Wednesday, February 8, 2012

Nasi Ayam

Lunch tadi p menapau nasi ayam. Masa nak bayar tu dengar cashier tu cakap 6 ringgit. Saya tanya balik, berapa, 6 ringgit? Mahal la rasanya. Dulu rasanya makan macam rm 4.80 saja pun. Nak jalan ke kedai belakang tu jauh la sikit, dah la tak larat.

Dah balik office, campur sup, makan rasa masin. Dalam plastik lagi 1 tengok ada sambal cili tu saja, ingatkan dia lupa nak letak kicap sekali. Rupa2nya bukan dia lupa nak letak kicap tapi kicap tu dia tuang kat bawah nasi. Apa motif dia buat macam tu, ke memang style macamtu? Pelik la.

Rm6 tapi rasa lebih kurang saja dengan nasi ayam yang kat kedai area rumah tu, rm4. Apa yang menyebabkan nasi dia mahal sangat? Sebab dia dah famous ke, sebab dah penah masuk dalam program jalan2 cari makan? sebab tu ke?

Bermula lah

Dah mula beruwek2. Tak tau la akan sama macamana, sama ada akan ikut pengalaman lepas atau ok dari yang lepas. Tapi harap2 ok la, tak teruk macam dulu. Kerja rumah semua encik asben terpaksa ambil alih. Bau sabun basuh baju pun dah tak boleh. Masak pun encik asben jugak yang buat.

Haaziq dah banyak main sendiri sekarang ni. Kesian Haziq. Tapi harap2 Haziq faham, bukan nak kurangkan perhatian pada Haziq. Haziq tau ibu Haziq tak sihat. Kalau batuk2 mesti Haziq datang urut2 kat belakang, bahu, kepala sambil tanya bu, akit ke?
 
Hari ni pun gagahkan diri ke office. Tadi singgah beli breakfast pun kena tegur dengan mak cik tu

Mak cik breakfast : awat hang ni, pucat pun. demam ka
Saya : tak demam la mak cik
Mak cik breakfast : tak sihat?
Saya : haa...tak sihat
Mak cik breakfast : mengandung ka? xpuas hati jugak mak cik ni.hehe...
Saya : haa mak cik. alahan, tu tak larat ni

Saturday, February 4, 2012

Bleeding

Rabu malam Khamis tu ada bleeding, banyak la jugak. Lepas tu stop. Khamis datang keje macam biasa, lepastu tengok ada lagi bleeding tapi tak banyak macam malam tadi la. Risau sebab masa Haziq dulu tak jadi macamni pun. Terus pegi klinik, doctor tak check apa2 pun, borak2 tanya itu ini, bagi suggestion, suruh monitor, bagi mc untuk rest, kena bayar RM40, lepastu balik rumah. Huhu...

Malam rasa tak puas hati sebab doctor langsung tak check. Pegi lak klinik yang selalu pegi kat rumah tu. Doctor scan memang nampak kantung tapi belum nampak fetus lagi sebab masih terlalu awal. Dari apa yang doctor scan, dalam 4 minggu lebih. Fetus akan nampak paling awal dalam masa 7 minggu. Doctor suruh monitor kalau bleeding tu dah stop, insyaAllah baby boleh survive. Lagi 2 minggu kena pegi scan lagi tengok ada ke tak.

Lepastu perut pun rasa sengal2 macam sakit time period tu. Memang teramat risau la sebab masa balik kampung tu buat kerja lasak sikit, memanjat pasang langsir, pegi beli barang sana sini, berlari, minum 100 plus, sprite, nescafe. Semua hentam. Lagi 2 minggu nak pegi scan lagi. Harap2 semuanya akan selamat

Friday, February 3, 2012

Haziq = Abang

Alhamdulillah, rezeki. Lepas ni dah betul2 kena panggil Haziq abang ni. Sebelum ni kalau panggil Haziq dengan panggilan abang mesti Haziq tersenyum2 simpul. Semoga Haziq boleh menjadi abang yang sangat2 baik kepada adik2nya. Amin

Puan P dah lambat berbelas2 hari. Tapi tak rasa nak test lagi. Tiba2 semalam encik asben uwek2 lak. Tiba2 rasa nak test pagi ni sebab masa Haziq dulu pun sebelum test, encik asben yang uwek2. Bila test, tengok2 ada double line
Bersyukur dengan pemberian ini tapi pada masa yang sama saya takut jugak, takut pengalaman lalu berulang.

*** Post ni saya buat hari Rabu lepas dah publish kejap tiba2 terfikir orang tua2 pesan awal2 kandungan ni tak elok kalau warkan sangat pada orang ramai. Tapi tujuan saya bukan lah nak war2kan, cuma sekadar meninggalkan jejak kat blog sendiri apa yang berlaku pada saya dan keadaan sekeliling ;)

DIY - Paperbag

Merajuk

Lately ni Haziq selalu sangat meraju. Silap sikit saja mesti tanak awan, lepastu pegi baring atas tilam, sembunyikan muka kadang2 jeling2 sikit. Dengan abah jarang lak nak merajuk, dengan ibu yang kerap merajuknya. Makin menjadi2 la anak bujang sorang ni.


Wednesday, February 1, 2012

Perihal kenduri

Alhamdulillah, dah lepas dah majlis kenduri kahwin adik, 29 Jan. Nak kenduri ni macam2 hal la kena fikir

1. Air

Rumah kat kampung atas bukit, jadi tekanan air memang rendah la. Siang memang susah nak adaair paip. Pukul 2am macamtu kena la tadah air. Bayangkan kalau hari kenduri yang memang sah2 nak guna banyak air tu tapi tak ada air. Susahkan kalau masalah air ni.

Ayah buat surat hantar kat SADA (Syarikat Air Darul Aman) bagitau masalah tekanan air. 1 hari sebelum kenduri tu SADA datang hantar air. Yang paling best ialah PERCUMA ;) . Selesai masalah air
2. Parking

Kat atas, bawah, tepi rumah dah penuh dengan pokok getah, tak ada ruang untuk parking. Ayah buat tempat parking kat simpang nak masuk kampung. Memang letih la kalau nak jalan kaki, lebih2 lagi kalau orang2 tua nak jalan dengan keadaan panas terik. Tapi tak ada pilihan la

Tapi yang bestnya ada transport disediakan. Sampai kat tempat parking tu, ada van, storm, motor yang akan bawa tetamu ke rumah. Macam kelakar, tapi best. Ada yang naik storm duduk ramai2 kat belakang tu. Meriah. Lagipun jalan kampung tu kecil, muat untuk sebiji kereta, kalau pada 1 masa kereta keluar masuk memang susah lah. Ada yang cakap nak datang kenduri ni sampai kena tukar transport lagi, kena naik 2 biji kenderaan