nanti


Have Fun First Giveaway

Hari ni nak menjoinkan Haziq untuk constest Have Fun First Giveaway yang dinajurkan oleh http://nkab.blogspot.com. Tarikh tutup contest ni 12 tengah malam, 6 January 2011.


Nama : Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi
D.O.B dan Umur : 19 November 2009, 1 tahun 1 bulan

Haa....riang gumbira kan gambar ni. NI kat Sunway Pyramid, picture semalam. Berkali-kali ajak jalan ke tempat lain tapi tetap berpusing balik ke playground ni. Seronok betul dia

Friday, December 24, 2010

Company Trip

Next month company buat trip ke Bali, Indonesia. Tapi huhu... saya tidaklah menjoinkan diri. Sebab saya sayang nak tinggalkan hero2 saya. Lagipun kalau saya ke sana tanpa mereka di sisi mesti hati saya tak tenang, badan je ada kat sana tapi hati di sini. Tak best, so tak payah la join. Tahun lepas pun saya tak join jugak trip ke Thailand sebab tengah maternity leave. Tapi bagus jugak la pada company sebab tak yah nak spend lebih untuk saya kan. Tapi kan best kalau dapat saguhati sikit ke kan...hehe...harapan la tu. Tapi tak pe la, moment2 dengan hero2 kat rumah lagi best...Kumpul duit nanti ada rezeki pergi 1 family ;)

Saya suka memanjat

Agaknya kalau Haziq dah boleh bercakap mesti dia akan keluarkan statement saya suka memanjat. Betul la kot kata orang anak lelaki ni lasak. Kena sentiasa pantau, tak boleh tinggal sorang2, bahaya. Tu nasib baik la rumah pun kecik je, barang2 hiasan tak banyak, kalau tak lagi penat la nak memantau. Tambah pula sekarang ni dah dapat kaki, meronda je la kerjanya. Saya yang tengok ni pulak rasa lenguh lutut. Mungkin disebabkan faktor umur kot. hehe...

Pandai lak Haziq angkat sofa yang bahagian atas tu letak atas lantai. So tinggal selapis je. Tak la teruk sangat nak memanjat. Bijak2
Panjat la Haziq selagi tak membahayakan. Larang cakap jangan panjat pun tetap buat jugak. Hmm...

Sangat Bosan

Saya sangat2 la bosan. Kebosanan yang teramat ni.hmmm...lepas tu sebba terlalu bosan saya pun makan. Bahayakan kalau selalu macam ni. For sure badan saya akan mengembang ni. Sekarang tengah makan coklat lak. Iskh la apa la nak jadi ni. Makan je kejenya... Entry ni sangat pendek tapi tak nak jugak publish entry ni sebab saya sangat bosan okay....

Thursday, December 23, 2010

Ayam Masak Madu

spatutnya kena bg kering n pekat lagi kuah ni tp sbb msk awl pagi,nant nak pnskn so biar berkuah dlu

bahan2
- ayam ( lumur garam n kunyit, goreng dulu )
- 2 ulas bawang putih *
- 1 inch halia *
- 1 ulas bwng merah *
- kulit kayu manis
- bunga lawang
- buah pelaga
- cili kering (kisar)
- 2 sudu besar madu (klu suka manis, letak la lebih)
- 3 sudu besar sos cili
- sedikit air

CARA-CARA:
- tumbok bahan2 yang bertanda *
- panaskan kuali dan tumis bahan2 yg di tumbok + kulit kayu manis + bunga lawang + buah pelaga
- bila dah naik bau, masukan cili kering yang dah dikisar, kacau hingga pecah minyak
- masukan sos cili, madu dan sedikit air dan kacau
- masukan ayam,kacau hingga pekat

untuk hiasan bolehla letak daun bawang. saya lupa nak letak bawang besar yang dipotong bulat2

Wednesday, December 22, 2010

Contest Si Manjaku Riang

Hari ni saya nak joinkan Haziq dengan Contest Si Manjaku Riang yang dianjurkan oleh Contest Ibu Aqimi Ajer. Contest ni last pada 12 Januari 2011. Jom la join ramai2

Saya nak letak gambar ni lah. Tak tahu nak pilih yang mana sebab banyak yang tersengih je Haziq ni.

Nama : Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi
Tarikh Lahir : 19 November 2009
Nama Ibu : Shamsuhaida Zakaria

Tuesday, December 21, 2010

Kek Batik

Kek ni memang senang dan simple. Sama je kan senang, simple.hmm...apa2 jelah

Bahan2
- 1 ketul buttercup
- 1 tin susu pekat (susu cair pun boleh tp nanti agak lembut sikit la kek tu)
- 1 bungkus milo pack paling kecil (boleh kurangkan milo, campur dengan serbuk koko utk kurangkn manis)
- 1 paket biskut marrie (perisa original lagi sedap)

Cara2
- Cairkan buttercup dalam kuali
- Masukan susu, milo dan kacau samapai sebati dan pekat
- Tutup api, masukan biskut marrie yang telah dipatahkan (patah 2 @ 4) dan gaul sehingga sebati
- Masukan dalam bekas dan tekan sehingga padat

*** kalau rajin tu boleh la susun biskut marrie dalam bekas lepas tu tuang adunan dan ulangi sampai habis

Carrefour Puchong Utama

Wikend minggu lepas sabtu dengan ahad tu asben kene kerja sebab orang lain cuti.huhu...tak pe la, keje je la, cari rezeki lebih. Sabtu petang tu lepas asben balik keje, rehat2 jap lepas tu dia ajak keluar bawak Haziq jalan2 tapi masa tu tak tau pun nak jalan ke mana. Takpe, keluar je nanti ada la arah tuju.hehe.... Lepas tu kereta menghala ke Carrefour Puchong Utama. Tak sure la Carrefour tu buka hari apa, rasanya macam 16/12 kot, tapi tak tau la kalau salah. Ramainya orang bershopping. Tapi kitorang tak beli apa2 pun, masuk macam tu, keluar pun macam tu, tak ada apa2 yang bertambah pun. Dalam kedai kasut XES tu ramai gile orang sebabnya ada sale 60% macamtu lepas tu buy 1 free 1 selama 4 hari, 16/12 - 19/12. Tapi saya tak masuk pun sebab memang sesak. Takpe, biar diorg je yang memeriahkan keadaan kat dalam tu, saya pantau dari luar je. Lepas tu bagi Haziq berposing kat kereta polis ni kejap. Suka sangat la dia

Progress

Semakin besar Haziq, macam2 perangai, peel, gelagat, kerenah yang menghiburkan.

- abah
- bu
- mak
- ayah
- cat
- bird
- lorry
- bus
- babai

Tu antara word yang Haziq selalu sebut sekarang ni.
Rajin babai, senyum kat orang tak kira orang tu kenal ke tak. Bagus2. Kalau cakap sleep, datang baring atas riba @ masuk dalam bilik. Kalau sebut mandi awal2 lagi dah menuju ke bilik air. Hello ayah, dia akan letak tangan @ remote @ phone kat telinga dia. . Dah pandai amin tangan, kiss tangan, kiss pipi. Ibu sangat2 teruja dngan setiap perkembangan Haziq

Tragis

Semalam kali pertama Haziq kena tinggal dengan abah dia sebab kena kerja 12 jam, 7pm - 7am. Petang tu dah mula tak nak berenggang langsung dengan abah dia. Pandai lak tu. Kalau tak sebelum ni petang2 mesti main dengan abah tapi petang semalam abah tak de.Lepas abah dia g keje tu merata bilik sampai ke bilik air dia cari. Berjalan sambil panggail abah + menangis. Sayunya tengok. Paling tragis bila Haziq masuk dalam bilik, baring atas bantal abah dia sambil nangis dan panggil abah berserta air mata berjurai keluar. huhu... memang sedih. Ibu pun tumpang jugak la mengeluarkan mutiara2 jernih di pipi sambil pujuk2 Haziq. Last2 ajak Haziq main masak2. Tapi tu pun still tak dapat menghentikan kesedihan Haziq jugak sampai la tidur. Pagi tadi bangun awal2 dah cari abah dah. hmm...

Monday, December 20, 2010

Tiada Lagi Kesunyian

Bukan main lagi tajuk pagi ni. Tapi itulah hakikatnya. Sekarang kat rumah tiada lagi rasa sunyi bila si kecik yang semakin membesar tak tau nak duduk diam, mulut pot pet sampai susah nak translate apa yang dia cakap. Apa ayng pasti dia sangat menghiburkan.

video

Friday, December 17, 2010

Pencapaian terbaru my hero

Haziq dah rajin berjalan sekarang ni. Tapi tu la mula je dah high speed lepas tu cepat la nak jatuh. Tapi yang paling best Haziq tak menangis klu jatuh. Jatuh je terus bangun teruskn lg perjalanan. Bagus betul, tak cepat putus asa. Cayok2. Nanti kita p beli kasut dengan sandal baru ye

video

Dah banyak kali nak rotate vidoe ni tapi tak boleh la pulak. Kalau nak tengok dengan betul,silalah terbalikan monitor anda.hehe...

Thursday, December 16, 2010

Puding Roti Marble


 ‎- 2 keping roti - koyak2an
- 3 sudu gula
- 3 sudu susu cair
- 3 sudu susu pekat
- 2.5 cawan air
- 0.5 paket serbuk agar2
- 1 sudu butter (cairkan)
- 1 bj telur
- esen vanilla
- 2 sudu milo @ serbuk koko @ pewarna suka hati

cara2
- masak serbuk agar2 bersama 2 cawan air dan gula sampai mendidih
- blender roti,susu,dan 1 cwn air (saya letak byk susu cair,jd sy kurangkan sukatan air)
- masukan bahan2 blender ke dalam periuk agar2 dan kacau sampai mendidih
- masukan butter yang dah dicairkan dan kacau sehingga agak pekat
- tutup api dan bagahikan kepada 2 bahagian @ lebih
- tuang ke dlm bekas secara selang seli

** klu guna milo,bancuhkn milo dengan sedikit air sblm campurkan ke dlm adunan

** resepi ni separuh dr resepi asal yg guna 4 @ 5 keping roti sebab saya buat sikit je

Memperkenalkan...

Hari ni dengan rasminya saya nak perkenalkan pengasuh Haziq. Saya panggil kak umi, Haziq panggil ibu jugak. Tak best dok crita panggil pengasuh. So lepas ni kalau saya type kak umi @ ibu umi tu maknanya merujuk kepada pengasuh la tu ye. ;)

Sepasang Baju Melayu Purple

Semalam balik keje ambik Haziq kat rumah pengasuh. Tengok2 pakai baju melayu purple sepasang. Ingatkan pakai baju anak pengasuh yang masa kecik dulu. Rupa2nya baju baru ibu umi belikan untuk Haziq. Cumilnya anak ibu

Wednesday, December 15, 2010

Berkampung di balai polis

Semalam mc sebab tak sihat. Lepas tu asben nak pegi bayar saman, ikut la skali. Ngada.huhu... Sampai kat balai polis tu sebelum pukul 9, selesai berurusan pukul 4 petang. Dah macam masuk office dah tu. Punca2 lambat
- orang ramai
- kaunter pembayaran 1
- pengurusan slow
- system byk kali down
- ramai bayar last minit (termasuk la saya dan suami). Nak kejar diskaun 50% la
rasanya kalau saya ni tahap umur budak2 dah guling2, nangis2 dah kot kat situ. Dulu saya pernah bayar saman online tapi yang tak bagusnya time tu mungkin system problem, dari account saya dah tolak amount yang saya bayar tu, status pun success tapi the other side tak terima payment tu.huhu... Berhari2 saya asyik call tanya nak setelkan isu ni tapi susahnya nak ada orang yang jawab call. Bila ada orang jawab, saya tanya kenapa susah nak get through jawapannya customer service tu memang malas nak jawab phone. Iskh ada lak bagi jawapan macam tu dengan customer. Tak patut betullah...

Thursday, December 9, 2010

Kenduri + photoshoot

Hari Sabtu tu lepas Maghrib saja2 je keluar tanpa ada arah tujuan. Lepas tu pegi Giant pun tak de arah tujuan jugak. Tiba2 ternampak sesuatu yang agak menarik perhatian saya - Johnson & Johnson Photoshoot. Tanpa berlengah lagi saya ajak la asben p tengok lepas tu tanya macamana nak participate. Kena ada resit pembelian at least 1 product Johnson & Johnson. Terus la masuk rembat 1 Johnson Baby Milk Bath.
Lepas tu bermula lah sesi photoshoot Haziq. Ibu dan abah pun tumpang skali. hehe...ni ada few photos during the session...

Hari Ahad lak ada kenduri kawen kawan asben kat Ampang, dah dekat dengan Zoo Negara tapi tak masuk pun sebab tengok ramai sangat orang nya. Nak tunggu takde orang tak tau la bila. hehe..

Chicken pox lagi

Wah, rasa macam dah lama tak update blog ni. Last week 4 hari bercuti tapi bukan cuti2 kegembiraan la, cuti sebab Haziq tak sihat.huhu..sian anak ibu
Hari Isnin tu balik keje pengasuh cakap Haziq tak nak nyusu la ida, makan pun tak nak. hmm...saya agak risau la jugak time tu. Lepas tu malam tu memang berdondang sayang la sebab Haziq nangis je, tido pun tak nak, nyusu pun tak nak. Bila bagi susu Haziq nganga mulut macam dahaga nak minum tapi bila masuk je dalam mulut dia dah mula menangis macam sakit2 tu.huhu...siannya. Saya dengan asben cuba la beberapa alternatif lain sebab tak nak bagi Haziq lapar dan dahaga. Cuba bagi minum guna cawan, bekas minuman yang ada straw, guna sudu tapi masuk je dalam mulut mesti Haziq nangis. So suspect mesti ada something yang tak kena dalam mulut atau tekak Haziq. Check punya check tengok2 ada ulser kat lelangit Haziq. Patut la. Malam tu Haziq pun demam jugak sikit tapi alhamdulillah la tak sepanas yang demam sebelum ni. Kesimpulannya kitorang memang tak tidur la malam tu. Saya terus sms bos bgtau emergency leave dan yang merangkap unpaid leave.huhu...
Keeseokan paginya tengok ada biji2 byk kat kedua2 belah tangan Haziq. Dalam hati saya memang rasa tu macam campak. Lepas tu jiran2 pun cakap campak. Pegi klinik doktor cakap ni ruam biasa je ni. Dalam hati saya betul ke doktor ni, tapi tak pe la sebab saya ni agak kekampungan sikit dan memang sentiasa ingat pesan2 mak dan pesan2 orang2 tua. Saya ajak asben p cari kelapa muda untuk mandikan dan bagi Haziq minum. Lepas tu buat sup ayam bagi Haziq makan. Tapi seeloknya sup ayam kampung la yang baik untuk demam campak ni. Tapi dak takde ayam kampung, ayam bandar pun boleh la. Lepas tu bermula la proses meragam dan proses melayan ragam tersebut
Malam ke dua pun still tak boleh tidur dan makin bertambah teruk dari malam pertama tu. Saya tengok biji2 kat badan Haziq makin bertambah, so memang comfirm la campak ni. Sian kat Haziq. Mesti dia lenguh sendi2, gatal2 badan. Esoknya awal2 pagi pegi kat tempat orang2 India berniaga sebab nak cari daun mambu. Tapi diorg tak de jual lak daun mambu tapi still menolong. To the aunty, tq so much. Aunty tu call anak dia suruh bawa daun mambu, bila saya nak bayar dia siap marah2 lagi, tak nak duit, cuma nak tolong saja. Lepas tu siap bgtau lagi nak kena buat macamana.hehe...Baik2 diorg ni.
Lepas balik tu pergi Darul Syifa Bangi minta air penawar. Macam saya cakap tadi la saya ni agak kekampungan dan sentiasa ingat pesan mak dan orang2 tua.hehe...Sampai dalam pukul 11, dapat nombor 85. huhu...
Sian Haziq, badan pun dah susut, perut dah tka buncit macam dulu lagi dah. huhu...Biji2 campak agak berkurang tapi Haziq still tak nak minum gak. Masa tengah main2 dengan Haziq nampak ada hitam kat gusi tempat gigi yang baru nak tumbuh tu. Lap tengok ada darah. Alahai siannya anak ibu ni. Pegi klinik lagi. Doktor kata jadi radang gusi.huhu... Tapi sekarang ni alhamdulillah dah ok dah
Tapi ok la jugak sebab Haziq dah kena campak awal2 lagi sebelum ambik vaksin. Doktor kata better macam tu sebab smua kuman2 tu dah keluar dah