Wednesday, August 28, 2013

Pengakhiran dan Permulaan

Semalam tak masuk office sebab ada induction kat tempat baru. Harap2 kat sana nanti segalanya lebih baik, lebih diberkati, lebih dimurahkan rezeki. Terima kasih Ya Allah atas peluang ini. Hari ni datang ofis,check email (saja2 la check sbbnya lepas hantar resignation letter tu dah tak ada email dah pun yang masuk) tengok2 ada la email ni, 

Dear All,

Ida last day will be This Thursday. We will having a farewell celebration on Thursday noon ( 29.08.2013 ) 12 pm.

Thanks

4 tahun lebih kat sini, ada suka, ada duka. Sorang2 malay dalam kelompok chinese. Ada yang ok, ada yang tak ok. Adatlah tu kan. Sangat2 berterima kasih pada bos lama (yang dah resign) sebab sangat2 memahami, ambik berat. 

Pasni mesti rindu suasana tunggu bas, tengok gelagat2 orang dalam bas, tension berdiri tunggu bas lama2. 4 tahun lebih pergi balik kerja naik bas. Pastu mesti rindu nak makan nasik lemak 5 kupang, sebab selalu mintak separuh. Mak cik tu pun dah faham. Kalau cakap nak nasik lemak mesti mak cik tu tanya nak 5 kupang ka. Hehe...Kat tempat lain mesti tak dapat kan mak cik.
 
Mengharapkan yang terbaik di sana. Doakan saya ye

Monday, August 26, 2013

Shake n Take

Cepat2 sape berminat dengan shake n take. Ni pre-order ye. ETA 31/8 ni. Kalau sape2 nak boleh contact saya ye, ida 0124819973 atau pun boleh kt Rizqishop

2 botol + 1 blender.
RM 75 include postage SM
RM 80 include postage SS

Booking with full payment. TQ


Wikend : Masak2, Makan2

Semalam teringin nak makan laksa. En. asben pun sama jugak. So pukul 7.30am tu p kedai la cari barang2. Abang lak nak makan kek coklat. Dah balik kedai tu berperang kat dapur buat kek coklat dengan laksa. Buat 2 bungkus laksa. Alhamdulillah, habis. Kek ada sikit lagi. Habis bukan sebab kitorang 1 family je yang makan tapi ada ajak kawan2, jiran2 datang. Puas hati dapat masan sendiri. Kuah laksa ada lagi sikit, balik petang ni panaskan kuah tu. Kuah laksa ni kalau simpan dalam 2 hari macamtu, pastu panaskan makin bertambah sedap jadinya ;)


Weekend : Riadah & Kenduri

Pagi Sabtu lepas buat aktiviti riadah bersama keluarga. Tapi yang betul2 riadah abang dengan abah je, main basikal, ball. Ibu dengan adik pun riadah jugak tapi riadah mulut, makan je la sambil2 tunggu abang puas main. Pegi ke taman permainan kat Cyberjaya je. Bawa tikar skali senang nak bagi adik duduk, boleh la buat aktiviti bebas atas tikar tu. Abang memang seronok sangat la dia. Selalu bawa ke sini sebab dia nak main2, main yang tak pernah puas. Enjoy sangat la abang. Pagi tu masak bubur untuk adik pastu buat nasi goreng. Macam berkelah lah jugak jadinya. Hehe...




Pukul 10am balik dari Cyberjaya. Rehat2 kejap pastu pukul 12.30pm kitorang p kenduri kahwin pulak kat blok sebelah. Kenal pengantin sebab sama2 tunggu bas pergi dan balik keje. Pastu kebetulan keje pun di satu kawasan yang sama jugak. Pastu kebetulan lagi nama pun sama jugak, Ida ;) . Selamat pengantin baru untuk Ida dan pasangan, semoga berkekalan hingga ke Jannah. Tak de gambar dengan pengantin sebab masa nak balik tu pegantin baru dok make up, lambat sikit. 

 Tengok la gaya abang, macam2 pose dia buat
Ni asalnya adik ok je tapi abang la buat gaya macam2, dok suruh duduk betul2 tapi tak nak jugak, last2 adik pun tension dah

Friday, August 23, 2013

Clearance

Saya nak clearkan stock atas sebab2 tertentu. Kalau sape2 berminat dengan item2 di bawah ni boleh hubungi saya ye, boleh ke FB atau terus sms/call saya 012-4819973, ida. Kalau ada yang nak ambik semua lagi dialu2kan, saya boleh bagi best price.




Kasut baby RM 20 include postage
Peplum (3y) RM 40 include postage
Baju baby pink (9m) RM 30 include postage
Skip hop bag RM 28 include postage

Thursday, August 22, 2013

Alkisah kek coklat

Malam tadi nak buat la kek coklat yang customer order. Dia order 50pcs je pun. Dah bancuh2 adunan pastu susun cup dlm pengukus, skali kukus boleh 9cup je. Hehe... Bila nak boleh tidur kalau skali kukus 9cup je. Pastu terus la msg jiran yang rapat tanya periuk pengukus. Dia cakap ada, apa lagi terus la p ambik, pinjam kejap. Ni dugaan pertama

Part last tinggal 1 periuk pengukus atas dapur. So yang sebelah lagi kacau ganache. Tengah2 kacau tiba2 tup api padam. Sodihnya rasa hati. Jam dah pukul 11.45pm dah time tu. Tak kan la nak pinjang tong gas jiran pulak kan. Agak2 lah kan. Hehe... Check kek dalam periuk pengukus tu nasib baik dah masak elok. Alhamdulillah. Pastu terus angkat kek tu turun, letak periuk ganache dlm tu pulak, konon2 macam double boil la kan. Ok lah, boleh la daripada tak ada apa nak guna kan. Siap. Tu dugaan ke dua

Tengah2 kat dapur adik pulak malam tadi mood tak berapa ok, tidur pun tak nyenyak. Kejap2 nangis, kejap2 nangis. En. asben bekerja demi mencari rezeki untuk beberapa suap nasik :) Pukul 1.30am baru la boleh baring2 disamping anak2. Bestnya la hai dapat rebahkan badan. Tapi tak boleh nak tidur sangat sebab adik tak berapa sihat. Biasala kan bila dah jadi ibu ni, kena la banyak berkorban 

Tapi apa2 pun alhamdulillah kek berjaya disiapkan dengan jayanya. Malam ni customer nak datang ambik. Kek ni untuk jamuan kat sekolah, nak bagi murid2 makan. Terima kasih banyak2 ye




Kisah raya lagi

Tak habis2 lagi nak cerita pasal raya. Ni la abang adam, sepupu sebelah abah, umur 5 tahun. Kebetulan tahun ni tersama tema pulak, purple cuma beza muda dan tua je lah. Tapi tahun ni raya memang ramai pakai purple kot kan. Family anak buah en asben pun ramai pakai purple jugak.


Kalau berjumpa dua orang ni memang pening la kepala nenek. Nak tidur malam pun susah. Biasa la budak2 kan kejap baik, kejap lagi gaduh2. Bab kelambu pun boleh jadi isu, kelambu Haziq tak cantik, kelambu ni cantik. Pastu abang pulak reply ala kelambu abang adam rendah, kelambu Haziq tinggi. Pastu bila suruh diam, diorang main bisik2 pulak, sorang luar kelambu, sorang dalam kelambu. 

Masa raya ni abang bila orang bagi sampul raya, dia buka tengok ada duit ni la ayat dia, la,duit lagi, masyaAllah. Pastu tepuk dahi. Hehe...kecik2 ni memang la dapat duit pun buat macamtu sebab tak tau lagi value duit tu kan. Pastu biar je duit tu sepah2. 

Kadang2 je terserempak mereka berdua ni kalau tiba2 balik kampung pada masa yang sama. Tapi so far turn raya memang sama. Adalah kawan, makin meriah la jadinya ;)

Monday, August 19, 2013

Weekend

Mesti masing2 sibuk beraya kan, open house sana sini. Saya tak ada buat open2 house ni, open bila ada tetamu datang je. Hehe... Sape2 nak datang dipersilakan, dialu2kan tapi kena bagitau awal2 la nak datang, boleh la masak2 sikit kan.

Hari sabtu tu masak rendang ayam, nasi himpit, spagetti, mee goreng. Spagetti tu masak untuk tetamu datang je sebab saya dengan en asben ni tekak orang kampung. Saya boleh la jugak makan tapi en suami masuk 1 suap pun dh susah nak telan pastu tolak pinggan ke tepi. Tekak ni boleh makan nasi lemak, roti canai je. Hehe... Malamnya masak mee goreng sebab spagetti dah habis. Anak buah dengan cucu2 buah nak datang. Hehe... dalam usia muda dah jadi nenek dah tapi rasa macam nak suruh diorg panggil kakak nenek je. Hehe... Ni yang sebelah en asben la sebab suami ramai anak2 buah yang umur sebaya, lebih tua dari encik suami. Gitu lah kisahnya


Semalam lak buat roti jala dengan kari ayam je. Buat tu asalnya nak hidangkan masa kawan en asben datang skali tengok2 datang 2 bijik kete, so memang tak cukup lah. Asalnya memang nak buat banyak sikit tapi keadaan tepung tak mengizinkan, habis. Pastu tak hidangkan pun roti jala tu, cuma ada kuih raya dengan kek je. Huhu...


Pastu semalam la jugak baru nak basuh kasut sekolah abang. Seriously terlupa sangat2. Tapi ok la jugak kan at least dapat mengingatkan abang hari ni dah kena pegi school (nak cover betapa lupanya ibu)

Abang : bu, esok kena pegi school ke
Ibu : ye, hari ni last cuti tau


Dua2 hari cuti kami bertiga je kat rumah sebab en asben keje. Petang baru balik. Jadinya dok rumah je lah, ada orang datang bertambah lah meriahnya rumah tu.


Noti dua2 beradik ni. Abang suka ajar adik macam2 pastu adik lak ikut je. Yang terbaru abang ajar adik masuk bawah meja, merangkak ikut bawah kerusi. Huhu... Adik pun follow la sebab sifu dah ajar kan


Friday, August 16, 2013

5th anniversary

Hari ni, 16 Ogos genap lah 5 tahun usia perkahwinan saya dan en.asben. Macam2 dah dilalui sepanjang 5 tahun ni, tawa, tangis, masalah itu, masalah ini, masalah kewangan. Tapi alhamdulillah semua tu pengalaman dan pengajaran.

Saya sangat bersyukur dikurniakan seorang suami yang sangat penyabar. Ye, dia sangat penyabar orangnya. Cool. Dan disebabkan dia sangat cool, saya perlu menjadi agak hot ;) Dia sangat sabar dengan kerenah saya, tak suka nak marah2, susah nak fikir negatif pasal orang lain. Selalu cakap biar orang buat kat kita, kita jangan buat kat orang. Tu ayat yang en asben selalu cakap kat saya. 

Kami bukan lah hidup mewah, hidup kami biasa2 saja, cukup makan pakai. Kadang2 seronok tengok kawan2 pergi ke sana sini, bercuti ke luar negara, beli handbag mahal2. Tapi fikir secara rasional tu rezeki diorang. Rezeki masing2 tak sama dan ada sebabnya kenapa Allah kurniakan macamtu. Luaran mereka nampak happy tapi kita tak tau apa masalah mereka, mungkin mereka ada kesulitan yang ain. Saya Alhamdulillah, bahagia bersama keluarga

Sepanjang 5 tahun melalui pelbagai liku2 kehidupan, naik turun, tawa dan tangis bersama,gaduh. Tipulah kalau saya cakap tak pernah bergaduh tu kan.Adatlah dalam rumah tangga. Macam orang selalu cakap sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita manusia, suami isteri ;) Tapi kalau gaduh tu saya la yang memulakan, bukan saja2 nak gaduh tapi mula2 tu merajuk sebab kes kecik je, pastu harapkan dipujuk, pastu bila en asben tak pujuk, lambat bertindak maka merebak lah kes tu menjadi besar sikit. Pastu nangis la. Hehe...Kalau cepat kena pujuk tak merebak pun sebenarnya

En asben seorang yang mengambil berat pasal orang tua - mak dia dan parents saya. Walaupun nak ke Kedah tu lebih kurang 500km dan kos pun agak besar (bagi kami) tapi alhamdulillah dapat jugak balik ke kampung setiap bulan, paling teruk pun 2 bulan skali lah. Dia pandai menghormati orang tua. Banyak juga orang2 tua cakap sejuk tengok muka en asben. Alhamdulillah. Tapi kan ntah2 dalam hati diorg kata sejuk tengok muka suami ni, panas tengok muka si isteri ;) Tak baik buruk sangka kan. En asben sangat rapat dengan keluarga saya, adik beradik dan lebih2 lagi anak2 buah saya.

Dengan anak2 pun en asben sangat penyabar, susah la nak tinggi suara, nak naik tangan kat anak lagi la susah. Anak lagi takut dengan saya daripada en suami. Macam saya cakap tadi la bila seorang tu cool sangat, yang sorang lagi kena lah hot sikit kan.

Apa2 pun saya sangat2 bersyukur sebab Allah kurniakan mereka pada saya. Pinjaman Allah yang tak ternilai. Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa mendapat keredhaan Allah sehingga ke Syurga hendaknya. Amin




Ni coretan di fb pg td, penuh dengan feeling. touching sungguh la tadi

starting with phone contct, arrange date to meet up, tied the relationship with engagement and marriage.it has been 5 years we shared our life together. 5 years with lots of loves, sugars and spices, laugh and cry, up and down. 

Thanks god for giving me the most patient man in my life and 2 adorable kids with make our marriage more meaningful. 

May Allah bless our marriage till Jannah. InsyaAllah.

"For The Rest Of My Life"

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And there's a couple of words I wanna say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Until the end of my time
I`ll be loving you, loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of U
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife & my friend & my strength
And I pray we`re together in Jannah
Finally now I've found myself, I feel so strong
I guess everything was changed when you came along
And there's a couple of words I wanna say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Until the end of my time
I`ll be loving you, loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you

I know it deep in my heart
& now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I sing it loud that I will love U eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Until the end of my time
I`ll be loving you, loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you

I know it deep in my heart

Thursday, August 15, 2013

Separation Anxiety

Separation anxiety tu adalah rasa takut untuk berpisah lebih2 lagi dengan orang2 yang dekat, yang sangat2 rapat. Selalunya jadi pada baby dalam linkungan umur 8m - 18m. Kalau kena tinggal  nangis, kalau jaga dari tidur, tengok tak ada kat tepi dia, nangis. Normal je sebenarnya keadaan ni.

Tearful, tantrum-filled goodbyes are common during a child's earliest years. Around the first birthday, many kids develop separation anxiety, getting upset when a parent tries to leave them with someone else.

Adik  tengah berada dalam situasi ni la sekarang ni. Huhu... Kalau malam2 dalam bilik sorang2 tengah tidur, terjaga sedar dia sorang, terus bangun, duduk sambil nangis atau pun merangkak nak keluar bilik sambil nangis2. Syahdu, pilu, sendu semua ada la. Baru je bermula ni, 2-3 hari ni. Pagi ni memang tragis la ibu sibuk dok basuh baju, sidai baju yang adik lak tak nak kena tinggal walaupun abang ada kat tepi. Tetap jugak nak nangis sampai keluar air mata, air hidung.

Masa abang dulu tak lalui pun fasa separation anxiety ni. Ibu boleh ke sana sini, buat apa saja. Lain anak, lain la peelnya kan. Sekarang la baru nak study bab ni. Anak owh anak. Harap2 fasa ni akan berlalu dengan cepat, tak payah tunggu lama2

Wednesday, August 14, 2013

Raya

Hari ni 1st day kerja selepas cuti raya. Malasnya tak yah cakap lah kan. Dah la letih travel tak habis lagi. Semalam balik dari Kedah 9 jam lebih baru la sampai ke Puchong. Hmm... Mencabar fizikal dan mental. Tapi yang penting selamat sampai. Nak cerita sikit la pasal raya. Biasa lah kan dah lepas raya mesti la nak coret2 pasal raya. Tapi gambar abang dengan adik masa kat rumah nenek Sg Besar tak ambik pun. Huhu...Ada kat handset angah Idah je. Nanti la tunggu dia upload dulu. 

Raya di Sg Besar meriah lagi dengan aktiviti baraan. Baraan tu kunjung mengunjung ke rumah2 secara beramai2, marhaban, pastu makan la juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Kalau rumah tu tak ada wakil yang join baraan, geng2 baraan tak pegi la ke rumah tu. Kiranya kalau nak orang baraan ke rumah kita, rumah tu kena la ada wakil sekurang2nya seorang. Tapi baraan ni bukan setakat 1 hari je, ada yang buat pada hari raya pertama, raya ke dua, ke tiga pastu dibahagikan ikut ketegori - lelaki, perempuan, dewasa, lebih dewasa, gitu lah.

Hari raya ke tiga balik Kedah. Hari Isnin tu bakar lemang. Sedap. Makan lemang panas2. Saja la ayah dengan mak nak buat nak bagi anak2 seronok walaupun sebelum tu dah buat lemang. Orang yang paling seronok sekali sah2 la abang. Ikut ayah ambik kayu, daun pisang. Walaupun dahi, muka benjol2 kena gigit nyamuk tapi tetap tersenyum, best. Yang adik lak kat kampung tak nak tidur siang, macam dah besar je. Mungkin excited kot, rugi masa kalau tidur. Agaknya lah kan


Monday, August 5, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Mood Raya

Dah lama tak update blog. Asyik lupa je nak bawa cable transfer gambar. Huhu... Tak meriah la post klu takde gambar kan. Wikend lepas dah ramai jugak yang balik kampung. Parking kat rumah pun dah banyak kosong. Jiran depan, tepi, atas dah balik dah. Huhu...sedihnya. Abang lak asyik nyanyi hohoho balik kampung je sekarang ni. Menangis ibu kat dalam hati dengar lagu tu. Hehe...

Sekarang ni kat ofis, keje lagi tapi hati dah kat kampung halaman dah. Betul2 lah tak de mood dah nak keje. Tahun ni turn raya kat kampung suami, pagi Rabu balik Sungai Besar, pastu Sabtu balik Kedah. InsyaAllah. Jadinya raya ke 3 lah baru dapat makan ketupat palas dan lemang. Huhu... Takpe2, sabar

Baju raya tak berapa nak settle lagi untuk anak dara sebab tak jumpa baju kurung yang sedondon. Nak kena cari jugak sebab abah, ibu, abang semuanya 1 warna tak kan tiba2 adik warna lain kan. Hmmm..Padahal tak jadi apa pun kalau tak sama pun, bukannya benda wajib pun, tapi naluri tu over sikit. Tak pe, kalau ada alhamdulillah, kalau tak de pun tak pe, pakai je baju yang ada. Tak de masalah lah

Kuih raya lak ada yang dah selamat di makan. Hehe...awal betul dah habis 2 jenis kuih raya

Ok lah nak sambung dengar lagu raya. Selamat hari raya pada semua yang membaca, mohon maaf jika ada salah dan silap. Pada yang balik kampung, hati2 di jalan raya, biar lambat asal selamat ;)