Wednesday, August 14, 2013

Raya

Hari ni 1st day kerja selepas cuti raya. Malasnya tak yah cakap lah kan. Dah la letih travel tak habis lagi. Semalam balik dari Kedah 9 jam lebih baru la sampai ke Puchong. Hmm... Mencabar fizikal dan mental. Tapi yang penting selamat sampai. Nak cerita sikit la pasal raya. Biasa lah kan dah lepas raya mesti la nak coret2 pasal raya. Tapi gambar abang dengan adik masa kat rumah nenek Sg Besar tak ambik pun. Huhu...Ada kat handset angah Idah je. Nanti la tunggu dia upload dulu. 

Raya di Sg Besar meriah lagi dengan aktiviti baraan. Baraan tu kunjung mengunjung ke rumah2 secara beramai2, marhaban, pastu makan la juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Kalau rumah tu tak ada wakil yang join baraan, geng2 baraan tak pegi la ke rumah tu. Kiranya kalau nak orang baraan ke rumah kita, rumah tu kena la ada wakil sekurang2nya seorang. Tapi baraan ni bukan setakat 1 hari je, ada yang buat pada hari raya pertama, raya ke dua, ke tiga pastu dibahagikan ikut ketegori - lelaki, perempuan, dewasa, lebih dewasa, gitu lah.

Hari raya ke tiga balik Kedah. Hari Isnin tu bakar lemang. Sedap. Makan lemang panas2. Saja la ayah dengan mak nak buat nak bagi anak2 seronok walaupun sebelum tu dah buat lemang. Orang yang paling seronok sekali sah2 la abang. Ikut ayah ambik kayu, daun pisang. Walaupun dahi, muka benjol2 kena gigit nyamuk tapi tetap tersenyum, best. Yang adik lak kat kampung tak nak tidur siang, macam dah besar je. Mungkin excited kot, rugi masa kalau tidur. Agaknya lah kan


8 comments:

  1. samat hari raya awak...wowww baru balik...hehe...kite ari sabtu dah balik bangi dah...hihi...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari sabtu tu baru blk kedah.hehe....
      slmt hr raya

      Delete
  2. Sye org bujang kne cover org dh kawin, so isnin dh keje, hikhik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe,nanti dh ada family,org bujang lain lak cover.hehe...slmt hr raya ;)

      Delete
  3. Slmt hri rya...

    Wow best nya ada acara bkr lemang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt hr ry akak.setiap tahun raya puasa,raya haji mmg ada acara bakar lemang.pastu tahun ni adik pun jual lemang jugak ;)

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.