Dah lama tak update blog. Asyik lupa je nak bawa cable transfer gambar. Huhu... Tak meriah la post klu takde gambar kan. Wikend lepas dah ramai jugak yang balik kampung. Parking kat rumah pun dah banyak kosong. Jiran depan, tepi, atas dah balik dah. Huhu...sedihnya. Abang lak asyik nyanyi hohoho balik kampung je sekarang ni. Menangis ibu kat dalam hati dengar lagu tu. Hehe...
Sekarang ni kat ofis, keje lagi tapi hati dah kat kampung halaman dah. Betul2 lah tak de mood dah nak keje. Tahun ni turn raya kat kampung suami, pagi Rabu balik Sungai Besar, pastu Sabtu balik Kedah. InsyaAllah. Jadinya raya ke 3 lah baru dapat makan ketupat palas dan lemang. Huhu... Takpe2, sabar
Baju raya tak berapa nak settle lagi untuk anak dara sebab tak jumpa baju kurung yang sedondon. Nak kena cari jugak sebab abah, ibu, abang semuanya 1 warna tak kan tiba2 adik warna lain kan. Hmmm..Padahal tak jadi apa pun kalau tak sama pun, bukannya benda wajib pun, tapi naluri tu over sikit. Tak pe, kalau ada alhamdulillah, kalau tak de pun tak pe, pakai je baju yang ada. Tak de masalah lah
Kuih raya lak ada yang dah selamat di makan. Hehe...awal betul dah habis 2 jenis kuih raya
Ok lah nak sambung dengar lagu raya. Selamat hari raya pada semua yang membaca, mohon maaf jika ada salah dan silap. Pada yang balik kampung, hati2 di jalan raya, biar lambat asal selamat ;)
kat umah akak, walo majoriti melayu, parking penuh lagi..kat ofis pun ramai lagi yg kerja.. hihik
ReplyDeletediorg cuti awal tp nanti isnin depan dh start keje la.hehe..
Delete