Wednesday, July 24, 2013

Berdua

Suka sangat tengok gambar ni, yang abang peluk adik tu. Gerammmm...macam nak gigit2 je. Adik kalau kat mana ada abang, kat situ la adik pun nak pegi, apa abang buat, tu la yang adik nak. Kadang2 time abang mood tak elok tu kena marah la, adik ni suka kacau haziq la. Macam2 kerenah mereka berdua. Harap2 abang dapat melindungi adik walau dalam apa jua keadaan

Tuesday, July 23, 2013

Sambal Belacan

Ni sambal belacan kegemaran. Ikut resepi mak. Kalau buat sambal belacan ni memang saya suka tumbok je guna lesung batu, tak suka blender. Pastu kalau buat tu saya buat lebih, simpan dalam peti ais. Boleh guna untuk buat nasi goreng, tumis dengan ayam ke, ketam ke. Sedap tau


Bahan-bahan

- 3 biji cili merah (Kedah kata cabai hidup)
- berbelas2 biji cili hijau (Kedah kata cabai melaka)
- belacan (bakar dulu)
- garam
- gula
- asam jawa (masukan sedikit air sebab nanti nak ambik airnya masukan ke dalam sambal belacan)

Cara-cara

1. Masukan cili2 ke dalam lesung batu, tumbok sehingga lumat
2. Masukan belacan, gula dan garam (secukup rasa ye)
3. Bila semua dah sebati boleh la masukan air asam jawa
* kalau tak ada asam jawa boleh guna limau kasturi atau limau biasa. perah ke dalam sambal belacan tu

Kunjungan ke klinik gigi

Kali pertama abang berkunjung ke klinik gigi. Sama la jugak dengan ibu kot. Dulu apa2 masalah gigi, settle kat sekolah saja. Sebenarnya ibu ni memang la alergic teruk segala berkaitan dengan klinik gigi ni. Kalau sebut klinik gigi dah terbayang dah la adegan2 tampal gigi masa kat sekolah dulu, terngiang2 la bunyi mesin tu,ngeeeengggg...pastu rasa air yang nak kena kumur tu. Huhu...scary betul la

Kali ni pergi sebab abang sakit gigi, berlubang. Tu la larang jangan makan gula2, ais krim semua tu tak nak dengar. Awal2 lagi dah cakap dengan abah diorang nanti masuk la dengan abang, saya tak nak, memang tak sanggup la. Pastu risau takut abang nangis ke apa nanti. Bila turn abang je ingatkan dia akan nangis,rupanya macam2 borak dengan doktor. 

Pastu assistant klinik cakap akak, masuk la, boleh masuk. Gagahkan diri masuk jugak sebab nak tengok anak kat dalam tu apa kes. Pastu abang siap pilih2 lai tools apa yang dia nak. Doktor, yang ni tak nak tau, Haziq nak yang ni saja. Doktor pun melayan. Memang baik la doktor tu. Memang lambat la nak habis tampal walaupun 1 je. Sebab banyak slot pujuk memujuk, berborak. Abang tak nangis pun.

Tapi bila dah keluar dari bilik doktor tu dah mula bising dah ada apa ni dalam gigi ni. Dok korek2 nak buang yang tampal tu. Huhu...


Ramai betul orang kat klinik gigi ni. Masa pergi tu hari Sabtu, sampai klinik pukul 11am lebih, selesai dekat pukul 2pm. Punyalah lama menunggu.

Wednesday, July 17, 2013

Kata ganti nama diri

Wah tajuk macam kelas Bahasa Melayu kan. Hehe...Saje je nak cerita pasal ni, lebih kurang mcm tajuk tu la. Saya suami isteri dah biasa panggil satu sama lain kejap yg, kejap syg. Sekarang abang kan dah bijak berkata2

Situasi 1

Ibu : yg, tengok info tv tu
abah diam tak buat apa2
abang : yg, ibu suruh tengok info tu (sambil tengok kat abah)

Situasi 2

ibu : syg (panggil adik) jom makan jom
abang : bu, syg pegi work la (merujuk pada abah)

Situasi 3

ibu : yg, jom p pasar malam jom
abang : ibu, bukan yg lah abahhhh...cuba ibu cakap tengok abahhh
ibu : ye lah.abah, jom p pasar malam jom
abang : haa...abah la

Situasi 4

abah : syg, goreng cempedak
abang : abah, bukan syg la.tu ibu la.abah cakap tengok, ibu

Haa...kan dah kena. Abang ni memang petah berkata2. So tak lama lagi rasanya kata ganti nama diri tu bertukar jadi ibu dan abah la kot. Atas permintaan anak ;)

Friday, July 12, 2013

Kek Batik

Bahan-bahan

- biskut marie (original)
- 1 paket milo (200gm)
- 1 ketul butter 
- 3/4 tin susu pekat

Cara-cara

1. cairkan butter dalam kuali
2. masukan milo dan susu pekat
3. kacau sampai agak paket
4. part nak melapis ni ada 2 cara
    - patahkan roti dan masukan ke dalam kuali,gaul rata.kemudian masukan ke dlm bekas
    - susun roti dan adunan satu persatu ke dlm bekas. susun roti di lapisan bawah, letak adunan dia ats roti, dan ulang proses tersebut sehingga habis
5. sejukan 

*** kalau nak lagi best tambah 1/2 sudu besar serbuk koko

Peplum For Kids

Dah beli baju raya ke? Mesti kita utamakan untuk anak2 dulu kan. Sama la macam saya, baju2 kasual dah settle, baju melayu belum beli lagi untuk abang, adik pun belam ada baju kurung lagi.

Saya nak buat iklan sikit ni. Sape2 yang berminat nak beli peplum untuk kanak-kanak boleh tengok kat Rizqishop ye. Ada size dari 3y sampai 7y. Ukuran pun disediakan sekali. Bolehla jenguk2 ke sana ye. Harga RM 48 include postage sem msia, RM 53 ke Sabah Sarawak. Kalau beli lebih insyaAllah ada diskaun ;) Kalau nk self collect di Puchong ye


Thursday, July 11, 2013

Asteruk

Memang wajib ke kena tukar ke beyond tu ye? Kata nak upgrade service. Bila tanya time hujan ada siaran ke tak, cakap sama je macam biasa, memang tak kan ada siaran.

Dah banyak kali diorg call suruh tukar tapi belum tukar lagi pun. Pagi ni agak hangin la jugak sebab call pastu dok cakap putar belit

Dia : puan kena tular dekoder lama ke beyond sebab nanti dekoder lama tak kan dapat siaran. bla333.....
Saya : klu nk tukar decoder saja tak nak tambah siaran HD boleh tak, tak nak tambah apa2, tak nak byr lebih dr skrg
Dia : boleh
Saya : Next bill saya lepas tukar ni akan jadi berapa
Dia : Now bill puan rm50 lbh, nanti akan jadi RM60 lebih
Saya : Tadi you cakap tak boleh, tak perlu tambah apa2 tapi kenapa bill bertambah
Dia : Memang tak boleh puan kalau nk tukar decoder saja sebab ni skali pakej
Saya : Tapi tadi kenapa you cakap boleh? Kenapa tak cakap betul2?

Tak faham lah. Kenapa perlu nak putar belitkan cerita. Hmmm...

Tuesday, July 9, 2013

Begedil baby

Haritu buat begedil ayam + kentang untuk adik. Senang je, tak susah pun :)


Bahan-bahan

- ayam - direbus
- kentang - direbus
- daun sup
- telur (dipukul sebati)

Cara-cara.

1. ayam, kentang dan daun sup dilenyek halus (depends pada keadaan baby la ye, klu yg dah ada gigi tu blh la bg isi ayam tu kasar2 sikit)
2. buat bentuk ikut suka nak bulat ke apa ke (saya buat bentuk love dgn bulat)
3 celup dalam telur dan goreng

Haa...senang je kan? sangat2 la senang. Selamat mencuba

Monday, July 8, 2013

Kata Hati Kawan

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."


Dalam dunia ini, 

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri, 

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. 

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. 



Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. 

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. 

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. 

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. 

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. 

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. 

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. 



Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. 

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? 

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. 

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. 

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, 

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. 



Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, 

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. 

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? 

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? 

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? 

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? 

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. 


Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, 

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. 

Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. 

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. 

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, 

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, 

kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu

“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Tuesday, July 2, 2013

Puding roti untuk baby

Dah lama tak type2 pasal resepi kan. Hari ni nak cerita pasal resepi simple je. Ye, semua resepi saya simple2. Hehe...

Haritu buat puding roti untuk adik





Bahan-bahan
- sebiji pisang (potong)
- sekeping roti
- susu yang baby minum secukupnya
- 1 sudu natural yogurt
- kismis

Cara-cara
1. Panaskan oven
2. campurkan pisang dengan natural yogurt
3. koyakan roti dan rendam dengan susu
4. susun pisang berselang seli lapisannya dengan roti yang telah direndam dgn susu tadi
5. taburkan kismis di lapisan atas
6. sedia untuk dibakar