Dah seminggu dh rupanya. Jumaat lepas balik kampung, hari ni dah Jumaat. Baru tadi encik asben cakap rasa macam baru 5 jam je. Wah, agak melampau tu. Dah seminggu tapi rasa macam baru 5 jam. Jumaat lepas saya demam. Hantar jugak anak2 ke taska separuh hari.
Awalnya bergerak lepas sembahyang Jumaat. Lepastu nak dijadikan cerita temperature kereta naik pulak. Selalu 3 bar je, tapi naik 4 bar. Jalan sikit lagi, naik sampai 5 bar. So patah balik kat rumah. Kawan2 encik asben datang check kereta, tengok2 motor kipas yang baru tukar tu wayar salah pasang, tukar guna motor lama balik la. Lepas asar baru siap repair.
Kesian lak tengok encik asben, dari balik kerja tak rehat langsung. Encik asben kesian lak kat saya sebab demam. Masing2 kesian. Bincang2, encik asben cakap kita balik pukul 3 pg nanti la. Saya pun ok la sebab dia yang nak drive, so kena la rehat cukup2. Nak jalan jauh, bukannya dekat. Pastu fikir2 lagi encik asben lak kata tapi barang2 semua dalam kereta, malas dah nak angkat 2,3 kali. Ye la, saya pun tak larat. Pastu encik asben kata jom la balik sekarang. Dai tanya saya larat ke tak. Saya ok je, yang penting dia yang kena ok sebab nak drive. Dia cakap ok.
Pukul 6pm lebih bergerak dari rumah. Nasib baik la jalan tak de jamm sangat, sikit2 je. Abang lak lepas exit Rawang terus tidur. Bukan tidur kejap2, jaga masa dah sampai simpang kampung. Memang pandai abang budget masa. Adik pun tidur jugak tapi takde la direct macam abang. Alhamdulillah la , tak de teruk sangat saya nak jaga dua2 nya. Hentian memang ramai orang tapi still ok lagi la. Berhenti rehat untuk sejukan enijn kereta je. Sampai kampung dengan selamatnya pukul 1pg .
Abang yang dah cukup tidur tu memang best la dia. Puas pujuk ajak tidur. Last sekali pukul 5am baru abang tidur. Adik pun main jugak 2,3 jam, pastu tidur.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.