Monday, October 31, 2011

Tak Suka !!!


Tak suka !!!
Tak suka dia sebab dia melambatkan segala2nya. 
Tapi langsung tak nampak muka bersalah
Kesimpulannya rasa sangat2 tak suka, rasa macam nak lempangggggg !!!!

Taman Tasik Cyberjaya

Sekarang boleh dikatakan setiap hari hujan. Semalam dah pukul 5 pm, baru berhenti hujan. Haziq dok jom kuar  saja. Tak tau nak pegi mana sebab tak plan nak keluar pun. Last2 abah cakap jom la kita bawa anak meronda. 

Abah kata jom try cari tasik Cyberjaya sebab ada kawan abah cakap dekat saja dari rumah. So gamble la, kalau jumpa, kita turun la, kalau tak jumpa, kita balik la nanti. Lepastu jumpa la signboard Taman Tasik Cyberjaya.

Riang gembira la Haziq. Tempat ni kategori yang bersih la jika nak dibandingkan dengan tasik yang kitorang selalu pergi sebelum ni. Tempat mainan kanak-kanak pun ok, tak kotor. 

 Acara kejar mengejar Haziq dengan abah
 Seronok sangat la Haziq
Ni agak bahaya sikit la sebab ada lubang tu. Mula2 Haziq masuk ada budak baju merah tu tengah baring kat tengah2 tu. Ibu dengar la Haziq kata tepi, tepi. Suruh budak tu bagi laluan. Tapi budak tu buat tak tau saja. Mungkin dia ingat dia lagi besar dari Haziq, biar lah kan. Lepastu ibu tengok dia tak bergerak pun, ibu pun cakap la, abang, tepi sikit boleh tak, adik nak lalu. Baru la dia bagi laluan

Bukan Haziq sorang saja berpeluh, ibu dan abah pun turut berpeluh sebab kejar Haziq sana sini


Nanti kita pegi lagi ye. Tak sampai 10 minit pun dari rumah, dekat sangat tapi lambat tau

Dah besar anak bujang ibu

Sekarang banyak yang nak buat sendiri dah.

1. Nak mandi buka seluar, pampers sendiri. Baju tak lepas lagi nak buka sendiri. Lepastu cari owel
2. Nak gosok badan sendiri. Bila letak mandian saja, Haziq mintak shampoo kepala, lepastu gosok la lama2
3. Dah mandi, lap badan sendiri
4. Lepastu nak pakai pampers, seluar, baju sendiri. Tapi tak lulus lagi
5. Makan suap sendiri
6. Macam2 la nak buat sendiri dah sekarang ni

Saturday, October 29, 2011

Homemade Chocolate

Setelah lama tertagguh dan menangguh, lastly berjaya jugak buat


Thursday, October 27, 2011

Karipap RM 2.50

Pernah makan tak karipap 1 biji RM2.50? Saya panggil karipap gergasi. Karipap ni jumpa masa on d way nak balik kampung encik asben, Sabak Bernam. Ada 2 tempat yang jual karipap ni, kat Kapar dengan Tanjung Karang. Tapi saya tak sure la Kapar ke Meru tapi area2 situ la.

Ada 2 jenis, karipap ayam dan karipap daging. Tak pernah try lagi karipap daging, selalu try ayam saja. Isinya memang padat, tak ada ruang2 kosong. Kesimpulannya memang sedap la

Kalau yang kat Tanjung Karang tu dia jual dengan air asam boi. Yang kat Kapar / Meru tu air soya. Tapi harga RM 2.50 tu bukan pakej termasuk air ye, tu harga karipap saja


Perkembangan 1 tahun 11 bulan @ 23 bulan

Lagi sebulan genap la umur Haziq 2 tahun @ 24 bulan @ 1 tahun 12 bulan. Dah besar anak teruna ibu ni. Tapi tu la badan lak makin susut. Tak banyak sangat yang ibu nak coretkan kat sini. Antara perkembangan Haziq :

1. Dah pandai sedih kalau ibu cakap tak nak kawan, lepas tu ibu buat tak peduli Haziq, mesti Haziq buat muka sedih lepastu datang pujuk ibu. Sukanya ibu kena pujuk ;)

2. Suka menconteng. Lepastu kalau time nak menulis tu Haziq mesti cari songkok, mesti nak pakai songkok, tak kira la senget ke ape ke janji ada songkok atas kepala


4. Ni part yang buat ibu risau. Haziq kurang makan, kurang minum. Huhu..

Tu sajalah rasanya buat masa ni. Nanti kalau ibu rasa nak tambah, ibu tambah lagi

Monday, October 24, 2011

Pengalaman

Dah lama tak cuba nasib pergi inteview ni. Last interview beberapa bulan yang lepas di sebuah syarikat penerbangan. Tu pun setelah setahun lebih tak pergi interview.

Sabtu lepas mencuba nasib attend 1 interview. Perjalanan ambik masa lebih kurang 45 minit. Itu dalam keadaan jalan yang lengang, cuba bayangkan kalau masa office hour agak2 pergi dan balik tu ambik masa berapa lama untuk travel. Tak pe, tu fikir kemudian.

encik asben : jalan ni macam tempat nak jual orang saja pun, betul ke nak pegi interview ni
Saya : Tak pe la, dah sampai sini, try saja la. Tak rugi pun mencuba (dalam hati macam berbelah bahagi la jugak)

Tapi bila masuk dalam office memang totally berubahan la perception dari apa yang dilihat sepanjang jalan nak sampai tu

Interview schedule pukul 9.30am tapi saya sampai 8.30am. Ok la kan sebab nak isi2 borang lagi lepastu yang lebih utama nak tumpang toilet sekali.

Dah lepas isi borang tu bermula lah sesi borak di antara interviewer dan interviewee.

Saya tak kisah la dapat ke tak tapi yang pasti saya dah cuba dan interviewer tu buat saya rasa macam terasa diriku begitu berharga. Hehe... perasan kan. Antara dialognya :

This is not the first time we advertise for this vacancy. We received thousands resume but I'm really hope that I can meet you and talk to you

If I can make decision, I'll directly give this position to you but I need to follow the rules. I hope after this no one can turn up for the interview, so that I can select you

Cukup la sekatak tu saja walaupun banyak lagi diolog lain. Tapi dia memang buat hati saya rasa berbunga2. Dapat ke tak dapat tu belakang kira la kan

Thursday, October 20, 2011

Deco bersama Haziq

Ok, hari ni kita tengok hasil deco bersama Haziq ye kawan2 semua

Hanya memerlukan 1 meja atau apa2 rak, 1 botol bedak. Tak kisah la bedak apa pun janji ada warna. Macam Haziq ni guna Pureen tapi kalau nak yang lagi wangi, boleh la guna yang lain
 Hias la ikut suka hati
 Sapu supaya rata di setiap tempat
 Dah tak ada idea nak buat design macamana lagi
 Tengok tv la kejap, kot2 ada contoh design yang menarik
Inilah hasilnya

Wednesday, October 19, 2011

Doa ibu sentiasa mengiringi Haziq

Lately ni Haziq selalu mintak sejadah, nak sembahyang. Dulu Haziq suka duduk atas sejadah yang ibu ata abah guna. Tapi sekarang dah tak kacau. Macam malam tadi, ibu nak suapkan Haziq makan nasi, lepastu surau azan, cepat2 Haziq bangun bentang sejadah, nak sembahyang.. Sekarang Haziq masih kecil, masih belum faham. Tapi ibu sentiasa doakan Haziq akan amalkan apa yang Haziq praktik ni sampai bila2. Haziq dah angkat tangan takbir, lepastu kiam tangan sambil mulut terkumat kamit, lepastu duduk macam sujud


Tuesday, October 18, 2011

Haziq tak nak susu

Dah agak lama dah notice Haziq tak berminat sangat nak minum susu. Tapi masa tu ingatkan sebab ada gigi yang tumbuh, so mungkin Haziq tak selesa nak minum susu. Tapi sampai sekarang pun macamtu. 

Ada juga try bagi flavour lain tapi sama jugak. Kalau dulu 1 botol panjang tu kejap saja Haziq habiskan. Tapi sekarang kalau bancuh 3 scoop susu tu, air 135ml pun susah nak habis. Macam malam tadi daripada balik rumah ibu umi sampai Haziq tidur, sekali saja bancuhkan susu, tu pun hanya 3 scoop susu dan tak habis jugak.

Memang comfirm la ibu risau kalau macamtu keadaannya. Kenapa ye? Macamana nak buat ye? Huhu...

Monday, October 17, 2011

Bekal Haziq

Ni la bekal Haziq hari ni. Ibu umi cakap Haziq makan la jugak. Tak pe la, asalkan makan daripada tak makan langsung. Disebabkan hari ni Haziq tak sihat, so ibu buat la bubur, sup ayam dan bihun. Kalau Haziq tak nak makan bubur, boleh makan bihun sup ;)

Semoga Haziq Cepat Sembuh

Lately ni Haziq kurang selera makan. Macam semalam masak nasi lemak, Haziq tak layan. Lepastu buat lak mee sup, Haziq makan sup saja sikit. Lepas tu ibu buat mee goreng, tak nak jugak. Petang lak cucur manis, tak sampai 1 ketul pun Haziq makan. Susu pun kurang jugak.


Macam berselera kan? Tapi tak pun. Tapi ok la drpd tak makan langsung

Petang semalam dekat pukul 7pm tu tiba2 Haziq muntah. Tiba2 saja. Terkejut la ibu. Ibu rasa ni kali pertama Haziq tiba2 muntah. Lepastu masa magrib pun muntah lagi sekali. Doktor cakap mungkin sebab perut Haziq kosong, macam kita orang tu ni la, ada rasa loya, tak sedap perut. Huhu...

Letih saja muka
Susah betul jacket nak melekat kat badan

Lepastu awal pagi tadi, pukul 2am ibu terjaga tengok Haziq dok pandang ibu dengan keadaan tak selesa. Tapi Haziq tak menangis. Pegang badan tengok2 demam la pulak. Huhu... Pagi ni berbelah bahagi nak datang kerja ke tak tapi terpaksa datang atas sebab2 tertentu. Tapi ibu dah pesan dengan ibu umi apa2 suruh inform ibu. Hanya jasad ibu di office, tapi hati, fikiran ibu hanya ada Haziq.

Pagi ni mak call mak cakap cacing rasanya tu. Ibu pun pk macam tu jugak. Nak bagi makan ubat cacing, bulan depan baru cukup 6 bulan. Tak pe, ibu dah pesan dengan abah suruh carikan daun betik tapi kena make sure yang di rumah orang, mintak dengan tuannya, bukan yang petik dari tepi jalan. Ibu tak nak ada benda lain lak yang jadi nanti. Mintak dijauhkan la. Petua orang2 lama ni banyak jugak yang berguna, yang boleh kita amalkan

Macam daun betik tu elok mandikan untuk anak2 yang kena kecacingan, tak ada selera makan. Mandikan dari bahu ke bawah saja sebab airnya pahit

Friday, October 14, 2011

Sustagen Junior 1+

Dah lama Haziq minum sustagen ni. Sebelum tu minum enfa. Semalam terkejut badak sikit ibu bila masuk saja nak beli susu, tiba2 mak ai, dah naik harga. Hmm.... Selalu beli double pack tapi semalam just beli yang pack kecik sebabnya kereta rosak, naik motor saja so susah la nak angkut dengan pampers bagai. Huhu... Susah jugak kalau tak ada kereta kan. Out of topic la pulak

OK, berbalik pada sustagen. Sebelum ni kalau single pack tu harga dia RM 28.40 rasanya. RM 28 tu pasti tapi sen tu macam was2 tapi rasa macam betul. Tapi masa beli semalam harga kat box tu dah RM 31.30. Kalau yang double pack tu sebelum ni RM 54.40 tapi harga baru ni tak tau la berapa lak. Cepat betul naik harga, bukan naik tahap sen saja. Hmm...

 old packaging
new packaging


Thursday, October 13, 2011

Abang Ajid

Haziq sekarang dah jadi abang ajid. Kalau tanya nama pun selalu jawab abang ajid dah. Sebab kat rumah ibu umi dah ada baby Rayyan. So, Haziq dah jadi abang la. Pagi2 mesti nak kiss, peluk baby Rayyan. 

Sekarang Haziq suka kiss kat kepala, lepas tu bila rambut Rayyan yang baru nak tumbuh tu kena muka Haziq, Haziq cakap la aduh, syakit sambil gosok2 muka. Nak salam dengan Rayyan, hulur tangan kat Rayyan, salam, salam. Tunggu la Rayyan tu besar sikit. Tapi tak boleh la biar Haziq dengan Rayyan saja, teruk jadinya nanti.Huhu...

Wednesday, October 12, 2011

Help....help....huhu

Huhu.... accidentally terdelete gambo2 dalam blog ni. ada beberapa folder yang delete tadi, yang ingat 1 folder tu ada 901 pic. Yang lagi 2 folder tu tak ingat la. Apa yang pasti total semuanya mestilah 1000 pic ke atas, di ulang 1000 KE ATAS, bukan 100 ye.Huhu...

Tu la, tak tahu tapi gatal tangan. So, padan muka. Hilang gambar2 dalam ni. Ni dah kena upload semula, tu pun kalau gambar tu still ada dalam simpanan.

Mana la nak tau yang google + tu display gambar dari picasa. Tak aktif pun google + ni, tadi saja buka, tengok2 banyaknya gambar display kat situ, so terus delete. Bila delete buka saja blog dh ada tanda kat bawah ni saja.



Lepas tu sibuk la menggoogle. Rupa2nya sebelum ni ramai yang dah terima nasib macam ni sebab tak tau yang google + tu share gambar dari picasa. Tapi sepatutnya hantar la email inform. Huhu... Yang lain, jangan dok gatal2 tangan delete sana sini ye. Jadikan iktibar


Nak baca panjang lebar sila klik sini ye

Tuesday, October 11, 2011

Haziq suka menguji ibu

Sekarang kalau nak buat apa2, panggil Haziq, kalau belum ready mesti Haziq akan angkat tangan sambil cakap jap, jap lepastu buat la urusan dia dulu, main ke tengok tv ke.

Petang semalam lak Haziq baling botol susu, ibu suruh ambik. Haziq tunduk sikit lepas bagitau tak apai, ibu suruh jugak Haziq ambil, Haziq pun tunduk la ambil. Lepastu Haziq lepaskan balik botol tu sambil bagitau bu, atuh. Huhu...banyakan lah besabar wahai ibu

Motif tulis ni sebab tiba2 teringat, rasa macam comel saja Haziq. Hehe..

Jangan mudah percayakan orang

Cerita ni jadi hari Sabtu lepas. Masa ni encik asben kerja, Haziq tidur. Tiba2 ada la orang ketuk pintu, bagi salam. Antara dua jugak la nak buka ke tak. Tak buka takut posmen ke apa lak nanti. Buka pintu saja sikit. Nasib baik la grill berkunci time tu. Ada seorang lelaki cakap macam pelat Sabah, pakai baju uniform. Saya dah lupa dia dari company mana. Huhu...


Org tu : adik, sape tuan rumah?
Sy : sy
Org tu : sy dr (lupa) nak minta kebenaran untuk masuk ke rumah sbb nak ambil numbr piawaian gas
Sy : minta maaf encik, sy tak boleh benarkn encik masuk
Org tu : knp? Sy bkn nk buat jht
Sy : ada sy kata encik nk buat jahat? (dlm ht)
Sy : sy minta maaf ye encik sbb mmg sy tak boleh benarkn encik masuk
Org tu : mmg tak boleh masuk la ni?
Sy : ye, mmg tak boleh


Dalam hati masa tu memang ada rasa nerves la jugak.Lepas tu terus saya tutup pintu.

Jangan la mudah percayakan orang walaupun orang tu tunjuk tag ke apa. Pernah terjadi kat ayah dengan mak dulu. Masa tu saya kat asrama. Dulu handphone tak ada, telefon rumah pun tak ada. Tiba2 1 hari ada orang datang pakai uniform Telekom, ada tag Telekom. Dia siap cakap dia dah bawak tiang untuk pasang, phone pun ada dalam lori kat bawah. Masa tu dia dah bagi number telefon yang kononnya number tu la akan jadi number rumah kitorang nanti. Siap minta ayah bayar berapa ratus ntah.

Lepas ayah bayar tu terus dia turun cakap nak pegi pasang tiang. Lama tak datang, ayah dah pelik. Turun tengok tak ada apa pun. Dah sah2 kena tipu. Tapi masa tu ayah pun tak terfikir la orang tu nak menipu, lagipun masa tu memang nak sangat pasang telefon. Ayah buat police report. Bila police jumpa, police call ayah untuk buat kawad cam, memang teruk kena belasah dengan ayah. Huhu..

So, pada semua kawan2 jangan la terlalu mudah percaya pada orang ye. Bukan tak boleh percaya tapi kena juga ada rasa was2

Monday, October 10, 2011

Teman tapi mesra


Wah, tak menahan title tu. Ni kawan Haziq, namanya Kusya. Tak ingat la apa nama penuh, Nur _ Aisyah. Word tengah tu tak ingat. Sekarang 2 tahun 4 bulan. Comel kan




Kusya dah boleh hafal la program kat BabyTV sebab setiap hari memang mengadap tu saja. Mama Kusya cakap kalau buka BabyTv tu boleh la mama Kusya nak buat apa2 pun. Kalau Haziq, jangan harap la nak layan BabyTv tu

Haziq dah besar

Weekend pegi Carrefour, Haziq macam biasa la, bukan boleh nak pegang dah. Kena lepas, biar dia jalan sendiri. Troli pun dia yang tolak sekarang ni. Mula2 ambik troli besar tu, lepas tu agaknya guard tu kesian tengok Haziq tolak troli tu, guard tu bagi yang bakul besar tu. Macam2 gaya la Haziq tolak, tarik benda tu.
Sekarang dah banyak benda Haziq cuba buat sendiri, nak pakai baju, seluar sendiri. Pampers pun kadang2 Haziq nak pakai sendiri jugak. Haziq letak pampers atas toto lepastu baring la atas pampers tu, then usaha la nak pakai. Bagus, bersungguh2 mencuba ;)

Friday, October 7, 2011

Tips kepada ibu bapa

Ni saya terbaca pagi ni. So nak kongsikan sama2 dengan kawan2. Jom baca



Tips:
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)


3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.


6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).


7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.


8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)


9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.


10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.


11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).


12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.


13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.


14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.


16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,


17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.


18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri

sumber : http://supervain.com/2008/08/04/tips-menangani-anak/


Thursday, October 6, 2011

Ini parking saya

Lawak aih. Dok rumah macamni, mana ada specific parking. Lain la kalau condo, apartment tu ada parking lot utk rmh. Ni mana ada number rmh, plat keta pun kat jalan tu. Ni kluar nak p keje, lepastu park kete kat tepi, turun angkat pasu bunga lak ganti kereta dia. Hmm... Pasu bunga pun dah boleh jaga parking skrg ni. Adoiyai

Wednesday, October 5, 2011

Go-kart

Company tengah plan nak buat event go-kart tengah bulan depan. Maybe 19 Nov. Hari ulang tahun kelahiran anakanda tersayang lak tu.




Event ni untuk staff n loyal customer. Cewah, loyal gitu. Hehe... Half day event. Ok la, Haziq dok dengan ibu umi kejap ye.

Lepas tu ada lak offer untuk saya berniaga kat sana pada hari tu. Anggaran dalam 100 orang. Mampu ke saya. Teringin tu memang la sangat2 teringin. Iskh, bestkan kalau terima offer tu

Masa Menonton

Haziq tak menonton semua program tapi ada certain yang Haziq suka tu memang akan melekat la. Kalau macam kartun tu tak layan sangat. Semalam memang turn Haziq tengok tv, channel 611.

8.30pm - Belalang
Cerita Belalang yang Haziq berlakon. Bukan Haziq anak ibu tapi Haziq artis tu

Lepas habis cerita Belalang, ada lak iklan lagu ni. Ni memang favourite Haziq la, Kamilah Bintang - Temans Setia. Dia memang suka kalau program yang ramai kanak2 besar dari dia. Kartun2 tak layan sangat





9pm - Zoo the series
Ni Haziq suka sebab ada binatang2 banyak lepastu ada Mia dengan kawan2 dia


9.30pm - Qalesya
Tapi susah untuk mententeramkan Haziq bila tengah syoq2 tengok tiba2 iklan. Mula la bu, nk engok, bu, buka. Huhu...Kelam kabut la sekejap ibu. Bagitau iklan, kejap lagi ada la balik. Tapi bukan boleh terima pun. Budget macam Haziq faham la kan iklan tu ape.huhu...

Ingat lagi dulu masa kat UMS, Encik Awang pernah cakap kalau tengok cd, tengah lap air mata tiba2 kena tukar cd 2 pulak, memang potong la. Hilang la feel tu. Macam tu jugak la dengan Haziq

Menguji dan Menyedihkan

Kejadian 1

Masa nak balik dari rumah ibu umi Haziq nak turun tangga sendiri, tak bagi ibu pegang langsung. Kalau masa naik boleh la ibu biar tapi kalau turun memang ibu tak biar, bahaya la. Kalau jatuh macamana? Bukan rendah, tingkat 2 tu. Ibu tak bagi tu bersebab bukan ibu suka2 tak bagi. Lepas tu ibu dukong Haziq. Haziq meronta2 nak turun tapi ibu terus jugak sampai ke bawah. Haziq nangis2.

Ibu letak bagi Haziq jalan, Haziq terus duduk sambil nangis. Protes la tu kan. Lepas tu ibu dukong balik. Haziq meronta2 nak turun. Ibu letak, Haziq duduk balik sambil nangis jugak. Masa tu ibu umi tengah tengok dari atas. Lepastu ibu jalan sorang, ibu sembunyi kat tepi tangga. Makin kuat Haziq nangis tapi tetap tak bangun. Sayu ibu dengar masa tu. Tapi ibu tetap tak keluar. Tapi tak la lama sangat. Lepastu ibu datang angkat Haziq, ibu dukong, Haziq peluk ibu kuat2. Masa tu air mata berjuraian kat pipi. Lepastu Haziq tak de lagi dah meronta2 sampai la masuk dalam kereta

Tak pernah lagi Haziq berkelakuan macamtu. Tak kena saja, duduk. Ni baru kali pertama. Tak elok la buat perangai macamtu sayang. Bulan depan dah nak masuk 2 tahun dah

Kejadian 2

Sampai rumah rehat2 kejap, teman Haziq main lepastu ibu masak. Masa ibu intai tu masyaAllah ibu nampak penuh air atas rak tv. Haziq minum lepastu sembur atas rak tv lepastu tepuk2. Huhu... Kena la ibu alihkan tv tu sebab kena lap, air dah masuk sampai bawah stand tv. 

Lepastu ibu marah la. Tapi ibu cuma kuatkan volume, ibu pot pet kat Haziq. Huhu... Haziq nangis berjujuran air mata lagi. Ibu tak pujuk pun, ibu buat2 merajuk. Lepastu Haziq datang hulur tangan minta maaf. Tak lama kemudian abah pun balik. Abah masuk saja dalam rumah Haziq buat muka sedih, abah tanya kenapa terus Haziq menangis. Mesti Haziq rasa sangat2 sedih semalam. 

Hari ni ibu umi cakap kesian ibu tengok adik semalam. Kat rumah ibu umi pun tak pernah lagi Haziq buat macamtu sebelum ni. Ibu tau Haziq suka mencuba. Tapi kalau nak turun tangga sendiri sekarang ni memang ibu tak kan biar sebab sangat2 bahaya

Tuesday, October 4, 2011

Mayat bayi dalam longkang - Selayang




Sedih sangat tengok video ni. Hukuman 2 tahun dengan denda? Cukup ke? Setimpal ke? Berbaloi ke dengan nyawa bayi tu? Kat mana la dia letak otak dia. Kalau tak nak pun bagi la kat orang, kalau nak buang pun letak la kat tempat2 yang elok. Ni p campak dari tingkat 2, masuk longkang. Tak reti nak bersyukur dia hidup sampai sekarang.



Apa dosa baby tu? Tak cukup buat dosa berzina, bunuh anak sendiri pulak. Huhu... 



GOMBAK: Kesan titisan darah ditemui di atas lantai yang dijejaki polis berjaya menemui wanita dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, semalam.
Ini berikutan laporan penemuan bayi cukup sifat baru dilahirkan itu dalam keadaan tertiarap dalam longkang.
Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang.

Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid.



Bagaimanapun, selepas majikan dan rakan sekerja suspek ke tempat kejadian dan bertanyakan hal sebenar, akhirnya wanita itu yang gagal mengawal perasaan terus menangis sebelum mengaku bertanggungjawab mencampakkan bayi berkenaan dari tingkat dua kediaman itu ke dalam longkang.


A.N.G.I.N

Susahnya kalau ada penyakit angin ni. Ni memang penyakit angin ye, bukan berangin sana sini @ naik angin. Mak cakap badan kurus tapi banyak angin. Sebab ni la masa pregnant dulu alahan teruk. Kalau angin ni menyerang, nak bernafas pun susah, rasa macam tersekat kat dada. Kena nganga mulut macam menguap tu. Huhu...

Last mengurut 2 bulan lepas. Mak cik yang mengurut tu pun pelik, ko ni badan kurus tapi angin banyak sangat. Nak buat macamana mak cik. Time macam ni badan rasa tak selesa, lenguh sana sini. Kalau malam kena macam ni memang tak boleh tidur sebab lenguh. Macamana nak buang angin2 dalam badan ni. Tau elok minum halia, jarang minum tapi ada la jugak minum. Lepastu banyak yang kena pantang macam buah2 yang sejuk2 - pisang, tembikai, kobis, kangkung, terong mcm2 lagi la. Tak boleh kurang makan, tak boleh lebih makan, tak boleh terlalu sejuk.

Huhu...angin oh angin...pergilah dair badanku. Jadi, temporary solution, marilah kita menikmati Eno Halia. Sedapppp..... ;)

\

Day dreaming ;)

Saya ni kan setiap hari penuh dengan angan2. Berangan tu, berangan ni. Jom tengok list angan2 saya yang terlintas kat kepala buat masa ni

1. Nak balik kampung

Rasa macam nak cari keja kat area sana. Area Kedah. tapi tak kisah la kalau tak Kedah  sangat pun ok. Janji berdekatan dengan Kedah. Kalau mak, ayah, family sakit demam ke apa, senang sikit sebab dekat. Lagipun lepas SPM terus merantau sampai sekarang. Balik pun kejap2 saja

Lepas tu kalau kat kampung living cost pun tak tinggi macam kat sini. Jamm pun tak teruk sangat. Udara pun segar bugar

2. Nak berniaga

Ni tak la tercapai sangat, tapi boleh la sikit2. Saya buat bisnes kecik2 saja. Bisnes ke? Hehe...Tapi kalau sape2 nak order triffle, kek karamel, kek coklat, dadih tu boleh la. Klik la link ni kalau nk usha2 http://desserthouz.blogspot.com/

Lepas tu teringin jugak nak berniaga sendiri. Tapi lambat lagi rasanya nak tercapai. Huhu...

3. Nak jaga anak sendiri

Ni lagi lambat nak tercapai. Kena kerja kuat dulu lepastu baru lah boleh jadi housewife

Apa lagi ye? Macam ada lagi. Tapi nanti2 la.

Mogok

Dah 2 hari Haziq mogok, tak mau cakap dengan ayah, mak. Ayah,mak call panggil nak cakap terus Haziq geleng kepala cakap tak nak. Kalau Haziq dah cakap tak nak tu maknanya memang dia tak nak la. Hulur phone kat Haziq pun, dia tolak saja. Kalau bagi jugak alamatnya memang kena lempar la phone tu. Kenapa ntah. Mood tak elok kot


*** mak dan ayah tu panggilan untuk tok (mak) dan wan (ayah) kat kampung

Monday, October 3, 2011

Kek karamel