Sunday, July 26, 2009

Amalan Untuk Memudahkan Proses Bersalin

Ramai ibu2 yang pregnant akan risau bila pk time nk deliver baby especially yg 1st time - mcm saya nnat mesti risau bila dah dekat2 nak sampai due date.Ni hasil dari googlean saya.Semoga dapat membantu yang lain ;)

Amalkan membaca Surah Al-Nahl (surah 16),ayat 78 maksudnya :
'Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.'

Selain itu digalakan juga amalkan makan buah kurma sbb ida juga akan memudahkan proses kita bersalin nanti

Yang bawah ni saya copy dr Permatahati

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.
Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

1. KURMA
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

3. MADU
Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.
*** segala yang tertulis di atas tu semuanya sebagai panduan kepada kita.tak salah klu kita mencuba.dan apa yang penting,jangan lupa sentiasa memohon maaf kepada suami,ibu bapa,kaum keluarga dan pada sesiapa yang kita rasa kita perlu minta maaf drnya

Saturday, July 25, 2009

Amalan Ketika Mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Surah Toha (ayat 1-5) baik untuk melembutkan hati anak.
Surah Insyirah untuk melembutkan hati anak dan menerangkan hati
Baca Al-fatihah dengan 1 nafas kemudian hembus pada anak - untuk melembutkan hati
amalkan surah2 ini dan tiup pada ubun2 anak.Pesanan ni saya dapat dari seorang Ustaz

Semua ayat2 Al-Quran mempunyai kelebihan,rajin2 lah kita mengamalkannya.Tapi kadang2 kita alfa dan hanya mencari pada masa yang kita perlu sahaja...

Wednesday, July 22, 2009

Tips dan doa untuk mendapatkan zuriat

Saya harap segala info ni berguna kepada pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Kita perlu berusaha selagi termampu dan sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T.

Doa untuk mendapat zuriat
Surah AI Imran 3:38

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan."
(Al Imran:38)

Tips atau Petua Untuk Mendapatkan Anak Atau Zuriat

Amalan

1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi - utk sisuami
2. Buat senaman batin tiap2 x bgn tido waktu pagi-utk lelaki
3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil.
4. Doa Nabi Zakaria
Surah Al-Anbiya:21:89



"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi."
(Al-Anbia’:89)

5. surah AlWaqiah selepas subuh
6. lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.

Diet Pemakanan
1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari
2. Buah Delima
3. Buah Zaitun
4. Buah Kurma
5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid la.. pastu amik seafood, amik supplements, salah satunya spirulina amik secara tetap about 30 tablets everyday, makan sayur & buahan. Hubby banyak makan berasid cam daging, ayam etc.
6. Jangan minum ais dan minum air kelapa


CARA SENAMAN BATIN
1. Duduk bersila badan tegak
2. Pas tu luruskan kaki kanan kedepan
3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam2(slow)
4. Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi kesebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
5. Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak
6. Buat 3x/7x setiap kali pas sbhyg subuh..jika betul caranya...peluh akan keluar walaupun baru buat 3x..(3x kiri..3x kanan)

Petua mendapatkan anak perempuan @ lelaki
# Simpan kat sini, nanti senang nak buat rujukan... hehe..


Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama
1. Madu lebah (utk energy dan kesihatan dalaman)
2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan
3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah
4. Minuman berhalia juga bagus (suami juga - utk kepekatan air mani)

Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:
Sebelum & Selepas:
1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormonsuami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapatbayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging
2. Banyakkan makan yg berasid
3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama“Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.


Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.

2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, sosperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)
5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):
1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :
1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.

*** maaf sebab saya terlupa source untuk post ni.saya campur2