Tuesday, January 29, 2013

Swimming Time

Minggu lepas cuti 3 hari ( Sabtu - Isnin ). Tak ke mana pun. Duduk kat rumah saja. Tapi nasib baik lah jugak encik asben keje malam, siang ada kat rumah. Semalam bawa anak2 ke Cyberjaya. Motif utama nak bawa abang pegi swimming je. Pegi semalam sebab tak ramai sangat orang. Kalau weekend memang ramai la. Sampai dalam pukul 9.30am macamtu. Lama jugak la. Masa nak balik tu puas pujuk abang, tak nak balik. 


Adik lak tak tidur langsung lepas bangun pukul 6.30am tu. Kuat juga mata bertahan. Dekat tengahari baru tidur.

Serius je muka adik. Tak tau la ngantok ke tension sebab tak dapat join abang dengan abah. Hehe...

Fisher Price Rainforest Jumperoo Ready Stock...MURAH

Jom tengok ni, Fisher Price Rainforest Jumperoo. Ni ready stock ye. Murah tau, RM 400 include postage semenanjung Msia.

Jom place order. kalau nak tengok item lain lagi, boleh tengok kat RizqiShop ye

 Fisher Price Rainforest Jumperoo Ready Stock!

RM 400 INC POS SEM MSIA

market price RM 649

Maximum Weight: 25 lbs. (11.3 kg)
Maximum Height: 32" (81 cm)

Developmental Guidelines:
Use only for a child who is able to hold head up unassisted and who is not able to climb out or walk.

Better for Baby...
Promotes Comfort and Security 
Jumperoo’s comfortable rotating seat provides a safe place for baby to play.


Encourages Developing Motor Skills
Moving, spinning and jumping in a baby jumper enhances large motor skills.

Variety of textures integrated into rainforest toys provides tactile stimulation.


Stimulates Senses
Baby jumper's Colorful rainforest toys and fun music stimulate your child's visual and auditory senses.


Enhances Learning Through Discovery
Baby’s actions make things happen, helping baby understand cause and effect.

Reaching and grasping onto the baby jumper's rainforest toys fosters eye-hand coordination.

Sunday, January 27, 2013

RizqiShop

Ibu2 bapak2 siapa yang punya anak ....

Dah, bukan nak ajak nyanyi pun. Sape2 yang berminat nak jenguk2 barang2 anak2 jom la ke page saya ni, RizqiShop

Tak ada lah banyak mana sangat pun barangnya tapi boleh la kalau nak tengok2 tu, lepastu mana tau kot2 ada yang berkenan ke kan ;)

Doakan saya ye kawan2 ;)

Antara barang yang ada kat situ :





Wednesday, January 23, 2013

Jom Usha2 Sini

Kawan2 semua, kalau ada kelapangan jom la jenguk2 sini ye, RizqiShop.

Doakan saya berjaya ye, semoga bertambah rezeki kita semua.

Tuesday, January 22, 2013

Cuti CNY

Hari ni bos dah email dah pasal cuti CNY nanti.

In conjunction with coming CNY, company shall be closed on the 8th February 2013 until 15th February 2013.

You will need to apply leave on 14th & 15th February 2013 and company will declare holiday on 8th, 12th (Replacement of Sunday) and 13th February 2013.

Cukup2 10 hari cuti. Cuti memang la best tapi yang tak bestnya sebab force leave. Huhu...2 hari lak tu. Saya tak kisah pun kalau 14 Feb tu dah kena kerja. Sekarang ni cuti sangat2 berharga. Kena simpan untuk kecemasan. Lepastu setiap bulan kena checkup anak lagi. Huhu...  Dah la cuti based on pro-rated, sebulan masuk 1 hari saja. Huaaa....

Tapi tak pe lah, fikir +ve. Balik kampung boleh makan kenduri banyak2 kan ;)

Monday, January 21, 2013

Pinjam topi ye

Macam2 la peel anak2 ni kan. Semalam abang dapat 1 kerja baru lak. Tengok apa yang sesuai untuk dipakai dari raga adik. Jumpa la topi adik. Mula2 abang pakai sebab nak ikut abah sembahyang. Lepastu pagi ni pakai sampai ke taska.


Lunch

Dah lunch ke semua? Hari ni saya bawa bekal. Dah lama rasanya tak update pasal makanan ni kan. Lagi suka update pasal anak2 sekarang ni.


Meriah tak lunch saya hari ni? Hehe.. memang meriah. Siap dengan ulam bagai. Kari telur tu encik asben la nak makan. Dah lama tak makan kari telur katanya. Tapi ada special request lak tu, kalau boleh nak rasa macam mak saya masak. Hmm...memang tak dapat la nak rasa macamtu. Nanti ye tunggu kita balik Kedah, minta mak buat gulai teloq no. Sambal belacan secoet saja sebab pedas. Apa tah yang kurangnya kali ni. Tapi tak pe, pedas2 pun licin jugak.

Senang kalau bawa bekal sendiri ni. Kalau tak bawa bekal, lunch time saja pening la saya fikir. Lepastu saya rasa macam mahal2 saja makanan area sini. Bawa sendiri puas hati, berbaloi. Sedap ke tak ke sendiri masak, sendiri makan ;)

Alhamdulillah kenyang sudah

Celebrate Birthday

Petang Khamis lepas kat taska ada celebrate birthday kakak Aisyah yang ke 5 tahun. Happy birthday Aisyah. Ada potong kek, makan KFC. Macam biasa la walau di mana jua abang la yang paling kecoh, paling bising sekali. Sabar je lah


Tu lah birthday girlnya, yang pakai baju pink tu. Abang pun sibuk la jugak nak potong kek kakak Aisyah. Terpaksa la mama kakak Aisyah layankan jugak

Walaupun lambat lagi birthday abang dan adik tapi ibu dah berkobar2 dah google macam2. Hehe... gila over la kan. Padahal birthday anak2 tu bulan 10 dgn 11. Ni baru bulan 1. Sah2 la memang over melampau. InsyaAllah tahun ni nak combine sekali birthday abang dengan adik. Lagipun selang sebulan saja. Wah, dah siap plan untuk 10 bulan yang akan datang. Adik pun baru boleh meniarap, baru 3 bulan. Abang lak baru saja 3 tahun 1 bulan. Banyak bulan lagi kot ;)

Friday, January 18, 2013

JJCM

Sape minat tengok rancangan JJCM? Sape minat dengan Iqram Dinzly? Kenapa banyak tanya ni
iqram

Haritu buka la fb restoran Modh Adam Ali sebab lunch time klu tak bawa bekal memang pening la fikir nak makan apa, nak makan di mana, nak tapau kat mana. Buka fb ni tiba2 nampak la announcement ni. Jap ye nak paste

Cari Cari Makan TV3 just called to inform the shooting have to postponed to 21st January 2013 monday 6pm .Host by Iqram .See U there

Haa... sebab ni la yang saya dok tanya tadi ni. Rest ni bawah office saya keje je. Isnin ni kalau turun office tiba2 nampak Iqram lepak tepi tangga tu boleh la kot nak ngedeng snap pic sekeping kan. Hehe... Macam budak2 dah 

Dulu masa Maria jadi pengacara JJCM ada dia datang kat restoren Baser. Masa tu lunch hour, saya lalu kat situ nampak la diorang tengah setup alat2, Maria tengah make up.

Ni rest yang ke 2 la area office ni yang masuk JJCM.   

 

Abah dan anak2

Kedua2 gambar ni masa anak2 umur 3 bulan.  Sama tak?

Thursday, January 17, 2013

Coklat

Saya nak buka order balik ni. Sape2 yang berkenan nak order, silalah contact saya ye. Coklat untuk makan2 ke, untuk doorgift ke, untuk hantaran ke semua boleh.

Kalau nak jambangan coklat pun boleh jugak. Saya bagi contoh ye macamana bentuk jambangan coklat tu. Ni bukan pic saya tapi saya google.


Pic : Google

Checkup

2 hari lepas pergi check up dan cucuk adik. Appoinment pagi dah penuh. Terpaksa la abik appointment petang, pukul 2. Ni kali pertama dapat appoinment petang. Huhu... 

Saya beriya nak pergi klinik sebelum pukul 2 tu sebab nak dapat number awal, boleh settle cepat, boleh balik cepat. Tapi tu semua cuma impian je, tak jadi kenyataan pun. Sampai klinik pukul 1.45pm. Tak de orang lagi. Dalam hati berbunga riang la sebab fikir boleh la settle cepat kalau macamni, tak yah nak tunggu lama2. Saya dapat number 1. Lagi sekali la berbunga2 riang di dalam hati ni.

Walaupun dapat giliran pertama tapi kena jugak menunggu. Hmm... Jam dah pukul 2pm tapi misi2 baru dok kilik telekung, baru lepas pakai tudung. Kenapa tak buat awal2 haa. Kan dah tau orang akan datang pukul 2pm, ada kerja nak buat. Dah dari awal ambik appoinment, dah tau siapa yang pukul 2pm, pukul 3 pm, carilah buku yang rekod klinik tu dari awal. Ni tak. Tunggu hari dan jam orang datang baru la nak cari buku yang untuk rekod klinik, nak kemas2. Tak faham sungguh la. Padahal set appointment tu sebulan awal.

Lepas timbang berat, ukur panjang, ukur lilit kepala, masuk dalam bilik misi. Ada 2 orang misi. Yang sorang tu tengah entertain sorang baby. Adik ingat misi tu borak dengan dia la. Adik pun pandang je misi tu, gelak2 sampai berbunyi, melelh air liur. Nampak  dah tanda2 dah besar nanti adik pun peramah jugak. Lepastu misi tanya anak dah boleh buat apa dah. Saya pun cakap la meniarap. Misi cakap cepatnya anak awak meniarap ye, baru je masuk 3 bulan. Abang dia dulu pun cepat jugak ke? Nasib baik misi tak tanya awak dulu cepat tak meniarap? Hehe...

Dah setel borak2 dengan misi tu, bawa la buku tunggu kat bilik injection. Walaupun tak ada orang lagi tapi adoyai, lama jugak la kena menunggu nya. Kat dalam tu ada 2 orang misi. Berborak ke ape ntah. Last2 pukul 3.30pm jugak baru boleh balik rumah. Adik dah meragam dah. Ye lah dengan panas, ngantok. Hmmm... Sabar je lah

Wednesday, January 16, 2013

Maafkan Ibu

Sedihnya pagi ni. Pagi2 memang kelam kabut sikit kalau bangun lewat daripada 5.30am walaupun masuk kerja pukul 9am. Pagi ni perihal mandi pun boleh jadi masalah. Huhu...

Gosok gigi

Abang memang susah nak gosok gigi. Kadang2 dan jarang2 la berlaku abang senyum je kalau gosok gigi. Pagi ni edisi memaksa. Mula2 abang gosok sendiri tapi tak sampai 1 minit pun letak berus tu dalam mulut lepastu dah. Dah siyap ibu. Mula2 ibu minta elok2, meh ibu gosokan gigi abang ye. Tak nak, tak nak. Haziq tak nak gosok gigi. Pastu tak kan nak biar tak bergosok kan. Apa lagi bermula episod macam ibu mendera anak dalam bilik air. Huhu.... Ibu terus gosok gigi abang, abang lak terus menangis, meronta2 sekuat hati sambil jerit ibu, xnk, ibu xnk. Apa lah yang orang fikir kan. Dengar si anak menangis meronta2 macam sakit je. Wal hal kes gosok gigi je pun. Huhu...

Shower gel

Dah mandi, abang biasa la memang suka main shower gel dia. Haritu sekali ibu tinggal kejap, datang tengok berbuih bilik air tu. Dalam botol lak 0. Tahniah, anda berjaya menghabiskan shower gel itu dalam masa yang sangat singkat. Huhu... So hari ni memang ibu tak biar la. Abang kata nak gosok sendiri, ibu picit sikit atas tapak tangan. Lepastu ibu gosok sekali badan abang. Abang nangis2 lagi nak ambik sekali dengan botol. Memang ibu tak kan bagi la. Simpan botol tu dalam store room. Jauh dari pandangan mata. Dah setel semua ibu ajak keluar lepastu abang cakap ibu keluar dulu, jap lagi Haziq keluar. Ibu lak dengan fikir ada benda lagi tak setel, nak jenguk adik lagi, terus la keluar bila abang cakap macam tu.

Curah air

Tak sampai 5 minit rasanya ibu datang pula masyaAllah. Terkedu, terkesima, terkejut semua combine sekali la. Pijak saja kain lap kaki tu rasa macam rumah dah kena masuk air masa banjir walaupun rumah kat tingkat 1. Abang curah air penuh kat tempat mesin basuh tu. Sekali dengan mesin basuh tu pun kena. Dah la kat atas mesin basuh tu ada baju2 jugak. Turut kena simbah sekali. Dah bertambah kerja ibu. Baju2 tu dah basah, nak tak nak terpaksa la basuh jugak sebab kalau biarkan takut jadi tahi lalai pulak nanti. Nak biar abah basuhkan takut nanti abah balik letih, ngantok lak. Huhu... 

Lepastu syaitan lak banyak pagi tadi. Ibu lak tak cukup sifat sabar. Kena la tampar tangan abang. Huhu... Lagi sekali abang menangis. Huhu.. kali ni memang menangis sebab sakit la. Ibu ni, syakit tangan Haziq. Ya Allah sayunya bila anak cakap macamtu. Terus rasa bersalah. Tarik abang, peluk dia sambil gosok kat tempat yang kena tampar tadi. Lepastu cakap kenapa ibu buat macamtu. Huhu... Ibu minta maaf ye abang. Ibu kurang sabar. Ibu yang salah. Sepatutnya cakap je lah apa yang salah tu. Tak yah la nak tampar anak. Siapa yang lagi tua, ibu ke anak? Siapa yang lagi berakal, ibu ke anak? Siapa yang salah? Ibu yang salah. 

Bila datang ofis, fikir balik kejadian pagi tadi tu mulalah nak sedih sorang, mengalir air mata. Huhu... Memang ibu tak patut pun buat macamtu. Maafkan ibu ye sayang

Ibu sayang abang. Sayang sangat2. Tak ada perkataan yang ibu boleh cakapkan betapa sayangnya ibu pada abang dan adik

Tuesday, January 15, 2013

Half day

Hari ni keje half day saja. Anak2 kat taska pun half day jugak. Kenapa? Sebab pukul 2pm ada appoinment kat klinik, checkup dengan cucuk adik 3 bulan. Be a good girl ye. Dah banyak hari dah ibu bagitau kan, hari ni adik kena cucuk. Adik kuat kan ;)

Monday, January 14, 2013

Abang dah besar

Start hari sabtu lepas kalau nak pakai seluar, nak tukar seluar mesti abang masuk dalam bilik, lepastu tutup pintu, pesan berkali2 ibu jangan tengok tau. Ye la, ibu tak tengok. Semalam lak keluar je dari bilik tengok2 panties colorful abang pakai. Kenapa colorful? Sebab abang pakai 3 helai sekali. Hmm... Dah besar dah anak teruna sorang ni. 

Haritu cakap kat abang, sampai bila2 pun abang akan tetap jadi baby ibu macam dulu2. Lepastu abang cakap, tak la, Haziq dah besar. Adik tu baby. Ye lah abang memang dah besar tapi bagi ibu abang pun baby ibu jugak. Kami suka berborak. Ada saja yang nak di pot pet kan. Kadang2 tak faham jugak apa abang cerita, tapi layan kan saja

Ni bukan sebab abang tengah sedih. Tapi dah jadi kebiasaan kalau nak bergambar je mesti buat muka macam2.

Baby blow bubbles, rambut ibu gugur...

Kat mana relevennnya kedua2 tu ye. Tak nampak pun perkaitannya kan. Tapi itu lah yang kita selalu fikir, bila baby dah pandai main2 bubble dengan air liurnya dan kebetulan pada masa yang sama jugaklah rambut ibu gugur, kita akan fikir betul lah ni orang tua cakap kalau baby dah mula main air liur, rambut ibu akan gugur. Hmm...Sebenarnya benda ni berlaku secara kebetulan saja. Bukannya air liur baby tu tarik rambut ibu sampai gugur ;)

Macam saya sekarang ni lah, rambut berguguran macam daun rambutan gugur di musim luruh. Lepastu adik sekarang memang suka la main air liur. Tak payah beli buih sabun yang jual kat pasar malam tu sebab adik boleh buat bubble sendiri, guna air liur je, tak keluarkan modal pun ;)

Sebenarnya kejadian rambut gugur selepas bersalin tu adalah normal. Cuma banyak atau sikit tu bergantung lah pada individu. Ni faktaknya ye

9 Perkara Perlu Mama Tahu :
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa mama perlu lakukan?

Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

Sumber : http://pama.karangkraf.com/famili/rambut-saya-banyak-gugur-1.26749

Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam masa 3 atau 4 bulan selepas melahirkan, sama fasa dengan masa baby mula menyembur air liur. Jadi kalau kita sedang berada pasa situasi yang sama (rambut ibu gugur dan baby main air liur) boleh la lepasni tukar lak term ni, bila baby dah mula menyembur air liur, itulah masanya kebanyakan ibu akan mengalami masalah keguguran rambut. Bukannya rambut ibu gugur disebabkan oleh baby main air liur. Kesian kat baby kan. Hehe...


Friday, January 11, 2013

Baby Kiko Warehouse Clearance: II

Semalam saya ada buat entry pasal iklan warehouse baby kiko kan. Hari ni saya dah terjah. Kejap je saya pegi tadi. Tak sampai 1 jam pun. Hehe... Tak pe lah kejap pun, asalkan dapat pegi jugak kan. Harini encik asben off, so boleh la ajak dia pegi sekali tapi kena cepat la sebabnya nak balik pegi masjid pulak. Nasib baik la dari rumah nak ke ofis tak jauh sangat, lepastu warehouse ni pun dekat saja dengan kawasan office. Kalau jauh memang tak dapat la nak buat lawatan. Sebenarnya nak pegi semalam tapi disebabkan warehouse ni pun ikut office hour, sampai pukul 5pm saja, so tak dapat lah pergi. Bukan excited nak pegi sangat tapi kalau boleh tak nak pergi hari cuti sebab kena bawa anak2. Tak sesuai tempat macam ni nak bawa anak2.

Hari ni tak ramai orang sangat pun. Masa sampai tadi nama saya tu dalam ranking 104. Kat gate tu kena tulis nama dalam buku log. Nak snap gambar jugak tadi tapi macam segan la sebab ada orang lain. Nanti orang tu ingat saya tak pernah isi nama dalam buku log tu pulak kan. Ini lah namanya panahan blog, segalanya nak bergambar kan. ;)

Nampak ni super clearance. Nak tau betapa supernya kena lah masuk ke dalam.

Apa yang ada kat dalam ni? Taraaa...

Banyak baju girl la kat sini. Baju boy sangat limited. Baju baby pun ok la jugak. Kebanyakan baju kena mix and match sendirilah. Kalau yang baju asing, seluar asing ni harga nya dalam RM 8 macamtu. Kalau yang sepasang tu ada yang RM 12. Macam seluar kat atas ni harga RM 16. Haaa...dah macam promoter baby kiko dah saya ni

Toys pun ada tapi tak banyak sangat. Teether banyak la Harga RM 5. Saya ambik toys yang lembut tu 1 tadi

Toiletries pun ada. Shower gel ni top to toe dalam rate harga RM 8, RM 9 macamtu lah

Gift set pun ado. Tapi tak banyak mana pun. Kalau tak salah harga RM 22 kot

Ada diskaun lak tu. Depends pada berapa jumlah pembelian kita lah. Kalau beli banyak RM , maka banyaklah diskaunnya. Diskaun ni untuk baju2 je, tak include barang2 lain ye. Harap maklum

Saya beli la jugak sikit untuk anak2. Nama pun baby kiko, memang haruslah untuk anak2 kan.




OK. Sekian laporan dari bilik berita warehouse baby kiko. Sape2 rasa nak buat lawatan sambil bekerja ke, nak terjah ke, sila lah. Tapi kalau nak pergi hari cuti dinasihatkan tak payah la bawa anak2 ye. Kesian kat diorang nanti dengan panas, tak selesa. Lepastu nanti ibu pun susah jugak nak memilih baju kalau anak meragam kan


Salam Jumaat

Salam Jumaat semua. Semoga Jumaat inin memberikan kita sejuta rahmat, sejuta sejuta nikmat

Thursday, January 10, 2013

Gaya Mutu Keunggulan

Semua orang suka bergaya kan. Tak kia peringkat umur. Umur 3 tahun pun dah pandai nak bergaya. Sape? Semestinya lah anak teruna saya. Pagi2 sebelum ke taska memang mandi dulu. Lepastu siap. Abang ada 1 je seluar jeans yang panjang. Yang lain2 semua belikan yang sampai lutut tu. Seluar jeans yang panjang ni abang panggil seluar baru (wpun seluar tu dah lama dan ada lagi yang lebih baru).

Bangun tidur nak sluar baru, lepas mandi nak seluar baru. Kalau boleh setiap masa la nak seluar tu. Lepas ni kena la tambahkan lagi koleksi sluar baru ni untuk abang.




Ni pagi tadi. Bergaya x?

Minyak rambut nak letak sendiri, rambut nak sikat sendiri. Deodarant ikut suka la nak pakai yang abah ke yang ibu ke. Ikut yang mana sempat. Senang je kan. Hmm..

Lepastu tak pakai sliper, pakai kasut beserta stokin. Haa..complete la.

Dah masuk dalam taska tiba2 keluarkan sikat dari dalam poket ye. Haha... memang tergelak besar la ibu tadi. Anak ooo anak....bergayanya. Dah besar nanti macamana la agaknya ye

Baby Kiko Warehouse Clearance

Haa...jom terjah warehouse ni. Sebelum2 ni pergi baju banyak untuk yang umur besar2, baju untuk baby tak banyak. Ingat petang ni nak pegi tengok la. Dekat dengan area ofis. Tu pun kalau sempat la. Cuci2 mata ;)

Ni alamat dia

No 1, Jalan Industri PBP 13, Taman Industri,
Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor 

Additional info

aby Kiko apparels, accessories, feeding and weaning etc. items on clearance sale. In addition to that, customers get additional RM4 discount with every RM20 purchases.!

Comfy Moments

Pagi2 ni saja suka2 melibatkan diri dalan contest ni. Hehe... Sape2 yang rajin nak like tu klik la link ni ye,

Ni la gambar dalam contest tu

Kalau nak search untuk vote boleh search by name atau pun id

Name : Nur Dhia Batrisya
ID : C201071

Tuesday, January 8, 2013

Riadah

Tak la beriadah mana pun tapi keluar la jugak peluh sikit. Abang bising je jom p taman, jom p playgound. Selagi tak tercapai hajat selagi tu la 1 rumah tak tenteram. Siap nak bawa basikal sekali. Nak beli helmet pun tak terbeli lagi. Hmm...

Petang ahad lepas pergi Cyberjaya. Situ la tempat beriadah kami yang paling dekat dan ok. Ni kali pertama adik ke sini. Mula2 sampai tu adik tido, so abang dengan abah yang turun, ibu dengan adik duduk la dalam kereta. Ye la ibu mana boleh turun, agak2 la kan nak tinggal adik tido sorang2. Hehe... Tapi tak sampai 10 minit lepas tu adik pun buka mata sambil senyum2. Nak turun gi jogging ke adik? Kami pun join la abang dengan abah.

Abang excited kayuh basikal sampai tercabut tayar spare sebelah. Abang2. Macam2 lah.

Sambil tunggu abah repair tayar basikal abang

Ramai betul orang hari ahad lepas. Maklum la kan hari minggu, masing2 bawa family keluar, anak2 main2. Puas jugak la nak ajak abang balik. Last2 abang setuju nak balik tapi kena pegi tengok go-kart dulu. Ok, no problem.

 Ibu nak la bergambar dengan anak2 tapi tengok la abang tak nak toleh pun dia. Huhu...

NUK

Lunch tadi bergegas pergi Giant sbb kat dalam giant tu ada guardian sebab kat dalam guardian tu saja yang ada teat NUK. Hehe...banyak betul sebabnya. Kenapa guna word bergegas? Sebab bos ada kat office, so tak nak la mengelat lama2. Berjaya juga balik office dalam masa kurang dari 1 jam walaupun pergi balik naik bas. Tahniah untuk diri sendiri.

Dah naik harga la teat NUK ni. Dulu RM 14 lebih je tapi ni dah RM 15.90. Ni kali ke 3 ke ke 4 tah beli lepas naik harga ni. Barang2 naik harga tapi gaji tak naik pun. Huhu... So sad ;(

Ni lah rupa parasnya. Abang memang guna teat jenis latex ni dari kecik dulu lagi. Awal2 dulu memang susah la nak cari teat yang sesuai. Rasa macam dah jadi pengumpul teat dah. Last sekali lagi 3 hari nak masuk keja barulah try NUK ni lepas dah beli macam2 teat lain. Alhamdulillah yang ni jadi idaman hati abang. Setialah sampai sekarang

Meniarap

Sekarang ni adik dah 3 bulan (4 Jan), tengah belajar meniarap. Masa 2 bulan lebih lagi adik dah senget2 macam nak meniarap. Kadang2 dah lama sengetkan badan tapi tak boleh meniarap lagi pastu mula la nak give up. Hmm... Tak boleh la macamtu, kuatkan semangat, teruskan usaha. 

Tapi bahaya jugak la. Malam2 pun kadang2 tengah tidur, jaga2 tengok dah meniarap. Kalau angkat muka xpe, takut muka tersembam atas tilam. Huhu...

Bila adik dah meniarap, maka abang pun automatik la meniarap jugak. Nanti adik merangkak, comfirm la abang pun merangkak jugak


Monday, January 7, 2013

Nur Dhia Batrisya

Comel tak saya wahai aunty2 sekalian? Hehe... Best je tengok gambar anak2 kan. Kalau tengah banyak fikir pun rasa tenang je. Betapa kuatnya panahan anak2 pada kita kan ;)


Cempedak

Minggu lepas balik kampung. Sekarang ni musim cempedak kat kampung. Ada la 2,3 sekeliling rumah tu. Sedap, manis. Saya bawa 3 biji ke rumah, bagi kat jiran2


Friday, January 4, 2013

Nur Dhia Batrisya : 3 bulan

Hari ni genapla adik 3 bulan. Lebih kurang 3 bulan la jugak ibu masuk dalam kategori EPM (exclusive pumping mother). Alhamdulillah adik sihat. Senang nak jaga. Nangis pun kalau time adik ngantok dan nak minum sangat2 tapi dilambat2kan. Memang adik akan ngamuk la. Sepanjang 3 bulan ni tak ada lagi adik nangis2 senak ke kembung perut ke. Syukur sangat. Semoga adik terus membesar dengan sihat. Nanti boleh kawan dengan abang

Adik dah mula nak meniarap. Kalau letak tidur asyik mengiring je dah. Teruskan usaha, jangan cepat give up. 

Semalam balik dari taska abang sibukl bercerita macam2, adik tengok abang bercerita sampai meleleh air liur sambil2 senyum2 dan menyampuk jugak bercerita. Tapi biasalah bahasa baby cuma bunyi sikit2 je lah. Seronok ibu tengok. Nanti bila dah boleh bercakap mesti meriah kan, abang bercerita, adik bercerita ;)