Tuesday, February 26, 2013

Bagan Lalang

Hari Ahad lepas bawa anak-anak ke Bagan Lalang. Abang la yang excitednya, adik kat dalam stroller je. Tapi tak pe lah at least boleh la ambik angin pantai kan. Lebih kurang 1 jam la dari rumah nak ke sana. Ramai orang kat sana. Ramai yang memasang khemah, ada group yang buat bbq. Tapi air tak best sebab warna coklat, bukan warna biru. Tak sesuai la kalau nak mandi manda. Kalau nak mandi better pegi PD. Abang kat sana main cedok2 pasir, main bola dengan abah dia, jalan2 jugak lat kat tepi2 air tu. Sebelum balik, pegi mandi kat toilet, caj RM1 untuk mandi.


Monday, February 25, 2013

Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong

Semalam berkesempatan meluangkan masa ke Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong Tak jauh dari rumah. Dalam 10 minit dah boleh sampai.

Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong merupakan tempat pertama dalam Malaysia yang menempatkan semua penghuni Islam. Pengasas rumah ini adalah seorang yang sangat berhati mulia iaitu Puan Muji, bekas ketua jururawat di Hospital Serdang.

Kat sini ada 55 orang penghuni, 25 lelaki dan 30 perempuan. Ada yang sihat, ada yang sakit.. Ada yang kena strok, tak cukup oksigen, ingatan tak berapa baik. Ada yang dihantar oleh pihak hospital, ada yang dihantar oleh keluarga. Kat sini bukan yang hanya berasal dair Selangor tapi dari negeri2 lain. Yang saya tanya semalam ada yang dari Kedah, Penang, Perak, macam2 negeri.

Ada juga kejadian anak hantar ibu/bapa ke sini lepastu terus tak datang melawat sampai la meninggal. Selaam 2 tahun tak datang jenguk. Puan Muji dan pembantu2 yang menguruskan jenazah.Sedih bila dengar kes macamni. Semalam berborak dengan sorang mak cik yang beasal dari Kedah.

Saya : mcik sihat
Macik : sihat
Saya : mcik asal dari mana
Mcik : dari Kedah. Anak orang mana
Saya : saya pun dari Kedah

mulalah sesi perkenalan tanya tempat kat mana semua

Mcik : balik kampung dak?
Saya : buat masa sekarang ni setiap bulan balik mcik
Mcik : mak ayah ada lagi ?
Saya : ada lagi
Mcik : balik lah kerap2 tengok mak ayah, kesian kat depa. depa bukan mau duit tapi depa nak tengok anak cucu

Masa ni memang saya tak dapat tahan linangan air mata. Mesti mcik ni sedih. 

Mcik : anak mcik ada kat KL , keja kerajaan tapi jarang sangat datang melawat
Saya : tak pa la mcik dok kat sini pun ramai kawan2, ada orang jaga mcik 
Mcik : nanti mai la lagi tengok mcik naa
Saya : InsyaAllah nanti saya mai lagi melawat mcik.

Seronok diorang semalam dok pegang2 Dhia. Tapi ramai yang dha tak kuat dah tangan, takut nak pegang, takut terlepas.


Semalam tak dapat duduk lama sangat sebab nak hujan. Kereta parking kat jalan. Kalau hujan lebat nanti susah pulak dengan bawak baby lagi. InsyaAllah kalau berkesempatan, lain kali saya akan datang lagi ke sana. Hanya Allah yang dapat membalas jasa Puan Muji dan pembantu2 di sana.


Kepada anak2, sesibuk mana pun kita jangan la lupakan tanggungjawab kepada ke dua ibu bapa yang telah berkorban untuk kita. Sesungguhnya jasa diorang tak mampu kita balas. Tanpa mereka siapalah kita. Duit perlu dicari tapi jangan sampai lupakan ibu bapa. Tanpa mereka, tak mungkin kita akan jadi macam sekarang. 

Kepada yang nak datang ziarah sangat2 dialu2kan. Mereka akan menyambut kita dengan senyuman yang amat besar maknanya.

Rumah Jagaan dan Rawatan Al-Ikhlas
Lot 3530, Jalan Besar,  batu 18
Kampung pulau Meranti,
47120 Puchong, Selangor
 (kat masjid lama)

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun berikut:

Puan Muji bt Sulaiman
MBB: 164070451718

Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua AlIkhlas
ArRajhi: 12700106-1101131
 
Puan Muji : 016-6786364, 012-2433743

Friday, February 22, 2013

Kulit melecet

Meh nak cite pasal kulit adik yang merah2 tu. Sebenarnya tak de la sampai tahap melecet, cuma merah2. Tapi walau pun tahap merah belum sampai melecet, bila tengok pun dapat rasa pedih. Huhu... 

Mula2 pergi farmasi, bagitau la apa masalah kat sape tu haa nak panggil apa yang macam doktor kat farmasi tu,hmmm...faham kan sape yang saya maksudkan tu. Saya tanya ubat apa yang paling elok sekali, krim apa yang ok. Lepas tu dia pun bagi la cream Momate ni. Kecik je, 5gm. Harga RM 12 lebih. Ni rupa paras momate tu






 Dia cakap sapu 1kali je 1 hari. Bila guna rasa macam tak ada perubahan pun. Tak tau la kalau saya yang tak sabar. Ye lah nak bagi anak cepat sihat, mesti la nak yang cepat berkesan kan. Lepastu saya pun google la sana sini, tanya kawan-kawan. Ramai yang cakap drapolene ok. Balik keje tu singgah farmasi beli drapolene pulak. Murah je ye 55gm RM 12 lebih jugak. Kalau momate tu jual seberat drapolene tau mau la beratus harganya

Sekarang alhamdulillah dah elok dah. Ada la sikit2 lagi merah2 tu. Kiranya tahap dah hampir ok la. Kalau kat rumah memang saya tak pakaikan apa2 pun, cuma pakai baju saja. Tak pakaikan seluar dan free diapers. Wah, baru 4 bulan dah free diapers ye. Terror kan. Hehe... Tapi 1 hari memang banyak la guna kain. Segala kain lampin, kain batik saya guna untuk lapik. Kena rajin tukar la, tak boleh biar anak dok dalam air kencing je. Malam2 memang saya cuma pakai kan baju saja. Siang nak ke taska saya bekalkan kain lampin dalam 8-10 helai 1 hari, lepas tu kain batik 3-4 helai untuk lapik.


Handbag

Sikit je nak bagitau ni. Saya ada update few handbags kat page RizqiShop. Sudi2 lah menjenguk ye.. TQ

Thursday, February 21, 2013

Homeopathy

Sekarang ni cuaca tak menentu, kejap panas, kejap hujan. Sini memang kerap hujan. Keadaan kesihatan pun tak berapa nak baik. Abang dah lama batuk dengan selsema, lepastu ibu join. Last skali adik join. Yang paling kesian akt adik la. Bukan nak pilh kasih. Tapi abang dah pandai la kalau suruh hembus ke ape, adik tak tau nak buat apa2 lagi. 


Asalnya fikir tak nak bagi ubat klinik sebab masih kecil lagi. Mula2 buat ikut petua mak bagi 
- kunyit hidup campur kapur makan, tenyeh sikit kat batang hidung
- bakar bawang putih, campur minyak masak, letak sikit kat dahi (dekat dgn ubun)

Dua2 cara ni berkesan untuk selsema tapi untuk batuk tak hilang. Apa yang saya risau adalah kahak. So bawa pegi klinik juga. Dah makan ubat adik asyik tidur je sebab ngantok. Doktor check kahak ok, clear. Alahmdulillah.

Lepastu tengok tak ok jugak bawa pegi ke klinik homeopathy. Saya pergi yang kat Shah Alam. Ni kali pertama saya try ubat homeopathy ni. Lepas google2 ramai orang cakap ok, serasi dengan mereka. So why not saya pun give a try. Lagipun drug free kan. Abang biasa lah kan dia kan mesra alam, user friendly. Masa tengah daftar, abang dah masuk kat kaunter pendaftaran tu. Lepastu staff kat kaunter tu pun layan jugak. Abang ikut la kemana orang tu pergi. Bercakap memang tak berhanti lah


pembantu klinik : sape nama
haziq : haziq
pembantu klinik : umur brp thn
haziq : 3 tahun
pembantu klinik : ye ke 3 tahun, cakap macam dh 10 thn je
haziq : ye la 3 tahun je


Macam2 lagi la yang dipot pet kan  

Dapat 4 jenis ubat - demam, selsema, batuk + kahak, vitamin.




1 jensi ubat berharga RM 15

Abang dengan adik kongsi ubat yang sama je. Semua ubat dalam bentuk kapsul. Untuk adik kena hancurkan la, campur air sikit lepastu hancur kan. Makan ubat ni dua2 orang ok. Serasi jugak la. Kurangla batuk dengan selsema tu. 

Abang dah ok. Masalahnya kat adik. Hari mula2 tu adik kerap membuang tapi bukan la kategori ceri beri, cuma kerap je. Setiap kali membuang memang tukar pampers walaupun sangat2 sikit. Tapinya petang tu adik dah menangis kesakitan. Merah sangat2 kat punggong dengan bahagian depan tu. Tak luka, tapi merah. Bila tengok tu dapat rasa la kepedihan tu.

Saya call doktor tanya tu kesan ubat ke. Sebab bila membuang macam ada lendir2 sikit. Kahak la tu kan. Lepastu doktor suruh teruskan bagi ubat. Tapi saya tak teruskan pun. Nak bagi merah2 tu pulih dulu. Kesian sangat la tengok.

Pasal merah melecet tu nanti la saya buat entry lain pulak ye ;) 

Tuesday, February 19, 2013

Banjir kilat di Puchong

Petang semalam memang hujan lebat. Pukul 4.30 pm tu macam dah nak malam, gelap. Dengan petir lagi. Huhu... Saya keluar office 5.30pm, sampai rumah dekat 7.30pm. Bising abang semalam sebab lambat ambik kat taska. Nampak je muka saya terus cakap ibu ni ape la lamat cangat

Ni ada beberapa pic pasal banjir kilat semalam. Jusco pun masuk air gak orang cakap. Gambar2 ni ehsan google



Monday, February 18, 2013

Kampung Besh....

Abang selalu cakap kampung besh...Kampung Kedah jauh. Tu la ayat2 abang. Kalau balik kampung masa 1 hari yang ada 24jam tu memang tak cukup la sebab banyak sangat aktiviti nak buat. Check segala kandang, melawat sana sini. Aktif tak kira di mana. Nak masuk rumah pun  susah. Masuk pintu depan, keluar ikut pintu dapur, tak pun ikut pintu belakang. Semua pintu keluar masuk mesti ada selipar abang.

Aksi berani dari abang




Ni pulak aksi adik yang tak boleh berjalan lagi. Tak boleh la join abang. Yang nangis tu sepupu diorg, Danish. Tengok rambut Danish, bukan pegi saloon rambut ye tapi memang rambut dia tumbuh macamtu. Macam2 kan. Ni sepupu sebaya adik ni. Adik awal 15 hari je dari Danish tapi Danish lagi besar dari adik, lagi berat. Dah 6.8kg dh Danish

Baby Gap Pyjamas

Kawan2, mummies semua, jom la tengok2 pyjamas untuk anak2.1 pc RM 24, 2 pcs RM 46

Jom tengok kat sini, RizqiShop

Friday, February 15, 2013

Nur Dhia Batrisya


Balik Kampung

Dah seminggu dh rupanya. Jumaat lepas balik kampung, hari ni dah Jumaat. Baru tadi encik asben cakap rasa macam baru 5 jam je. Wah, agak melampau tu. Dah seminggu tapi rasa macam baru 5 jam. Jumaat lepas saya demam. Hantar jugak anak2 ke taska separuh hari. 

Awalnya bergerak lepas sembahyang Jumaat. Lepastu nak dijadikan cerita temperature kereta naik pulak. Selalu 3 bar je, tapi naik 4 bar. Jalan sikit lagi, naik sampai 5 bar. So patah balik kat rumah. Kawan2 encik asben datang check kereta, tengok2 motor kipas yang baru tukar tu wayar salah pasang, tukar guna motor lama balik la. Lepas asar baru siap repair.

Kesian lak tengok encik asben, dari balik kerja tak rehat langsung. Encik asben kesian lak kat saya sebab demam. Masing2 kesian. Bincang2, encik asben cakap kita balik pukul 3 pg nanti la. Saya pun ok la sebab dia yang nak drive, so kena la rehat cukup2. Nak jalan jauh, bukannya dekat. Pastu fikir2 lagi encik asben lak kata tapi barang2 semua dalam kereta, malas dah nak angkat 2,3 kali. Ye la, saya pun tak larat. Pastu encik asben kata jom la balik sekarang. Dai tanya saya larat ke tak. Saya ok je, yang penting dia yang kena ok sebab nak drive. Dia cakap ok. 

Pukul 6pm lebih bergerak dari rumah. Nasib baik la jalan tak de jamm sangat, sikit2 je. Abang lak lepas exit Rawang terus tidur. Bukan tidur kejap2, jaga masa dah sampai simpang kampung. Memang pandai abang budget masa. Adik pun tidur jugak tapi takde la direct macam abang. Alhamdulillah la , tak de teruk sangat saya nak jaga dua2 nya. Hentian memang ramai orang tapi still ok lagi la. Berhenti rehat untuk sejukan enijn kereta je. Sampai kampung dengan selamatnya pukul 1pg . 





Abang yang dah cukup tidur tu memang best la dia. Puas pujuk ajak tidur. Last sekali pukul 5am baru abang tidur. Adik pun main jugak 2,3 jam, pastu tidur.

Thursday, February 7, 2013

Balik Kampung

Horayyy...hari ni last kerja sebelum bercuti panjang. Panjang la kan cuti 10 hari tu. Berkobar2 rasa semangat nak balik kampung. Plan asal nak balik awal2 pagi esok sebab nak elak jammed. Tapi tiba2 encik asben kena kerja la pulak esok. Huhu...So, tukar plan

Esok pagi hantar anak2 kat taska jap sementara nak uruskan macam2 hal. 
- car wash
- hantar toto p dobi
- kemas rumah
- angkut beg2 masuk kereta
- tesco sebab nak beli susu adik (Biolac)

Sempat ke dalam masa setengah hari nak buat semua benda ni. Jadi kartun la gamaknya esok. 

Harap2 kalau balik petang esok tak la jamm teruk sangat. Dulu pernah sekali balik kampung 1 hari sebelum CNY, 14 jam kat highway tu. Huhu... Jenuh cicah roti sebab lama sangat jamm.

Semoga mood anak2 pun elok lah sepanjang perjalanan. Dan yang paling penting semoga selamat pergi dan selamat balik

 Ni malam tadi, adik tak nak tidur, nak main2

Ni pagi tadi. Abang jaid doctor, check adik demam ke tak. Mula2 letak benda bulat tu kat kepala adik. Lepastu nak letak kat dada adik tak sampai sebab tali tu pendek, letak je kat tangan. Abang kata adik demam ;)

Wednesday, February 6, 2013

Rindussssss



Rindu sangat2 la kat putera dengan puteri berdua ni. Setiap petang masa ambik kat taska mest abang report, bu, adik gaduh dengan kawan dia bu. Ye la, adik je la yang gaduhnya, abang tak. Bila tanya abang gaduh tak, mesti abang jawab, Haziq tak gaduh, Haziq main baik je, main came2. Ye lah sangat

Tuesday, February 5, 2013

Denggi

Sekarang ni kat area rumah tu ada isu denggi lak. Huhu... risaunya la kat anak2. Semalam balik keje, diorang fogging. Habis la longkang2 semua kena sembur. Tapi tu lah dha lama sebenarnya tak fogging. Bila ada kes barulah nak buat. Bukan ke lagi elok buat sebelum ada kes. Lumrah la kan macamtu.

Tapi kat rumah memang banyak nyamuk sekarang. Kitorang anak beranak memang tidur dalam kelambu, bukan kelambu moden sekarang ni tapi kelambu yang memang orang selalu guna kat kampung tu. Mak bagi kelambu tu. Ok la, selamat la sikit daripada nyamuk.

Jiran depan rumah kawan pun sekarang ni kat hospital sebab malam tadi dapat result blood test memang denggi. Huhu.. Ada few cases lagi la kat situ. Harap2 lepas ni dah tak de dah kes denggi ni

Monday, February 4, 2013

Peplum

Musim peplum sekarang ni kan. Sama jugak la macam musim durian crepe. Hehe... Jom tengok kat sini ada a few collection peplum. Jom intai2




Harga boleh dirunding lagi ye ;)

Happy 4 months adik

Hari ni dah masuk 4 bulan la puteri kesayangan ibu ni ;)